Khamis, 3 Mac 2011

Masjid-Masjid Yang Utama Di Asia Tenggara

Assalamu'alaikum,



Masjidil Haram di Mekah - seutama-utama masjid di Bumi

Masjid paling utama di dunia adalah Masjidil Haram, kemudiannya Masjid Nabawi dan kemudiannya Masjidil Aqsa. Banyak hadis membicarakan perkara ini. Memandangkan hadis adalah sumbernya dari Junjungan Nabi SAW, maka kebenarannya jelas. Jangan kita nak pandai-pandai tokok tambah, nak susun- balik keutamaan ini. Kalau Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, kalau tinggal, belajar di Mekah atau Madinah, memang tak jauh mana, tiap-tiap hari boleh pergi, tiap-tiap waktu dapat bersolat di sana. Kalau tak tinggal atau tak belajar di sana, dengan izin Allah, kita masih boleh pergi kalau mengerjakan umrah atau mengerjakan haji. Kalau rezeki banyak, tiap-tiap tahun boleh ke sana. Hamba sendiri Alhamdulillah, dapat beberapa kali ke sana, kali terakhir tahun 2010. Alhamdulillah, dapat 5 malam di Madinah dan 13 malam di Mekah. Rasa puas sedikit, kalau pergi umrah biasa tu dlm 3 malan di Madinah dan 7-10 malam di Mekah, bergantung kepada pakej umrah.

 Masjid Nabawi - dah awal malam

Kubah Nabi - Ya Allah hamba rindu pada kekasih-Mu ini....

 Masjid Nabawi - dah malam ni

Kalau Masjidil Aqsa, susah nak pergi sebab 'di bawah Israel', dan Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, dan sebenarnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, itu maksud yang sebenar. Orang Islam di Singapura boleh pergi ke Masjid ini sebab Singapura ada hubungan dengan negara Israel. Akhir zaman, orang Islam akan dapat kembali Masjidil Aqsa ini....yg ni boleh baca dalam hadis2 akhir zaman.

 Masjidil Aqsa


Bagi orang-orang biasa, mungkin kalau dapat seumur hidup sekali mengerjakan haji dan umrah, adalah satu rahmat yang cukup besar kerana diberikan kesempatan  menjadi 'tetamu Allah'....Bagi pembaca yang masih muda, jangan tunggu usia tua nak buat Haji, waktu umur masih muda, masih diberikan tenaga, masih tak sakit macam2, waktu inilah sesuai nak buat Haji....cuma orang ngaji tasawuf ada 'syarat tambahan'...pastikan anda juga belajar tentang bab hakikat Haji, pastikan anda 'Mukmin' kalau nak buat Haji....lebih baik kalau peringkat 'Solihin'...jangan buat haji sebab ikut-ikut, banyak ruginya...paling baik buat Haji kerana Allah Taala, bukan kerana yang lain...

Jadi, kalau tak dapat ke Masjidil Haram atau Masjid Nabawi selalu, kat masjid mana kita nak pergi? Antara tempat makhbul doa memang ketiga-tiga masjid itu...Contohnya ada hajat besar dan cukup penting, duit  tak cukup, masa tak banyak, kat masjid mana yang afdal kita nak beramal, nak dirikan solat hajat, nak berikhtikaf, nak berkhalwat, lama-lama nak duduk atas tikar sejadah dan panjatkan hajat ke hadrat Ilahi...

Berdasarkan pengalaman hamba bergaul dengan sahabat-sahabat di BSC (bicarasufi), ziarah guru-guru, sembang sana-sini, baca sana-sini, dengar sini-sana, dan....(maksudnya tak boleh bagitau lah tu :-)  ), masjid -masjid yang utama kalau di sebelah Asia Tenggara ni, kita boleh susun ikut negara lah, senang nak faham...ni  pun belum meluas, banyak tempat hamba belum pergi...

Masjid Demak

Kalau kat Pulau Jawa, masjid paling utama adalah Masjid Agung Sang Ciptarasa. Ada dua Masjid Agung Sang Ciptarasa di Tanah Jawa iaitu Masjid Demak dan Masjid Cirebon.  Yang paling terkenal adalah Masjid Demak. Macam-macam cerita ada tentang masjid ini dari zaman dahulu, dari zaman masjid ini belum ada sampai ada, sampai ke era zaman moden ini. Kalau tanya hamba, ini antara masjid terpenting ni Asia Tenggara, kira-kiranya 'Top 5' jugaklah....jadi kalau tak dapat ke Tanah Arab, pergilah ke Tanah Jawa, pergilah ke masjid ini...penginapan ada di sekitar masjid ini. Sebaiknya kalau dapat berikhtikaf dan beramal dalam kawasan solat utama... Begitu juga dengan Masjid Cirebon, tak jauh dari Makam Sunan Gunung Jati di Cirebon.  Masjid ini juga sudah lama, sudah 500 tahun lebih rasanya.  Antara pembinanya selain Sunan Gunung Jati adalah Sunan Kalijaga. Kawasan solat utamanya masih mengekalkan binaan asal zaman dahulu yang penuh dengan maksud tersurat dan tersirat. Banyak khazanah ada di kedua-dua masjid ini....

  Masjid Cirebon

Satu kemudahan di Tanah Jawa adalah sebahagian masjid-masjid di sana menyediakan 'kemudahan bermalam' untuk para musafir. Maksudnya ada tempat untuk musafir lelaki dan ada tempat untuk musafir perempuan. Di Malaysia, memandangkan suasana berbeza, tiada tempat untuk musafir disediakan. Kalau nak bermalam di masjid, kena minta izin Tok Iman, orang masjid.

Di Pulau Sumatera, hamba belum menjelajah, baru sekali sampai di Bengkulu, itupun urusan kerja, tak ada masa untuk urusan lain. Cuma hati hamba berkata, Masjid di Besilam adalah salah satu yang utama. Tuan HF dan mereka yang dah sampai pasti lebih arif. Di sekitar Acheh/Pasai, ada beberapa masjid yang yang utama, hamba pun belum tahu, cuma yakin ada, kerana di situ antara lokasi terawal Islam di Nusantara.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin

 Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (dari sisi yang lain)

Di Brunei Darussalam, dua masjid yang utama adalah Masjid Negara Brunei. Masjid Negara Brunei ada dua, iaitu Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dan Masjid Sultan Hassanal Bolkiah. Masjid Sultan Hassanal Bolkiah memang besar dan 'gah', merupakan masjid negara yang kedua selepas Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Dari segi kedudukan, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin lebih dekat dengan pusat bandar.  Sebuah masjid di Puchong mempunyai rekabentuk seperti Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin...Banyak lagi masjid lain di sekitar Bandar Seri Begawan (hamba sekeluarga sampai kali pertama pada bulan April tahun 2002). Yang menarik tentang masjid di Brunei adalah masjid di sana mempunyai sistem penghawa dingin. Jadi, kalau nak solat, ikhtikaf, memang terasa lebih selesa dek hawa dingin tu...Dan masjid ini bukan 'on' hawa dingin waktu solat saja, pengalaman hamba dulu, jam 8-9 pagi pun hawa dinginnya dah 'on'...Apa2pun, hamba suka Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin...kenapa ya? entahlah....:-)

Masjid Sultan Hassanal Bolkiah

 Masjid Sultan Hassanal Bolkiah (dari jauh)

Di Selatan Thailand, ada beberapa masjid yang utama. Namanya pun hamba tak ingat dan hamba pun belum sampai lagi ke sana. Yang pasti di Pattani ada satu...yang ni nak kena tanya dan korek lagi...
Setakat tu saja dulu,,, minta pembaca tambah lagi nama-nama masjid yang penting di Indonesia, Thailand dan Brunei, untuk manfaat bersama juga...nanti nak sembang bab masjid di Malaysia pulak...

wassalam.


2 ulasan:

  1. Masjid2 ditanah melayu takde ke tuan?

    BalasPadam
  2. ado, pelan2 le...tapi masjid di Tanah Melayu ni banyak lampu merah dan road block, so mana yg lampu hijau je lah...kecuali kalau betul2 berhajat dan ada urusan amat penting, kena jumpa hamba sendiri...

    BalasPadam