Khamis, 17 Oktober 2013

Restoran Rimba Klasik, Bandar Baru Bangi

Assalamu'alaikum,

Hari Khamis 26 September 2013, malamnya, hamba sekeluarga ke Restoran Rimba Klasik di Bandar Baru Bangi. Kami meraikan hari lahir isteri hamba yang ke???...he3... Biasanya kalau hari lahir hamba dan isteri, kami makan-makan di luar sahaja sebagai sambutan rasmi keluarga. Kalau hari lahir anak-anak, biasanya kami buat makan-makan sikit di rumah, jemput kawan-kawan, baca doa dan sebagainya. Kami tidak pernah tidak menyambut hari lahir anak-anak hatta di UK, hatta semasa susah di UK, hatta semasa kami sahaja sekeluarga Melayu di UK. Hatta hari lahir Junjungan RSAW 'dikenang' dengan puasa Sunat Hari Isnin, dan sambutan Maulidur Rasul,  maka itu kami tidak pernah tidak menyambut hari lahir anak-anak khususnya, secara sederhana, dalam lingkungan yang diizinkan syariat. 

Kami ke Restoran Rimba Klasik yang terletak tidak jauh dari Tol Kajang. Kalau masuk tol Kajang, anda terus ke Bandar Baru Bangi, restoran ini di sebelah kiri jalan sebelum stesen minyak. Perkhidmatannya agak cepat, menunya banyak dan rasanya sedap juga. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak gembira. Gambar berikutnya diambil menggunakan kamera baru hamba. Dahulunya hamba guna Nikon D5000, yang ini Canon 650D, lensa 18-135. Kamera Nikon D5000, hamba telah tukar lensanya menggunakan lensa 70-300, jadi hamba 'simpan' Nikon D5000 untuk gambar-gambar 'jarak jauh sahaja'.  Wassalam.





kemudahan surau disediakan




Petugas di  dapur








Tiada ulasan:

Catat Ulasan