TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (8) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (2) Al-Quran (2) Alam (9) Alam Ghaib (3) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (13) Amal Soleh (3) Aqidah (15) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (3) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (4) Bid'ah (3) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cuti-Cuti Malaysia (62) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (14) Guru Mursyid (16) Guru Tariqat (17) guruku (13) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (13) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (6) Ibadat Haji (6) ilmu kebatinan (2) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (1) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (7) Isu Yaqazah (8) Jalan-Jalan (98) Jihad Ekonomi (27) Jom Makan (15) Karamah (2) Karya Sendiri (15) kebenaran (6) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (27) Kisah Nabi (2) Koleksi (1) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (6) Makam Sultan/Raja Melayu (6) Makam Wali Allah (40) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (35) Masjid Lama (20) Masjid Utama (25) Maulidur Rasul (15) Mekah (2) Melayu (12) Merdeka (1) Misteri (6) motivasi (1) Mukasyafah (2) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (13) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (15) nostalgia (1) Nur Muhammad (3) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (9) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (17) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (16) Rezeki (1) RSAW (8) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (5) Sedekah (1) Sejarah Melayu (3) Selawat (4) Senibina Islam (6) Sifat 20 (1) Solat (5) Solat Sunat (8) Sumpah (1) Sunnah RSAW (8) Tamadun Islam (7) Tariqat (4) Tasawuf (12) Tawassul (3) Tulisanku (262) Ulamak Islam (6) Ulamak Nusantara (16) Ulamak Tanah Melayu (13) Universiti (5) Usahawan Muslim (8) Usuluddin (1) wahdatul wujud (3) Wali Allah (54) Wali Melayu (27) Wali Songo (10) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Jumaat, 27 Mei 2011

Bunga Tulip Di Keukenhof, Belanda

Assalamu'alaikum,

Hari Jumaat yang penuh barokah ini, kita imbas kembali kenangan lalu yang mengusik jiwa...Semasa di luar negara, hamba bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana diberikan kesempatan untuk menjelajah beberapa negara Eropah bersama keluarga. Musim paling baik untuk melancong bagi orang Malaysia di UK sebenarnya adalah musim bunga, dalam bulan Mac - Mei. Ini kerana semasa musim bunga, cuaca dan suhunya adalah tidak berapa panas dan tidak berapa sejuk. Antara kenangan dan tempat yang paling kami ingati tentang Eropah adalah Taman Bunga di Keukenhof, Belanda. Anda boleh lawati laman sesawangnya iaitu http://www.keukenhof.nl/.   Pada bulan April 2009, hamba sekeluarga bersama beberapa keluarga Melayu dari UK berkesempatan menjelajah Eropah dan kami bermalam di Duinrell (www.duinrell.com/) selama 6 malam, yang bersamaan dengan cuti sekolah di UK (cuti musim bunga di UK adalah pada minggu pertama dan kedua April dan berlangsung selama 2 minggu).

Duinrell dijadikan pusat kami dalam minggu pertama di Eropah. Dari Duinrell, kami ke beberapa tempat seperti Amsterdam, Rotterdam, The Hague, Zan Schans, dan Madurodam di Belanda serta Antwerp dan Brussels di Belgium. Dari Duinrell juga kami ke Keukenhof, yang terletak dalam 35-45 minit perjalanan. Kami menghabiskan masa seharian di Keukenhof, bawa sekali segala makanan, minuman yang perlu untuk bertahan selama 6-7 jam di taman bunga ini. Memang tiket masuk tidaklah murah tetapi memang berbaloi untuk ke sini.  Kami tidak bersolat dalam taman bunga ini tetapi solat jamak di Duinrell kerana Maghrib lambat (dalam 815-830 malam rasanya).

Bunga tulip di Keukenhof hanya berbunga dan berkembang dalam masa dua bulan sahaja. Jadinya, untuk melihat kecantikan bunga tulip ini, masa terbaik untuk ke Keukenhof adalah antara minggu keempat Mac sehingga minggu ketiga Mei setiap tahun. Anda bayangkan dalam masa dua bulan ini, taman bunga ini berjaya menarik jutaan pelancong dan pendapatan utama dalam masa dua bulan ini mampu menampung perbelanjaan menguruskan operasi taman ini selama setahun. Kalau dalam model perniagaan, bukan mudah 2 bulan pendapatan untuk tampung 12 bulan operasi. Dikatakan juga, bahawa dalam tempoh dua bulan ini, jumlah klik (orang ambil gambar) di taman ini melebihi mana2 tempat lain di seluruh dunia!!!

Waktu kami pergi ni, isteri hamba sedang mengandung 5 bulan anak keempat. Ketabahan dan kesabaran beliau 'mengikut' sang suaminya ke sana-sini amatlah dihargai. Waktu lawat taman ni, hamba belum beli Nikon D5000, jadi kami pakai kamera kompak 8MP saja, jadi gambarnya tak secantik kamera canggih. Di penghujung lawatan kami ini, kamera ini habis baterinya kerana banyak sangat ambil gambar. Nasib baik di penghujung lawatan. Ada 3 siri tajuk Bunga Tulip di Keukenhof ini. Ini siri yang pertama dan masih menggunakan gambar2 dari kamera kompak kami, dan begitu juga dengan siri kedua. Siri ketiga hamba akan letakkan semua gambar di Internet, bukan gambar yang hamba ambil di Keukenhof ini.

Keasyikan di Keukenhof memang mengujakan. Hamba terfikir sendirian, bagaimanakah pula kecantikan di syurga agaknya sedangkan keindahan dan kecantikan di Keukenhof adalah 'manusia yang membuatnya' berdasarkan 'makhluk ciptaan Ilahi', yakni bunga2 tulip dan bunga2 lain. Keterujaan di Keukenhof memang hamba ingat sampai hari ini dan kami membuat album keluarga yang khusus tentang lawatan kami ke Keukenhof.

Kepada para pembaca, moga anda menikmati kecantikan dan keindahan bunga tulip, suatu bunga yang unik kerana kejadiannya melalui tujuh peringkat sepertimana kejadian penzahiran manusia melalui tujuh peringkat alam dan tujuh peringkat nafsu.  Apa yang unik lagi tentang bunga tulip adalah dua bulan itulah (Mac-Mei) ia berkembang, berkelopak dan mengeluarkan bunga yang cantik sebelum layu semula dan 'tinggal dalam bumi'.  



















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan