Isnin, 7 Mac 2011

Masjid Kampung Duyung, Melaka

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, hamba panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, atas masa lapang yang diberikan, kesihatan yang membolehkan, rezeki yang berterusan, hamba sekeluarga dapat sampai sekali lagi ke Masjid Kampung Duyung, Melaka pada 5 March 2011 Kali terakhir kami sampai ke sini ialah pada Julai/Ogos 2008,  ketika mengerjakan suatu kerja, hampir 2 tahun setengah yang lalu. Waktu tu, hampir 4 jam kami berada di masjid ini. Alhamdulillah, pihak masjid 'tidak kacau dan mengganggu'.  Kali ini, kami sampai dalam jam 1250 tengahari, jadi sempat solat sedikit sebelum masuk waktu Zohor.  Ini juga merupakan kali pertama anak keempat sampai ke sini.

Namun, ada perkara yang begitu memeranjatkan hamba apabila sampai kali ini. Nama masjid ini telah ditukar ke Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah....terkejut..... kenapa terkejut??? biarlah rahsia...Kerajaan Negeri Melaka telah menukarkan nama masjid ini pada bulan Januari 2010...malah kampung sebelah pun dah bertukar nama ke Desa Hang Tuah...


Banyak perubahan zahir telah berlaku terhadap masjid ini. Kalau dalam masjid, penghawa dingin telah dipasang (walaupun tak dibuka sewaktu kami solat Zohor), jubin di perkarangan masjid, telaga yang telah diberikan bumbung, atap lama yang ditutup syiling kaca dan pelbagai lagi.  Pintu masjid juga telah ditukarkan dengan pintu kaca.

Hamba tak buang masa, buat kerja-kerja yang mesti diselesaikan. Isteri turut buat kerja kali ini di kawasan solat perempuan.  Alhamdulillah, anak sulung dan kedua pun buat solat hajat masing-masing. Hanya nombor tiga dan nombor empat buat 'kerja mereka', tak menang duduk...

Sewaktu masuk Zohor, kami bersolat bersama jemaah di sini...Selepas solat, ada wirid sikit2 dan turut ada adalah wirid 'La ilaha illallah, Fi kulli lamhatin...ilmullah'...pengalaman sama hamba tempuhi sewaktu bersolat di Masjid Tengkera, Melaka. Selepas habis doa, imam dan makmum berselawat dan bersalam beramai-ramai.  Satu adat yang baik untuk mengeratkan hubungan sesama jemaah.

Kemudian, hamba sambung kerja lagi...Dalam 2.25 petang baru kami habis kerja. Sebelum meninggalkan masjid ini, hamba sempat mengambil beberapa keping gambar masjid ini.


Mimbar

Mihrab lama


Kawasan solat utama

Dah dipasang syiling kaca

'Tingkap lama masih kelihatan'

Dari belakang sebelah kanan

Kawasan solat wanita, sebelah kanan masjid

Kawasan berwudhuk


 Perigi ini dulunya tidak berbumbung, kini sudah berbumbung. Ada ikan di dalamnya dan...Telah diberikan bentuk yang lebih cantik


Majlis penukaran nama masjid ini pada 8 Januari 2010, hari Jumaat tu...

Sebelah kiri masjid

 Pengiktirafan Jabatan Warisan Negara


Plat lama memaklumkan bangunan lama oleh kerajaan


 Nama baru masjid ini

Menara biasa bagi masjid lama di Melaka

 Pusat Tahfiz bersebelahan masjid...beruntung mereka...Lihat nama 'Desa Hang Tuah'

 Nama lama masjid ini....

Sedikit maklumat oleh Tourism Malaysia

Perkuburan berdekatan masjid ini

 Agaknya berapa lama usia perkuburan ini???

 Tanda untuk ke masjid ini ialah cari papan tanda 'Perigi Hang Tuah'...kerana ia terletak berhampiran...

 Gambar keseluruhan masjid dari kawasan perkuburan (atas)



Telah selesai hamba kerja yang patut. Telah berlaku 'af-al-Nya' yang pasti menyatakan sesuatu... sejarah akan berulang kembali....wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan