Rabu, 25 Januari 2017

Keputusan Mesyuarat Fatwa Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk


Keputusan Mesyuarat Fatwa Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Tarikh Keputusan : : 31 Mei 2016/24 Syaaban1437H

Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yg bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:

1. Persoalan khilafiyah adalah perkara ijtihadiyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.

3. Antara amalan yg didakwa sebagai bid‘ah adalah-
i. Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif
ii. Membaca Yasin pada malam Juma‘aT
iii. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
iv. Mengadakan kenduri arwah
v. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Ma‘al Hijrah pada setiap tahun
vi. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Sya‘ban
vii.Berdo‘a beramai-ramai selepas solat berjema‘ah
viii.Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu
ix. Membaca “Basmalah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu
x. Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat
xi.Membaca qunut dalam solat subuh
xii.Bersalaman selepas solat berjema‘ah
xiii.Solat sunat qabliah Maghrib.
xiv.Solat sunat qabliah Juma‘at
xv.Fidyah solat
xvi.Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan kulit lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
xvii. Bilangan raka‘at bagi solat sunat tarawih selain 8 raka‘at
xviii. Menyapu muka selepas salam
xix. Aqiqah dgn binatang al-an‘am selain kambing
xx. Amalam bertawassul dan bertabarruk
xxi. Berdo‘a dan membaca al-Quran di kubur
xxii. Do‘a akhir tahun dan awal tahun

4. Mana-mana orang atau kumpulan adalah dilarang:
Membid‘ahkan mana-mana orang yg mengamalkan perkara i hingga xxii.
Menegah pengamalan dan pengajaran perkara i hingga xxii.
Menyiar, menyebar dan menghebahkan atau mendedahkan dgn apa-apa cara pun bahawa perkara i hingga xxii adalah bid‘ah.

5. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yg dilarang di dalam perkara 4.

6. Mana-mana orang Islam yg melakukan perkara-perkara 4.i, 4.ii, 4.iii dan 5 di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan.

Status pewartaan : Proses Pewartaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan