Ahad, 28 Mei 2017

ULAMA SEPAKAT PENTAKWILAN PADA SESETENGAH TEMPAT

ULAMA SEPAKAT PENTAKWILAN PADA SESETENGAH TEMPAT
.
Kepada  kelompok Wahabi Salafi yang membid'ah golongan Asya'irah dan Maturidiah masuk neraka sesiapa yang berpegang pada aliran TAKWIL.
.
Ulama SEPAKAT bahawa maksud sesetengah ayat Al -Quran dan hadith-hadith Nabi Muhamnad s.a.w. mesti di fahami melalui PENTAKWILAN. Sama ada secara NAQLI ataupun AQLI.
.
Contohnya, ulama MENTAKWIL lupa dengan maksud meninggalkan dan membiarkan. Ini seperti dengan keterangan Allah s.w.t. dalam
.
surah At-Taubah, ayat 67:
".....Mereka sudah melupakan Allah dan Allah juga melupakan mereka...
.
Antara contoh lain ayat yang diwajibkan TAKWIL adalah,
.
surah Maryam, ayat 64
".... Dan tiadalah Tuhanmu itu lupa.
.
Kata-kata Allah s.w.t. yang menyebut kata-kata Nabi Musa a.s  dalam,
.
surah Taha, ayat 52:
.....Tuhanku tidak pernah keliru dan Dia juga tidak pernah lupa.
.
Ini kerana, LUPA adalah sifat KEKURANGAN. Kita wajib MENYUCIKAN Allah s.w.t. daripada sifat KEKURANGAN. Allah s.w.t bersifat dengan seluruh KESEMPURNAAN. Maha suci daripada segala sifat KEKURANGAN. Apabila Allah menyifatkan diri-Nya dengan sifat lupa, kita MESTI mentakwilkan sifat itu dengan perkara sampingan yang ada bersama sifat itu, iaitu meninggalkan dan membiarkan.
.
Contohnya dalam;
surah Al-Hadid ayat 4:
.
".....Dia tetap bersama-sama kamu dimana saja kamu berada......
.
Ayat itu DITAKWILKAN dengan maksud Allah s.w.t. BERSAMA kamu dengan ilmu dan penguasaan-Nya. Golongan aliran ithbat seperti Ibnu Taimiyah dan pengikut juga mengatakan perkara yang sama.
.
Mereka mengatakan, TAKWIL ini kerana Allah s.w.t. bersemayam di atas Arasy. Bagaimana Allah s.w.t. berada bersama mereka secara zat-Nya?
.
Hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang direkodkan oleh Imam Muslim juga termasuk dalam perkara ini. Rasulullah s.a.w. mengatakan Allah s.w.t berkata kepada sebahagian daripada hamba-Nya pada hari kiamat. Allah s.w.t. mengatakan, "Hamba-Ku, Aku sakit tetapi kamu tidak merawat-Ku. Maka dikatakan, "Bagaimana aku merawat-Mu, sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?"
.
Allah s.w.t. menjawab, "Terdapat hamba-Ku yang sakit, tetapi kamu tidak merawatnya. Jikalau kamu merawatnya, pasti kamu mendapati Aku di sisinya. Aku meminta makan daripada kamu, tetapi kamu tidak memberikan makanan." Dalam laporan lain, "Aku lapar, tetapi kamu tidak memberikan makanan." Maka katakan, "Bagaimana aku memberi makan kepada-Mu, sedangkan Engkau adalah Tuhan seluruh alam?" Allah s.w.t menjawab, "Terdapat hamba-Ku yang meminta makanan daripada kamu, tetapi kamu tidak memberi dia makan. Jikalau kamu memberi orang itu makanan, pasti kamu mendapati Aku di sisinya.
(rujukan: Rekod Imam Muslim dalam Al-Bir wa As-Silah (2569) daripada Abu Hurairah)
.
Bezanya, TAKWILAN ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w Tidak masuk akal untuk kita mengatakan, Allah s.w.t. sakit dengan kesakitan YANG LAYAK  untuk zat Allah s.w.t.
Tidak seperti manusia berasa sakit.
.
Begitu juga tidak masuk akal untuk mengatakan, Allah s.w.t. lapar dengan kelaparan YANG LAYAK  untuk Allah s.w.t. Tidak seperti manusia berasa lapar.
.
Dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat tentang ayat-ayat sifat-sifat Allah dalam al Quran dan hadith mohon kita berlindung menjadi,
.
1_Golongan yang memahami ayat-ayat itu secara zahir. Mereka mengatakan Allah s.w.t mempunyai muka seperti makhluk. tangan, ataupun dua tangan seperti mereka. Mereka mengatakan Allah s.w.t. ketawa seperti mereka ketawa. Terdapat diantara mereka yang mengatakan Allah s.w.t. itu muda. Golongan itu dipanggil sebagai golongan MUJASSIMAH dan MUSYABBIHAH. Golongan ini TERKELUAR daripada agama Islam kerana pegangan aqidah mereka tidak betul.
.
2_Golongan yang MENAFIKAN secara KESELURUHAN makna lafaz pada ayat-ayat dan hadith-hadith sifat. Mereka MENAFIKAN  makna ayat itu disandarkan secara MUTLAK. Allah s.w.t. pada pandangan mereka tidak mendengar dan tidak melihat. Ini kerana, sifat itu memerlukan anggota dan Allah s.w.t. maha suci daripada mempunyai anggota . Mereka adalah golongan MUATTOLAH. Sebagian ahli sejarah menamakan mereka sebagai golongan JAHMIYAH. Golongan ini tidak menggunakan akal sehingga mampu mengeluarkan pandangan yang mengarut.
.
Jadikan Dua pandangan mengenai ayat-ayat sifat-sifat Allah dalam al Quran dan hadith  yang menjadi perhatian ulama.
 .
1_Para ulama SALAF mengatakan, kami beriman kepada ayat-ayat dan hadith-hadith sifat seperti mana ia datang. Tetapi, kami MENYERAHKAN MAKSUD ayat-ayat dan hadith-hadith itu KEPADA ALLAH S.W.T. Mereka menthabitkan perkataan tangan,mata, mata-mata, bersemayam, gelak, kagum, dan perkataan lain, tetapi tidak diketahui makna-maknanya. Maksud sebenar perkataan itu diserahkan kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t melarang hamba-Nya daripada memikirkan petkara itu. Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan, "Fikirkan tentang ciptaan Allah, jangan kamu memikirkan tentang zat Allah. Sesungguhnya perkara itu diluar kemampuan kamu". Para ulama SALAF juga meyakini, TIADA PERSAMAAN ANTARA ALLAH S.W.T. DAN MAKHLUK. Inilah aliran TAFWIDH.
.
2_Ulama KHALAF pula mengatakan, mereka yakin makna  ayat-ayat dan hadith-hadith itu BUKAN makna ZAHIR yang Allah s.w.t. kehendaki. Ayat-ayat itu dalam bentuk majaz. Tidak salah sekiranya mereka MENTAKWILKAN ayat-ayat dan hadith-hadith ini. Mereka mentakwilkan makna 'al-wajh' dengan makna zat Allah s.w.t., perkataan tangan dengan makna kuasa, dan begitu juga perkataan yang lain. Mereka mengelak daripada MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK. Inilah aliran TAKWIL.
.
Wahabi Salafi jagoh MEMBID'AHKAN ulama SALAF yang memegang mazhab TAFWIDH.
.
Kita dapati, terdapat dalam kalangan ulama salaf yang menyerahkan ilmu tentang sifat-sifat itu kepada Allah s.w.t. Mereka tidak mendalami atau mentafsirkan sifat-sifat itu. Lebih tepat lagi, mereka hanya MENDIAMKAN DIRI dari MEMBINCANGKAN perkara itu. Ulama besar Hanbali, Syeikh Mar'ie banyak menukilkan hal ini dalam kitab Aqawil At-Thiqat.
.
Perkara hal ini perlu diperpanjangkan kerana aliran Wahabi Salafi MENOLAK KERAS pandangan ini. ALIRAN WAHABI SALAFI mengatakan, DIAM dan MENYERAHKAN maksud kepada Allah s.w.t. adalah BID'AH yang mungkar, walaupun banyak laporan yang thabit dan jelas seumpama matahari pada waktu dhuha. Lihat watak mereka favorite membid'ah bukan saja  mazhab Khalaf aliran takwil atas alasan mentakwil tetapi juga mazhab salaf aliran tafwidh pun di bid'ahnya atas alasan mendiamkan diri.
.
Sekian, moga ada sedikit manfa'atnya. Wassalam.

1 ulasan:

  1. Titanium Tread - Tithro's Tread in Your Stone
    The Tithro's Tread is the main character in Tread in mens titanium braclets your Stone. titanium chainmail It is very similar to the Tread in the titanium welding sense 출장샵 that, unlike the Triton, titanium band ring you

    BalasPadam