Amalan Menabur Bunga di pusara adalah ajaran Islam, sunat, bukan diambil dari kristian dan yahudi.
Tabur Bunga di Kubur adalah dari amalan Islam, diamalkan muslimin sedunia, dan maktub dalam teks muktabar fikah mazhab . Kalau bukan dari amalan Islam, kenapa wujud dalam fatwa Ilmu Fekah sudah sebegitu lama ?.
2 buah kitab yang jadi rujukan utama para penuntut dan ulama dibidang fekah mazhab Shafie.
pertama : I'anatutthoolobin juzuk 2 mukasurat 119.
kedua: Kasful Litham, juzuk 1 , mukasurat 82.
Soalan 1: Ustaz, mohon pencerahan. Bukankah Nabi s.a.w tutup pakai pelepah tamar? Di sini tiada pohon tamar.Kalau pakai hukum qias, guna pelepah kelapa atau sawit. Atau tak perlu letak apa2 untuk elakkan salah faham. Maaf ustaz.
Jawab: Menurut Sheikh Ibn Hajar dalam kitab Fatawa al Kubro beliau seperti yang dinukil dalam kitab I'anah al thoolibin dimuka surat yang dipaparkan gambarnya itu memang termasuk yang diqiyaskan dengan pelepah tamar adalah sebarang dahan, ranting kayu ataupun pelepah kelapa/sawit untuk dipacak/tanam diatas kubur.
Kalimat- غرس- bermakna pacak/tanam atau sebarang cara yang lain. Dalam kitab Bahrul Maazi- Komentar Hadis Jamik Sunan Tarmizi , karangan Sheikh Marbawi juga ada disebut qiyas ini. Iaitu qiyas pelapah lainnya dengan pelepah tamar . Guru saya berkata: Pelepah kelapa lebih hampir menyerupai pelepah tamar. Wallahu a'lam.
Soalan 2: Ada pulak orang berkata, dalam kitab itu kata pacak/tanam, tentulah sesuai untuk kayu, kenapa pulak ditabur bunga, tidak munasabah jika qiyas bunga kepada pelepah tamar?. Sudah tentu qiyas itu tidak sah?.
Jawab: Begini . Apabila kita sudah benar-benar faham konsep qiyas yang sah diamalkan dalam ilmu Ushul Fiqah, tentu akan mudah bagi kita menerima keputusan ulama dalam teks Fathul Muin dan I'anah tersebut. Bagaimana pula?. Fahamilah, bunga diqiyaskan kepada pelepah tamar, maksudnya apabila pelepah tamar sunat dipacak atas kubur maka bunga juga dihukum sunat ditabur atas kubur . sebabnya (illahnya) diqiyaskan kepada pelepah tamar atas dasar bersatu makna (illah) antara keduanya. Makna tersebut ialah faedah Tasbih dari keduanya. Maksudya pelepah tamar bertasbih, bunga juga bertasbih. maka disamakan hukum keduanya sebab mempunyai persamaan , iaitu tasbih.
Kalau begitu kenapa pula ditabur bunga tidak pacak?. JAWABNYA: Munasabah kuntum-kuntum bunga - tabur.. mana boleh bunga dipacak pacak ?. kalau boleh dipacak .. haa pacak lah.. tak letih?.
Pondoktampin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan