Jumaat, 19 November 2010

Para Wali dalam Kefahaman As-Sunnah

Dipetik dari tulisan Tuan Al-faqir101  di alamat http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?t=20213

Konsep Wali

Daripada Abu Hurairah bahawasanya beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ALLAH berfirman: “Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya. Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai brbanding apa yang telah Aku fardhukan (ke atasnya). Tidaklah hamba-Ku terus-menerus mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan sehinggalah Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, pandangannya yang dia memandang dengannya, tangannya yang dia menyentuh dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya....” [Sahih Al-Bukhari]

Wali Mastur (Tersembunyi) dan Karamahnya

Diriwayatkan dalam suatu hadis sahih, daripada Harithah bin Wahb bahawasanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ الْجَنَّةِ كُلُّ ضَعِيفٍ مُتَضَعِّفٍ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ

Maksudnya:

Mahukah kalian, agar aku memberitahu mengenai penghuni syurga? Iaitu, setiap orang yang lemah (tidak dipedulikan oleh orang) lagi ditindas, yang sekiranya dia bersumpah atas nama ALLAH, nescaya ALLAH mengabulkannya. [Sahih Al-Bukhari]



Wali Abdal

Imam Ahmad menyebutkan:

حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ ، حَدَّثَنِي شُرَيْحٌ يَعْنِي ابْنَ عُبَيْدٍ ، قَالَ : ذُكِرَ أَهْلُ الشَّامِ عِنْدَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَهُوَ بِالْعِرَاقِ ، فَقَالُوا : الْعَنْهُمْ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ ، قَالَ : لَا ، إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : " الْأَبْدَالُ يَكُونُونَ بِالشَّامِ ، وَهُمْ أَرْبَعُونَ رَجُلًا ، كُلَّمَا مَاتَ رَجُلٌ أَبْدَلَ اللَّهُ مَكَانَهُ رَجُلًا ، يُسْقَى بِهِمْ الْغَيْثُ ، وَيُنْتَصَرُ بِهِمْ عَلَى الْأَعْدَاءِ ، وَيُصْرَفُ عَنْ أَهْلِ الشَّامِ بِهِمْ الْعَذَابُ "


Maksudnya:

Abu Al-Mughirah menceritakan kepada kami bahawasanya, Safwan menceritakan kepada kami bahawasanya, Syuraih -iaitu Ibn ‘Ubaid- berkata: Disebut tentang ahli Syam di sisi Ali bin Abi Thalib r.a. sedangkan beliau sedang di Iraq. Maka, mereka berkata: “Semoga ALLAH melaknati mereka (ahli Syam) wahai Amirul Mu’minin”. Kemudian, Saidina Ali r.a. berkata: “Jangan sedemikian. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Abdal berada di Syam sedangkan mereka adalah empat puluh orang. Setiap kali mati seorang daripada mereka, maka ALLAH s.w.t. akan menggantikan tempatnya dengan orang lain. Dengan merekalah diturunkan hujan, dimenangkan dengan mereka ke atas para musuh dan dipalingkan azab daripada ahli Syam. [Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (no: 898) dengan sanad yang kuat]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan