Jumaat, 19 November 2010

Masjid Pengkalan Rawa/Fathur Rahman

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, selepas solat di rumah mertua, hamba menyambung ziarah ke masjid-masjid di Malaysia dan makam-makam Wali Allah.  Destinasi pertama yang dirancang adalah Masjid Kampung Hulu di Melaka.  Perjalanan kali ini adalah secara solo memandangkan anak-isteri masih dalam mood beraya. Dalam perjalanan ke Masjid Kampung Hulu, hamba ternampak sebuah masjid lama. Maka tergerak hati untuk singgah dan buat kerja-kerja yang patut. Maka pada 10 Zulhijjah 1431 bersamaan 17 November 1410, hamba sampai kali kedua ke Masjid Pengkalan Rama ini.  Kali pertama, hamba sampai ke masjid  ini adalah pada penghujung 2005 atau  awal tahun 2006.  Kira-kira jam 3.15 petang, hamba selamat sampai ke masjid ini. Setelah mengerjakan apa yang patut, dalam jam 4.15 petang, hamba bertolak ke Masjid Kampung Hulu.


Pemandangan masjid inidari kawasan parkir


Sejarah Masjid
Sejarah Masjid Pengkalan Rama yang diberi nama “Fat’hur Rahman” telah dibina sekitar tahun 1730an dan kemudiannya telah diperbaharui oleh seorang Datuk Penghulu Yang bernama Datuk Penghulu Abdul Ghani pada tahun 1917 bersamaan dalam tahun 1324 Hijrah. Beliau telah mewakafkan sebahagian harta tanahnya sendiri untuk tujuan pembinaan masjid ini. 

Menara baru Masjid

Disebabkan kepadatan dan pertambahan penduduk yang terdiri dari 4 solok kariah iaitu Solok Pengkalan Rama Pantai, Solok Pengkalan Rama Tengah, Solok Durian Daun dan Solok Kampung Mata Kuching. Namun sehingga kini masih berdiri teguh di tengah Bandaraya Melaka “Warisan Dunia”. Oleh kerana kedudukannya terletak hampir dengan pusat rekriasi keluarga iaitu “Taman Rempah” yang juga merupakan jeti mengangkut penumpang bagi pelancong menaiki bot untuk menyusuri Sungai Melaka. 


Mimbar lama masih dibiarkan di sini walaupun telah ada mimbar baru
Pada tahun 1978, masjid ini telah diperbaharui dengan hasil kutipan derma orang ramai dan penduduk kampung. Pada tahun 2004 masjid ini sekali lagi diubahsuai untuk kerja-kerja penambahan ruang sembahyang di bahagian belakang masjid hasil daripada kutipan derma tersebut dan Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Pembangunan Negeri bekerjasama dengan Pebadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah meluluskan peruntukan bagi projek penyelenggaraan serta baik pulih masjid-masjid tradisional dan lama di dalam Negeri Melaka dibawah peruntukan Projek Keagamaan Negeri Tahun 2009.

Sumber : http://jkkkprt.blogspot.com/2009/06/masjid-fathur-rahman-pengkalan-rama.html


Pembaharuan semula masjid ini pada 1324 Hijrah

Siling masjid

Peti besi yang dirantai

Ruang solat utama kawasan lama

Tempat berwudhuk, kolah tak ada

Pemandangan masjid dari sisi lain

Menara masjid

Mimbar baru di kawasan solat yang baru

Ruang solat yang baru


Tiada ulasan:

Catat Ulasan