Ahad, 21 September 2014

Jalan-Jalan Pusing Istanbul Waktu Malam, Istanbul, Turki

Assalamu'alaikum,

Hamba juga ambil kesempatan pusing Istanbul di waktu malam. Malamnya sedikit dingin tetapi meriah. Istanbul memang meriah dengan pelancong dan hidup dengan pelbagai aktiviti seni, budaya dan perniagaan.  Ia memang sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu, sama ada kali pertama, kedua atau seterusnya. Bagi yang sudah berkahwin dan beranak-pinak, hamba cadangkan untuk berbulan madu kali kedua/seterusnya dengan pasangan masing-masing. Jangan bawa anak-anak, cari masa dan lokasi yang sesuai dan pergilah. Berbulan madu kali kedua/seterusnya ini bukan untuk 'tujuan ,,," tetapi ia baik untuk hubungan suami-isteri. Apatah lagi kalau anak dah ramai, dalam membina rumah-tangga berbelas-belas tahun, kadangkala tiada masa untuk berdua dengan suami/isteri sahaja. Maka carilah kesempatan untuk anda berdua dengan pasangan anda sahaja, pergi melancong ke destinasi pilihan yang membolehkan anda 'menambah keintiman' dalam berumahtangga. Hamba dah buat, sebab tu mencadangkan kepada pembaca untuk buat juga,...Wassalam.


Di sini ada ukuran jarak dengan bandar-bandar besar lain di Eropah dari zaman dahulu

Aya Sophia di waktu malam








Bermacam rekabentuk restoran ada di Istanbul







Permaidani merupakan salah satu produk Turki yang terkenal

Manisan meruapakan buah tangan wajib untuk dibawa balik ke Malaysia

Lampu sebegini yang diukir dengan tangan antara barangan popular dari Istanbul

Bersih, tenang, nyaman (kalaulah Malaysia camni kan best)


Kalau anda biasa pusing Eropah, pemandangan restoran sebegini adalah lumrah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan