Jumaat, 14 November 2014

Masjid Negeri Sarawak, Kuching (Sarawak's State Mosque, Kuching)

Assalamu'alaikum,

Hari Isnin, petangnya sehingga malamnya (10 November 2014), hamba ke Masjid Negeri Sarawak di Kuching.  Hamba ambil teksi dari hotel, bincang dengan pemandunya seorang Melayu Sarawak tentang cadangan nak ke Masjid Negeri, minta dia tunggu dalam 45 minit ke sejam, kemudian ke Masjid Bandaraya dan tinggalkan hamba di situ. Bincang punya bincang, hamba bersetuju dengan harga RM60. Alhamdulillah, hamba dapat selesai urusan di Masjid Negeri, dan kemudian bertolak ke Masjid Bandaraya, bersolat Maghrib dan Jamak dengan Isyak di situ. Masjid Negeri yang baru ini memang besar dengan senibina modennya.






























Gambar dari interrnet







sumber : http://www.islamgrid.gov.my/mosque/detailed.php?id=8

Masjid Jamek Negeri Sarawak

Latar Belakang


Masjid yang terletak di Petra Jaya, Kuching ini telah dibina pada tahun 1987 Masihi. Pembinaannya siap pada tahun 1990 Masihi.
Masjid ini didirikan di atas sebidang tanah berkeluasan kira-kira 100 ekar. Kini masjid ini menjadi mercu tanda dan kebanggaan kepada penduduk Negeri Sarawak. Ia dikategorikan sebagai masjid gred khas dan boleh menampung 10,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Binaan


Masjid ini berkonsepkan reka bentuk masjid di Istanbul. Bumbungnya berbentuk empat persegi bujur. Ia dilengkapi dengan sebuah kubah utama dan empat puluh buah kubah kecil. Kubah utamanya dihiasi dengan mozek dan jubin manakala di sebelah dalamnya pula diletakkan kerawang bermotifkan geometri. Tiang-tiang yang menyokong kubah-kubah kecil kelihatan seperti kedudukan tangan sewaktu berdoa.
Cermin kaca berwarna-warni merupakan hiasan menarik yang mampu menyerlahkan keindahan masjid ini. Keseluruhan lantai masjid ini menggunakan kemasan daripada marmar yang dapat menyejukkan ruang suasana ketika berada di dalam.
Sebuah menara didirikan berasingan dari masjid ini sebagai mercu tanda. Bagi memenuhi keperluan jemaah menjalankan aktiviti, masjid ini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti dewan persidangan, perpustakaan dan ruang pejabat untuk kakitangan masjid.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan