HAKIKAT IBN TAIMIYYAH DAN IBNUL-QAYYIM AL-JAUZIYYAH BERSUMBERKAN KITAB-KITAB ULAMA NUSANTARA (2)⚠️*
Al-Syaikh Hasanud-Din ibn Muhammad Ma^sum ibn Abi Bakr al-Dali berkata:
_*"Telah banyak ulama mazhab kita dan lainnya telah me[ng]hukumkan akan dia [ibn Qayyim al Jawziyyah] dengan sesat perpegangannya* [pegangannya] *dengan beberapa dalil daripada iktikadnya* [keyakinannya] *dan perkataannya yang zahir ia pada kitabnya dan pada fatwa-fatwanya* [Ibn Qayyim al-Jawziyyah adalah seorang yang sesat sama ada pada keyakinan dan perkataannya berdasarkan pendapat-pendapatnya sendiri di dalam kitab-kitabnya walaupun dia mempunyai ilmu], *maka dengan sebab itu tiadalah boleh kita percayai akan dia pada mazhab dan jika didatangkannya akan syubhahnya* [penyelewengannya] *sekalipun... istimewa lagi* [lebih-lebih lagi] *perkataannya itu telah nyata bersalahannya* [percanggahannya] *dengan perkataan kebanyakan ulama mazhab kita yang Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah.*_
_*Maka janganlah semata-mata sampai kepada kita perkataannya kita terima dengan ikhlas saja tetapi hendaklah periksalah dahulu kepada ulama-ulama mazhab kita dan mana-mana yang telah menfatwakan oleh mereka itu ialah yang kita pakai karena mereka itu lebih tahu daripada kita pada perkara ugama"*_. Intaha.
πΏπΉπΏπΉπΏπΉπΏπΉπΏ
π *Rujukan:* _Al-Qutufatus-Saniyyah li-Man^i Ba^di Ma fil-Fawa'idil-^Aliyyah_, Khazanah al-Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1427 H/ 2006, hlm. 17 - 18.
π️Risalah ini ditulis oleh al-Syaikh Hasanud-Din al-Dali pada penghujung *Muharram 1333 H/ 1914 R*.
π️Al-Syaikh Ahmad Khatib ibn ^Abdil-Latif imam, khatib dan guru di al-Masjidil-Haram dan al-Syaikh ^Abdul-Qadir ibn Sobir Mandilin turut memberi taqriz [sanjungan dan pujian] ke atas risalah ini.
πAl-Syaikh Hasanud-Din dilahirkan di Labuhan Deli, Sumatera Utara pada tahun 1300 H/ 1882 R dan meninggal dunia di Medan pada 24 Syawal 1355 H/ 7 Januari 1937 R.
✒Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan