Selasa, 13 Oktober 2015

Puncak Titiwangsa, Lebuhraya Timur-Barat (Peak of Titiwangsa, East-West Highway)

Assalamu'alaikum,

Selepas berhenti di Tasik Banding, kami berhenti di Puncak Titiwangsa. Ini merupakan destinasi popular untuk berhenti, khususnya untuk solat dan panggilan alam.  Dahulunya, tempat ini kecil sahaja, kini memang agak besar, parkirnya luas, kedainya banyak, boleh berehat-rehat jika tidak mampu meneruskan perjalanan disebabkan mengantuk, letih dan sebagainya.  Dahulunya, kalau nak berhenti berehat pun fikir banyak kali, yang ada pun dua/tiga kedai kecil jual makanan seperti burger, jeruk dan makanan ringan.  Kami berhenti untuk solat, berehat sekejap dan ambil angin sebelum meneruskan perjalanan ke Setiu...

















Surau

Ada kemudahan telefon

luas kawasan parkir



Tiada ulasan:

Catat Ulasan