Berpeganglah dengan Majoriti Ulama untuk kita selamat!
Banyak ajaran sesat yang muncul bila mereka menyisih daripada pandangan majoriti ulama samada dalam akidah, fiqih mahupun tasauf.
Secara jelas Rasulullah SAW bersabda:
إنّ أمّتي لا تجتمع على ضلالة فإذا رأيتم الإختلاف فعليكم بالسواد الأعظم
"Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a'zhom. Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka" (Hadith riwayat Abd bin Hamid dan Ibn Majah).
لا تجتمع هذه الأمّة على ضلالة أبداً، وإنّ يد الله مع الجماعة فاتبّعوا السواد الأعظم، فإنّ من شذّ شذّ في النار
Maksudnya: Tidak akan berhimpun umat dalam kesesatan selamanya. Sesungguhnya yadd (bantuan) Allah s.w.t. bersama dengan Jamaah. Maka, ikutilah As-Sawadhu Al-A'zhom. Sesiapa yang terpinggir, maka dia terpinggir dalam dalam neraka. (Hadith riwayat Al-Hakim, Abu Na'im dan melalui jalan Al-Dhiya' Al-Maqdisi daripada Ibn Umar)
Pembawa ajaran sesat biasanya, mereka guna Quran dan hadis seumpama:
بدأ الإسلام غريبا سيعود غريبا فطوبى للغرباء
Bererti: Islam bermula sebagai asing, akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing.
Lantas mereka mempertahankan kesasatan mereka dengan hujah, kalu kita pelik pun tidak apa-apa sebab memang diisyaratkan begitu oleh Rasuilullah SAW. Beginilah aliran pelik-pelik berkembang.
Walhal, ulama mengatakan hadis ini bermaksud, asing kerana kurang orang beramal walaupun pegangan majority sudah benar. Lihatlah perkataan Imam As-Sindi dalam mensyarahkan hadith Al-Ghuraba’ dengan berkata:
بِقِلَّةِ مَنْ يَقُوم بِهِ وَيُعِين عَلَيْهِ وَإِنْ كَانَ أَهْله كَثِيرً
Maksudnya: “((Akan kembali asing)) dengan sedikitnya orang yang mendirikannya (mengamalkannya) dan membantunya walaupun ramai ahlinya (penganut agama Islam).”
Maka, berpeganglah kita dengan majoriti ulama samada dalam akidah, fiqh mahupun tasauf. Mazhab imam-imam mazhab bermula dari zaman Salaf dan sudah dihuni oleh ribuan para mufassirin dan para muhadithin, berbanding golongan yang mencipta mazhab baru atau mazhab rojak diambil di sana sini! Untuk memudahkan ajaran sesat menyelit, rungkaikan keyakinan umat dan kecintaan umat daripada menyintai jalan majoriti ulama!
Allahu al-musta’an.
Penulis : Prof Madya Dr Asmadi Bin Mohamed Naim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan