Isnin, 28 Februari 2011

Makna Selawat Azimiah

"Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan Nur Wajah Allah Yang Maha Besar, yang memenuhi segala penjuru 'Arasy Allah Yang Besar, dan dengannya berdiri seluruh alam Allah Yang Agung Moga Engkau berselawat ke atas penghulu kami Muhammad saw yang mempunyai martabat yang agung dan ke atas keluarga Nabi Allah Yang Besar, dengan kadar kebesaran Zat Allah Yang Maha besar, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah Yang Maha Besar, dengan salawat yang berkekalan sebagaimana kekalnya Allah Yang Maha Besar. Penghormatan bagi engkau wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang besar (indah) Salam kesejahteran daripadaMu ke atasnya dan ke atas keluarganya seperti yang demikian itu juga. Himpunkanlah di antara aku dan dia (Muhammad saw) sebagaimana Engkau menghimpunkan antara roh dan jasad, zahir dan batin sama ada ketika sedar atau tidur. Jadikanlah dia (Muhammad saw) wahai Tuhanku roh bagi zatku daripada sekalian wajah (keadaan) di dalam dunia ini sebelum hari akhirat, wahai Allah Yang Maha Besar"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan