Assalamu'alaikum,
Sebagai pengembara, antara yang penting adalah sebuah peta. Sebuah peta memudahkan anda meneroka dan berjalan ke sini-sana. Selepas mendapat peta Istanbul, anda memerlukan sebuah peta ringkas sistem pengangkutan awam. Alhamdulillah, hamba berjaya mendapatnya selepas bertanya sini-sana. Satu masalah penduduk Istanbul, tidak ramai yang tahu berbahasa Inggeris. Di Istanbul, anda memerlukan Istanbul Card/Kad Istanbul. Harga Kad Istanbul adalah 6 Lira, top-up/tambahlah dengan berapa lagi Lira yang anda kehendaki. Kad ini boleh dibeli di mesin-mesin di pelbagai stesen-stesen Metro yang ada di Istanbul. Nasib baik mesin ini ada Bahasa Jerman dan Bahasa Inggeris (selain Bahasa Turki), kalau tidak memamg sukar nak beli kad ini. Dengan Kad istanbul, anda boleh menaiki Tram, MRT dan lain-lain sistem pengangkutan awam dengan mudahnya. Yang penting Kad Istanbul anda berisi wang yang mencukupi. Top-up/Tambah duit boleh dilakukan di mana-mana mesin yang ada di stesen-stesen Metro dan di pelbagai lokasi.
Selepas mendapatkan Kad Istanbul, hamba pun pergi ke kawasan Fateh. Paling baik adalah anda baca dulu tripadvisor dan lain-lain laman sesawang sebelum sampai ke sesuatu tempat. Lokasi pertama hamba adalah Masjid Biru. dari Beyoglu, hamba ke kawasan Fateh. Sebelum sampai ke Masjid Biru, hamba sempat ambil beberapa keping gambar. Wassalam.
Stesen bawah tanah
Jambatan menghubungkan Beyoglu dan Fateh
Stesen LRT/Tram mereka tidak seperti Malaysia, ia agak terbuka.
Sampai di Stesen untuk menuju ke Masjid Biru.
Jambatan menghubungkan Beyoglu dan Fateh
Stesen LRT/Tram mereka tidak seperti Malaysia, ia agak terbuka.
Sampai di Stesen untuk menuju ke Masjid Biru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan