Selasa, 31 Disember 2013

Mee Udang Pak Ngah - Mee Udang Sungai Dua, Seberang Perai Utara

Assalamu'alaikum,

Selepas ke Jeruk Madu Pak Ali di Wakaf Seetee Aisah Seberang Jaya, kami singgah di Mee Udang Pak Ngah di Sungai Dua.  Dah ramai kekawan yang cadangkan kami singgah di sini, untuk merasai kelainan berbanding mee udang Sungai Dua yang terletak bersebelahan sungai. Kalau anda turun dari Lebuhraya PLUS, sebelum tol Sungai Dua (dari Bukit Mertajam/Seberang Jaya) atau selepas tol Sungai Dua (dari Sungai Petani dan Utara), ambil simpang ke Pekan Sungai Dua. Masuk saja jalan biasa, Restoran Mee Udang Pak Ngah terletak di sebelah kiri jalan. Wassalam.





Hamba minta izin pekerjanya untuk ambil gambar dan masukkan dalam blog


Udang kena pilih sendiri


Kerusi mejanya biasa2 saja tapi boleh menampung lebih 100 orang rasanya



Memang menyelerakan...rasanya? Kenalah rasa sendiri!!!

Sawah padi aka Bendang bersebelahan Mee Udang Pak Ngah

Isnin, 30 Disember 2013

Jeruk Madu Pak Ali - Bangunan Wakaf Seetee Aisah, Seberang Jaya

Assalamu'alaikum,

Semasa balik mengendalikan kenduri adik sepupu hamba kahwin bulan November 2013, hamba ambil kesempatan sekali lagi cari Jeruk Madu Pak Ali. Kali ini hamba singgah di Bangunan Wakaf Seetee Aisah, Seberang Jaya. Kedai ini diusahakan oleh anak Pak Ali sendiri. Yang paling menarik tentang kedai ini adalah ia dirasmikan oleh Mufti Negeri Pulau Pinang, S.S. Dato' Seri  Hj Hassan Hj Ahmad. Lihatlah sendiri gambar yang hamba ambil. Kalau hamba tidak silap, ini merupakan kedai Jeruk Madu Pak Ali yang paling laris. Syabas Usahawan Muslim, anda boleh, selagi bergantung harap dengan Allah dan mengikut segala perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA. Wassalam.







































Jumaat, 6 Disember 2013

Institut Pertanian Bogor (Bogor Agriculture University), Bogor, Indonesia

Assalamu'alaikum,

Agak sibuk cuti sekolah ini dengan anak-anak bersekolah dan kerja-kerja di universiti. Hamba sambung cerita di Bogor yang belum habis sebenarnya. Hamba ada urusan di Institut Pertanian Bogor, sebuah universiti pertanian di Indonesia. Hamba ambil beberapa gambar sekitar IPB ini. Yang sedikit menakjubkan adalah sebuah kompleks membeli-belah dibina dalam kawasan universiti kerana ia terletak di pusat bandar. Tidak ada universiti awam di Malaysia yang mempunyai kompleks beli-belah sebegini. Wassalam. 


Antara bangunan di sini


Untuk sarjana dan kedoktoran



Teringat hamba pemandangan di UK dahulu




Bermula gambar ini adalah kompleks beli-belah sebelah universiti, dalam kawasan universiti


 Semua  barangan keluaran IPB

 IPTA di Malaysia masih ketinggalan dalam menghasilkan barangan sebegini



Jenama antarabangsa (Yahudi?) bertapak di sini


 Batik Keris jenama Indonesia









Kenny Rogers Roasters sebenarnya telah dibeli oleh syarikat Malaysia (bawah Kumpulan Berjaya) dan kini dimiliki syarikat Malaysia sepenuhnya

Jenama Malaysia dari Ipoh

 Noka-Noka Bento agak terkenal di Indonesia walaupun hamba tak pernah nampak di Malaysia


 Logo Halal Indonesia, agak kompleks, perlu dipermudahkan sedikit

Pasaraya besar  milik usahawan dari HongKong, banyak di Malaysia, kini di Indonesia











 Mencari rezeki di dalam kawasan kampus

Gambaran sebegini perlu dilihat selalu untuk mendidik hati kita