Assalamu'alaikum,
Ini merupakan artikel terakhir tentang kembara ke Bumi Bangladesh. Puas merantau tempat orang, tempat terbaik masih Malaysia sepertimana kata pepatah Melayu, Hujan Emas Negeri Orang, Hujan Batu Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri...Sebenarnya ada sekurang-kurangnya dua tempat lebih baik berbanding Malaysia iaitu Mekah dan Madinah. Tetapi situasi semasa belum memungkinkan kita menetap di kedua-dua tempat tersebut. Kalau anda tanya hamba, sudah tentu hamba inginkan meninggal dunia di salah satu tempat tersebut. Kalau tidakpun, dapat berada di kedua-dua tempat tersebut dalam beberapa peristiwa mendatang, jika diizinkan Allah Taala. Kedua-dua tanah haram ini akan 'mengeluarkan' orang munafik dari tinggal di dalamnya, rujuk Hadis. Realitinya kedua tanah haram ini telah 'dikomersilkan' oleh kerajaan Wahhabi Arab Saudi, maka jadinya Rukun Islam kelima itu dikomersilkan. Sedangkan kedua tanah haram ini tidak perlu dkomersilkan kerana hasil minyak dan gas di Tanah Arab sudah mencukupi untuk memberikan perkhidmatan penginapan dan lain-lain kemudahan dengan kos yang minimum, kalau pun tidak percuma. Akibatnya kelak, ibadat haji itu benar-benar untuk orang kaya ataupun orang senang. Maka semakin susahlah umat Islam yang tidak mampu menyewa Hotel 4-5 bintang untuk mengerjakan haji atau umrah.
Lebih 2 jam kami beratur, nasib baik sampai awal
Pendakwah ini dari Jemaah Tabligh,,, Beliau menceritakan pengalamannya masuk ke dalam hutan di Papua New Guinea untuk berdakwah dan mengIslamkan orang asli di sana
Ahli keluarga yang nak hantar ke dalam kena beli 'tiket'... jadinya taklah sesak sangat dalam kawasan ni
Boarding room
Antara petua hamba kalau nak balik KLIA dari Dhaka ialah pastikan anda buat web check-in sebelum sampai ke Lapangan Terbang kerana kaunter yag disediakan adalah sedikit, lambat dan ramai orang pula tu. Kalau dah buat web check-in, ada kaunter khas untuk tujuan itu. Satu lagi, jangan datang lambat macam ke KLIA kerana perkhidmatan di Lapangan Terbang ini tidak secekap KLIA. KLIA memang hebat juga kualiti perkhidmatannya, kalau dibandingkan dengan Lapangan Terbang Heathrow di UK, KLIA jauh lebih pantas dan berkualiti sama ada dari segi check-in, web-check-in, perkhidmatan imegresen dan lain-lain. Kita harus mengakui kekuatan kita kalau ianya benar, jangan asyik cari salah saja. Kalau tak betul, maka nyatakan ketidakbetulannya, jadilah manusia yang berada di atas jalan yang lurus, jalan yang benar. Berpeganglah dengan kebenaran, bukan dengan kepolitikan. Sebahagian manusia 'longlai dengan kebenaran' apabila dipengaruhi kepolitikan. Mereka tidak dapat menegakkan kebenaran, menyatakan kebenaran, mempertahankan kebenaran kerana kepentingan politik. Itulah realiti umat Islam akhir zaman...Wassalam.
Bukan suka2 mencari kesalahan, tapi untuk membetulkan dan memperlihatkan pemimpin jangan melakukan raswah! Kalau pemimpin kita tidak raswah maka negara kita Malaysia akan lebih baik lagi walaupun sekarang ini sudah jauh lebih baik dari kebanyakan negara. Tapi salahkah jika parti pembangkang mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik dari apa yang ada sekarang????
BalasPadamSalam,
BalasPadamBerpolitik ada hadnya jika melalui sistem demokrasi kerana demokrasi ciptaan manusia. Baca dan faham tulisan hamba sebelumnya mengenai politik. Letakkan Allah dan Rasul dalam hati. Baca apa-apa tulisan hamba dengan minda terbuka, tanpa prasangka. Jadi pejuang Allah, bukan pejuang politik.
Saya senang dan bahagia, anda sudah di beri rejeki oleh Allah SWT, sehingga anda bisa melihat bangladesh. Alhamdulillah. From saifudin, semarang.
BalasPadam