Sabtu, 29 Oktober 2016

Imam Ahmad Bin Hanbal Adalah Imam Ahlus Sunnah Yang Disandarkan Kepadanya Penyelewengan!


*Imam Ahmad Bin Hanbal Adalah Imam Ahlus Sunnah Yang Disandarkan Kepadanya Penyelewengan!!*

Jika seseorang itu tidak mantap pegangan agamanya dan tidak menghalusi fitnah-fitnah golongan al-Musyabbihah terutamanya al-Wahhabiyah di akhir zaman sudah tentu akan terkeliru dengan kenyataan bathil yang disandarkan kepada al-imam Ahmad bin Hanbal secara dusta dan bohong. Antara perkara penting yang mesti kita tahu bahawa al-Imam Ahmad bin Hanbal adalah tokoh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang agung, tidak menjisimkan Allah taala dengan makhlukNya, tidak beranggota badan, menyakini Allah taala maha suci daripada jisim, tempat, arah, gerak dan diam, dan sebagainya daripada sifat-sifat makhluk.

Hal tersebut jelas jika diamati betul-betul dalam perbahasan berikut :

1. As-Syaikh Ibnu Hajar Al Haytami dalam kitabnya Al-Fatawa Al Hadithiyyah, halaman 203-204 ketika ditanya tentang akidah Al-Imam Ahmad Bin Hanbal beliau menegaskan :

عَقِيْدَةُ إِمَامِ السُّـنَّةِ أَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ –رَضِيَ اللهُ عَنْهُ وَأَرْضَاهُ وَجَعَلَ جِنَانَ الْمَعَارِفِ مُتَـقَلَّبَهُ وَمَأْوَاهُ وَأَفَاضَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِ مِنْ سَوَابِغِ امْتِـنَانِهِ وَبَوَّأَهُ الفِرْدَوْسَ الأَعْلَى مِنْ جِنَانِهِ- مُوَافِقَةٌ لِعَقِيْدَةِ أَهْلِ السُّـنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ مِنَ الْمُبَالَغَةِ التّآمَّةِ فِي تَنْـزِيْهِ اللهِ تَعَالَى عَمَّا يَقُوْلُ الظَّالِمُوْنَ وَالْجَاحِدُوْنَ عُلُوًّا كَبِيْرًا مِنَ الْجِهَةِ وَالْجِسْمِيَّةِ وَغَيْرِهِمَا مِنْ سَائِرِ سِمَاتِ النَّقْصِ بَلْ وَعَنْ كُلِّ وَصْفٍ لَيْسَ فِيْهِ كَمَالٌ مُطْلَقٌ، وَمَا اشْتَهَرَ بَيْنَ جَهَلَةِ الْمَنْسُوْبِيْنَ إِلَى هذَا الإِمَامِ الأَعْظَمِ الْمُجْتَهِدِ مِنْ أَنَّـهُ قَائِلٌ بِشَىْءٍ مِنَ الْجِهَةِ أَوْ نَحْوِهَا فَكَذِبٌ وَبُهْتَانٌ وَافْتِرَاءٌ عَلَيْهِ فَلَعَنَ اللهُ مَنْ نَسَبَ ذلِكَ إِلَيْهِ أَوْ رَمَاهُ بِشَىْءٍ مِنْ هذِهِ الْمَثَالِب الَّتِيْ بَـرَّأَهُ اللهُ مِنْهَا، وَقَدْ بَيَّنَ الْحَافِظُ الْحُجَّةُ القُدْوَةُ الإِمَامُ أَبُوْ الفَرَجِ بْنُ الْجَوْزِيِّ مِنْ أَئِمَّةِ مَذْهَبِهِ الْمُبَرَّئِيْنَ مِنْ هذِهِ الوَصْمَةِ القَبِيْحَةِ الشَّنِيْعَةِ أَنَّ كُلَّ مَا نُسِبَ إِلَيْهِ مِنْ ذلِكَ كَذِبٌ عَلَيْهِ وَافْتِرَاءٌ وَبُهْتَانٌ وَإِنَّ نُصُوْصَهُ صَرِيْحَةٌ فِي بُطْلاَنِ ذلِكَ وَتَنْـزِيْهِ اللهِ تَعَالَى عَنْهُ، فَاعْلَمْ ذلِكَ فَإِنَّهُ مُهِمٌّ، وَإِيَّاكَ أَنْ تُصْغِيَ إِلَى مَا فِي كُتُبِ ابْنِ تَيْمِيَةَ وَتِلْمِيْذِهِ ابْنِ قَيِّمِ الْجَوْزِيَّـةِ وَغَيْرِهِمَا مِمَّنْ اتَّخَذَ إِلـهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيْهِ مِنْ بَعْدِ اللهِ، وَكَيْفَ تَجَاوَزَ هؤلاَءِ الْمُلْحِدُوْنَ الْحُدُوْدَ وَتَعَدَّوْا الرُّسُوْمَ وَخَرَقُوْا سِيَاجَ الشَّرِيْعَةِ وَالْحَقِيْقَةِ فَظَنُّوْا بِذلِكَ أَنَّهُمْ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَلَيْسُوْا كَذلِكَ بَلْ هُمْ عَلَى أَسْـوَأِ الضَّلاَلِ وَأَقْبَحِ الْخِصَالِ وَأَبْلَغِ الْمَقْتِ وَالْخُسْرَانِ وَأَنْهَى الكَذِبِ وَالبُهْتَانِ فَخَذَلَ اللهُ مُتَّبِعَهُمْ وَطَهَّرَ الأَرْضَ مِنْ أَمْثَالِهِمْ،

_“Akidah imam al-Sunnah Ahmad Ibn Hanbal radhiAllahu Anhu menjadikan syurga sebagai tempat kembalinya, -semoga Allah taala curahkan kepada kita dan kepada beliau nikmat-nikmatNya dan Allah menempatkannya di syurga al-firdaus yang tertinggi daripada syurga-syurgaNya- *adalah akidah yang bertepatan dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, iaitu melakukan tanzih dengan sempurna; mensucikan Allah dari keyakinan yang disebut oleh orang-orang kafir lagi zalim dan orang-orang yang ingkar seperti arah, jisim dan sifat-sifat jisim dan lain-lain serta semua sifat kekurangan, bahkan menyucikanNya daripada segala sifat yang tidak memiliki kesempurnaan secara mutlak*._

_*Adapun apa yang tersebar dalam kalangan golongan jahil yang menyandarkan diri mereka kepada Imam Agung al-Mujtahid Ahmad Bin Hanbal (yang mengaku-ngaku mereka bermazhab Hanbali padahal mereka jauh daripada mengikut al-Imam Ahmad Bin Hanbal) bahawa Imam Ahmad menetapkan salah satu akidah batil tersebut seperti arah dan seumpamanya, maka itu adalah pendustaan, dan pembohongan terhadapnya*. Semoga Allah melaknat orang yang menyandarkan perkara tersebut kepada Ahmad atau menuduhnya dengan keyakinan-keyakinan bathil padahal Allah taala telah membersihkan diri Ahmad darinya. *Al-Hafiz al- Hujjah al-Qudwah al-Imam Abu al-Faraj ibnu al-Jawzi, salah seorang ulama mazhabnya yang bersih dari keyakinan keji tersebut, telah menjelaskan bahawa semua yang disandarkan kepada Ahmad bin Hanbal dengan keyakinan-keyakinan bathil tersebut adalah pendustaan dan  pembohongan terhadapnya semata-mata, serta perkataan-perkataan Ahmad sendiri sangat tegas menjelaskan kebatilan keyakinan-keyakinan keji tersebut disamping Ahmad Bin Hanbal sendiri mensucikan Allah dari disifatkan dengan perkara-perkara tersebut.*_

_Justeru ketahuilah perkara tersebut, sesungguhnya ia adalah sangat penting dan *awas jangan sampai anda mendengar dan percaya isi buku-buku Ibnu Taymiyyah, Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah dan lainnya yang telah bertuhankan kepada hawa nafsu, Allah taala sesatkan mereka walaupun mereka ada ilmu, Allah tutup pendengaran dan hatinya, dan Allah jadikan penghalang atau penutup pada matanya sehingga siapakah lagi yang boleh memberikan mereka petunjuk bimbingan setelah Allah menyesatkan mereka?!!* Sungguh betapa golongan mulhid tersebut melampaui batas, melangkaui garisan yang ditetapkan dan merobek-robek kesucian syariat dan hakikat. Mereka mengira diri mereka berada dalam petunjuk Allah, padahal mereka tidak seperti itu. Bahkan berada dalam kesesatan yang paling keji, keadaan paling buruk dan rugi, serta puncak pembohongan dan pendustaan. Semoga Allah tidak menolong pengikut mereka dan membersihkan bumi ini dari orang-orang seperti mereka.”_intaha

2. Abu Fadhl al-Tamimi (W 410 H), Ketua ulama mazhab Hanbali menukilkan daripada al-Imam Ahmad dalam kitabnya I^tiqad al-imam Ahmad bin Hanbal, halaman 41, Dar al-Bulunsiyyah, bahawa Ahmad bin Hanbal berkata:

ولا يجوز أن يقال استوى بمماسة ولا بملاقاة، تعالى الله عن ذلك علواً كبيرا، والله تعالى لا يلحقه تغير ولا تبدل ولا تلحقه الحدود قبل خلق العرش ولا بعد خلق العرش ، وكان ينكر- الإمام أحمد – على من يقول إن الله في كل مكان بذاته لأن الأمكنة كلها محدودة اهـ

_“ Tidak harus mengatakan istawa dengan makna saling bersentuhan dan saling bertemu antara dua perkara. Maha suci Allah daripada perkara tersebut dengan penyucian yang sungguh-sungguh. Allah taala tidak berlaku kepadanya perubahan dan pertukaran  sebelum diciptakan Arasy dan setelah diciptakan Arasy. Al-Imam Ahmad mengingkari kepada siapa yang mengatakan Allah berada di semua tempat dengan zatNya kerana tempat-tempat semuanya mahdud/ ada batasan had”_intaha

(lihat juga di dalam I^tiqad al-Imam al-Munabbal Abi Abdillah Ahmad Bin Hanbal, halaman 38-39 cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan).

3. Abu al-Fadhl al-Tamimi al-Hanbali yang merupakan ketua ulama mazhab Hanbali di Baghdad serta anaknya menukilkan daripada al-Imam Ahmad bahawa dia berkata di dalam kitab I^tiqad al-Imam Ahmad Bin Hanbal, halaman 47, Dar al-Bulunsiyyah:

أنكر أحمد (رضي الله عنه) على من يقول بالجسم وقال: إن الأسماء مأخوذة من الشريعة واللغة، وأهل اللغة وضعوا هذا ‏الاسم على ذي طولٍ وعرضٍ وسمكٍ وتركيبٍ وصورةٍ وتأليف والله تعالى خارج عن ذلك كله، فلم يجز أن يسمى جسمًا لخروجه عن معنى الجسمية، ولم يجئ في الشريعة ذلك فبطل.

_“Al-Imam Ahmad ibn Hanbal mengingkari sesiapa yang mengatakan Allah taala itu jisim dan beliau telah berkata: Sesungguhnya nama-nama itu diambil daripada syariat dan Bahasa Arab, dan ahli bahasa meletakkan makna jisim itu dengan maksud sesuatu yang mempunyai panjang, lebar, kedalaman, susunan, gambar dan rupa. Allah taala mustahil ke atasNya semua itu. Maka tidak harus menamakan jisim (pada hak Allah) kerana Allah tidak bersifat dengan ciri-ciri jisim, dan juga tidak datang perkara sedemikian dalam syari'at. Oleh itu, terbatallah ungkapan atau dakwaan tersebut."_

Perkara yang sama juga dinukilkan daripada al-Imam Ahmad bin Hanbal oleh al-Imam al-Baihaqi dalam kitab Manaqib Ahmad, halaman 42 dan sebagainya.

(boleh juga lihat ibarat yang hampir sama disebut di dalam I^tiqad al-Imam al-Munabbal Abi Abdillah Ahmad Bin Hanbal, halaman 45 cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan).

4. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata :

إن الله عز وجل واحدٌ لا من عدد، لا يجوز عليه التجزُّؤ ولا القسمة. وهو واحدٌ من كل وجه (أي لا شبيه له في أي وجه من الوجوه). وما سواه (أي ما سوى الله ) واحد من وجه دون وجه

_“Sesungguhnya Allah Azza Wajalla Esa bukan dari sudut bilangan. Tidak harus baginya belah-bahagi dan pembahagian dan Dia Esa pada setiap sudut ( tiada yang menyerupainya dalam apa jua sudut) dan selain Allah taala satu pada satu sudut bukan pada sudut yang lain”_intaha

(lihat I^tiqad al-Imam al-Munabbal Abi Abdillah Ahmad Bin Hanbal, halaman 14 cetakan Darul Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan)

Az-Zahabi dalam kitabnya سير أعلام النبلاء, jilid 17 halaman 273 pernah memuji dan mengatakan tentang Abu al-Fadhl al-Tamimi al-Hanbali ini:

الامام الفقيه رئيس الحنابلة. اهـ

_“Beliau adalah imam yang faqih, ketua bagi ulama-ulama mazhab Hanbali”._

Al-Khatib al-Baghdadi menyebutkan tentangnya:

دفن الى جنب قبر الامام احمد بن حنبل رضي الله عنه. توفي رحمه الله سنة 410 للهجرة وكان صديقا للقاضي ابي بكر الباقلاني وموادا له، اي بينهما محبة شديدة، والباقلاني من كبار الاشاعرة الذين هم اعيان اهل السنة والجماعة.

_“Beliau dikebumikan di sebelah kubur al-Imam Ahmad bin Hanbal RadhiAllahu Anhu. Beliau wafat rahimahullah pada tahun 410 H. Beliau  adalah sahabat kepada Qadhi Abu Bakar al-Baqillani dan sangat dikasihi beliau iaitu keduanya saling mengasihi antara satu sama lain. Dan al-Baqillani antara pemuka-pemuka al-Asya^irah yang merupakan ulama terkenal Ahlus Sunnah Wal Jamaah”._

5. Al-Imam al-Hafiz al-Mufassir Abdurrahman ibn Ali al-Hanbali (w 597 H), yang lebih dikenali dengan sebutan al-Imam Ibn al-Jawzi antara ulama terkemuka dalam mazhab Hanbali dalam kitabnya  دفع شُبَه التّشبِيه halaman 56 menyebutkan pelepasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah keseluruhannya berserta al-Imam Ahmad bin Hanbal secara khususnya daripada akidah golongan Mujassimah, katanya :

كانَ أحمدُ لا يقولُ بالجِهةِ للبارئ

*_“ Ahmad tidak pernah mengatakan adanya arah bagi Tuhan Pencipta alam”._*intaha

ibn al-Jawzi sendiri telah memberi penegasan dalam hal ini dalam Daf^u Syubah at-Tasybih, halaman 88 :

" الواجب علينا أن نعتقد أن ذات الله تعالى لا يحويه مكان ولا يوصف بالتغير والانتقال" اهـ.

_“Wajib ke atas kita meyakini bahawa zat Allah taala tidak diliputi oleh tempat, tidak disifati dengan perubahan atau berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain”_intaha

Dalam kitab Shayd al-Khathir, halaman 476, ibn al-Jawzi berkata :

فترى اقواما يسمعون أخبار الصفات فيحملونها على ما يقتضيه الحس، كقول قائلهم: ينزل بذاته إلى السماء وينتقل، وهذا فهم ردىء، لأن المنتقل يكون من مكان إلى مكان، ويوجب ذلك كون المكان أكبر منه، ويلزم منه الحركة، وكل ذلك محال على الحق عز وجل " اهـ

_“Engkau boleh melihat ada beberapa kelompok manusia ketika mereka mendengar teks-teks hadith berhubung sifat- sifat Allah, mereka menanggungnya mengikut makna hissi (mengikut apa yang boleh dicapai dengan pancaindera). Seperti kenyataan mereka bahawa Allah dengan  zat-Nya turun  ke  langit  dunia dan  berpindah  tempat.  Pemahaman seperti ini adalah sangat buruk. Kerana sesuatu yang dikatakan berpindah itu sudah tentu dari dari satu tempat (tempat asal) ke tempat yang lain (tempat baru yang merupakan destinasi yang dituju). Kemudian keyakinan seperti itu mewajibkan langit itu lebih besar daripada Allah taala sendiri, juga memestikan adanya sifat gerak bagi Allah. Padahal Allah taala maha suci dari semua perkara tersebut”_intaha

al-Hafizh Ibn al-Jawzi adalah salah seorang Imam terkemuka di kalangan mazhab Hanbali. Beliau termasuk salah seorang ulama yang telah berjasa besar dalam  membersihkan  mazhab  Hanbali  dari  kotoran-kotoran akidah  tasybih  yang  telah dimasukkan secara palsu oleh golongan Musyabbihah yang tidak bertanggungjawab. Tidak sedikit karya yang telah beliau tulis dengan tujuan untuk membersihkan mazhab Hanbali dari akidah tasybih. Salah satunya kitab beliau berjudul “Daf^u Syubah at-Tasybih Bi Akaff at- Tanzih”. Kitab ini mengandungi pelbagai bantahan terhadap kaum Musyabbihah Mujassimah; kaum yang mengaku-ngaku bermazhab Hanbali padahal al-Imam Ahmad ibn Hanbal sama sekali bebas dari segala apa yang mereka yakini. Dalam kitab ini al-Hafiz Ibn al-Jawzi menjelaskan kebenaran akidah Salaf dan akidah al-Imam Ahmad ibn Hanbal yang menegaskan bahawa Allah ada tanpa tempat, tanpa arah, suci dari segala bentuk dan ukuran, suci dari sifat duduk, berdiri, duduk bersemayam, dan berbagai-bagai lagi sifat-sifat jisim dan perkara baharu.

Bahkan beliau menyebutkan dalam kitab al-Baz al-Asyhab halaman 59 :

كل من هو في جهة يكون مقدرا محدودا وهو يتعالى عن ذلك، وإنما الجهات للجواهر والأجسام لأنها أجرام تحتاج إلى جهة، وإذا ثبت بطلان الجهة ثبت بطلان المكان" اهـ

_“Setiap  sesuatu  yang  memiliki  arah  sudah tentu memiliki  ukuran dan batasan had. Manakala Allah taala maha suci dari perkara tersebut. Arah-arah itu hanya berlaku bagi segala sesuatu yang memiliki bentuk (jauhar-jauhar dan jisim-jisim), kerana ia adalah jirim-jirim yang berhajat kepada arah. Apabila telah tetap kemustahilan adanya arah bagi Allah, bererti tetap pulalah kemustahilan adanya tempat bagi-Nya”_intaha

6. Al-Qadhi Badruddin bin Jamaah seorang ulama terkenal dalam kitabnya  إيضاحُ الدّليل في قَطْع حُجَج أهلِ التّعطيل , halaman 108 menyebutkan :

إنّ الإمام أحمدَ لا يقولُ بالجِهة للبَارئ.اهـ

*_“Sesungguhnya al-Imam Ahmad tidak berpendapat ada arah bagi Tuhan Pencipta sekalian alam”_*.intaha

7. As-Syaikh Ibn Hajar al-Haytami menyebut di dalam kitabnya al-Minhaaj al-Qawim ^Ala al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, halaman 224 :

واعلَمْ أنّ القَرافيّ وغيرَه حكَوا عن الشّافعيّ ومالكٍ وأحمدَ وأبي حنيفةَ رضيَ الله عنهُم القولَ بكُفرِ القائلِينَ بالجِهة والتّجسِيم وهم حقِيقُونَ بذلك"اهـ

_“Ketahuilah bahawa al-Qarafi dan sebagainya menukilkan daripada as-Syafie, Malik, *Ahmad (bin Hanbal)*, dan Abu Hanifah RadhiAllahu Anhum pendapat berhubung kekufuran golongan yang mengatakan Allah taala ada bagiNya arah dan berjisim. Dan mereka itu benar sungguh dalam perkara tersebut”_ intaha.

8. Al-Muhaddith al-Kauthari ( W 1371H), wakil para masyaikh Islam di Darul Khilafah al-Uthmaniyyah dalam kitabnya “Maqalaat al-Kauthari”, halaman 321 menyebutkan :

إن القول بإثبات الجهة له تعالى كفر عند الأئمة الأربعة هداة الأمة كما نقل عنهم العراقي على ما في "شرح المشكاة" لعلي القاري " اهـ.

_“Sesungguhnya pendapat yang menetapkan arah bagi Allah taala adalah kekufuran di sisi imam-imam yang empat yang merupakan pembimbing Ummah (termasuk al-Imam Ahmad) sebagaimana dinukilkan oleh al-^Iraqi sebagaimana tercatat dalam Syarh al-Misykaat karangan Mulla ^Ali Qaari”._intaha

9. Ibarat masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Fadhl al-Tamimi al-Hanbali daripada al-Imam Ahmad bin Hanbal bahawa beliau berkata:

مهما تصورت ببالك فالله بخلاف ذلك

“Walau apa jua yang kamu bayangkan maka Allah taala tidak seperti itu” ini adalah dalil menujukkan betapa bersihnya akidah beliau dan beliau berpegang dengan akidah al-Tanzih (menyucikan Allah daripada makhlukNya).” Perkataan ini sama dengan apa yang ditegaskan oleh Zun Nun Al-Mishri sebagaimana diriwayatkan oleh al-Hafiz Khatib al-Baghdadi.

10. Al-Muhaddith al-Faqih Badruddin al-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif al-Masami^, jilid 4 halaman 648 menyebutkan:

ونقل صاحب الخصال عن أحمد أنه قال : مَن قَالَ اللهُ جِسمٌ لا كالأجسَام كفَر

_“Pengarang kitab al-Khishol yang terdiri daripada kalangan ulama Hanbali menukilkan daripada Ahmad bin Hanbal bahawa dia berkata : “Sesiapa yang mengatakan Allah berjisim tetapi tidak sama-dengan jisim-jisim yang lain maka dia telah kufur”._intaha Kemudian katanya (al-Zarkasyi):

ونقَل عن الأشعرية أنه يفسقُ، وهذا النقل عن الأشعرِية ليسَ بصَحِيح.اهـ

_“Dan dinukilkan daripada al-Asy^ariyyah bahawa ia difasiqkan maka nukilan ini daripada al-Asy^ariyyah adalah tidaklah sahih”_. Intaha.

Antara ulama Hanabilah yang menyebut seakan sama dengan al-Imam Ahmad bin Hanbal ialah al-Imam Muhammad bin Badrudin bin Balbaan al-Dimasyqi al-Hanbali dalam kitabnya Mukhtasar al-Ifadaat, halaman 489 :

فمن اعتقد أو قال إن الله بذاته في كل مكان أو في مكان فكافر

_“Sesiapa yang meyakini atau berkata bahawa Allah taala dengan zatnya berada di semua tempat atau di suatu tempat maka dihukumkan kufur”._intaha.

Kemudian pada halaman 490, beliau menyebutkan :

ولا يشبه شيئًا ولا يشبهه شيء، فمن شبهه بشىء من خلقه فقد كفر كمن اعتقده جسمًا أو قال إنه جسم لا كالأجسام

_“Dia tidak sama dengan sesuatupun dan sesuatu tidak menyerupaiNya. Sesiapa yang menyerupakanNya dengan sesuatu daripada makhlukNya maka dia dihukum kufur seperti orang yang meyakini Dia (Allah) jisim atau dia berkata Dia (Allah) jisim tetapi tidak sama dengan jisim-jisim yang lain”._ intaha.

As-Syaikh Abu al-Wafa ^Ali ibn ^Aqil al-Baghdadi; salah seorang ulama terkemuka dalam mazhab Hanbali pada zamannya (W 513 H) berkata:

"تعالى الله أن يكون له صفة تشغل الأمكنة، هذا عين التجسيم، وليس الحق بذي أجزاء وأبعاض يعالج بها" اهـ.

 _“Maha suci  Allah  dari  memiliki sifat bertempat pada tempat- tempat (atau  di  suatu tempat), ini jelas merupakan keyakinan tajsim sebenar, sesungguhnya al-Haq (Allah) bukan sesuatu yang memiliki bahagian-bahagian atau potongan-potongan yang tersusun darinya”_intaha

11. Begitu juga al-Imam Ahmad telah thabit mentakwilkan ayat-ayat mutasyabihat berhubung sifat-sifat Allah taala. Al- Hafiz al-Baihaqi meriwayatkan daripada al-Hakim daripada Abi ^Amr bin as-Sammak daripada Hanbal bahawa Ahmad bin Hanbal telah mentakwilkan firman Allah taala   وَجَاءَ  رَبُّك bahawa ia bererti جاءَ ثوابُه (datang pahalanya). Kemudian al-Baihaqi berkata :

وهَذا إسنادٌ لا غُبارَ عَليه

_“Sanad periwayatan ini tiada ragu-ragu lagi padanya”_intaha. Ibn Kathir menukilkan perkara tersebut di dalam kitab tarikhnya; “al-Bidayah wan Nihayah”, jilid 10 halaman 327, Maktabah al-Ma^arif-Beirut.

12. Dalam riwayat lain al-Baihaqi menukilkan dalam kitab Manaqib Ahmad bahawa Ahmad berkata :

جاءَت قُدرَتُه

_“Telah datang kekuasanNya”._ (Datang kesan qudratNya iaitu datang perkara ajaib yang zahir pada hari tersebut yang merupakan ciptaan Allah taala).

Kemudian al-Baihaqi menyebutkan :

وفيه دليلٌ على أنّهُ كانَ لا يَعتقدُ في الـمجيء الذي ورَدَ بهِ الكتابُ والنّـزولِ الذي ورَدَت به السُّنةُ انتِقالا مِن مَكانٍ إلى مكانٍ كمجيء ذواتِ الأجسام ونزُولِـها وإنما هو عبارةٌ عن ظهُورِ ءاياتِ قُدرتِه"اهـ

_“Pada perkara ini ada dalil bahawa beliau (al-Imam Ahmad) tidak meyakini الـمجيء yang warid dalam al-Quran dan النّـزولِ yang warid di dalam Sunnah (hadith) sebagai berlaku perpindahan dari tempat ke tempat yang lain seperti datangnya zat-zat berjisim dan turunnya bahkan ia hanya ibarat mengenai kezahiran tanda-tanda kekuasanNya”._ Intaha

13. Syaikh Taqiyyuddin  al-Hishni dalam kitabnya “Daf^u Syubah Man Syabbaha wa Tamarrada”, halaman 62-63, cetakan darul Musthafa :

قال الإمام أحمد : معناه جاء أمر ربك. قال القاضي أبو يعلى : قال أحمد المراد به قدرته وأمره وقد بينه في قوله تعالى " أو يأتي أمر الله" يشير إلى حمل المطلق على المقيد وهو كثير في القرأن والسنة وفي كلام علماء الأمة لأنه لا يجوز عليه الانتقال سبحانه وتعالى. ومثله حديث النزول. وممن صرح بذلك الإمام الأوزاعي والإمام مالك لأن الانتقال والحركة من صفات الحدث والله عز وجل قد نزه نفسه عن ذلك.اھ

_”Al-Imam Ahmad berkata maknanya جاء أمر ربك (datang perintah Tuhannya) al-Qadhi Abu Yaala berkata : Ahmad bin Hanbal berkata yang dimaksudkan dengannya adalah kekuasaannya dan perintahnya. Sesungguhnya beliau telah menjelaskannya pada firman Allah taala " أو يأتي أمر الله" mafhumnya “atau datang perintah Allah” ia mengisyaratkan penanggungan makna ayat yang mutlak ke atas ayat yang muqayyad dan ia banyak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah serta kalam ulama ummah kerana tidak harus ke atas Allah taala perpindahan tempat, maha suci Allah taala. Sama juga dengan hadith nuzul. Antara yang menyatakan dengan jelas perkara tersebut adalah al-Imam al-Auza^i dan al-Imam Malik kerana perpindahan dan pergerakan adalah antara sifat-sifat baharu padahal Allah azza Wajalla maha suci diriNya daripada perkara tersebut”_intaha

14. al-Hafiz al-Muhaddith al-Faqih as-Syaikh Abdullah al-Harari al-Habasyi dalam al-Maqalaat as-Sunniyyah, halaman 194 :

وهذا دليل على أن الإمام أحمد رضي الله عنه ما كان يحمل ءايات الصفات وأحاديث الصفات التي توهم أن الله متحيز في مكان أو أن له حركة وسكونا وانتقالا من علو إلى سفل على ظواهرها كما يحملها ابن تيمية وأتباعه فيثبتون اعتقادا التحيز لله في المكان والجسمية ويقولون لفظا ما يموهون به على الناس ليظن بهم أنهم منـزهون لله عن مشابهة المخلوق فتارة يقولون (( بلا كيف )) كما قالت الأئمة وتارة يقولون (( على ما يليق بالله )) ، نقول : لو كان الإمام أحمد يعتقد في الله الحركة والسكون والانتقال لترك الآية على ظاهرها وحملها على المجيء بمعنى التنقل من علو وسفل كمجيء الملائكة ، وما فاه بهذا التأويل. انتهى بحروفه .

_“Ini adalah dalil bahawa al-imam Ahmad RadhiAllahu Anhu tidak pernah menanggungkan ayat-ayat dan hadith-hadith berkaitan sifat-sifat Allah yang mewahamkan bahawa Allah berpihak pada tempat, bagiNya gerak dan diam, perpindahan daripada arah atas ke arah bawah berdasarkan makna zahirnya sebagaimana yang dibuat oleh ibn Taymiyyah dan pengikut-pengikutnya. Mereka menetapkan suatu keyakinan ada Allah berpihak pada tempat, bersifat dengan jisim dan mereka mengatakan suatu lafaz yang boleh mewahamkan manusia agar manusia menyangka-nyangka tentang mereka bahawa mereka itu mensucikan Allah taala dari penyerupaan makhluk. Sesekali mereka mengatakan “بلا كيف” (iaitu tanpa Allah disifatkan dengan sifat-sifat makhluk) dan pada kali yang lain pula mereka mengatakan “على ما يليق بالله” (mengikut apa yang layak bagi Allah). *Kita katakan : Jika al-Imam Ahmad meyakini tentang Allah taala ada pergerakan, diam, berpindah-randah sudah tentu dia telah meninggalkan ayat-ayat tersebut atas makna zahirnya dan menanggungkan ayat-ayat tersebut المجيء dengan makna berpindah-randah daripada arah atas ke arah bawah seperti datangnya malaikat. Namun beliau tidak menyatakan dengan pentakwilan ini._* Intaha

15. Dalam Al-Futuhaat al-Rabbaniyyah ^Ala al-Azkaar karangan al-^Alim al-Mufassir Muhammad ^Allan al-Shiddiqi as-Syafie al-Asya^ari al-Makki (W 1057 H) pada “Bab Menggalakkan Berdoa Dan Beristighfar Pada Nisf Thani (Separuh kedua Di Bulan Ramadhan) Pada Setiap Malam” jilid 2 halaman 196 menyebutkan  :

وأنّه تعالى مُنـزّه عن الجِهة والمكان والجِسم وسائر أوصافِ الحدوث، وهذا معتقَدُ أهلِ الحقّ ومنهُم الإمام أحمد وما نسَبَه إليهِ بعضُهم مِنَ القَولِ بالجهة أو نحوِها كذِبٌ صُرَاح عليه وعلى أصحابِه المتقَدِّمين كما أفادَه ابنُ الجَوزي مِن أكابِر الحنابلة .انتهى بحروفِه.

_“Sesunngguhnya Dia (Allah) taala maha suci daripada arah, tempat, jisim dan seluruh sifat-sifat baharu. Ini adalah keyakinan Ahlul Haq (Ahlus Sunnah Wal Jamaah), antara mereka adalah al-Imam Ahmad. *Apa yang disandarkan sebahagian orang kepada beliau bahawa beliau berpendapat bagi Allah taala itu ada arah atau seumpamanya, maka itu adalah pendustaan yang amat jelas terhapap beliau dan ke atas sahabat-sahabatnya yang terdahulu* sebagaimana disebut oleh ibn al-Jawzi yang merupakan antara ulama terkemuka Mazhab Hanbali”._Intaha

16. Al-Muhaddith as-Syaikh Muhammad ^Arabi al-Tabban al-Maliki al-Makki, ulama yang mengajar di Madrasah al-Falah dan di Masjid al-Makki (W1390 H) menyebutkan dalam kitabnya Baraah al-Asy^ariyyin Min ^Aqaid al-Mukhalifin, jilid 1 halaman 11 mengatakan bahawa :

أحمد بن حنبل نسب إليه بعض أصحابه وأتباعه أباطيل كالتجسيم وغيره وهو بريء منها وقد ثبث التأويل عن الامام أحمد وأتباعه الأقدمين. اهـ

*_“Imam Ahmad Bin Hanbal disandarkan kepadanya sebahagian pengikut-pengikutnya dengan kebatilan-kebatilan seperti perkataan Tajsim (menjisimkan Allah taala dengan makhlukNya) padahal beliau terlepas diri daripada dakwaan tersebut. Bahkan telah thabit pentakwilan terhadap (ayat-ayat mutasyabihat) yang dilakukan oleh imam Ahmad sendiri dan pengikutnya terdahulu”.*_intaha

Kemudian beliau menyebut dalam kitab yang sama, beliau mengatakan:

اتفق العقلاء من أهل السنة الشافعية والحنفية والمالكية وفضلاء الحنابلة وغيرهم على أن الله تبارك وتعالى منزه عن الجهة والجسمية والحد والمكان ومشابهة مخلوقاته " اهـ.

_ “Sepakat para cerdik pandai dalam kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah; as-Syafiyyah, al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah, dan *Fudhalaa’ al-Hanabilah* serta selainnya bahawa Allah taala maha suci daripada arah, sifat-sifat jisim, batasan had, tempat, menyerupai makhlukNya”_intaha

17. Al-Hafiz Abu Hafsh Ibnu Syahin, salah seorang sahabat al-Hafiz al-Daraquthni, kedua-dua adalah tokoh ulama hadis terkemuka, mengatakan :

رَجُلاَنِ صَالِحَانِ بُلِيَا بِأَصْحَابِ سُوْءٍ، جَعْفَرُ بْنُ مُحَمَّدٍ وَأَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ

“Ada dua orang soleh yang diberi ujian oleh Allah dengan pengikut-pengikut yang menyimpang; Ja’far al-Shadiq  dan Ahmad Ibn Hanbal”. (Diriwayatkan dengan sanad-sanadnya yang thabit oleh al-Hafiz Abu Al-Qasim ibnu ‘Asakir dalam Tabyin Kadzib Al Muftari, halaman 164)

Al-Muhaddith as-Syaikh Muhammad ^Arabi al-Tabban dalam kitabnya Baraah al-Asy^ariyyin, jilid 1 halaman 11 menjelaskan makna kalam Al-Hafiz Abu Hafsh Ibnu Syahin  sebagaimana berikut :

يعني الامام جعفرا الصادق بن محمد الباقر نسب إليه الرافضة شيئا كثيرا من المسائل القبيحة وهو بريئ منها وأحمد بن حنبل نسب إليه بعض أصحابه وأتباعه أباطيل كالتجسيم وغيره وهو بريء منها. اهـ

“Maknanya golongan Rafidhah (atau syiah) menyandarkan kepada al-Imam Ja^far as-Shadiq ibn Muhammad al-Baqir terlalu banyak permasalahan-permasalahan yang sangat keji padahal al-Imam Ja^far as-Shadiq sama sekali bersih dan bebas dari perkara keji tersebut. Demikian pula al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, sebahagian pengikutnya menyandarkan kepadanya keyakinan-keyakinan yang bathil seperti  tajsim, anggota dan selainnya, padahal beliau bersih dan bebas daripada akidah buruk tersebut”.

*Kesimpulan :*

Berdasarkan perbahasan tersebut cukup jelas kepada kita bahawa al-Imam Ahmad bin Hanbal  adalah imam Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang agung sebagaimana imam-imam yang lain, tidak menjisimkan Allah taala dengan makhlukNya, menyakini Allah taala maha suci daripada jisim, tempat, arah, gerak dan diam, dan sebagainya daripada sifat-sifat makhluk.

Justeru, hendaklah kita hati-hati dengan penyelewengan yang banyak dilakukan oleh golongan golongan al-Wahhabiyyah dalam kalangan al-Musyabbihah terhadap kitab-kitab ulama terutamanya mereka di zaman kini lebih suka berselindung atas nama mazhab Hanbali kemudian mendatangkan nas-nas ulama-ulama yang mengkhianati mazhab Hanbali seperti ibn Taymiyyah, ibn Qayyim al-Jawziyyah, Muhammad bin Abdul Wahhab dan sebagainya.

Disediakan oleh :
🖋 Kajian Ilmiah Ahlis Sunnah (KIAS)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan