Isnin, 15 Disember 2014

1 Market by Chef Wan (Singapore) and Singapore at Night

Assalamu'alaikum,

Bulan Oktober yang lepas, hamba sempat ke Singapura atas satu urusan kerja. Kunjungan pertama ke Singapura adalah pada bulan September 2002. Kunjungan kedua dan terakhir adalah pada bulan Disember 2003. Dah lebih 10 tahun tak ke Singapura. Tiada apa yang istimewa Singapura pada hamba kecuali beberapa sejarahnya, makam Wali Allahnya, senibina masjidnya dan kisah-kisah duka umat Islam Melayu di sana. Pencakar langit, bangunan canggih, kemodenan, sistem jalanraya, dan lain-lain tiada apa yang menarik hati dan perasaan hamba. Lagipun dah meninjau dan berjalan ke lebih 10 buah negara maju di Eropah, tiadalah hebat pun Singapura...he3...Manusianya? Tiada apa yang menarik, apatah lagi pemerintahnya yang 'kiasu', mendiskriminasi orang Melayu secara halus dan terancang, menindas rakyat pelbagai kaum yang bangkit memperjuangkan hak mereka, khususnya golongan pekerja, membankrapkan sesiapa yang menentang pemerintah, pemerintah 'bergaji besar', rakyat terpaksa bekerja sehingga ke tua untuk menyara hidup, rakyat sampai ke mati bayar rumah tak habis-habis dan lain2...

Kekadang hamba hairan dengan orang Malaysia yang begitu mengkagumi Singapura.  Rasuah? Ada rasuah di Singapura, tetapi kepandaian berpolitik menyebabkan 'rasuah dilihat' macam tiada di Singapura. Di Malaysia, pergi hospital bayar RM2 untuk pelbagai belanja perubatan. Di Singapura? Tak berduit alamat matilah dulu...he3...Rumah? Berduyun-duyun orang Singapura beli rumah di Johor Bahru kerana tidak mampu beli rumah di Singapura...Hairan juga pemerintah negeri Johor yang terlebih pemurah mengizinkan rakyat Singapura dan warganegara lain membeli hartanah di Johor Bahru dan sekitar. Sedangkan peribumi merempat tiada rumah, menyewa sehingga tua. Apa jadi dengan Kerajaan Negeri Johor dan Rajanya?

Hamba tak mau berceloteh panjang, sempat juga ke Restoran Chef Wan (1 Market) untuk menjamu selera bersama rakan-rakan. Ambik sikit-sikit gambar di Singapura sebagai bukti sampai ke sini...he3...Wassalam
























3 ulasan:

  1. ....memang tiada yang menarik di Singapura....melankan sejarah lampaunya...

    BalasPadam
  2. AsSalam,org singapura beli rumah di johor sbg pelaburan, berlapang dadalah jiran kita tu kaya kerana kebijaksanaan pemimpin mereka jgn kerana byk konflik antara malaysia - spura kita langsung tak dpt bfikir secara rasional

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Akhirnya kekayaan di dunia ini tak membawa ke mana2 tanpa iman di dalam dada kerana negeri akhirat itu selama2nya. Negeri yg 'miskin' dalam takrifan Barat lebih baik jika mendapat rahmat dan keampunan Ilahi.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam