Isnin, 28 Februari 2011

Keindahan Alam Ciptaan Ilahi - Jungfrau di Bumi Switzerland

Assalamu'alaikum,

Kita keluar sekejap dari Malaysia. Hamba bawa para pembaca ke Jungfrau di Switzerland. Alhamdulillah, dengan izin-Nya, hamba sekeluarga pernah sampai ke Switzerland pada bulan April 2009. Sepanjang 3 hari 3 malam berada di Swiss, kami bermalam di Interlaken dan sempat berkunjung ke Zurich, Geneva, Bern,  dan Lausanne. Pengalaman walaupun sekejap di bumi Swiss adalah amat menarik dan mengujakan. Bumi Swiss ini memang cantik, terutamanya jika anda berkesempatan ke kawasan Alps, antara yang terkenal ialah Interlaken, (selain Davos) tidak jauh dari Jungfrau, iaitu puncak Alps tertinggi.  


Tiada satu bahasa rasmi di Swiss. Bahasa yang dipertuturkan ialah bahasa Peranchis, Jerman, Italy dan loghat Romansh.  Ini kerana Peranchis terletak di Barat Swiss, Italy di Selatan dan Jerman di Utara. Di Timur, Swiss bersempadan dengan Austria dan Liechtenstein. Justeru itu, jika anda ke Zurich, bahasa yang dipertuturkan ialah bahasa Jerman, jika ke Geneva, bahasa yang dipertuturkan ialah bahaas Peranchis.

 Apa yang menarik tentang Swiss ialah mereka tidak berkongsi bahasa dan etnik/suku kaum yang sama tetapi boleh bersatu-padu atas dasar yang sama. Apa yang menyatukan Swiss? Antaranya rakyat Swiss bersatu-padu atas nilai bersama seperti keneutralan, demokrasi dan simbol Alps.




Swiss berjaya mengekalkan identiti neutral mereka, dan justeru itu negara ini tidak mengalami peperangan semenjak 1815, sedangkan Eropah mengalami banyak peperangan dan yang terbesar merupakan Perang Dunia Kedua.



Persekutuan Swiss dibentuk pada 1 Ogos 1291...ehmmm dah lama tu, zaman permulaan kerajaan Melayu Melaka agaknya...jadi hari kebangsaan diraikan pada tarikh itu...Jadi sudah 720 tahun negara ini terbentuk.




Dua bandaraya terkenal di dunia Swiss ialah Zurich dan Geneva. Antara produk terkenal buatan Swiss ialah jam walaupun hamba tak beli pun...Nak tengok masa, sama saja walau apa jenamanya...:-)...Hamba pun dah 4 tahun tak pakai jam, tengok telefon saja.  


Kebelakangan ini, bandaraya Swiss yang  terkenal ialah Davos. Penganjuran Forum Ekonomi Dunia pada setiap tahun telah berjaya menaikkan nama Davos.

Matawang rasmi adalah Swiss Franc. Swiss tidak menyertai Kesatuan Eropah walaupun baru menyertai PBB pada tahun 2002.



Keneutralan Swiss telah berjaya menarik beberapa badan dan organisasi antarabangsa untuk bertapak. Antaranya ialah  Red Cross, World Trade Organization, International Labour Organization, International Olympic Committee dan FIFA.





Swiss antara negara terkaya di dunia, memiliki perkapita yang cukup tinggi dan imbangan akaun ke atas KDNK yang cukup tinggi.



Di Geneva, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sempat mencari dan dapat bersolat di salah sebuah masjid di situ...



Tanpa sumber minyak dan gas, tanpa lautan (kerana tiada lautan), dikelilingi oleh pelbagai negara, tanpa satu bahasa rasmi, negara ini berjaya menjadi antara negara paling kompetitif di dunia.


Zurich dan Geneva merupakan 'Top 5' bandaraya yang memiliki kualiti kehidupan terbaik di dunia...



Itu semua kita boleh cari dalam internet....Pengalaman kami, masyarakat Swiss memang jujur, bersih, dan sivik.


Walaupun ada tiga bahasa yang dipertuturkan, masyarakat peniaga di Swiss tahu berbahasa Inggeris.


Anda tidak perlu 'Tax' jika memandu di atas jalan biasa. Tetapi anda perlu membeli 'Tax' jika memandu di atas lebuhraya. Bayaran 'Tax' hanya sekali setahun. Namun 'Tax' @ cukai ini tidaklah tinggi mana jika dibandingkan dengan taraf hidup masyarakat di sini.


Pengaruh globalisasi memungkinkan restoran India dibuka di Interlaken. Kami juga sempat berjual-beli dengan peniaga Muslim yang datang dari Eropah Timur di Interlaken...



Nilai bersama dan prinsip hidup memungkinkan masyarakat Swiss hidup aman damai dan harmoni. Namun Islamophobia juga membawa sedikit kesan terhadap masyarakat Swiss.


Gambar-gambar di atas merupakan gambar sekitar Jungfrau, Swiss dan diambil dari koleksi seorang rakan hamba di UK (beliau beri izin). Gambar yang hamba ambil, hamba akan masukkan dalam satu blog lain....wassalam


7 ulasan:

  1. salam.. indah sungguh ciptaan Allah.. hamba sbnrnya sdg mncari destinasi yg sesuai buat hamba yg kini perlu menganjurkan misi lawatan antarabangsa yg diwajibkan kpd student tahun 2 Fakulti ekonomi dan muamalat universiti sains islam malaysia (USIM). dlm kepala ni trbyg jugak swiss krn tahu akn kehebatan mereka dlm ilmu ekonomi..

    BalasPadam
  2. As Salam... boleh share di mana anda tinggal di Swiss... kami ingin pergi ke Swiss Alps tapi satu malam sahaja... Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Marissa,

      Kami tinggal dekat Interlaken, tak jauh dr Jungfrau. Ambil caravan dari www.altogold.com.

      Wassalam.
      MQAH

      Padam
  3. Asslm. Tuan berkunjung ke sana pd musim bunga ke? Bgmn dgn cuacanya? Sy bercadang ke sana sekitar hujung april. Perlukah standby baju sejuk yg tebal. Dan merasakah salji jika naik ke mount titlis?
    -Farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Badan tak adaptasi dgn cuaca dlm masa yg singkat. Elok bawa baju sejuk yg tebal kalau nak naik gunung dgn keretapi. Banyak gunung, pilih lokasi mana yg anda nak naik. Survei dahulu tempat sebelum pergi.

      MQAH

      Padam
  4. Anda Bosan Menjadi Pemain Dan Ingin Menjadi Bandar??? Temukan Solusinya Hanya Di PesonaQQ.com

    Penawaran Special Dari PesonaQQ Untuk Anda Yang Bergabung Hari Ini Juga :

    =>> Bonus Turnover 0.3% - 0.5% (Perminggu)
    =>> Bonus Referensi 20% (Seumur Hidup)

    Keuntungan Anda Yang Bergabung Bersama Kami Di PesonaQQ :

    *Data Anda Aman Bersama Kami
    *Pelayanan Customer Service Yang Ramah 24/7
    *Tersedia 7 Permainan Dalam 1 Web Yang Sesuai Dengan Skill Anda (Poker, Domino QQ, Capsa Susun, Adu Q, Bandar Q & Bandar Poker)
    *Bonus TURNOVER Yang Melimpah & Bonus REFERENSI Yang Berlaku Seumur Hidup
    *Hanya Dengan 1 Akun Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game Di PesonaQQ.com

    Kalau Bukan Sekarang Kapan Lagi???

    BalasPadam
  5. TELAH HADIR AGEN POKER TERPERCAYA DAN TERBAIK DI INDONESIA

    *PROSES DEPOSIT & WITHDRAW MUDAH CEPAT & AMAN
    *DAPATKAN BONUS TURNOVER UNTUK SETIAP HARI 0.3% - 0.5% (WIN or LOSE)
    *BONUS REFERRAL 20%(Seumur Hidup)
    *ANDA BISA MAIN LANGSUNG DARI HP ANDROID / IOS DIMANA SAJA
    *ANDA BISA BERMAIN DAN BERTEMU DENGAN SELURUH
    PEMAIN INDONESIA DALAM GAMES ONLINE :
    -Poker
    -Bandar Poker
    -CapsaSusun
    -Domino99
    -Adu Q
    -Bandar Q
    -Bandar Sakong
    -Bandar 66

    Pastikan Anda login hanya melalui situs resmi kami di http://www.jago288.net/app/Default0.aspx?lang=id

    Untuk info selanjutnya silahkan hubungi CS 24 jam yang siap melayani anda...
    WA: +855717086677

    BalasPadam