Jumaat, 28 November 2014

Kincir Angin, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu (Windmill, Perhentian Island)

Assalamu'alaikum,

Ada satu projek janakuasa elektrik di Pulau Perhentian (Kecil) untuk membekalkan bekalan elektrik 24 jam di Pulau ini iaitu Projek Kincir Angin. Dua Kincir Angin gergasi di pasang di hujung pulau agar bekalan elektrik dapat dibekalkan secara terus-menerus kepada para penduduk. Malangnya projek kelolaan TNB ini tidak mencapai matlamatnya.  Berjuta wang ringgit dihabiskan tetapi hasilnya tiada, maka jadilah ia Projek Gajah Putih. Apa masalahnya TNB? Apa tindakan Ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri? 















Tiada ulasan:

Catat Ulasan