Selasa, 31 Mei 2011

Bunga Tulip di Keukenhof, Belanda - Siri Terakhir

Assalamu'alaikum,

Ini siri terakhir dalam tajuk berkaitan Bunga Tulip di Keukenhof, Belanda.  Tiga siri telah dipaparkan iaitu Bunga Tulip di Keukenhofsiri kedua, dan siri ketiga.    Siri pertama dan kedua merupakan koleksi gambar yang hamba ambil dari lawatan kami sendiri ke tempat tersebut pada bulan April 2009. Siri ketiga dan keempat merupakan gambar yang hamba ambil dari internet, yang sememangnya lebih cantik dari gambar hamba yang hanya menggunakan kamera kompak. Sepintas lalu memang bunga tulip ni nampak macam bunga plastik, tapi ia sememangnya bukan bunga plastik atau 'bunga buatan'.

Bunga tulip bukan hanya ada di negara2 Eropah tetapi di seluruh dunia terutamanya di kawasan tanah tinggi dan negara2 empat musim. Sepanjang musim bunga di Eropah, anda akan dapat lihat bandar2 di Eropah  dipenuhi dengan mekarnya bunga tulip ini. Memandangkan Belanda merupakan pengeksport utama bunga Tulip, maka negara2 lain akan mengimport bunga tulip ini sama ada untuk ditanam dalam taman bunga, ditanam di perkarangan rumah atau dijual sebagai bunga hiasan di dalam rumah dan pelbagai lagi.

Jika kita mengkaji kejadian Bulan, dari seperti bulan sabit menjadi bulan purnama, kemudian menjadi bulan sabit pula, bulan ada kitarannya dan Allah Taala mengkehendaki kita mengkaji kejadian dan ciptaan-NYA itu.  Maka timbullah kesan pasang surut bulan ke atas air laut sebagai contoh. Dari segi Islam sendiri, bulan purnama (maalm 13, 14 dan 15) itu banyak hikmahnya dan barokahnya. Dari itu, apakah yang tersurat dan tersirat di sebalik bunga tulip, yang melalui tujuh proses pembesaran, mekarnya, cantiknya dan indahnya untuk ditatapi dan menjadi hiasan rumah hanya untuk kira-kira dua bulan sahaja. Sedangkan waktu lain, 'terperuk' ia di dalam tanah. Hamba sendiri tiada jawapannya, apatah lagi hamba bukan saintis. Cuma yang pasti adalah Allah Taala tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia sahaja. Apakah yang cuba dinyatakan-NYA dalam mekar selama dua bulan itu dan apa pula yang DIA mahu kita mengkajinya  dalam 10 bulan seterusnya. Wallahu'alam.
























































1 ulasan:

  1. SubhanaAllah
    cantiknya ciptaan Allah swt
    entah bila hamba berpeluang menyaksikn sendiri

    kc

    BalasPadam