Sabtu, 27 Ogos 2016

BENARKAN ISTILAH WAHHABI INI SUATU TUDUHAN KEPADA PENGGEMAR JALAN MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB?

BENARKAN ISTILAH WAHHABI INI SUATU TUDUHAN KEPADA PENGGEMAR JALAN MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB?

Syubuhaat pendokong wahhabi : “Adalah tidak benar mereka yang menjadi musuh kami mendakwa kami mengajak masyarakat Islam kepada ajaran Muhammad ibn Abdul Wahhab dengan meletakkan nama al-Wahhabiyyah. Ini adalah fitnah. Hakikatnya, tiada sebenarnya dakwah wahhabiyyah di sisi kami".

Jawapan :

Sebenarnya golongan al-Wahhabiyyah memang menamakan diri mereka sebagai wahhabi dan mereka memandang ianya suatu pujian dan berbangga bangga dengan gelaran tersebut. Cuma peliknya Wahhabi di Malaysia agak segan dan malu untuk mengatakan mereka mendokong penuh gerakan Wahhabi ini dan tidak suka bila dinobatkan dengan nama tersebut.

Dalam kitab yang berjudul "الشيخ محمد بن عبد الوهاب" karangan Qadhi Ahmad ibn Hajar Aali ibn ^Ali bin Abdillah al Baaz, Cetakan Kedua, tahun 1393 H pada halaman 105 :

 فلما التقى بالوهابيين في مكة اقتنع بصحة ما يدعون إليه

“ Apa bila berjumpa dengan golongan al-Wahhabiyyah di Makkah, seseorang merasakan kesahihan apa yang diseru oleh mereka".

Pada halaman yang sama menyebut :

 وبعد مرحلة من الجهاد استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة على أساس المبادئ الوهابية

"Setelah peringkat berjihad, orang Islam dalam kalangan al-Wahhabiyah berjaya mendirikan negara berdasarkan asas dasar yang diletakkan oleh golongan al Wahhabiyyah sendiri".

Kemudian katanya lagi :

 ثم الدعوة الوهالية ظلت قائمة هناك...

"Kemudian dakwah wahhabiyyah menjadi tegak di sana"

Katanya lagi :

 ولا يزال الكثيرون من سكان هذة المناطق يدينون بالاسلام على مذهب الوهابي

" Ramai dalam kalangan penduduk di kawasan-kawasan ini cenderung kepada Islam mengikut mazhab Wahhabi"

Adalah suatu yang telah dimaklumi bahawa ibn Baaz dan jawatannya sebagai mufti Wahhabi yang dilantik di Makkah, beliau menyebut dalam kitabnya : "الضياء الشارق في رد شبهات المازق المارق", cetakan Riasah Idaraat al Buhuth al Ilmiyyah wal Iftaa' wal Da^wah Wal Irsyaad karangan as Syaikh Sulaiman bin Sahman (seorang pendakwah besar wahhabi bahkan dalam kalangan pimpinan imam mereka kerana dia pernah menjadi murid kepada cucu Muhammad bin Abdul Wahhab sebagaimana cacatan dalam kitab "ديوان عقود الجواهر المنضدة الحسان" halaman 8, dan "منشورات مؤسسة الدعوة الاسلامية",halaman 58) menyebutkan :

نعم كان زعيم الوهابية اليوم الإمام المعظم والرئيس المفخم عبد الرحمن بن فيصل وابنه عبد العزيز بن عبد الرحمن هو قائد الجيوش الاسلامية وكان عبد الرحمن من أولاد محمد بن سعود الذي رفع الله به أعلام الشريعة المحمدية والملة الابراهيمية"

“Ya, dia adalah ketua bagi golongan al-Wahhabiyyah pada hari ini iaitu imam yang dimuliakan, ketua yang sangat dibangga-banggakan; Abdul Rahman Faisal dan anaknya Abdul Aziz bin Abdur Rahman yang merupakan ketua tentera Islam. Abdur Rahman adalah daripada zuriat Muhammad bin Saud yang telah diangkat oleh Allah taala syariat Muhammad dan agama Ibrahim".

Juga mereka menamakan diri mereka dengan nama wahhabi dalam kitab yang sama pada halaman halaman berikut :92,96,135,131,160,162 dan 180.

Ibn Baaz seorang tokoh Wahhabi yang tidak asing lagi menyebut dalam kitabnya Majmu^ Fatawa ibn Baaz, jilid 4 halaman 233:

 عقيدة الوهابية هي التمسك بكتاب الله وسنة رسوله

"Akidah al Wahhabiyyah adalah akidah yang berpegangkan kepada al Quran dan Sunnah rasulnya (konon kononnya)".

Pada jilid 12, halaman 190 menyebut ;

 الوهابية منسوبة الى الشيخ محمد بن عبد الوهاب

"Golongan al Wahhabiyyah adalah sandaran kepada Muhammad bin Abdul Wahhab"

Pada halaman 191, Bin Baaz menyebut ;

 الوهابية يسيرون على منهج السلف الصالح

“Golongan al-Wahhabiyyah menelusuri jalan salafussoleh (konon kononnya)".

 Bin Baaz dalam kitabnya نور على الدرب jilid 1 halaman 18 menyebut :

أما الوهابية فهم أتباع الشيخ محمد عبد الوهاب بن سليمان بن على التميمي

“Adapun golongan al Wahhabiyyah, mereka adalah pengikut as Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab bin Sulaiman bin Alu al Tamimi"

Muhammad bin Zainu, seorang tenaga pengajar wahhabi di Makkah menyebut dengan bangganya dalam bukunya yang berjudul قطوف من الشمائل المحمدية cetakan Dar as Shahabah, halaman 67 :

 وهابي نسبة الي الوهاب وهو اسم من اسماء الله

“Wahhabi adalah kata nisbah yang disandarkan kepada al-Wahhab iaitu salah satu nama daripada nama Allah".

Muhammad Khalil Harras dalam mempertahankan golongan ini menamakan dakwah mereka sebagai dakwah al-Wahhabiyyah sebagaimana dalam buku karangannya, “ الحركة الوهابية”, halaman 37 cetakan Darul kitab al ^Arabi.

Kenapa masih anda berkata “ saya bukan Wahhabi, ini fitnah kepada saya”??!

والله أعلم وأحكم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan