Khamis, 6 Januari 2011

Makam Tok Gajah, Kuala Berang, Terengganu

Assalamu'alaikum,


Pada 15 Disember 2010, 9 Muharram 1432 , kami check-out dari Hotel  Seri Terengganu.  Dari Kuala Terengganu, kami menuju Kuala Berang. Kami singgah di sebuah kedai makan dalam awal perjalanan, mengisi perut untuk perjalanan yang masih jauh. Salah satu petua untuk makan di tempat yang kita tidak biasa adalah cari kedai yang ramai orang...ehmmm, ada kedai makan di kiri jalan yang ramai orang,,,, jadi kami berhenti dan bersarapan pagi di sini. Menunya ayam goreng dengan ???? lupa lagi...:-) Kami tidak ke Pasar Payang kerana isteri kata dia nak ke Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu.

Destinasi kami adalah Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kuala Berang, yakni di Kampung Jenangor....itulah maklumat yang hamba dapat dari internet. Dengan berhenti dua-tiga kali bertanyakan orang, kami pun akhirnya sampai di Kampung Jenangor. Kampung ini tidak jauh daripada Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud. Jadi antara petua untuk ke sini adalah cari papan tanda yang menunjukkan  Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud. Dan dua tiga kali berhenti tanya orang di Kampung Jenangor ni, tak seorang pun yang tahu tentang kewujudan Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi, sama ada orang tua dan orang kurang tua. Akhirnya seorang tua kata saya tersilap info, sepatutnya ke pekan Kuala Berang...Ehmm, terpengaruh dengan kata-kata orang tua ini, kami pun ke Pekan Kuala Berang. Sampai di pekan, panggilan alam memanggil salah seorang anak, jadi kami berhenti di Masjid Kuala Berang sekejap...

Selepas itu, mencari destinasi ke Batu Bersurat, tersilap jalan masuk jalan lain akhirnya sampai ke satu kampung. Pergi ke kedai runcit, pakcik ni bagitau yang ada dekat sini adalah Makam Tok Gajah....ehmmmm lain dicari lain pula yang ditemui. Pakcik ni ada bagitau satu dua lagi makam berhampiran, hamba dah lupa...Pakcik ni kata Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kampung Jenangor itu tidak ramai yang kata ya....macam2 pendapat....Oleh sebab Makam Tok Gajah tidak jauh dari situ, kami pun ke Makam Tok Gajah....Akhirnya sampai ke Makam Tok Gajah di Kuala Berang...Hamda ada terbaca ada satu lagi pendapat bahawa makam Tok Gajah ada di Kijal, Allah sahaja yang lebih tahu yang mena yang betul.

Namun, hamba gunakan juga Makam ini sebagai Makam Tok Gajah memandangkan kerajaan secara rasmi mengiktiraf makam ini sebagai Makam Tok Gajah. Memang orang dulu-dulu 'sengaja mewujudkan banyak makam' untuk sebahagian besar orang yang meninggal dunia atas sebab-sebab tertentu, antaranya untuk mengelakkan diketahui musuh makam yang sebenar, mengelakkan berlakunya perkara-perkara khurafat dan syirik....dan lain2...

Setelah selesai kerja yang patut di Makam Tok Gajah, hamba tekad untuk mencari kembali Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi di Kampung Jenangor. Seingat hamba ketika itu, banyak laman sesawang yang menyebut makamnya di Kampung Jenangor, Kuala Berang dengan begitu jelas. Mereka takkan berbohong dalam perkara ini, begitulah bisik hati kecil hamba. Jadi, kami kembali ke Kampung Jenangor, Kuala Berang...Makam Tok Gajah merupakan Makam Kesepuluh, makam kesebelas pula dicari...


Al-Fatihah untuk Tok Gajah


  Terdapat dua buah makam, mungkin satu lagi itu adalah makam isterinya, atau anaknya atau mereka yang meninggal tidak lama selepasnya atau sebelumnya.


 Makam ini tidaklah kotor walaupun tidak berjaga...

 Keterangan di dekat Makam Tok Gajah


Hidup di dunia hanya sementara, masing-masing memilih pengakhiran masing-masing

Dari pintu pagar, kelihatan jauh di depan Makam Tok Gajah

Pintu pagar ke kawasan Makam, tidak berkunci...pagarnya kelihatan baru

 Papan tanda lama yang sudah rebah dan dibiarkan begitu sahaja. Memang, bangsa Melayu ini masih jauh ketinggalan dalam memelihara dan menilai  tinggalan sejarah

Malangnya papan tanda yang sudah senget, agaknya mencerminkan jatidiri orang Melayu sekarang yang sudah senget....ohhh bangsaku, Pahlawan Melayu lama sudah tidak kau ingati sebaliknya artis-artis yang  menjadi pujaanmu...

Imam Rasu bin Shahrum (http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Rasu_bin_Shahrum)

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.

Beliau juga merupakan ketua pasukan Sultan dalam penentangan terhadap penjajah British bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.

Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.

Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris. 

Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan. Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

5 ulasan:

  1. Syarif Muhammad al-Baghdadi. Kerajaan Dinasti al-Kamil ini dkatakan menaungi kerajaan Islam lain seperti kerajaan Cirebon, Banten, Mataram dan Pagar Ruyung.
    [3] Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.

    BalasPadam
  2. Ada pendapat Makam di Kampung Pauh itu makam keturunannya,Tok Pauh dan cucu-cicitnya wallahu'alam.

    BalasPadam
  3. menurut satu sumber yg boleh dipercayai .. gambar mayat tergantung songsang itu bukanlah tok janggut ..

    BalasPadam
  4. Salam Abdullah Azzam. Ada juga hambar dengar macam tu, cuma hamba sengaja 'paparkan sejarah rasmi'. Sejarah tak rasmi tu, kita kongsi sesama ahli saja...

    BalasPadam
  5. Salam,

    Makam Syarif Muhammad al-Baghdadi memang ada di kampung jenagor, tapi lokasi di seberang sungai terengganu di kampung jenagor lama.

    Nak kesana kena naik sampan.

    BalasPadam