Ahad, 16 Oktober 2016

ISU WAHABI.,.ADAKAH AJARAN SESAT ?


ISU WAHABI..ADAKAH AJARAN SESAT ?
FATWA DAN PANDANGAN/PENDIRIAN ULAMAK

Kata Pak Menteri.."Tidak,Wahabi bukan ajaran sesat"..29 april/29 ogos 2016

Kita Kata.."FAHAMAN WAHABI ADALAH SESAT"..apa tidak sesatnya kalau semua negeri menyekat dan mengharamkan fahaman ini kerana takut tersebar dan meresap masuk ke negeri masing2..

KESEMUA KEPUTUSAN MEREKA ADALAH MENYEKAT AJARAN WAHHABIYAH KERANA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA..

KENAPA BAHAYA...KERANA CIRI FAHAMAN MEREKA :

1) Menolak fahaman bermazhab kepada Imam-Imam yang empat, pada hakikatnya mereka bermazhab "TANPA MAHZAB".

2) Mengadunkan amalan empat mahzab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa kepada talfiq yang haram.

3) Memandang amalan bertaqlid sebagai bida'ah, kononnya mereka berittiba'.

4) Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah.

5) Sering menggunakan dakwaan Ijma' Ulama dalam masalah khilafiyyah.

6) Sering bercanggah dengan Ijma' Ulama.

7) Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat lain adalah bida'ah.

8) Sering mendakwa orang yang bermahzab sebagai taksub mahzab.

9) Salah faham makna bida'ah sehinggakan mudah membida'ahkan orang lain.

10) Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum.

11) Mempromosikan mahzab fiqh baru yang dinamakan Fiqh al-Taysir, Fiqh al-Dalil, Fiqh Musoffa dan lain-lain.(yang jelas terkeluar dari empat mahzab).

12) Sering mewar-warkan agar hukum-hakam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan hadis "Yassiru wa la tunnaffiru" sehingga menjadi lebih parah daripada "tatabbu' al-rukhas".

13) Sering mengatakan bahawa fiqh empat mahzab sudah ketinggalan zaman.

14) Menolak beramal dengan hadis dhaif....Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukan dirayah...

dan BANYAK LAGI lah..

Mungkin sebahagian ciri fahaman yg dipermasalahkan mereka adalah perkara khilafiyyat namun sebahagiannya bercanggah dengan ijmak dan pendapat muktamad empat mazhab sehingga ada yg berkait dgn perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok) agama dan patut dipandang serius.

Yang mana sebahagian daripada fahaman Wahhabiyyah Taimiyyah ini secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita.

Sebahagian daripada ciri fahaman ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya tidak disepakati oleh mereka. Ini adalah kerana di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat dan mazhab dalam berbagai peringkat.

Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama’ah..

FAHAMAN mereka perlu disekat kerana :

Seolah olah fahaman mereka seperti "PENYAMUN DI DALAM NEGERI".

Seolah olah fahaman mereka seperti "ENAM JAHANNAM".

Seolah olah fahaman mereka seperti api dalam sekam..gunting dalam lipatan..musuh dalam selimut...apa2 lagi lah.

MERUPAKAN ANCAMAN..ANCAMAN  yg sgt bahaya yg boleh menggugat Aqidah..
menggugat Perpaduan dan Keselamatan Negara...VIRUS TANPA SEDAR.

PANDANGAN JAKIM TENTANG ALIRAN WAHABIYYAH

Aliran Wahabi bukanlah satu mazhab akan tetapi satu bentuk gerakan pemikiran agama yang banyak dipegang oleh ulama-ulama Haramayn (Mekah dan Madinah) kontemporari mengikuti pendekatan yang diambil oleh Muhammad bin Abd Wahhab.

Dari segi mazhab , mereka lebih hampir dengan mazhab Hanbali walaupun dari beberapa segi mereka lebih ketat dan keras.

Dalam sejarah tradisi ilmu Islam, aliran Wahhabi bukanlah mewakili arus perdana mazhab Ahl Sunnah wa al-Jamaah kerana sejak seribu tahun lebih,aliran yang menjadi peneraju kepada pentafsiran Ahl Sunnah wa al-Jamaah dalam bidang akidah ialah Asha’irah dan Maturidiyah, manakala dalam bidang fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Shafi’i, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

Dari segi pendekatan ilmiah, aliran Wahabi membawa pendekatan yang agak sempit dengan metodologi harfiah (literal) yang mereka ambil dalam memahami sumber agama khususnya al-Qur’an. Justeru itu, sebahagian dari pandangan mereka dalam agama bersifat agak keras terutama terhadap orang yang tidak mengambil pendekatan mereka.

Pendekatan sebegini akhirnya telah membawa kepada kecenderungan untuk mudah mengeluarkan orang Islam dari lingkungan agama yang tidak sealiran dengan aliran Wahabi.

Contoh perbezaan pandangan golongan Wahabi yang agak jelas ialah pandangan mengenai sunnah dan bid’ah. Berdasarkan makna literal beberapa hadis Nabi, mereka menganggap bahawa setiap amalan ibadat yang tidak mengikuti secara langsung cara yang dibawa oleh Nabi saw, dianggap bid’ah dan terkeluar dari Islam.

Justeru itu banyak amalan dan pegangan yang telah diamalkan oleh masyarakat Islam telah dianggap terkeluar dari agama Islam oleh golongan Wahabi.

Pendekatan ini telah menyebabkan perpecahan di kalangan sebahagian masyarakat yang telah lama mempunyai kesatuan dalam ibadat menurut pentafsiran imam-imam muktabar dalam mazhab Shafi’i dan dalam akidah menuruti aliran al-Ash’ari dan al-Maturidi.

Banyak persoalan yang bersifat khilafiah telah diangkat dan dianggap sebagai perkara usul sehingga menjadi permasalahan dalam masyarakat, seperti larangan doa qunut, wirid dan berdoa secara berjamaah selepas solat, tahlil, berzanji, qasidah, burdah, membaca yasin pada malam jumaat, perayaan maulid, kesemuanya ditolak atas nama bid’ah yang sesat.

Ini sama sekali tidak selari dengan pemahaman sunnah dan bidaah yang sebenar dalam Islam dan juga tidak bertepatan dengan semangat ilmiah dalam tradisi Islam yang membenarkan perbezaan pandangan dalam persoalan khilafiah.

Dalam konteks tasawuf, mereka amat keras membid’ah amalan-amalan tariqat, amalan wirid dan selawat yang dilakukan oleh golongan sufi. Dalam akidah, mereka membidaahkan ajaran tauhid berdasarkan sifat yang kesemuanya dipelopori oleh ulama-ulama berwibawa dalam aliran Ahl Sunnah wa al-Jama’ah.

Contoh lain perbezaan pemahaman aliran Wahabi ialah pendekatan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat berkaitan ‘tangan dan wajah Allah’, istiwa’ dan lain-lain. Dengan mengisbatkan secara literal ayat-ayat ini dan menolak sama sekali pendekatan ta’wil yang juga salah satu pendekatan yang diambil oleh ulama salaf dan khalaf.

Ianya membawa kepada kecenderungan tajsim (kefahaman Allah berjism) dan tashbih (kefahaman Allah menyamai makhluk) terutama kepada mereka yang berfahaman simplistik berkaitan isu tersebut.

PANDANGAN AL MARHUM DR. UTHMAN  EL MUHAMMADY TENTANG BAHAYANYA ANCAMAN WAHABI

1. Kita di Malaysia ini beraliran Ahlissunnah wal-Jamaah, bermazhab fiqh Syafie. Kita berjaya dan benar dalam memahami agama dan mengamalkannya dalam aliran yang terjamin oleh Nabi dan Quran ini, dengan tidak melupai ada perlara-perkara yang masih tidak sempurna di kalangan kita. Kita wajib mengelak diri daripada Wahabiyah. Mereka yang dari awal bermazhab dengan mazhab Wahhabiah ini jangan mengembangkannya kepada Orang Islam di negara ini.

2. Pihak pemerintah mesti memutuskan untuk terus berpegang kepada aliran Ahlisunnah ini dan menguatkuasakannya. Jangan terpesona dengan slogan pembaharuan atau reformasi dangkal yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang beraliran demikian. Malaysia mencapai kejayaan selama ini bukan kerana aliran dangkal itu. Ia berjaya dalam rangka Ahlisunnah wal Jamaah yang disertakan dengan sikap positif menerima perkara-perkara baharu yang penting dalam konteks kerangka ajaran yang sudah ada.

3. Kita boleh tegaskan bahawa ajaran tauhid  tiga iaitu  tauhid rububiah, tauhid uluhiah, tauhid asma’ wassifat yang dihuraikan oleh mereka itu bukan cara Ahlissunnah, itu cara Wahhabiah.

Wahabiah mengajarkan tauhid rububiah ialah mempercayai Tuhan menjadikan alam, memberi rezeki daln lain-lain; tauhid uluhiah ialah menyembahNya dan taat kepadaNya. Tiap-tiap satunya terasing daripada yang lain.

Sebab itu, kata mereka, penyembah berhala, bertauhid rububiah sebab ia percaya Tuhan menjadikan alam, hanya ia tidak bertauhid secara uluhiah. Sebab itu dia kafir, lalu berlaku hukum Syarak sebagaimana yang diketahui itu. Orang yang mengucap syahadat kalau ia tidak mengamalkan Islam dengan baik, ia bertauhid rububiah sahaja, hukumnya sama dengan penyembah berhala.

4. Mereka berkata bahawa orang yang berdoa di kubur orang soleh dan meminta dgn keberkatan mereka supaya Tuhan menyembuhkan penyakit, mengangkatkan bala, itu adalah syirik.Dengan itu halal darah mereka. Dalam Ahlissunnah itu harus, sebab itu orang Islam berdoa di kubur nabi saw untuk mendapat syafaatnya dan hajatnya dunia dan akhirat.

5. Kita dalam Ahlisunnah mendapat pengajaran bahawa Tuhan bersifat dengan sifat-sifat yang sempurna, tidak ada sifat yang kekurangan. Ia ada, sedia kala, kekal, bersalahan dengan sifat-sifat makhluk yang baharu, berdiri sendiri (bukan dijadikan oleh sesiapa, tidak memerlukan sesiapa atau apa-apa dari sekalian makhluk), Maha Esa, mempunyai sifat hidup, ilmu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat, berkata-kata; keadaanNya hidup, berilmu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan keadaannya berkata-kata. Ini sekurang-kurang yang perlu diketahui dan diyakini. Sifat-sifatNya tidak terkira.

6. Tauhid tiga; tauhid rububiyyah asing, tauhid uluhiyyah asing, tauhid asma wassifat.Tauhid cara huraian seperti ini sudah tersebar dalam setengah IPT-IPT di Malaysia. Kalau ini tersebar dengan meluas dan pengaruhnya mendalam, percayalah, maka ia menjadi ‘sarang’ tempat bertelur dan membesar fahaman keganasan, anti-establishment, dan fahaman menentang pihak berotoriti yang tidak bersefahaman dengan mereka.Ia akan membawa kepada kerosakan akidah, mengancam keselamatan negara, dan konflik yang tidak berkesudahan,
kemusnahan sistem negara.

7. Di setengah IPT sudah ada pensyarah-pensyarah yang memaksa pelajar memberi huraian ini bukan hanya untuk perbandingan akademik.Jikalau tidak berbuat demikian pelajar itu akan mendapat akibat yang buruk dalam ujiannya. Ini perlu diberi perhatian oleh pihak rasmi negara. Nampaknya proses membuat rekrut juga ada berlaku, mungkin untuk gerakan akan datang; kita perlu berwaspada tentang hal ini dan jangan membiarkannya berkembang.

8. Natijah daripada ‘tauhid Wahhabi’ seperti itu maka mereka tidak memandang taat kepada ulil-amri itu sebagai kewajipan. Mereka dengan senang sekali keluar menentang ulil-amri, pihak berkuasa, ini jelas dalam sejarah dan teks-teks ajaran mereka, walhal dalam Ahlil-Sunnah kita tidak boleh keluar menentang, bermusuh dengan ulil-amri, ‘kecuali bila zahir daripada mereka kekufuran yang nyata’.

Berwaspadalah wahai ulil-amri dan umat Islam Malaysia supaya umat dan agama serta negara tidak binasa. Jangan menempah penyesalan yang jalan kembali kepada kesejahteraannya sudah tidak ada lagi.

9. Sebagai kesimpulannya kita tidak boleh bersikap naif dan membenarkan aliran Wahabiah ini diamal dan disebarkan dalam negara, termasuk memberi ‘tempat penting’ kepada orang Wahhabi. Kita tidak membenarkan Wahhabiah disebar kepada Orang Islam Malaysia yang bermazhab Ahlisunnah. Kalau tidak mereka yang terkena pengaruh ini akan berkembang bersama dalam aliran keganasan antarabangsa yang akan menganiaya Muslimin dan negara.

FATWA DAN PANDANGAN/PENDIRIAN ULAMAK

Berikut adalah beberapa kumpulan fatwa, pandangan atau pendirian ulama-ulama yang berautoriti di Malaysia secara tersurat dan tersirat berkenaan kesesatan fahaman wahabi yang sedang menggelisahkan rakyat Malaysia dewasa ini.

Antaranya adalah:

1. Pandangan Mufti Kedah
2. Pandangan Mufti Pahang
3. Pandangan Mufti Negeri Sembilan
4. Pandangan Jabatan Mufti Perak
5. Pandangan Mufti Wilayah Persekutuan
6. Warta Kerajaan Negeri Johor
7. Majlis Fatwa Kebangsaan
8. Pandangan JAKIM
9. Pandangan Mufti Brunei
10. Dar al-Ifta’ Mesir
11. Pandangan Ahli Akademik

1. Mufti Kedah

Mufti Kedah turut menyatakan bahaya faham wahabi dan menolak faham wahabi ini kerana banyak khilaf dari sudut aqidah/ fiqh.

2. Mufti Pahang

Mufti mengatakan fahaman selain asyairah boleh diambil tindakan karena menyesatkan, juga baru-baru khutbah negeri pahang menekankan berkenaan masalah wahabi.

3. Mufti Negeri Sembilan

Wahabi Diharamkan di Negeri Sembilan..
"Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan meletakkan fahaman Wahabi bercanggah dengan Ahli Sunnah Waljamaah di Malaysia kerana kita berpegang kepada pandangan Mazhab Syafie yang tidak menghalang untuk berwirid selepas solat, bertalkin di kubur, membaca yasin pada malam jumaat dan membaca doa qunut. Perbezaan pandangan yang dibawa oleh Wahabi menjadi asas kepada keputusan ini".

4.Mufti Perak

Jabatan Mufti Perak telah mengeluarkan arahan larangan penyebaran faham wahabi kerana menyimpang & menyesatkan

Aliran dan dakyah wahabiyyah ini didapati bercanggah dgn aqidah ASWJ yg menjadi teras pegangan masyarakat islam diperak

5. Mufti Wilayah Persekutuan

Mufti Wilayah Persekutuan telah menulis buku, dan didalam buku tersebut mengkritik aliran salafi kerana sikap mereka yang ghuluw.

6.Warta Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan Negeri Johor jelas memfatwakan bahwa manhaj akidah yang mesti diikuti adalah asyairah dan maturidiah serta 4 mazhab fiqh muktabar selain itu sesat & menyesatkan.

7.Majlis Fatwa Kebangsaan

Berikut sedikit petikan dari fatwa tersebut:

Ramai ulama-ulama yang telah mengkritik dan menghujah aliran Wahabi termasuk saudara kandung Sheikh Muhammad Abdul Wahhab sendiri iaitu Sheikh Sulayman Abd Wahhab dalam kitabnya bertajuk al-Sawa’iq al-Ilahiyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah. Antara ulama-ulama lain ialah Sayyid Ahmad Ibn Zaini Dahlan (m.1886) Mufti Mekkah dan Shaykh al-Islam dalam kitabnya al-Durar al-Saniyyah fi al-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah dan Dr. Sa’id Ramadhan al-Buti dalam karyanya al-Salafiyyatun Marhalatun Zamaniyyatun Mubarakatun la Mazhabun Islamiyyun.

8. Pandangan JAKIM

Isu Wahhabiyyah atau nama lainnya seperti Ittiba’ al-Sunnah, Kaum Muda atau Salafiyyah telah dibincangkan beberapa kali di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Mesyuarat Panel Kajian Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pada asasnya kerajaan menolak kehadiran fahaman Wahhabiyyah atas dasar ia boleh menimbulkan kekecohan dan perpecahan di kalangan umat Islam. Ia sepertimana yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan iaitu pada kali ke-12 (1985), kali ke-14 (1985), kali ke-16 (1986), kali ke-40 (1996), kali ke-42 (1997) dan kali ke-44 (1998). Ia juga dibincangkan berkali-kali di dalam mesyuarat Panel Kajian Aqidah JAKIM pada kali ke-14 tahun 2000, kali ke-20 tahun 2002 dan kali ke-23 tahun 2003. Kesemua keputusan perbincangan adalah menjurus kepada menyekat penularan fahaman Wahhabiyyah atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

Bagaimanapun keputusan tidak mengatakan bahawa Wahhabiyyah merupakan ajaran sesat malah Wahhabiyyah masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

9. Mufti Brunei

Mufti Brunei Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Awang Haji Ismail Bin Omar Abdul Aziz bahawa:

1- Wahhabi satu ajaran menyimpang dan Wahhabiyah itu BUKAN ahli Sunnah Wal Jama’ah. Apabila disebut Ahli Sunnah Wal Jama’ah maka Wahhabi BUKAN daripadanya.

2- Wahhabi adalah ajaran sesat Musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk.

Berhati2 bahawa apabila dimaksudkan Ahl Sunnah Wal Jama’ah itu wahhabi bukan daripadanya kerana mereka menyamakan Allah dgn binatang.

Akidah Islam adalah ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

10. Dar al-Ifta’ Mesir

Dar al-Ifta’ al-Misriyyah (Jabatan Fatwa Mesir) : Dalam keputusannya bernombor 375292 menyebut, Wahhabiyyah masih lagi termasuk di dalam Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mereka berpegang dengan manhaj yang rigid pada sesetengah perkara, maka tidak harus mengkafirkan atau menghukum mereka terkeluar daripada agama.

11. Pandangan Giptis

Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz & Ilmuan Sunni menolak fahaman Wahabi

Lima resolusi yang diluluskan dalam mesyuarat khas Giptis untuk menangani isu ajaran sesat dan pengaruh fahaman Wahabi di Kedah itu adalah:

* memperkukuhkan akidah Ahli Sunnah menerusi pengajian agama di pondok secara bersistem;

* menetapkan silibus kitab yang diajar di masjid dan surau;

* memperbanyakkan seminar dan forum berkaitan bahaya Wahabi dan Syiah;

* meminta Majlis Fatwa Negeri menjelaskan perkaitan fahaman Wahabi dan Syiah;

* menyetujui pandangan Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad dengan melarang tokoh agama yang diketahui berfahaman Wahabi dan Syiah daripada menyampaikan ceramah atau mengajar di negeri ini.

12 . Prof Syed Naquib Al-Attas

Prof Syed Naquib telah menolak fahaman wahabi dan menjelaskan keburukannya dalam karyanya

KESIMPULAN

1.Kepada masyarakat awam diingatkan supaya berpegang teguh dengan jumhur ulama dan jangan sesekali terlibat dengan pemikiran yang ganjil seperti faham salafi wahabi yang boleh merosakkan akidah dan perpaduan ummah

2. Dasar kerajaan Wahhabiyyah ditolak kerana metodologi dakwah mereka yang keras terutama dalam masalah fiqh dan bidaah tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini. Ia dikhuatiri boleh mengundang kegelisahan dan perpecahan umat Islam. Bagaimanapun aqidah Wahhabiyyah masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bukan ajaran sesat.

3. Antara fahaman Wahabiyyah ialah fikrah Tajsim dan Allah bertempat..Hukum bagi mereka yg beriktiqad demikian (Allah berarah, berjisim, duduk di atas, duduk atas arash) adalah KAFIR dengan IJMAK yang dinyatakan oleh ULAMA MUSLIMIN.

Dan dalil Aqli bagi perkara berikut ialah Allah itu Azali (Qidam) dan bersalahan Allah itu dengan sesuatu yang baru (Yakni makhluk).

Dan dalil Naqli adalah dari Surah As-Syura ayat 11 maksudnya (dan sesungguhnya tiada sesuatupun yang menyerupai Allah dan Allah tidak menyerupai sesuatupun).

4. Sesebuah Badan Autoriti Agama sebenarnya boleh mengambil pendekatan dgn mengisytihar sesuatu FAHAMAN ITU SESAT kerana menyimpang daripada ajaran atau fahaman ASWJ dengan menggunakan kaedah takfir mutlak atau nau’

Ianya bukanlah bermaksud memuktamadkan hukum murtad atau kafir kepada pengikut atau individu yang terlibat dengan fahaman sesat tersebut tetapi lebih kepada untuk memberi tahzir atau amaran kepada masyarakat tentang bahayanya fahaman ini.

5. Kebanyakkan negeri telah mengfatwakan bahawa Ajaran Wahabi ini bercanggah dan menyimpang dgn fahaman ASWJ dan  diharamkan untuk menyebarkan fahaman ini

6. Aliran Wahabi bukan berada dalam arus perdana ASWJ  dan ianya merupakan aliran SYAZ(terpinggir) jikalau masih di anggap sebagai ASWJ.kerana fahaman mereka ini banyak menyimpang dalam memahami nas2 al Quran dan as Sunnah

7.Salafi Wahabi sendiri byk kelompok antaranya Salafi Yamani,Salafi Sururi, Salafi Haraki, Salafi Turatsi, Salafi Ghuraba, Salafi Wahdah Islamiyyah, Salafi Ikhwani dll..antara mereka ada yg beraliran radikal yg menggunakan fikrah takfiri..ada yg aliran sederhana.

Setiap kelompok ada tokoh mereka yg cuba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebahagiannya terpesong terlalu jauh dari aliran ASWJ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan