Jumaat, 14 November 2014

Masjid India, Kuching, Sarawak (Indian Mosque, Kuching, Sarawak)

Assalamu'alaikum,

Hari Rabu petangnya (12 November 2014), hamba sempat ke Masjid India Kuching atas 'urusan biasa' apabila ziarah masjid-masjid ini.  Hujan agak renyai-renyai, badan sedikit keletihan berkursus tiga hari. Mengira peluang ke Kuching tidak selalu, hamba gagahkan jua ke Masjid India, dalam 15-20 minit dari hotel hamba menginap.  Masjid India atau Masjid Bandar merupakan Masjid tertua di Kuching, dibina pada tahun 1834, iaitu sudah berusia 180 tahun....ehmmm memang lama tu. Hamba pernah ke masjid ini dengan isteri dan dua orang anak sekitar 2004/2005 dahulu.  Masjid ini terletak di Indian Street yang terletak bersebelahan dengan Chinese Street.  Jalan ini  sudah dibina semula dan dihiasi sebagai satu 'pakej pelancongan'. Kalau anda tak peka, memang tak perasan ada masjid di tengah-tengah deretan kedai yang panjang ini.






Kawasan luar

Saf dibetulkan semula berdasarkan teknologi terkini




Ada kawasan Solat Wanita

Masjid ini memang tidak luas




9-10 tahun memang banyak perubahan di masjid ini



Anda perlu peka dengan papan tanda ini jika berjalan melalui Jalam Gambir...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan