Jumaat, 28 Februari 2014

Menara Kuala Lumpur (KL Tower)

Assalamu'alaikum,

Hamba memang agak sibuk bulan Februari ini. Namun, alhamdulillah, bilangan pengunjung blog hamba dah melebihi 9,000 pengunjung pada bulan ini dan merupakan bulan teramai pengunjung walaupun tanpa artikel atau posting terbaru.  Hamba tidak mempromosi blog hamba di mana-mana, kalau ada masa, hamba letak di Bicarasufi, itupun dah lama tak kemaskini perkembangan blog hamba di Bicarasufi. pada cuti am Tahun Baru Cina baru-baru ini, hamba sekeluarga tidak ke mana-mana. Tahun lepas kami sekeluarga ke Taman Negara, Pahang. Tahun ini agak sibuk, balik kampung pun tidak, akhirnya dok kat rumah saja. Sempena KL yang lengang, maka hamba ambil kesempatan bawa isteri dan anak-anak ke Menara Kuala Lumpur. Walaupun dah lama siap menara ini, hamba 'belum tergerak hendak pergi'. Kali ini baru tergerak nak pergi. Lagipun, anak sulong SPM tahun ini. Kami ingin merakamkan banyak peristiwa dan kenangan bersamanya sebelum beliau 'menyambung pengajian' kelak. 

Pada 1 Februari 2014, hari Sabtu, kami bertolak ke KL. Jalan memang lengang, dan kami sampai ke Menara KL dengan mudahnya. Sekarang ini telefon pintar ramai yang guna Waze. Hamba pun pakai Waze, khususnya untuk mengetahui kesesakan lalu lintas. Selepas parkir, beli tiket, kami naik ke atas. Dalam 2 jam juga kami berada di atasnya. Bila kami turun, kaunter tiket dah penuh dan sesak. Nasib baik kami datang awal. OK, 'layan'  gambar-gambar yang hamba ambil di atas sana.


 Parki rmemang tak banyak. Anda boleh jalan kaki dari bawah kalau larat.

 Kaunter tiket

 Sebelum naik lif

 Maybank

 Stadium Merdeka - stadium ini 'hampir dilupuskan' kerana projek komersil. Negara tidak boleh ditadbir oleh golongan peniaga.

 Kompleks Dayabumi - dahulunya tahun 1980-an memang gah



 Stadium Negara


 Projek tergendala di sebelah Pudu Sentral yang  berusia kiranya dah 20 tahun












 Banyak kedai di atas

 Menara Berkembar Petronas


 Bank Islam




 Ada Padang Golf di tengah kota

 


 Istana Negara (baru)

 Dataran Merdeka






 Menara Telekom (berbentuk Rebung Buluh)








 Berjaya Square

 

 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
-Bahasa Melayu semakin layu di Malaysia-

 Istana Negara (lama)
-Kami ke sini selepas Menara KL-




 Pengunjung belum ramai









 Kami dah turun


 Kedai-kedai di bawah


 Kaunter tiket dah penuh




Laman sesawang rasmi - http://www.menarakl.com.my/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan