Selasa, 31 Disember 2013

Mee Udang Pak Ngah - Mee Udang Sungai Dua, Seberang Perai Utara

Assalamu'alaikum,

Selepas ke Jeruk Madu Pak Ali di Wakaf Seetee Aisah Seberang Jaya, kami singgah di Mee Udang Pak Ngah di Sungai Dua.  Dah ramai kekawan yang cadangkan kami singgah di sini, untuk merasai kelainan berbanding mee udang Sungai Dua yang terletak bersebelahan sungai. Kalau anda turun dari Lebuhraya PLUS, sebelum tol Sungai Dua (dari Bukit Mertajam/Seberang Jaya) atau selepas tol Sungai Dua (dari Sungai Petani dan Utara), ambil simpang ke Pekan Sungai Dua. Masuk saja jalan biasa, Restoran Mee Udang Pak Ngah terletak di sebelah kiri jalan. Wassalam.





Hamba minta izin pekerjanya untuk ambil gambar dan masukkan dalam blog


Udang kena pilih sendiri


Kerusi mejanya biasa2 saja tapi boleh menampung lebih 100 orang rasanya



Memang menyelerakan...rasanya? Kenalah rasa sendiri!!!

Sawah padi aka Bendang bersebelahan Mee Udang Pak Ngah

1 ulasan:

  1. Udang yg kita pilih ditimbang... tapi kalau tak silap didapur akan ditukar dg udang lain yg hampir sama saiznya ... yg telah siap dimasak (samada goreng/rebus kurang pasti).. udg tersebut akan dimasukkan kedlm mee + kuah + bahan lain utk dipanaskan. Dgn cara ini penyediaan akan dpt dipercepatkan bagi memenuhi kehendak plgn.... Cuba tuan/puan kedapur dan tengok terdapat banyak udang yg tersedia untuk dimasak...

    BalasPadam