Assalamu'alaikum,
Hari ini, 15 Julai 2013, hamba berada di United Kongdom, di universiti lama atas satu urusan kerja. Nasib baik ada free wife, boleh kemaskini blog. Hari kedua, 29 Jun 2013, hari Sabtu, hamba dan rakan2 sekerja di Bangladesh, kami dibawa pusing-pusing Rajshahi. Ini merupakan sungai yang bersempadan dengan India. Rajshahi, kalau anda semak di Google Map/Earth, terletak di Barat Laut Bangladesh dan bersempadan dengan India.
Melihat sungai ini, mengingat akan satu 'perkara', Mengapakah hamba 'dibawa' menziarah Rajshahi? Adakah ada kaitan antara satu sama lain? Allah Taala yang lebih tahu....
Sepasang suami isteri atau kekasih sedang menunggu untuk menyeberang ke sana
Perkhidmatan yang ditawarkan, menyeberangi sungai dengan sampan...Jaket keselamatan tidak disediakan...
Kawasan ini macam Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Maksudnya untuk orang berehat-rehat dan menikmati suasana petang, sambil bersantai.
Ini gerai yang ada di sini dan menghidangkan pelbagai makanan Bangladesh
Kalau musim hujan, air akan melimpah sehingga ke tebing
Rakyat di Bangladesh, hamba lihat seperti di Pulau Jawa dan Indonesia, bekerja apa sahaja untuk mencarii sesuap rezeki
Mangga - buah paling popular di Rajshahi
Kain pelikat merupakan salah satu 'pakaian rasmi' di Bangladesh...kalau di Malaysia orang Melayu pakai kain pelikat untuk ke Masjid/surau atau di rumah saja...
Bangunan lama Universiti Rajshahi
Kawan hamba beli kacang tanah...tak sakit perut, Insya-Allah...
Pelbagai aneka kuih-muih ala Bangladesh disediakan. Hamba mulanya nak cuba beli juga, fikirkan tentang 'kalau sakit perut', maka tak jadi...
Kanak-kanak ini turut cuba menjual apa yang mereka ada...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan