Jumaat, 11 April 2014

Kawasan Rekreasi Air Terjun Junjong, Kulim, Kedah D.A.

Assalamu'alaikum,

Keluar dari cerita ke Langkawi, ia perjalanan yang memenatkan apabila hari Ahadnya, hamba memandu lebih 535 km dari Kuala Perlis ke BBBangi.  Penghujung Mac 2014, hamba balik kampung atas satu urusan kerja.  Sementara menunggu pejabat buka, hamba bawa anak-anak ke Kawasan Rekreasi Air Terjun Junjong, di Kulim, Kedah. Kami pergi waktu pagi betul. Alhamdulillah, memang tidak ada pengunjung lagi. Yang ada tiga orang pekerja yang menyapu sampah di kawasan rekreasi ini.

Ini kolam utama, untuk orang dewasa sahaja





Satu lagi tarikan. Dewasa dan kanak-kanak boleh mandi di sini. Di atas masih ada beberapa air terjun, tapi hamba tidak ke situ.


Dewan yang sedikit uzur


Kawasan mandi yang ehmmm???

Banyak pondok dibina untuk kemudahan para pengunjung







Ni kolam mandi untuk budak-budak

Kedalaman dalam 2-4 kaki





Ada sekitar 7-8 kolam mandi untuk kanak-kanak dan dewasa



Bab ni memang orang Malaysia 'masih bermasalah'


Ada surau kat atas tu



Pekerja sedang menyapu dan membersihkan persekitaran

Sesuai untuk perkelahan keluarga
Kalau hari cuti, memang ramai orang


Bayaran masuk ikut kereta/motorsikal. Sebuah kereta dalam RM2 rasanya, OKlah tu...



Apa pandangan anda? Jomm...



1 ulasan:

  1. Anda semua dijemput datang ke air terjun junjong serta boleh beri pandangan komen yang membina bagi memajukan tempat air terjun ini.

    BalasPadam