Jumaat, 28 November 2014

Arwana Perhentian Resort, Pulau Perhentian, Terengganu (Arwana Perhentian Resort, Perhentian Island)

Assalamu'alaikum,

Hamba sekeluarga menginap di sini, Arwana Perhentian Resort. Kadar bayaran hotelnya agak mahal juga, dan hamba menginap di sini kerana 'berjaya tempat bilik terakhir' yang diiklankan. Dapatlah diskaun yang banyak sekali. Resort ini terletak di hujung Pantai Teluk Dalam dan punya jeti sendiri. jadi tak ada masalah kalau anda sampai ketika air laut surut.  Makan sarapan pagi, tengahari, buffet di sini memang 'boleh tahan'. Jadi kami sekeluarga makan sendiri saja. Walaupun 4 hari 3 malam di Pulau Perhentian, rasa masih tak cukup. Tapi cukuplah dulu. Kalau anak-anak dah besar, lagi banyak aktiviti boleh dilakukan di Pulau Perhentian. Wassalam.

Puas anak-anak mandi laut, berendam dalam kolam pula






Tidak ada pemanas air dalam bilik. Jadinya air panas disediakan 24 jam


Yang macam ni, memang mahal ler..




Kami menginap dari 15-18 September 2014, 4 hari 3 malam.  18 September 2014, jam 800 pagi, kami meninggalkan Pulau Perhentian dengan 1001 kenangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan