TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 28 Mei 2017

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W


JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Arkib..

Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W

Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah.

Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

1. Melaksanakan perintah Allah.

2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.

3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.

4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).

5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.

6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.

7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.

8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.

9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.

10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.

11. Allah akan menutupi segala dukacita.

12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. Mendapat darjat al-Sidq.

14. Ditunaikan segala hajat.

15. Salam sejahtera pada hari kiamat.

16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.

17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.

18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.

19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.

20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.

21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.

22. Tidak akan merasai fakir.

23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.

24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.

25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.

26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.

27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.

29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.

30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.

31. Mendapat keberkatan daripada Allah.

32. Mendapat kesempurnaan iman.

33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.

36. Teguh pendirian dengan kebenaran.

37. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.

39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.

40. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.

41. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murobbi.

42. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup di dunia dan akhirat.

HADIS MUSALSAL BIL MAHABBAH


*ُبِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.*

❤ Allahu Akbar ❤

"Al-Habib Umar Bin Hafizh mengijazahkan kepada para hadirin sebuah hadis yang dinamakan HADIS MUSALSAL BIL MAHABBAH dengan sanad yang bersambung kepada Baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم yang diriwayatkan daripada Sayyidina Mu'adz Bin Jabal رضي الله عنه yang bermaksud:

"Wahai Mu'adz! Sesungguhnya aku mencintaimu. Janganlah engkau tinggalkan untuk membaca selepas setiap kali selesai solat (akan wirid ini) (dengan sebutan yang menggabungkan antara 2 riwayat):

اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Wahai Tuhanku, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadat kepadaMu dengan baik.

Ada riwayat menyebut اللّٰهُمَّ أَعِنِّي dan ada juga riwayat menyebut رَبِّ أَعِنِّي

Kalian boleh gabungkan :

اللَّهُمَّ رَبِّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

ALLAHUMMA RABBI A'INNI 'ALA DZIKRIKA, WA SYUKRIKA WA HUSNI 'IBADATIK

(Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadahku kepadaMu)"

- ( Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizahullah )

Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat
#iloverasulullah

❤ ۞  اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
    وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹

DEBAT SYEIKH WALID ANAK MURID SYEIKH ALMUHADDITH ABDULLAH ALHARARI BERSAMA SYAIKH SYU'AIB AL-ARNAUTH DALAM MASALAH TAWASSUL


DEBAT SYEIKH WALID ANAK MURID SYEIKH ALMUHADDITH ABDULLAH ALHARARI BERSAMA SYAIKH SYU'AIB AL-ARNAUTH DALAM MASALAH TAWASSUL

Dialog ini adalah pengalaman peribadi Syaikh Walid al-Sa'id, seorang ulama Ahlu Sunnah Wal Jama'ah di Timur Tengah, dengan Syaikh Syu'aib al-Arnauth , seorang ulama Dasmascus, yang TERPENGARUH AJARAN WAHABI.
.
Syaikh Walid al-Sa'id bercerita." Suatu hari saya mendatangi Syaikh Syu'aib al-Arnauth di pejabatnya untuk berdiskusi tentang masalah TAWASSUL dan ISTIGHATSAH. Setelah saya bertemu dengannya, saya berbicara kepadanya tentang masalah TAWASSUL dan saya ajukan hadis al-Thabarani.

Syaikh Syu'aib al-Arnauth berkata, "Hadis ini membolehkan bertawassul dengan Nabi s.a.w. ketika masih hidupnya".

Saya berkata: "Hadis al-Thabarani membolehkan bertawassul dengan Nabi s.a.w. ketika masa hidupnya dan sesudah meninggalnya. Demikian pula hadis Bilal bin al-Harits al-Muzani yang mendatangi makam Nabi s.a.w. dan bertawassul dengannya sesudah wafatnya Nabi s.a.w."
.
IA BERKATA : "HADIS INI DHA'IF."
.
Aku berkata : " Hadis ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan SANAD yang SHAHIH sebagaimana di katakan oleh al-Hafizh Ibnu Hajar dalam "Fathul Bari". Demikian pula Ibnu Katsir menilainya SHAHIH.
.
Ia berkata: " Ibnu Hajar berkata, hadis ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan SANAD yang SHAHIH kepada Malik ad-Dar. Sedangkan Malik ad-Dar ini seorang perawi MAJHUL ( tidak diketahui kualitinya). Jadi Malik ad-Dar ini tidak dapat dijadikan hujjah dalam periwayatan hadis."
.
Aku berkata : " Malik ad-Dar ini diangkat oleh Khalifah Umar bin al-Khathab r.a. sebagai Bendahari Baitu Mal kaum Muslimin. Berarti menurut Anda, Khalifah Umar r.a. mengangkat seorang laki-laki yang TIDAK JELAS kualitinya, apakah dia percaya atau tidak, sebagai Bendahari negara?"
.
Mendengar sanggahan saya ini, ia TERDIAM dan TIDAK MENJAWAB. Akhirnya dia berbicara lagi kepada saya, " Secara peribadi saya berpendapat, dalam masalah TAWASSUL ada perbezaan pendapat di kalangan ulama. Jadi saya tidak menentang terhadap orang yang melakukannya. Adapun BER-ISTIGHATSAH dengan selain Allah, hukumnya jelas haram. Seorang makhluk TIDAK BOLEH beristighatsah dengan sesama makhluk.
.
Aku berkata, " Kalau Anda berpendapat bahwa istighatsah terhadap sesama makhluk dilarang, lalu bagaimana pendapat Anda tentang hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih-nya dari jalur Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
.
"Sesungguhnya Matahari akan mendekat pada hari kiamat, sehingga keringat akan sampai pada separuh telinga. Maka ketika manusia dalam kondisi demikian, mereka beristighatsah (meminta pertolongan) dengan Nabi Adam."( HR.al-Bukhari [1475 ] ).
.
Syaikh Syu'aib al-Arnauth berkata : "Hadis ini berkaitan dengan istighatsah ketika para nabi itu masih hidup, dan memang dibolehkan ber-istighatsah dengan mereka. Adapun sesudah mereka meninggal, maka tidak boleh ber-istighatsah dengan mereka."
.
Aku berkata : " Kalau begitu, Anda berpendapat boleh ber-istighatsah dengan para nabi ketika masih hidup? Ia menjawab: " Ya."
.
Aku berkata : " Tolong jelaskan dalil 'aqli atau dalil syar'i yang melarang ber-istighatsah dengan para nabi sesudah mereka mereka meninggal dunia! "
.
Ia berkata : " Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Musnad-nya yang sedang aku tahqiq dan belum terbitkan. Hadis tersebut adalah begini, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
.
" Sesungguhnya tidak boleh beristighatsah denganku. Beristighatsah hanya kepada Allah."
.
Aku berkata : " Kalau begitu pernyataan Anda paradoks. Anda tadi berkata ketika saya sampaikan hadis Ibnu Umar (riwayat Bukhari), bahwa beristighatsah dengan para nabi ketika mereka masih hidup, itu boleh. Sekarang Anda menyampaikan hadis kepada saya, bahawa Nabi s.a.w. ketika masa hidupnya bersabda, bahawasanya tidak boleh ber-istighatsah denganku."
.
Ia berkata, " Maaf, hadis ini dha'if. Jadi tidak dapat dijadikan hujjah." Ternyata hadis yang disampaikannya, ia ralat sendiri dan ia akui sebagai hadis dha'if.
.
Kemudian ia berkata kepadaku: "Coba aku berikan contoh seorang imam di antara imam mazhab yang empat yang mendatangi suatu MAKAM atau seorang wali untuk BER-TABARRUK atau BER-ISTIGHATSAH dengannya."
.
Saya berkata: " Al-Khatib al-Baghdad telah meriwayatkan dalam TARIKH BAGHDAD dengan sanad yang shahih, bahwa Imam Syafi'i berkata: "Saya senantiasa bertabarruk dengan Abu Hanifah. Saya selalu mendatangi makamnya setiap hari dengan berziarah. Apabila saya memiliki hajat, saya solat 2 raka'at, lalu saya datangi makamnya, saya berdoa' kepada Allah tentang hajatku disisi makam itu, sehingga tidak lama kemudian hajat ku terkabul."
.
Ia berkata dengan berteriak, " Riwayat ini tidak shahih . Dari mana Anda dapat riwayat ini?"
.
Kebetulan kitab Tarikh Baghdad ada di belakang punggungnya. Saya berkata kepadanya, " Tolong ambil kitab itu." Setelah kitab tersebut diserahkan kepada saya, saya bukakan riwayat tersebut dalam kitab itu dan saya perlihatkan kepadanya. Setelah ia melihat riwayat tersebut, ia merasa hairan dan berkata kepada salah seorang pembantunya, " Tolong kualiti para perawi hadis ini dikaji."
.
Dari sikapnya ini, nampak sekali, kalau ia telah mendidik orang-orang di sekitarnya berani melakukan koreksi hadis. Pada hal mereka tidak punya kapisiti untuk itu. Kemudian pembantu itu datang menghampiri. Setelah beberapa lama masuk kedalam, pembantu itu pun kembali dan berkata kepadanya dengan suara agak perlahan, " Semua perawi hadis ini tsiqah (dapat dipercaya)."
.
Lalu saya berkata kepadanya, " Bagaimana hasil temuan Anda tentang semua perawi hadis ini?"
.
Ia menjawab: " Semua perawinya dapat dipercaya kecuali seorang perawi yang belum saya temukan data biografinya. Dengan demikian hadis ini dha'if, kerana ada seorang perawi yang tidak diketahui kualitinya."
.
Saya berkata: "Bagaimana Anda menghukumi hadis ini dha'if, berdasarkan alasan, Anda tidak menemukan data biografi seorang perawinya. Padahal dalam kaedah disebutkan, " Tidak menemukan data, tidak menjadi bukti bahwa data tersebut memang tidak ada." Dia berkata: " Apa maksud kaedah ini?"
.
Saya berkata: "Apabila Anda tidak menemukan data seorang perawi, itu bukan berarti perawi itu dinilai tidak diketahui kualitinya dan dha'if."
.
Ia berkata: " Kalau Anda bisa menemukan data perawi ini, saya kasi nilai sepuluh." Lalu ia berkata: "Saya sekarang sibuk, jadi tidak mungkin meneliti data perawi ini." Lalu ia bertanya siapa namaku. Saya menjawab: " Namaku Walid al-Sa'id, murid Syaikh al-Harari."
.
Demikianlah pandangan kaum WAHABI yang MENGKAFIRKAN orang bertawassul dengan nabi dan wali. Pendapat mereka, selain RAPUH, tidak memiliki dasar dari al-Quran dan hadis, juga berimplikasi pada PENGKAFIRAN terhadap Rasulullah s.a.w. para sahabat r.a. para ulama salaf dan seluruh umat Islam selain golongannya. Na'udzu billah min dzalik. Pandangan WAHABI akan RAPUH ketika dihadapkan dengan FAKTA, bahwa tawassul dengan nabi yang sudah wafat telah diajarkan Rasulullah s.a.w. para sahabat, generasi salaf, ahli hadis dan kaum Muslimin. Ihdina al-shirath al-mustaqim.
.
(Rujukan : Buku Pintar BERDEBAT dengan WAHABI, Kiyai Muhammad Idrus Ramli, cetakan Binaswaja, m.s.118-123)
.
Sekian moga ada sedikit info pada ulama hadis pujaan Wahabi tempatan ini lebih lagi pada Dr. Rozaimi memuji tinggi melangit ulama hadis rujukannya ini. Nilailah sendiri ulama rujukan kamu wahai Wahabi. Wassalam

Habib Umar di Malaysia lagi.


Habib Umar di Malaysia lagi.

💩 = salah sangka
♥ = penjelasan

💩Entah berapa byk sumber kewangan, masa dan tenaga dihabiskan utk menyambut kedatangan insan ini. Susuk tubuh yg mempunyai banyak pengikut-pengikut taasub dari kalangan mereka yg mempercayai dia merupakan wali Allah berketurunan Nabi saw.

♥Insyaallah wang, masa dan tenaga yang dihabiskan untuk mengadakan majlis ilmu dan meraikan kedatangan ulama diberkati dan dterima oleh Allah sebagai amal saleh. Mempercayai seseorang tokoh sebagai wali dengan sebab dan alasan yang dibenarkan syarak, dibenarkan. Adapaun nasab keturunan Habib Umar yang berasal dari Fatimah binti Nabi Muhammad dan Ali bin Abi Talib, adalah sahih dan asli.

💩Anehnya, dia dikenali sebagai golongan kuburiyun di Yaman. Golongan yang memohon pertolongan dengan bertawasul kepada org yg telah mati dikuburan, mempercayai adanya kelebihan berdoa di kubur-kubur insan soleh, melakukan acara tawaf di kubur yg di dakwa kubur Nabi Hud A.S , mendakwa dapat melihat Nabi SAW secara sedar yang sering datang ke majlis-majlis beliau dan banyak membawa kisah-kisah palsu tentang Nabi SAW, sahabat r.anhum dan para wali.

♥Gelaran kuburiyun amat digemari oleh golongan Wahabi, kerana ia berbunyi seram dan menakutkan. Habib Umar dituduh penyembah kubur hanya kerana menziarahi kubur orang-orang salih dan berdoa kepada Allah di sisi kubur-kubur tersebut, dengan mengharapkan berkat ahli-ahli kubur tersebut. Wahabi tidak pandai membezakan antara berdoa kepada penghuni kubur dan berdoa kepada Allah di kubur.

♥Berkenaan ‘tawaf keliling kubur’ dan dakwaan melihat Nabi secara sedar, sila datangkan bukti yang jelas. Kalaupun jahil dan dengki, janganlah sampai memfitnah saudara seagama.

💩Tidakkah kita meneliti bagaimana bermulanya syirik di atas muka bumi? Syirik bermula apabila manusia mula berlebih-lebihan dalam mengagungkan insan soleh sehingga diberikan sifat-sifat ketuhanan kepadanya. Dan apa yg dilakukan dan diseru oleh Habib Umar ini tiada bezanya apabila ajarannya hanya terjurus kepada pemujaan insan-insan yang didakwa sebagaig wali dan ini membuka pintu-pintu kesyirikan yang jelas!

♥Oleh yang demikian, sila nyatakan berapa ramai orang Islam yang murtad atau musyrik hasil dakwah Habib Umar? Berapa ramai yang menyembah kubur dan kubur apa yang mereka sembah di Malaysia?

💩Lebih menghairankan, Habib Umar ini tidak dikenali dalam dunia akademik Islam. Tiada hasil-hasil ilmiah yang boleh diiktiraf dan dimanfaatkan. Tazkirahnya lebih bersifat umum yg boleh sahaja dilakukan oleh manusia biasa walaupun mempunyai PhD palsu.

♥Dunia akademik sangat mengenali Habib Umar, beliau sering dijemput menyampaikan syarahan di muktamar-muktamar antarabangsa (terkini Muktamar Grozny di Chechen), universiti-universiti (termasuk Universiti al-Azhar) dan menulis sejumlah buku-buku ilmiah seperti Qabasat an-Nur al-Mubin, al-Wasatiyah fil Islam, Silsilah Ma’alim ad-Du’at dan banyak lagi.

♥Mengenai kebiadapan sesetengah makhluk yang  tergamak menulis “Tazkirahnya lebih bersifat umum yang boleh sahaja dilakukan oleh manusia biasa walaupun mempunyai PhD palsu.” Begitulah sifat tazkirah pendakwah apabila berhadapan masyarakat awam, kerana pendakwah yang ikhlas tidak berfikir untuk menonjolkan bahawa dirinya ada PhD atau mufti, sebaliknya mereka ingin membuka ruang seluas-luasnya untuk segenap lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hingga orang tua untuk memahami dan menghayati agama. Yang penting, mesej dakwah sampai biarpun dalam ucapan yang ringkas dan nampak ‘biasa-biasa’.

 💩Bahkan, kata-katanya sering dicemari dakwaan2 yg tersasar berkenaan Islam dan syariatnya. Dan yang lebih menarik, ketika Yaman diserang oleh puak Syiah, Hadramawt yang menjadi pusat ajaran sufi sesat ini tidak disentuh sama sekali oleh puak Syiah, dan golongan habib ini juga tidak mempertahankan Yaman bukan saja melalui jihad fizikal, tetapi juga jihad lisan.

♥Dakwaan “, ketika Yaman diserang oleh puak Syiah, Hadramawt yg menjadi pusat ajaran sufi sesat ini tidak disentuh sama sekali oleh puak Syiah”  tidak mempunyai sebarang bukti, melainkan sangkaan dari jauh dan telahan semberono. Hadramawt terletak jauh daripada pusat-pusat bandar dan pentadbiran Yaman, tidak mempunyai sebarang hasil galian berharga, atau ekonomi yang pesat, ia adalah daerah yang gersang dan jauh dari pembangunan, puak-puak Syiah Houthi menumpukan usaha menawan San’a dan bandar-bandar besar kerana di situlah kunci untuk menakluki Yaman.

♥Para habib sejak dulu hingga sekarang amat gigih membanteras penularan akidah Syiah baik di Yaman, Arab Saudi mahupun Malaysia dan Indonesia. Lihat saja pada nama mereka; Habib Umar, Habib Abu Bakar dan lain-lain, mustahil mereka menamakan anak mereka dengan Abu Bakar dan Umar yang menjadi kebencian puak Syiah.

💩Dan hari ini, ketika Yaman masih bergolak, Habib Umar yang kononnya wali Allah berada di Malaysia. Kalau dulu, majlis nyanyian besar-besarannya dikenali sebagai majlis selawat. Khabarnya sekarang, ia bertukar menjadi majlis Doa Untuk Malaysia. Mungkin Yaman tidak perlu didoakan. Mungkin kewaliannya membuatkan dia melihat Malaysia ini berada dalam peperangan sedangkan Yaman aman sejahtera!

♥Habib Umar bukannya melarikan diri dari Yaman. Sejak awal pergolakan hingga kini, beliau menetap di Tarim, Hadramawt. Beliau dijemput oleh para penganjur di Malaysia untuk program-program ilmiah, beliau tiba pada 26 Oktober dan MENYAMBUNG KEMBARA DAKWAH DI INDONESIA pada pukul 9 pagi 29 Oktober 2016 dan seterusnya ke Singapura. Bagaimana ada insan yang beragama Islam boleh menyamakan majlis selawat dengan konsert nyanyian? Seorang ulama Yaman dijemput untuk hadir ke majlis ilmu dan berdoa untuk keamanan Malaysia, adakah ia bertentangan dengan mana-mana ajaran Islam? Kita hairan bagaimana orang-orang ini berfikir:

Datang memenuhi undangan ke Malaysia = dianggap LARI dari Yaman
Berdoa untuk Malaysia = dianggap TIDAK MENDOAKAN Yaman

♥Habib Umar selaku anak jati Yaman, sentiasa mendoakan kesejahteraan kembali ke tanahairnya. Mungkin sebab beliau tidak meng’update’ doa beliau di Facebook, Twitter atau Instagram, maka ada orang ingat beliau tidak berdoa langsung. Kesian juga ya.

💩Sedarlah wahai masyarakat. Tinggalkan golongan pendusta agama ini. Jangan tertipu dengan dakwaan ulama keturunan Nabi saw. Sudah-sudahlah...

♥Sila baca dan nilai siapa sebenarnya yang berdusta. Habib Umar kekal sebagai Habib Umar, namun para pembenci tidak ke mana…

PENGENALAN TASAWUF


PENGENALAN TASAWUF

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal perkataan tasawwuf: Asal perkataan tasawwuf seolah-olah begitu hampir dengan kalimah sofa, yasfu, yang membawa maksud bersih. Perkataan ini dilihat hampir kerana jika dikaji daripada segi maksud dan istilah, tasawuf bertujuan untuk membersihkan batin. Justeru, makna perkataan ini bertepatan dengan kehidupan seorang ahli tasawuf atau ahli sufi yang sentiasa membersihkan diri daripada segala kekotoran batin dan membersihkan diri selain daripada Allah S.W.T.

Dalam penghuraian pengertian tasawuf, ulama sufi yang ulung di Nusantara, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani mengatakan bahawa ilmu yang memberi manfaat di negeri akhirat dan menyampaikan kepada pengetahuan hakikat terhadap kebesaran dan keagungan Allah dinamakan ilmu tasawuf. Syeikh al-Falimbani memanjangkan lagi huraiannya dengan kata beliau:

"Dan demikian ini segala kitab ilmu tasawuf semuanya itu iaitu ilmu yang memberi manfaat kerana kitab tasawuf ini telah tergantung di dalamnya ilmu usuluddin dan ilmu fiqh yang fardhu 'ain dan tiada dapat tiada daripada mengetahui akan dia oleh segala orang-orang yang suluk yakni orang yang menjalani jalan akhirat yang menyampaikan ke dalam syurga dan menyampaikan makrifat akan Allah dengan mengetahui sebenar-benarnya yang membawa takut akan Allah."

Maulana Abu Hasan Ali al-Hasani al-Nadwi menyatakan bahawa tasawuf ialah intipati dan saripati islam dan juga merupakan kesempurnaan iman. Sesungguhnya tidak mungkin seseorang itu menerima dan merasa keberkatan islam serta menikmati keasliannya di dunia dan di akhirat pada individu, masyarakat, umat dan negara tanpa menghayati bidang ilmu tasawuf untuk mengikhlaskan diri, mengubati diri, membersihkan jiwa dan menghiasi diri dengan sifat ihsan dan mahmudah.

Secara tegasnya dinyatakan bahawa tasawuf adalah merupakan satu disiplin ilmu yang sah dan berasal daripada sumber-sumber yang sahih iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Cara hidup para Sahabat Nabi Muhammad s.a.w, pengikut-pengikut Sahabat dan ulama-ulama yang muktabar juga menjadi sumber ambilan tasawuf selagi tidak terkeluar daripada batas-batas yang dibenarkan oleh islam.

Dalam menyatakan hubungan antara tasawuf dan syariat Syeikh Ahmad al-Dandarawi menegaskan, "Aku jaga akan dikau daripada berkata engkau bermula Tariqah Sufiyah tiada mendatang dengan dia oleh al-Quran dan al-Sunnah, maka bahawa yang demikian itu kufur kerana perjalanan sufiyah semuanya Akhlak Muhammadiyyah tenunan panjangnya dan lebarnya daripadanya." Ibn Khaldun juga telah menegaskan bahawa ilmu Tasawuf adalah sebahagian daripada ilmu syariat. Walaupun jika dilihat sekali imbas tasawuf merupakan satu disiplin ilmu yang baru namun, ilmu ini adalah berdasarkan dan berasaskan perjalanan hidup Sahabat-sahabat r.a., pengikut-pengikut Sahabat dan ahli-ahli salaf. Asasnya adalah penumpuan kepada ibadat menuju kepada Allah S.W.T serta menolak kebanggaan dan kemewahan hidup di dunia. Sikap ini adalah merupakan sikap umum para Sahabat dan ahli salaf. Sikap-Sikap para Sahabat yang menumpukan perhatian akhirat lebih daripada dunia serta mengamalkan kehidupan zuhud mendapat sanjungan daripada Nabi Muhammad s.a.w dan Sahabat-sahabat lain.

Perkataan Imam Malik bin Anas banyak dijadikan sandaran dalam hubungan ini. Menurut Imam Malik, sesiapa yang bersyariat tanpa bertasawuf adalah fasiq dan sesiapa yang bertasawuf tanpa syariat adalah zindiq, orang bersyariat dan bertasawuf adalah orang yang selamat dan sampai kepada matlamat dan tujuan yang sebenar. Selain pegangan akidah, ahli sufi dan tasawuf adalah berdasarkan iktikad Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Sya’rani:

"Ketahuilah iktikad golongan sufiyah bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, Ianya bukan dua, Maha Suci Allah dari beranak dan diperanakkan, tiada sesuatu yang menyerupaiNya dan tiada sekutu bagiNya. Ianya menjadikan setiap suatu dengan kehendakNya tanpa diarah dan dipandu oleh yang lain, kewujudanNya adalah dengan zatNya tiada berhajat kepada yang lain. Tiada permulaan bagiNya adalah mutlak. Berterusan dan kekal abadi. Ianya terdiri dengan sendirinya. Allah bukan jawhar, bukan arah dan bukan jisim. Maha Suci dari mengambil tempat dan ruang. Allah boleh ditanggapi melalui penglihatan mata hati... Kami naik saksi bahawa Allah adalah Yang Maha Esa, memiliki sifat-sifat ketinggian dan berhak dengan sifat-sifat kepujian, maka demikianlah dengan penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. Kami naik saksi bahawa risalah dan perutusan Baginda s.a.w. adalah untuk seluruh umat manusia dengan membawa berita gembira, amaran keras dan juga menyeru mereka kepada Allah supaya beriman dan mentauhidkanNya. Sesungguhnya Baginda s.a.w. telah menyampaikan setiap sesuatu yang telah diturunkan kepadanya oleh Allah. Baginda s.a.w. telah menyempurnakan amanah yang telah diberikan kepadanya dan juga telah memberi tunjuk ajar, pimpinan dan nasihat kepada umatnya seperti yang telah dilakukan oleh Baginda s.a.w. semasa Khutbah Wida’... Golongan sufiyah percaya bahawa iman ahli neraka seperti Firaun dan lainnya tidak diterima dan tiada mendatangkan manfaat dan juga kumpulan orang-orang yang menerima tauhid tetapi melakukan dosa-dosa besar dimasukkan ke dalam neraka kemudian mereka akan dikeluarkan darinya. Syafa'at adalah hak dan setiap apa yang dibawa oleh kitab-kitab samawi dan Rasul-Rasul daripada Allah sama ada diketahui atau tidak adalah hak… Golongan sufiyah juga percaya bahawa orang mukmin menerima nikmat di dalam syurga berterusan dan berkekalan adalah hak dan demikian juga berkekalan orang-orang kafir, munafik dan musyrik di dalam neraka adalah hak dan inilah akidah golongan sufiyah seluruhnya."

Dengan ini adalah jelas bahawa asas tasawuf adalah syariat dan perjalanan tasawuf adalah bersumberkan syariat dan terikat dengannya, tiada tasawuf melainkan selari dengan syariat.

*BAGAIMANAKAH AL-WAHHABIYYAH MENILAI AL-ASYA^IRAH DAN AL-MATURIDIYYAH GOLONGAN MAJORITI UMAT ISLAM SEPANJANG ZAMAN?*


*BAGAIMANAKAH AL-WAHHABIYYAH MENILAI AL-ASYA^IRAH DAN AL-MATURIDIYYAH GOLONGAN MAJORITI UMAT ISLAM SEPANJANG ZAMAN?*

Seawalnya mari kita perhatikan betul-betul bagaimana para ulama membahaskan tentang golongan Al-Asyairah dan al-Maturidiyah.

1. Al-Hafiz Muhammad Murtado al-Zabidi seorang daripada ulama hadith yang terkemuka menyebutkan dalam _Ithafus-Sadatil-Muttaqin Syarh Ihya’ ^Ulumid-Din_ di fasal kedua (Darul-Fikr, Beirut, jil. 2, hlm. 6):

إذا اطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية . اهـ

Maksudnya: _”Sekiranya disebut Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah maka yang dimaksudkan dengan golongan tersebut adalah kelompok al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah”._

2. Al-Faqih al-Hanafi Ibn ^Abidin seorang daripada ulama besar mazhab Hanafi telah berkata di dalam kitab hasyiyahnya _al-Raddul-Muhtar ^ala al-Durril-Mukhtar_ (Darul-Fikr, Beirut, cet. 2, 1412H - 1992R, jil. 1, hlm. 49):

أهل السنة والجماعة وهم الأشاعرة والماتريدية

Maksudnya: _”Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah  dan mereka adalah golongan al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah”._

3. Al-Syaikh ^Abdul-Wahhab al-Sya^rani  dalam kitabnya _al-Yawaqit wal-Jawahir_ (hlm. 16 - 17) menyebutkan:

واعلم يا أخي أن المراد بأهل السنة والجماعة في عرف الناس اليوم الشيخ أبي الحسن الأشعري ومن سبقه بالزمان كالشيخ أبي منصور الماتريدي وغيره ، رضي الله تعالى عنهم ، وقد كان الماتريدي إماما عظيما في السنة ، كالشيخ أبي الحسن الأشعري.

Maksudnya: _“ Ketahuilah wahai saudara bahawa Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah pada uruf manusia para hari ini adalah al-Syaikh Abul-Hasan al-Asy^ari dan yang datang sebelumnya seperti al-Syaikh Abu Mansur al-Maturidi serta selainnya radiyaLlahu ^anhum. Al-Maturidi adalah seorang imam yang hebat dalam sunnah sepertimana al-Syaikh Abul-Hasan al-Asy^ari”._ Intaha.

Kemudian dia berkata:

أما أتباع الشيخ أبي الحسن الأشعري فهم منتشرون في الآكثر بلاد الإسلام كخرسان والعراق والشام ومصر وغيرها من البلاد. فلذلك صار الناس يقولون: فلان عقيدته صحيحة أشعرية

Maksudnya: _”Adapun para pengikut al-Syaikh Abul-Hasan al-Asy^ari maka mereka tersebar di kebanyakkan negara Islam seperti Khurasan, Iraq, Syam, Mesir dan negara-negara lain lagi. Justeru, manusia berkata:“Si fulan akidahnya sahih yang bermetodologikan al-Asy^ariyyah”._

4. Ibn Hajar al-Haitami dalam _al-Minatul-Makkiyyah fi Syarh al-Hamziyyah_ (hlm. 664 – 665) menyebutkan:

أهل السنة والجماعة هم أتباع أبي الحسن الأشعري وأبي منصور الماتريدي رضي الله تعالى عنهما

Maksudnya: _”Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah mereka adalah para pengikut Abul-Hasan al-Asy^ari dan Abu Mansur al-Maturidi radiyaLlahu ^anhuma”._ Intaha.

Dalam kitabnya _al-Zawajir ^an Iqtirafil-Kaba’ir_ (hlm. 82) Ibn Hajar al-Haitami menyebut:

المـراد بالسنة ما عليه إماما أهل السنة والجمـاعة الشيخ أبو الحسن الأشعري وأبو منصور الماتريدي اهـ.

Maksudnya: _”Maksud al-Sunnah ialah perkara yang dipegang oleh dua imam Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah iaitu al-Syaikh Abul-Hasan al-Asy^ari dan Abu Mansur al-Maturidi”._ Intaha.

Ibn Hajar al-Haitami pernah ditanya mengenai al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari, al-Baqillani, Ibn Furak, Imamul-Haramain, al-Baji dan lain-lain lagi yang mengambil aliran al-Asy^ari, maka beliau menjawab (Lihat _al-Fatawa al-Hadithiyyah_, Darul-Fikr, hlm. 145):

هم أئمة الدين وفحول علماء المسلمين فيجب الاقتداء بهم لقيامهم بنصرة الشريعة وإيضاح المشكلات ورَّدِ شُبَه أهل الزيغ

Maksudnya: _”Mereka adalah para imam agama dan para pahlawan ulama bagi umat Islam. Oleh itu, wajib kita mencontohi mereka kerana mereka bangkit membela syariat dan menjelaskan kemusykilan-kemusykilan dan menolak kekeliruan golongan yang menyeleweng”._ Intaha.

5. Al-Taftazani dalam _Syarh al-Maqasid_ (jil. 3, hlm. 464 – 465) menyebutkan:

والمشهور من أهل السنة في ديار خراسان و العراق و الشام و أكثر الأقطار هم – الأشاعرة – أصحاب أبي الحسن الأشعري. و في ديار ما وراء النهر أهل السنة هم – الماتريدية – أصحاب أبي منصور الماتريدي. اهـ

Maksudnya: _”Dan yang masyhur di kalangan Ahlus-Sunnah di negara Khurasan, Iraq, Syam, dan kebanyakan tempat mereka adalah al-Asya^irah iaitu para pengikut Abul-Hasan al-Asy^ari. Di Negara Ma Wara’in-Nahr (Negara di sebalik sungai) Ahlus-Sunnah itu mereka adalah al-Maturidiyyah para pengikut Abu Mansur al-Maturidi”._ Intaha.

6. Al-Imam al-Jalal al-Dawani menyebut dalam kitabnya _Syarh al-^Aqa’idil-^Uddiyyah_ (jil. 1, hlm. 34):

الفرقة الناجية، وهم الأشاعرة أي التابعون في الأصـول للشيخ أبي الحسـن... فـإن قلت: كيف حكم بأن الفرقة الناجية هم الأشاعرة؟ وكل فرقة تزعم أنها ناجية؟ قلت سياق الحـديث مشعر بأنهم – يعني الفرقة الناجية – المعتقدون بما روي عن النبـي ‘ وأصحابه، وذلك إنما ينطبق على الأشاعرة، فإنهم متمسكون في عقائدهم بالأحاديث الصحيحة المنقولة عنه ‘ وعن أصحابه، ولا يتجاوزون عن ظواهرها إلا لضرورة، ولا يسترسلون مع عقولهم كالمعتزلة) اهـ.

Maksudnya: _” Golongan terselamat, dan mereka itu adalah al-Asya^irah iaitu golongan yang mengikut usul yang diasaskan oleh al-Syaikh Abul-Hasan (al-Asy^ari).. Jika engkau berkata: “Bagaimana dihukumkan bahawa golongan terselamat itu adalah golongan al-Asya^irah? Setiap kumpulan mengatakan bahawa kumpulan merekalah terselamat?”, maka aku berkata: Susun kata hadith itu dirasakan bahawa mereka - golongan terselamat – yang meyakini perkara yang telah diriwayatkan daripada Nabi dan para Sahabat baginda. Sedangkan itu hanya sesuai dengan golongan al-Asya^irah, mereka berpegang teguh dalam keyakinan-keyakinan mereka dengan hadith-hadith yang sahih yang dinukilkan daripada baginda dan Sahabat baginda. Mereka tidak akan keluar daripada zahirnya melainkan kerana suatu keperluan dan mereka tidak meleret bersama akal-akal mereka seperti golongan Muktazilah”._ Intaha.

14. Al-Syaikh Tajud-Din ^Abdul-Wahhab ibn ^Ali berkata dalam kitabnya _Mu^idun-Ni^am wa Mubidun-Niqam_ (Maktabah al-Khanji, Kaherah, cet. 2, 1413 H - 1993 R, hlm. 22 - 23):

وهؤلاء الحنفية والشافعية والمالكية وفضلاء الحنابلة في العقائد يد واحدة كلهم على رأي أهل السنة والجماعة يدينون لله تعالى بطريق شيخ السنّة أبي الحسن الأشعري رحمه الله

Maksudnya: _“Mereka itu (kaum muslimin) daripada kalangan orang yang bermazhab Hanafi, Syafi^i, Maliki dan fudola’ al-Hanabilah (orang-orang utama dalam mazhab Hanbali) mempunyai keyakinan yang sama iaitu mereka semuanya  mengikut pandangan Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah, dan mereka berkeyakinan kepada Allah ta^ala adalah dengan cara atau method yang ditempuh oleh Syaikh Ahlis-Sunnah Abul-Hasan al-Asy'ari rahimahullah”._ Intaha.

Kemudian kata beliau lagi:

وَهذِهِ الْمَذَاهِبُ الأَرْبَعَةُ وَللهِ الْـحَمْدُ فِي العَقَائِدِ وَاحِدَةٌ إِلاَّ مَنْ لَـحِقَ مِنْهَا بِأَهْلِ الاعْتِـزَالِ وَالتَّجْسِيْمِ، وَإِلاَّ فَجُمْهُوْرُهَا عَلَى الْـحَقِّ، يُقِرُّوْنَ عَقِيْدَةَ أَبِيْ جَعْفَرٍ الطَّحَاوِيِّ الَّتِيْ تَلَقَّاهَا العُلَمَاءُ سَلَفًا وَخَلَفًا بِالْقَبُوْلِ، وَيَدِيْنُوْنَ للهِ بِرَأْيِ شَيْخِ السُّنَّةِ أَبِيْ الْـحَسَنِ الأَشْعَرِيِّ الَّذِي لَـمْ يُعَارِضْهُ إِلاَّ مُبْتَدِعٌ

Maksudnya: _“Dan empat mazhab ini - al-hamdulillah - dalam aqidah yang satu, melainkan sebagian mereka yang mengikuti pendokong Muktazilah dan Mujassimah. Selain mereka itu, maka majoriti pengikut mazhab empat itu berada di atas kebenaran. Mereka mengakui kebenaran aqidah Abu Ja^far al-Tohawi yang diterima oleh para ulama salaf maupun khalaf. Mereka beragama kepada Allah dengan rumusan aqidah yang disusun oleh Syaikhus-Sunnah Abul-Hasan al-Asy^ari yang tidak akan ditentang kecuali oleh orang yang melakukan bidaah”._ Intaha.

15. Al-Muhaddith al-Syaikh Muhammad al-^Arabi al-Tabban al-Maliki (w. 1390 H) pemuka mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah dalam kitabnya _Bara’atul-Asy^ariyyin min ^Aqa’idil-Mukhalifin_  (jil. 1, hlm. 112) mengatakan:

وفحول المحدثين من بعد أبي الحسن الأشعري إلى عصرنا هذا الأشاعرة وكتب التاريخ والطبقات ناطقة بذلك . اه

Maksudnya: _“Para pemuka atau pembesar ahli hadith dari setelah zaman al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari radiyaLlahu ^annhu sehingga zaman kita sekarang adalah al-Asya^irah (pengikut setia al-Imam al-Asy^ari) dan kitab-kitab sejarah dan biografi para ulama menjadi saksi terhadap hal itu”._ Intaha.

16. Abul-Fattah al-Syahrastani dalam kitabnya _al-Milal wan-Nihal_ (jil. 1, hlm. 94) berkata:

الأشعرية - أصحاب أبي الحسن علي بن إسماعيل الأشعري، المنتسب إلى أبي موسى الأشعري رضي الله عنهما، وسمعت من عجيب الاتفاقات أن أبا موسى الأشعري رضي الله عنه كان يقرر عين ما يقرر الأشعري أبو الحسن في مذهبه

Maksudnya: _”Golongan al-Asy^ariyyah adalah pengikut Abul-Hasan ^Ali ibn Isma^il al-Asy^ari berketurunan Abu Musa al-Asy^ari radiyaLlahu ^anhuma. Aku mendengar kesepakatan yang mengkagumkan bahawa Abu Musa al-Asy^ari radiyaLlahu ^anhu pernah memperakui perkara yang diperakui oleh Abul-Hasan al-Asy^ari dalam mazhabnya”._ Intaha.

17. Al-Imam al-Sayyid al-Habib ^Abdullah bin ^Alawi al-Haddad dalam kitabnya _Nailul-Maram Syarh ^Aqidatil-Islam (hlm. 8) menyebutkan:

اعلم أن مذهب الأشاعرة في الاعتقاد هو ما كان عليه جماهير أمة الإسلام علماؤها ودهماؤها، إذ المنتسبون إليهم والسالكون طريقهم كانوا أئمة أهل العلوم قاطبة على مرّ الأيام والسنين، وهم أئمة علم التوحيد والكلام والتفسير والقراءة والفقه وأصوله والحديث وفنونه والتصوف واللغة والتاريخ اهـ.

Maksudnya: _”Ketahuilah bahawa mazhab al-Asya^irah dalam keyakinan adalah perkara yang dipegang oleh majoriti umat Islam; ulama mereka dan orang awam mereka. Ini kerana orang orang yang menyandarkan diri kepada mereka, menelusuri jalan mereka adalah para imam bagi orang-orang yang pakar dalam pelbagai ilmu secara keseluruhannya dengan berlalunya hari-hari dan tahun-tahun (sepanjang zaman). Mereka itulah imam-imam bagi ilmu tauhid, ilmu kalam, tafsir, qira’at, fiqh dan usul fiqh, hadith dan disiplin-disiplin ilmu hadith, tasawwuf, bahasa Arab (nahu, sorf, balaghah dan sebagainya) dan sejarah”._ Intaha.

18. Kiyai Sirajuddin Abbas menyebut di dalam kitabnya _I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah_ (hlm. 3):

_”I’tikad Nabi dan Sahabat-sahabat itu telah termaktub dalam al-Quran dan dalam sunnah Rasul secara berasingan, belum disusun secara rapi dan teratur tetapi kemudian dikumpul dan dirumuskan dengan rapi oleh seorang ulama Ushuluddin yang besar, iaitu Syeikh Abul-Hasan ‘Ali al-Asy’ari (dilahirkan di Basrah pada tahun 206 H dan wafat di Basrah juga pada tahun 324 H dalam usia 64 tahun). Karena itu ada orang memberi nama kepada kaum Ahlussunnah wal Jama’ah dengan kaum Asya’irah, jama’ dari Asy’ari, dikaitkan kepada Imam Abul-Hasan ‘Ali al-Asy’ari tersebut. Di dalam kitab-kitab Ushuluddin biasa juga dijumpai perkataan “Sunny” iaitu kependekan Ahlussunnah wal Jama’ah, orang-orangnya dinamai “Sunniyun”. Tersebut di dalam kitab “Ithaf al-Sadatil-Muttaqin” karangan Imam Muhammad [Murtado] bin Muhammad al-Husaini az-Zabidi, yaitu kitab syarah dari kitab “Ihya’ ‘Ulumiddin” karangan Imam Ghazali, pada jilid 2, halaman 6, yaitu:_

إذا اطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية . اهـ

Ertinya: _”Apabila disebut kaum Ahlussunnah wal Jama‘ah maka maksudnya ialah orang – orang yang mengikut rumusan (faham) Asy’ari dan faham Abu Mansur al-Maturidi”._ Intaha.

19. Antara yang boleh dibuat contoh terbaik adalah enakmen pentadbiran Agama Islam Johor 2003, atas perintah Baginda Tuanku Sultan memberi dan mengisytiharkan fatwa berikut:

_"Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di negeri Johor hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah dari segi akidah berpandukan mazhab al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah, syariah berpandukan kepada mazhab Syafi'i. Walaubagaimanapun, tiga mazhab yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki, dan Hanbali boleh dirujuk dan digunakan dalam menyelesaikan masalah- masalah tertentu dan dari segi akhlak hendaklah berpegang dengan akhlak islamiyah"._

*Apakah Nasib Golongan Majoriti Di Sisi al-Wahhabiyyah?*

Mungkin ada sebahagian manusia belum mengenali bahaya golongan Wahhabiyyah. Mereka tidak mengetahui betapa radikalnya golongan ini hingga sampai boleh menggugat keamanan sesebuah negara. Mungkin ada dalam kalangan masyarakat disebabkan kejahilan tentang golongan ini, lalu mereka mengambil langkah bertasamuh dan membuka ruang kepada mereka yang akhirnya nanti kerosakan dan kesesatan merebak dalam negara.

Berikut adalah beberapa nukilan daripada para imam al-Wahhabiyyah yang memaparkan kepada kita tentang pegangan sebenar golongan ini terhadap majoriti umat Islam sepanjang zaman iaitu al-Asya^irah dan al-Maturidyyah. Perhatikan betul-betul:

1. Muhammad ibn Solih al-^Uthaimin, seorang tokoh al-Wahhabiyyah yang terkenal dalam karangannya _Majmu^ al-Fatawa_ (jil. 1, hlm. 115 – 117) menyebutkan pertanyaan orang yang bertanya:

هل تقسيم أهل السنة إلى قسمين : مدرسة ابن تيمية وتلاميذه، ومدرسة الأشاعرة والماتردية تقسيم صحيح؟اھ

Maksudnya: _”Adakah pembahagian Ahlis-Sunnah kepada dua  bahagian; iaitu 1. Madrasah Ibn Taimiyyah dan murid-muridnya (termasuk pengikutnya al-Wahhabiyyah), dan 2. Madrasah al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah itu adalah pembahagian yang sahih...?”_

Antara jawapan yang diberikan oleh al-^Uthaimin ialah:

 وهذا المنهجان متغايران تماما

_*" Kedua-dua manhaj tersebut adalah suatu yang sangat berbeza sepenuhnya (100%)."*_

Dia berkata lagi:

"وبهذا المثال يتبين أن منهاجي أهل المدرستين مختلفان متغايران ولا يمكن بعد هذا التغير أن يجتمعا في وصف واحد ، وهو ((أهل السنة)). إذن لا بد أن يختص وصف أهل السنة بأحدهما دون الأخر"

_“Dengan misal tersebut maka jelas bahawa kedua-dua manhaj bagi yang mengikut kedua madrasah tersebut adalah saling berbeza dan berlainan. *Dan tidak mungkin lagi setelah perbezaan ini untuk mereka berhimpun dalam satu sifat iaitu ((Ahlus-Sunnah)).*”_

Seterusnya dia menambah:

"وعلى هذا فتعين أن يكون وصف أهل السنة خاصا بهم لا يشاركهم فيه أهل المدرسة الثانية، لأن الحكم بمشاركتهم إياهم جور ، وجمع بين الضدين. والجور ممتنع شرعا والجمع بين الضدين ممتنع عقلا". اھ

_*"Berdasarkan perkara ini maka jelaslah penyifatan ahlus sunnah adalah khas kepada mereka (Madrasah Ibn Taimiyyah dan murid-muridnya termasuklah juga al-Wahhabiyyah) tidak dikongsi sama dengan pengikut madrasah kedua (Madrasah al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah) kerana hukum berkongsi sama (pada nama Ahlus-Sunnah) dengan mereka adalah kezaliman dan perhimpunan dua perkara yang saling bertentangan"*._ Intaha.

Jelas dari kenyataan ini, al-^Uthaimin menolak al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah seratus peratus tanpa ragu.

2. Bahkan Muhammad ibn Solih al-^Uthaimin juga dalam kitab yang lain iaitu _Liqa’ul-Bab al-Maftuh_ (Dar al-Waton, Riyad, 1414 H, cet. 1,hlm. 42 – 43), apabila ditanya mengenai al-Hafiz al-Imam al-Nawawi (pengarang kitab Syarh Sohih Muslim) dan _Amirul-Mukminin fil- Hadith_ al-Hafiz al-Imam Ibn Hajar al-^Asqalani (pengarang kitab _Fathul-Bari Syarh Sohih al-Bukhari_) adakah mereka berdua daripada kalangan Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah? Lantas dia menjawab:

"فيما يذهبان إليه في الأسماء والصفات ليسا من أهل السنة والجماعة".

Maksudnya: _”Mengenai pegangan al-Nawawi dan Ibn Hajar dalam al-Asma’ was-Sifat (iaitu akidah) mereka berdua bukan dalam kalangan Ahlus-Sunnah wal Jama^ah”._

Apabila Ibn al-^Uthamin ditanya:

"بالاطلاق ليسوا من أهل السنة والجماعة؟"

Maksudnya: _”Adakah dalam apa jua keadaan sekalipun mereka bukan Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah?”_. Lalu dia jawab:

"لا نطلق"

Maksudnya: _” Kita tidak sebut secara mutlak”_

3.  Keterlampauan golongan al-Wahhabiyyah sampai ke tahap mengajar kepada manusia bahawa para ulama adalah kuffar di sisi Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah. Mereka berkata setelah menyebut tentang golongan al-Jahmiyyah yang menafikan nama-nama Allah:

"وتبعهم على ذلك طوائف من المعتزلة والأشاعرة وغيرهم، فلهذا كفّرهم كثيرون من أهل السنة" انتهى بحروفه

Maksudnya: _“Termasuk dalam kelompok mereka (al-Jahmiyyah) atas perkara tersebut beberapa kelompok daripada golongan al- Mu^tazilah, al-Asya’irah dan selain mereka. Oleh Ahli Sunnah Wal Jama^ah  telah mengkafirkan mereka”_. Yang dimaksudkan oleh mereka dengan Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah di sini adalah al-Wahhabiyyah dan golongan al-Mujassimah sebelum mereka.

Ucapan tersebut adalah kalam ^Abdur Rahman ibn Hasan, cucu kepada Muhammad ibn ^Abdil-Wahhab pengasas kepada ajaran al-Wahhabiyyah (Lihat kitabnya yang berjudul _Fathul-Majid_, Bab Menyatakan Orang Yang Mengingkari Sesuatu Daripada Nama-Nama Dan Sifat-Sifat, Maktabah Dar al-Salam, Riyad, cet. 1, 1413 H - 1992 R, hlm. 353)

4. Amat menyedihkan hati, mereka mengajarkan fahaman takfir ini kepada anak-anak mereka dan menjadikannya sebagai silibus sekolah mereka. Di dalam kitab berjudul _al-Tauhid_ yang merupakan silibus rasmi tahap dua untuk kelas pertama karangan al-Fauzan (Kementerian Pendidikan dan Pengajian Mamlakah al-^Arabiyyah al-Sa^udiyyah, 1424 H, hlm 66 – 67) mereka menyebutkan mengenai golongan musyrikin yang terawal:

"فهؤلاء المشركون هم سلف الجهمية والمعتزلة والأشاعرة". اه

Maksudnya: _”Golongan Musyrikun tersebut mereka terdiri daripada golongan al-Jahmiyyah yang terdahulu, al-Mu^tazilah dan al-Asya^irah”_. Intaha.

5. Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah ada menyebut dalam Qasidah al-Nuniyyah dengan tajuk (فصل: في بيان أن المعطل مشرك) iaitu “Fasal: Dalam Menjelaskan Bahawa al-Mu^attil Itu Musyrik”.  Perkara yang mengejutkan ialah maksud al-Mu^attilah di sini sebagaimana yang dijelaskan (disyarahkan) oleh Muhammad Khalil Harras, seorang tokoh Wahhabi terkenal ialah:

"الفلاسفة، والمعتزلة، والأشعرية، والقرامطة، والصوفية"

Maksudnya: _”Mereka adalah golongan Falsafah, al-Mu^tazilah, al-Asy^ariyyah, al-Quramitoh (salah satu mazhab pendokong Syiah) dan golongan Sufiyyah”._ Intaha.

Dia telah meletakkan al-Asya^irah sebaris dengan al-Quramitoh, golongan sesat yang mayshur!!

Bahkan Ibnul-Qayyim telah menyebut di dalam Qasidah al-Nuniyyah:

لكن أخو التعطيل شر من اخي ###  الإشراك بالمعقول والبرهان

Maksudnya: _”Tetapi golongan ta^til itu lebih jahat daripada golongan musyrik secara dalil akal dan nas”._ Intaha.

6. Dalam mukadimah buku yang berjudul _Takfirul-Asya^irah_ karangan Khalid ibn ^Ali al-Mardi al-Ghamidi, penulis mengatakan:

"فهذا كتاب في تكفير الأشاعرة الجهمية وبيان قول أهل العلم فيهم وتحقيق إجماع السلف على كفرهم والرد على من زعم خلاف ذلك"

Maksudnya: _”Kitab ini membicarakan pengkafiran terhadap al-Asya^irah al-Jahmiyyah dan menjelaskan pendapat ahli ilmu mengenai mereka dan menjelaskan ijmak salaf (pada sangkaan mereka) ke atas kekufuran mereka dan menolak orang yang menganggap sebaliknya”._ Intaha.

Katanya lagi:

وأدعو من يخالف في المسألة إلى التبصر في الأدلة والاقتداء بمنهج السلف في تكفيرهم

Maksudnya: _”Aku menyeru kepada orang tidak bersetuju pada masalah ini supaya melihat dalil-dalil dan supaya mengikut manhaj salaf (yang sebenarnya manhaj Wahhabi) dalam mengkafirkan mereka”_  Intaha.

7. Solih ibn Fauzan ibn ^Abdillah al-Fauzan, juga antara tokoh al-Wahhabiyyah yang terkenal dalam kitabnya yang berjudul _Min Masyahiril-Mujaddidin fil-Islam_ (al-Ri’asatul-^Ammah li-Idaratil-Buhuth al-^Ilmiyyah wal-Ifta’ wad-Da^wah wal-Irsyad al-Sa^udiyyah, 1408 H, hlm. 32) menyebutkan:

"والأشاعرة والماتريدية خالفوا الصحابة والتابعين والأئمة الأربعة في كثير من المسائل الاعتقادية وأصول الدين فلم يستحقوا أن يلقبوا بأهل السنة والجماعة". اهـ

Maksudnya: _“Al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah adalah golongan yang bertentangan dengan para Sahabat, Tabi^in dan empat imam mazhab di dalam banyak isu aqidah dan Usulud-Din, maka mereka tidak layak digelarkan sebagai Ahlus-Sunnah wal Jama^ah”._

Ini bermakna jawatankuasa fatwa mereka sememangnya mencela ulama umat Islam sejagat.

Lebih parah lagi pengkafiran Solih al-Fauzan terhadap Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah al-Asya^irah wal-Maturidiyyah tercatat dalam muqaddimah kitab yang berjudul _Kitab al-Tauhid_  karangan Ibn Khuzaimah (Maktabah al-Rusyd, Riyad, jil. 1), dia menyebutkan:

"الأشاعرة والماتريدية تلاميذ الجهمية والمعتزلة وأفراخ المعطلة". اهـ

Maksudnya: _”Al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah adalah murid-murid golongan al-Jahmiyyah, al-Mu^tazilah dan anak-anak kepada golongan Mu^attilah”._ Intaha.

8. Syamsus-Salafi al-Afghani juga seorang tokoh al-Wahhabiyyah dalam kitabnya _al-Maturidiyyah wa Mauqifuhum Min Tauhid al-Asma’ was-Sifat_ (Maktabah al-Sodiq al-To’if, 1419 H - 1998 R, cet. 2, jil. 1, hlm. 10) menyebutkan:

"زدت كلمة العداء لبيان أن الماتريدية ليسوا من الطائفة السنية".اهـ

Maksdunya: _“Aku menambah kalimah “permusuhan” bagi menjelaskan bahawa al-Maturidiyyah bukan daripada kelompok Ahlis-Sunnah wal Jama^ah”._ Intaha.

Di tempat lain (hlm. 11) penulis berkata:

وقد حقق أن الماتريدية ليست سنية بل جهمية وأنهم خالفوا عقيدة الإمام أبي حنيفة السنية.

Maksudnya: _”Dia telah membuktikan bahawa al-Matudiyyah bukan Ahlis-Sunnah bahkan golongan al-Jahmiyyah dan sesungguhnya mereka telah terpesong dari aqidah Ahlis-Sunnah yang dipegang oleh al-Imam Abu Hanifah”._ Intaha.

9. Dr Safar ibn ^Abd al-Rahman al-Hawali (seorang  tokoh Wahhabi) pensyarah bidang Dakwah dan Usulud-Din, Universiti Muhammad ibn Sa^ud berkata dalam kitabnya _Manhaj al-Asya^irah fil-^Aqidah_ (Dar al-Salafiyyah, 1407 H - 1987 R, hlm. 5) dengan katanya:

اذ هي أكبر فرق المرجئة الغلاة

Maksudnya: _“Lantaran itu al-Asya^irah adalah kumpulan paling terbesar dalam golongan al-Murji’ah yang melampau”._ Intaha.

Selepas membawa pentakrifan Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah menurut dakwaanya, lalu dia berkata (hlm. 16):

وهذا المعنى لا يدخل فيه الأشاعرة بل هم خارجون عنه

Maksudnya: _”Pentakrifan (Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah) ini tidak termasuk golongan al-Asya^irah buat selama-lamanya bahkan mereka terkeluar dari takrif tersebut”._ Intaha.

Penulis ini juga mencela ulama al-Asy^ariyyah termasuklah al-Hafiz Ibn Hajar dan al-Hafiz al-Nawawi berhubung akidah mereka dengan katanya (hlm. 29):

وهذا المنهج إذا طبقناه على الحافظ وعلى النووي وأمثالهما لم يصح اعتبارهم أشاعرة وإنما يقال وافقوا الأشاعرة في أشياء ، مع ضرورة بيان هذه الأشياء واستدراكها عليهم حتى يمكن الاستفادة من كتبهم بلا توجس في موضوعات العقيدة. اھ

Maksudnya: _”Manhaj ini jika kita mempraktikkannya ke atas al-Hafiz Ibn Hajar dan al-Nawawi dan selain mereka berdua maka tidak sahih mengira mereka sebagai Asya^irah tetapi dikatakan bahawa mereka bersetuju dengan al-Asya^irah dalam banyak perkara di samping perlu menjelaskan perkara-perkara ini dengan melakukan penolakan terhadap mereka sehingga membolehkan kita mengambil faedah daripada kitab-kitab mereka tanpa perlu terlibat dengan perbincangan akidah (tidak perlu mengambil akidah mereka)”._ Intaha.

Berdasarkan kenyataan ini pengarang ini menganggap kedua-dua ulama yang bertaraf _al-hafiz_ tersebut sebagai sesat di dalam akidah.

10. Salah seorang daripada masyayikh golongan al-Wahhabiyyah iaitu Jasir al-Hijazi dalam suatu rakaman menyebutkan:

"صلاح الدين الأيوبي كان أشعريًّا في الاعتقاد وهو ضال"

Maksudnya: _“ Solahud-Din adalah seorang Asy^ari (menurutnya awam Asya^irah) dalam keyakinan dan dia seorang yang sesat”_. Intaha.

Berdasarkan kalam Jasir al-Hijazi ini bahawa al-Sultan al-Mujahid Solahud-Din al-Ayyubi  (w. 589 H) yang terkenal sebagai pahlawan Islam, mempertahankan akidah, menjaga kesejahteraan negara umat Islam dan menentang orang-orang yang zalim ini  di sisi golongan al-Wahhbiyyah adalah termasuk golongan yang menyeleweng dan sesat hanya kerana baginda berkeyakinan dengan manhaj al-Asy^ariyyah.

Al-Hafiz Jalalud-Din al-Suyuti (w. 911 H) berkata dalam kitabnya _al-Wasa’il ila Ma^rifatil-Awa’il_ (hlm. 15) menyebut tentang Sultan Solahud-Din al-Ayyubi:

فلما ولي صلاح الدين بن أيوب أمر المؤذنين في وقت التسبيح أن يعلنوا العقيدة الأشعرية، فوظف المؤذنين على ذكرها كل ليلة الى وقتنا هذا

Maksudnya: _”Ketika Sultan Solahud-Din memegang tampuk pemerintahan, baginda memerintahkan para muazzin mengumandangkan akidah al-Asy^ariyyah (rumusan akidah yang dilakukan oleh al-Imam Abul-Hasan al-Asy^ari) pada waktu tasbih (waktu sebelum masuk waktu subuh). Lalu para muazzin berterusan menyebut akidah tersebut pada setiap malam hingga ke waktu kita ini”_. Iaitu hingga ke waktu al-Imam al-Suyuti yang wafat pada tahun 911 H.

Jasir al-Hijazi berkata lagi:

لو قلتَ ابن الحجر والنووي كانا ضالين في مسالة الصفات لا بأس لأنه من باب الوصف ومن باب ذكر الحقيقة

Maksudnya: _“Jika kamu mengatakan bahawa Ibn Hajar (al-^Asqalani) dan al-Nawawi adalah sesat dalam masalah sifat-sifat Allah maka tidak mengapa kerana itu termasuk bab menyifatkan mereka dan bab pada menyebut perkara sebenar”_ Intaha.

[Perkara ini dimuatkan di laman sesawang  YouTube ini: “Hear Wahhabis Declare Salahuddin & Nawawiy as KAFIR ?!”, dicapai 18 Oktober 2016, https://www.youtube.com/watch?v=ADfKKq4XAlU]

11. ^Abdur-Rahman al-Hiji berkata dalam satu rakaman suaranya:

الأشعرية طائفة ضالة منافقة مموهة يتظاهرون بالرد على المعتزلة وهم أخبثهم في الباطن

Maksudnya: _”Golongan al-Asy^ariyyah adalah suatu puak yang sesat, munafiq, menipu daya yang menzahirkan penolakan ke atas golongan Muktazilah padahal mereka adalah golongan Muktazilah yang lebih keji pada batinnya”._

Katanya lagi:

الأوائل على تكفيرهم بأسباب كثيرة. السبب الأول أنه لا فرق بينه وبين الجهمية في الحقيقة

Maksudnya: _”Ulama terdahulu (kononnya) mengkafirkan mereka (al-Asya^irah) dengan banyak sebab. Sebab pertama ialah bahawa tidak ada beza antaranya dengan golongan al-Jahmiyyah pada hakikatnya”_ Intaha.

[Perkara ini dimuatkan di laman sesawang  youtube, “تكفير الأشاعرة”, dicapai 18 Oktober 2016, https://www.youtube.com/watch?v=oLx8AYUE-R4].

12. Abu Bakar al-Sudani salah seorang tokoh al-Wahhabiyyah menyatakan umat Islam dalam kalangan al-Asya^irah itu sesat.

[Perkara ini dimuatkan di laman sesawang  YouTube, Abu Bakar as-Sudani, “أقوى تعليق على مؤتمر الشيشان والمجرمين الذين شاركو فيه ”, dicapai 18 Oktober 2016, https://www.youtube.com/watch?v=ECBTDopHAu0].

13. Rasul Dahri antara tokoh al-Wahhabiyyah di Malaysia menyebutkan di dalam bukunya yang berjudul _Bid’ah Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah_ (hlm. 150):

_”Termasuk dalam kategori ini (bid^ah iktikad) sebagaimana yang disepakati ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salafus-Soleh ialah: Syiah, Khawarij, Jahmiyyah, Murjiah, Muktazilah, *Asy’ariyyah* dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka adalah golongan yang bidaah akidahnya, yang mana di akhirat kelak akan *dikekalkan di dalam neraka*”_ Intaha.

Perkataannya mengenai golongan Asy^ariyyah iaitu katanya: *”..dikekalkan di dalam neraka”*, maka ini menunjukkan pengkafiran yang jelas dan nyata kerana umat Islam walaupun ada dalam kalangan mereka itu melakukan dosa-dosa besar dan meninggal sebelum sempat bertaubat, jika Allah ta^ala tidak menginginkannya diampunkan nescaya dia dimasukkan ke dalam neraka namun dia seterusnya akan dimasukkan ke dalam syurga buat selama-lamanya. Dia tidak akan kekal selama-lama di dalam neraka kerana masih memiliki asal keimanan.


*Kesimpulan*

Ini adalah dalil yang sangat nyata bahawa golongan al-Wahhabiyyah menghukumkan sesat kepada ulama Islam dalam kalangan al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah semenjak 200 tahun lagi. Dakwaan mereka bahawa Ahlus-Sunnah wal-Jamaah mengkafirkan al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah adalah suatu pendustaan dan kebohongan yang amat terang benderang. Padahal, kebanyakan ulama yang jumlah mereka bagaikan bintang-bintang di langit merangkumi ulama tauhid, ulama hadith, ulama fiqh, ulama tafsir, ulama tajwid, ulama bahasa Arab, ulama tasawwuf dan lain-lain lagi itu kesemuanya adalah daripada kalangan al-Asya^irah atau al-Maturidiyyah.

Setelah penjelasan ini bagaimana mungkin golongan al-Wahhabiyyah pada hari ini yang hanya minoriti sahaja berani menyesatkan, bahkan mengkafirkan umat Islam dalam kalangan al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah yang merupakan majoriti di sepanjang zaman (ratusan juta umat Islam mengikut al-Asya^irah dan al-Maturidiyyah)??!

Rasulullah ﷺ bersabda:

إن الله لا يجمع أمتي على ضلالة

Mafhumnya: _“Sesungguhnya Allah taala tidak menghimpunkan umatku atas kesesatan”_ (Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, Ibn Majah dan selain mereka berdua).

Di sisi Ibn Majah ada tambahan:

فإذا رأيتم اختلافًا فعليكم بالسواد الأعظم

Mafhumnya: _“Jika kamu melihat ada perselisihan hendaklah kamu berpegang dengan majoriti umat”._

Hadith ini dikuatkan dan disokong dengan hadith yang _mauquf_ kepada Abu Mas^ud al-Badri:

وعليكم بالجماعة فإن الله لا يجمع هذه الأمة على ضلالة

Mafhumnya: _”Hendaklah kamu berpegang dengan jamaah (majoriti umat) sesungguhnya Allah taala tidak mengimpunkan umat ini atas kesesatan”._  Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:

وإسناده حسن

Maksudnya: _”Sanad periwayatannya hasan”._


✒Disediakan oleh:
Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)