Jumaat, 28 November 2014

Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu (Perhentian Island - Small Island - Malaysia)

Assalamu'alaikum,

Hamba berkesempatan singgah di Kampung Melayu di Pulau Perhentian Kecil. Makanan di Pulau Perhentian agak mahal kerana sebagai Taman Laut (macam Taman Negara di darat), kegiatan memancing tidak dibenarkan.  Ikan dan pelbagai makanan lain didatangkan dari Tanah Besar Semenanjung. 







Rumah untuk Cikgu Sekolah Rendah di sini

Tiada sekolah menengah di sini. Pelajar perlu ke Besut dan bersekolah di sana (tinggal di asrama). Seminggu sekali, pelajar akan kembali ke Pulau untuk bersama keluarga. begitulah kehidupan anak pulau. Membesar bersama laut...



Pondok Polis turut dilengkapi dengan kuarters perumahan polis

Beberapa gerai kecil menjual cenderamata




Ada Pondok bomba

Tabika Kemas pun ada

Klinik Dakwah - tak sempat tanya fungsi dan keberkesanannya

Ehmmm, Pejabat Pos pun ada


Tandas awam

Canggih juga pondok telefon ni

Dewan Orang Ramai




Masjid lama (Masjid baru dalam pembinaan)



Tanah Perkuburan Islam (masih kosong)


Menara telekomunikasi


Masjid Baru (dalam Pembinaan)

Kami berhenti makan keropok lekor


Ada beberapa projek kerajaan di sini



Memandangkan Pulau Perhentian 'berfungsi' dalam 8/9 bulan sahaja, maka pakej pelancongannya tidak semurah Langkawi...

Nak sewa bilik?

Bangunan Arked MARA

Pantai terpaksa ditambah akibat perubahan cuaca


Pakej pelancongan




Jangan risau bab makan kalau sampai ke kampung ini. Sediakan duit sahaja

Ada kedai  makan yang agak penuh dengan pengunjung


Rumah orang kampung

Pokok macam ni memang unik, 'tidak boleh ditebang'...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan