Ahad, 22 September 2013

Jeruk Madu Pak Ali

Assalamu'alaikum,

Hamba nak kisahkan tentang Jeruk Madu Pak Ali. Hamba ada lawat kilang Pak Ali di Seberang Perai beberapa bulan yang lalu.  Pak Ali dah lama dalam perniagaan ini, rasanya bermula tahun 1985. Kini anaknya (yang gambarnya digunakan sebagai cap dagangan Pak Ali) yang banyak terlibat dalam mengurus syarikat ini. Mengapa Jeruk Madu Pak Ali? Orang Malaysia ramai yang sukakan jeruk. Dulunya kita selalu makan jeruk yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam. Hamba pernah hampir lima tahun tinggal di Balik Pulau, semasa sekolah menengah. Dah tahu dan faham tentang jeruk, buah pala dan lain-lain jeruk yang dihasilkan oleh bukan Islam. Kalau pergi tempat mereka beroperasi, anda mungkin 'tak lalu' nak makan jeruk ni selama-lamanya. Pak Ali datang dan menawarkan alternatif yang berbaloi kepada umat Islam. Selain halal, Jeruk Madu Pak Ali menggunakan cuka epal, bukan asid biasa. Rasanya lebih enak dan sedap, kandungan asidnya amat sedikit, tidak menggunakan gula biasa yang membawa banyak penyakit, ada madu dan lain-lain kelebihan. Dulunya perniagaan jeruk   di Chowrasta Bazar di Pulau Pinang dikuasai oleh jeruk bukan Islam.  Kini Jeruk Madu Pak Ali telah berjaya menembusi dan menguasai pasaran utama di  Chowrasta Bazar.  Walaupun tauke Jeruk Madu Pak Ali di Chowrasta Bazar masih bukan Islam, sekurang-kurangnya ini membuktikan barangan keluaran Muslim berupaya menandingi barangan keluaran bukan Muslim.  

Harganya mungkin 'tinggi sedikit' berbanding jeruk bukan Muslim tetapi ia membawa banyak manfaat kesihatan berbanding mudarat kesihatan.  Ketika hamba bersembang dengan salah seorang pekerja di sini, anak Pak Ali lalu dan masuk dalam pejabat. Orangnya mudah saja, tidak sombong dan begitu bersahaja. Prinsip Pak Ali sendiri dalam berniaga amat mudah. Yang hamba dengar, salah satu petua Pak Ali dalam berniaga adalah membiayai perbelanjaan air dan elektrik surau/masjid. Dengarnya beliau membiayai bil elektrik dan air tiga buah masjid. Ini salah petua yang tidak boleh dipelajari dalam kuliah di universiti atau di dalam kursus-kursus perniagaan.   Gambar-gambar di bawah merupakan gambar dalam kedai kilang, kedai di kawasan kilang. Kini, rombongan pelajar/pelancong ke Utara selalu singgah ke Kilang Pak Ali ini. Kalau musim cuti sekolah, banyak bas rombongan akan singgah dan pelancong akan mengambil kesempatan membeli jeruk dengan harga yang murah.  Petua kalau nak ke Kilang Jeruk Madu Pak Ali tak susah. Anda dari Utara atau Selatan perlu keluar Tol Bukit Tambun. Selepas keluar tol, ambil jalan ke Simpang Ampat. Kemudian ambil jalan ke Kulim atau Junjung atau Tasik Junjung. Kemudian, tanya-tanyalah orang kampung di mana Kilang Jeruk Madu Pak Ali...Wassalam.









Anugerah yang dimenangi











Taklimat kepada rombongan dilakukan di sini








Surau disediakan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan