Isnin, 24 Oktober 2016

Hakikat Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah tidak boleh dijadikan rujukan.


Hakikat Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah tidak boleh dijadikan rujukan.

Al-Syaikh Ahmad Khatib ibn ^Abdil-Latif al-Minankabawi (imam, khatib dan guru di al-Masjidil-Haram) berkata:

"Maka Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim dan segala yang mengikut mereka itu ialah firqah yang telah keluar daripada Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang memerangi mereka itu akan Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan menkafirkan akan mereka itu dan dinamai mereka itu firqah al-Wahhabiyyah.

Dan mereka itu telah banyak pada masa kita ini pada negeri Hindi dan Syam dan Syarqi dan Mesir. Dan telah pula sampai kepada negeri kita ini mula-mula lalu padanya pada masalah melafazkan dengan niat dan sedikit lagi apabila sampai pula kitab-kitab Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim yang padanya syubhah-syubhah dan segala iktikad mereka itu yang batil yang telah lalu kenyataannya kepada mereka yang mengikut mereka itu barangkali menjadi pula daripada to'ifah Wahhabiyyah". Intaha

đź“”Rujukan: Risalah al-Khittotil-Mardiyyah fi Raddi Syuhbati Man Qala Bid^ah al-Talaffuz bin-Niyyah, Khazanah al-Fathaniah, Kuala Lumpur, 1427 H/ 2006 R, hlm. 24.

✒Risalah ini ditulis oleh al-Syaikh Ahmad Khatib pada tahun 1326 Hijri/ 1908 Rumi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan