Ahad, 16 Oktober 2016

MUHAMMAD ABDUH dan RASYID RIDHA.


MUHAMMAD ABDUH dan RASYID RIDHA.
.
(Respon Kepada apa yang ditulis oleh kelompok Wahabi di Perlis Indra Kayangan )

"Ada yang cuba mempertikaikan pegangan Perlis dalam beragama. Di sini dijelaskan bahawa Perlis sejak tahun 30an sebelum Merdeka, Perlis melalui gerakan pembaharuan Kaum Muda yang dipengaruhi oleh Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.........
.
Mari kita kenal siapa mereka ini.
.
Keldai beragama kelompok Wahabi Salafi mesti WAJIB tahu hal ini begitu juga asatizahnya.
.
MUHAMMAD ABDUH.
.
ULAMA IDOLA WAHABI INI YANG TAK PERNAH NAIK HAJI menjadi sumber rujukan mereka.
Agak-agaknya macam mana nak berceramah pada mereka yang hendak mengerjakan haji ? fikir sendiri...............Manakala naik haji rukun Islam Islam??jawab sendiri....... Yang letih memikirkan ulama tajdid ini boleh pula naik ke Eropah (Perancis) lihat sejarahnya, Mekah tak naik haji?? jawab sendiri........
.
" Sepanjang sejarah memang Ibnu Taimiyah tak pernah naik haji, begitu juga pengikutnya Muhammad Abduh dari Mesir tidak pernah naik haji ".
.
(Rujukan Kitab ; I'itiqad Ahlussunnah Wal Jama'ah, K.H.Sirajuddin Abbas, Cetakan Pustaka Aman Press Kelantan, m.s. 262)
.
Ajaran Ibnu Taimiyah mengharamkan orang pergi  ke makam Nabi Muhammad SAW di Madinah . DAN PERJALAN ITU KALAU DILAKUKAN DIANGGAP MAKSIAT.
.
SYAIKH AL-NABHANI DENGAN RASYID RIDHA
.
Baca elok-elok pada peminat faham Wahabi Salafi dan Anti-Mazhab untuk SEDAR. Manakala Ahlu Sunnah Wal Jama'ah bermazhab sebagai ilmu untuk pintar berhujjah dengan kelompok menentang mazhabul mufti Malaysia.
.
Terkadang kelompok yang ANTI-MAZHAB menggugat kita dengan pendapat sang pendiri mazhab atau para ulama dalam mazhab yang kita ikuti, seakan-akan mereka lebih konsisten dari kita dalam bermazhab. KAUM WAHABI ketika menggugat kita agar meninggalkan TAHLIL dan SELAMATAN tujuh hari selalu beralasan dengan pendapat Imam Syafi'i yang mengatakan bahawa hadiah pahala baca'an al-Quran TIDAK SAMPAI kepada simati (mayit), atau pendapat kitab I'anah al-Thalibin yang MEMAKRUHKAN  acara selamatan tahlilan selama tujuh hari. Padahal selain Imam Syafi'i MENYATAKAN SAMPAI.
.
Kita kadang menjadi bingung menyikapi mereka. Terkadang mereka menggugat kita kerana BERMAZHAB, yang mereka anggap telah meninggalkan al-Quran dan Sunnah. Dan terkadang mereka menggugat kita dengan pendapat imam mazhab dan para ulama mazhab. Padahal mereka sering menyuarakan ANTI-MAZHAB.
.
Pada dasarnya kelompok ANTI-MAZHAB itu bermazhab. Hanya saja mazhab mereka berbeza dengan mazhab majoriti kaum Muslimin. Ketika mereka menyuarakan ANTI-TAWASSUL, maka sebenarnya mereka mengikuti pendapat Ibnu Taimiyah dan Ibnu Abdil  Wahab al-Nejdi. Sedangkan kaum Muslimin yang BERTAWASSUL, mengikuti Rasulullah s.a.w. para sahabat, seluruh ulama salaf dan ahli hadits.
.
Ketika mereka menyuarakan SOLAT TARAWIH 11 raka'at, maka sebenarnya mereka mengikuti pendapat Nashiruddin al-Albani, seorang tukang jam yang bertukar profesion menjadi muhaddits tanpa bimbingan seorang guru, dengan belajar secara otodidak di perpustakaan.
.
Sedangkan kaum Muslimin yang SOLAT TARAWIH 23 raka'at, mengikuti Saidina Umar r.a. bid'ah hasanah para sahabat dan seluruh ulama salaf yang saleh yang tidak diragukan keilmuannya.
.
Ketika mereka menyuarakan ANTI-MAZHAB maka sebenarnya mereka mengikuti Rasyid Ridha, Muhammad Abduh dan Ibnu Abdil Wahab. Sedangkan kaum Muslimin yang BERMAZHAB, mengikuti ulama salaf dan seluruh ahli hadits. Demikian pula ketika mereka menyuarakan ANTI-BID'AH HASANAH, maka sebenarnya mereka mengikuti Mazhab Rasyid Ridha dan Ibnu Abdil Wahab al-Nejdi. Sedangkan kaum Muslimin yang berpendapat adanya BID'AH HASANAH, mengikuti Rasulullah s.a.w. Khulafaur Rasyidin r.a, para sahabat, ulama salaf dan ahli hadits.
.
Syaikh Muhammad Rasyid Ridha, termasuk orang pertama yang sangat kencang menyuarakan ANTI-MAZHAB, dengan menulis karyanya " al-Wahdat al-Islamiyyah fi al-Madzahib al-Fiqhiyyah". Akan tetapi, secara terus terang, ia mengikuti pemikiran Syaikh Muhammad Abduh al-Gharabili. Kedua nama ini, Rasyid Ridha dan Muhammad Abduh, serta Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab al-Nejdi, pendiri aliran Wahabi, sebenarnya yang menjadi IMAM MAZHAB beberapa aliran dan ormas keagamaan yang ANTI-MAZHAB di negara ini dan Nusantara.
.
Ada dialog menarik untuk dikutip disini, berkaitan dengan BERMAZHAB. Iaitu dialog antara Syaikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani al-Syafi'i, seorang ulama besar yang sangat popular, dengan Syaikh Muhammad Rasyid Ridha, seorang ulama WAHABI yang menyuarakan ANTI-MAZHAB.
.
Dalam muqadimah kitab "al-'Uqud al-Lu'luiyyah fi al-Madaih al-Nabawiyyah", Syaikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani berkata : " Ketika saya berkumpul dengan Syaikh Rasyid Ridha, saya berdialog dengannya tentang peribadi Syaikh Muhammad Abduh, gurunya. Saya berkata :
.
"Kalian menjadikan Syaikh Muhammad Abduh sebagai panutan dalam agama kalian, dan kalian mengajak manusia untuk mengikuti kalian. Ini jelas tidak benar. Syaikh Muhammad Abduh itu bukan orang konsisten memelihara kewajipan-kewajipan agama. Ia tidak sah menjadi panutan agama. Sebagaimana dimaklumi dan diakui oleh semua orang, Abduh seringkali meninggalkan solat fardhu tanpa ada uzur. Saya sendiri pernah menemaninya dari pagi hari sampai menjelang maghrib, di rumah seorang laki-laki yang mengundang kami di Jabal Lebanon. Abduh tidak solat zohor dan 'asar, tanpa ada uzur. Bahkan ia sehat sekali. Dan ia melihat saya solat zohor dan 'asar, tetapi ia tidak melakukannya."
.
Mendengar pernyataan saya, Syaikh Rasyid Ridha mengakui bahwa Abduh memang sering meninggalkan solat fardhu tanpa ada uzur. Akan tetapi Rasyid Ridha masih membelanya dengan memberikan jawapan : "Barangkali mazhab beliau membolehkan jama' solat dirumah ( fil al-hadhar)."
.
Saya merasa hairan dengan jawapan Rasyid ini. Kerana jama' solat itu hanya dibolehkan dalam bermusafir, ketika turun hujan dan sedang sakit menurut sebagian imam mujtahid, antara zohor dan 'asar, serta antara maghrib dan isya', sebagaimana hadits shahih dari Nabi s.a.w. Dan tidak seorang pun dari kalangan ulama berpendapat bahwa zohor dan 'asar boleh dijama' dengan maghrib dan isya'. Oleh kerana itu, kami sulit menerima jawapan Rasyid Ridha.
.
Saya berkata kepada Syaikh Rasyid Ridha : "Lagi pula Syaikh Muhammad Abduh TIDAK PERNAH menunaikan ibadah haji ke baitullah di tanah suci, padahal ia mampu melakukannya. Dengan kemampuan yang ia miliki, berupa kekuatan fizikal dan kewangan, ia seringkali pergi Paris, London dan negara-negara Eropah lainnya. Tidak pernah terlintas dalam benaknya untuk menunaikan ibadah haji, padahal negaranya dekat dengan Mekah. Jadi tidak diragukan lagi, bahwa ia telah memikul dosa yang sangat besar dan meninggalkan salah satu rukun Islam."
.
Lalu saya berkata kepada Syaikh Rasyid Ridha : "Semua orang sepakat bahawa Syaikh Muhammad Abduh dan gurunya, Syaikh Jamaluddin al-Afghani, masuk dalam organisasi Masoni . Organisasi ini MENOLAK SEMUA AGAMA, ANTI SEMUA PEMERINTAHAN, BAIK KEAGAMAAN MAU PUN YANG BUKAN. Bagaimana mungkin Syaikh Muhammad Abduh menjadi panutan dalam agama Islam, pada hal ia seorang Masoni. Demikian pula gurunya.
.
Mendengar pertanyaan saya, Syaikh Rasyid Ridha menjawab: " Saya kan tidak ikut Masoni."
.
Saya berkata: "Seandainya kalian berkata bahwa Syaikh Muhammad Abduh itu seorang filosof Islam, seperti halnya Ibnu Sina dan al-Farabi, tentu kami dapat MENERIMA , meskipun kenyataannya tidak demikian. Kerana hal itu tidak berdampak negatif pada kami dan agama kami. Adapun ketika ia termasuk orang yang paling fasiq sebab meninggalkan RUKUN-RUKUN Islam, lalu kalian berpendapat bahwa ia seorang imam (ikutan) dalam agama Islam, tentu hal ini merupakan KEMUNGKARAN yang tidak dapat diterima oleh orang yang berakal."
.
Mendengar pernyataan saya, Syaikh Rasyid Ridha berkata, "Kami tidak menganggap Syaikh Muhammad Abduh seperti Ibnu Sina. Akan tetapi kami menganggapnya seperti Imam al-Ghazali."
.
Rasyid Ridha memang orang yang keras kepala. Ia mengakui kalau Muhammad Abduh itu meninggalkan SOLAT dan HAJI serta menjadi anggota MASONI. Tetapi, ia masih menyamakannya dengan Imam al-Ghazali. Sebenarnya, setiap orang kelompok WAHABI atau ANTI-MAZHAB ini, meyakini bahawa dirinya lebih hebat daripada Imam al-Ghazali sendiri. Kerana kelompok mereka, baik yang besar atau kecil, semuanya mendakwa sebagai mujtahid mutlak. Sedangkan al-Ghazali sendiri tidak mendakwa sebagai mujtahid mutlak, sebagaimana beliau jelaskan dalam "Ihya' 'Ulum al-Din".
.
Orang-orang WAHABI dan ANTI-MAZHAB itu, masing-masing menganggap dirinya setaraf imam mazhab yang empat r.a. Perasaan ini begitu menancap dalam BENAK mereka. Nasihat tidak akan MAMPU bagi mereka. Mereka selalu berusaha agar orang lain mengikuti mereka, menjadi MUJTAHID MUTLAK. Demikian komentar Syaikh Yusuf bin Ismail al-Nabhani dengan disederhanakan.
.
(Rujukan : Buku Pintar Berdebat dengan Wahabi, Muhammad Idrus Ramli, cetakan Binaswaja, m.s. 131-136)
.
Sekian, selamat meninggalkan ulama rujukan Wahabi seperti diatas dalam berfatwa. Ikutlah fatwa yang sama dan rujukan dari lain-lain negeri di Malaysia iaitu ulama aliran Asya'irah bermazhab Syafi'i tiada apa yang salah, bukan ulama Wahabi berkemungkinan menjadi pengganas antarabangsa apabila fahaman takfiri menguasai nafsu faham ker keldai beragama wahai wahabi!!!. jawab sendiri.......Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan