TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Ahad, 31 Mac 2013

Makam Tok Putih, Pulau Besar, Melaka

Assalamu'alaikum,

Masih pada 26-27 Januari 2013, walaupun dah banyak kali ke Pulau Besar, hamba tak banyak kali singgah ke Makam Tok Putih. Kali ini mungkin apabila anak lelaki sulong bersama, kami ziarah ke Makam Tok Putih. Hamba suruh anak hamba baca Yasin di Makam ini dan hamba dengan 'kerja hamba'. Banyak pendapat tentang Tok Putih sama ada sebagai Wali Allah, ulamak, ahli persilatan dan sebagainya. Hamba tak ambil pusing hal-hal sebegitu. Makam Tok Putih tak jauh dari Muzium Pulau Besar. Kalau anda berjalan kaki dari jeti Pulau Besar, anda akan berjumpa Makam Tok Putih dahulu sebelum sampai ke kawasan pemakaman Sultan Arifin. Dulunya Makam ini penuh dengan colok-colok, orang letak tabung untuk kutip derma dan sebagainya. Alhamdulillah, penguatkusaan yang berterusan daripada Jabatan Agama Islam Melaka membolehkan Makam ini 'bersih daripada aktiviti-aktiviti pelik' yang membawa ke arah khurafat dan syirik. Al-Fatihah untuk Tok Putih.






Selasa, 26 Mac 2013

Tanjung Hantu, Pulau Besar, Melaka

Assalamu'alaikum,

Pada bulan 26-27 Januari 2013, hamba ke Pulau Besar Melaka sekali lagi. Kali ini penting kerana menunaikan salah satu nazar hamba. Bukan apapun, setelah tertunai hajat di hati, cuma niat nak buat kenduri sikit-sikit di Pulau Besar. Hamba keluarkan sedikit wang, pihak Surau Pulau Besar Melaka yang uruskan segalanya. Hamba tak bawa kamera pun, jadi ambil gambar menggunakan telefon hamba. Kali ini anak lelaki sulong hamba, anak kedua nak turut serta. Bawalah, orang tua-tua kata, 'buat semangat'.


Jadual feri dan tambang ke Pulau Besar Melaka dari Anjung Batu

Kawasan ini dinaiki air sewaktu air laut pasang. Jadi masa yang betul adalah penting jika berhajat meninjau Tanjung Hantu.

Sabtu, 26 Januari 2013, memandangkan kami sampai masih awal, takkan nak lepak-lepak kat surau sahaja. Hamba pun dah lama tak masuk hutan. Masuk hutan ada keseronokannya tersendiri. Kalau malam memang boleh dengar macam2, he3...Hamba ambil keputusan untuk ke Tanjung Hantu di sebelah belakang Pulau Besar. Dengan bekalan sebotol air, hamba dan anak lelaki hamba berjalan kaki dan memanjat bukit untuk ke Tanjung Hantu.  Walaupun dah banyak kali ke Pulau Besar, hamba belum pernah dan belum tergerak nak ke Tanjung Hantu. Memandangkan gerak dan isyarat yang kuat dah ada, maka hamba pun ke sana dengan anak lelaki hamba. Rezeki anak agaknya, siapa tahu???


Resort terbiar dari puncak Tanjung Hantu.

 
Ini merupakan kawasan permatang, puncak bukit Tanjung Hantu. Mengapa dinamakan Tanjung Hantu? Orang Melayu terkenal dengan kebijaksanaan mereka dan kemisterian mereka dalam menamakan sesuatu!!! Tanjung Hantu sebenarnya merupakan sebuah Pulau, salah sebuah pulau yang mengelilingi Pulau Besar. Hamba terasa damai sekali ketika berada di Tanjung Hantu. Kalau boleh nak duduk lama-lama kat puncak bukit Tanjung Hantu ni dan tinjau kawasan sekeliling....Tapi apakan daya, masa dan keadaan belum mengizinkan.......Apa ada di Tanjung Hantu sehingga dinamakan sedemikian rupa? Biarlah yang misteri kekal misteri.................


Salah satu lopak  air semasa dalam perjalanan menuju Tanjung Hantu

Kami dah meninggalkan Tanjung Hantu selepas berehat di situ buat bebrapa ketika

Tanjung Hantu dari pantai sebelah Utara Pulau Besar

Kami berjalan merentas hutan dan belukar meninggalkan Tanjung Hantu sebelum masuk semula ke dalam Padang Golf yang terbiar dan meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Kawasan Makam Sultan Arifin. Anak lelaki hamba kata 'suka berjalan dengan Abah, adventurous....'  Macam dalam filem Indiana Jones pulak...he3....

Jumaat, 22 Mac 2013

Makam Tok Janggut, Pulau Besar, Melaka

Assalamu'alaikum,

Masih pada 26-27 Januari 2013, walaupun dah banyak kali ke Pulau Besar, hamba tak banyak kali singgah ke Makam Tok Janggut. Kali ini kami ziarah ke Makam Tok Janggut. Makam Tok Janggut terletak berdekatan dengan Makam Tok Putih. Banyak pendapat tentang Tok Janggut  sama ada sebagai Wali Allah, ulamak, ahli persilatan dan sebagainya. Hamba tak ambil pusing hal-hal sebegitu. Pendapat yang kuat mengaitkan beliau sebagai ahli persilatan yang datang bersama Panglima Lidah Hitam dan mengembangkan ilmu persilatan di Pulau Besar ini. Kalau anda berjalan kaki dari jeti Pulau Besar, anda akan berjumpa Makam Tok Janggut dahulu sebelum sampai ke kawasan pemakaman Sultan Arifin. Sepertimana Makam Tok Putih, dulunya Makam ini penuh dengan colok-colok, orang letak tabung untuk kutip derma, botong berisi air dan sebagainya. Alhamdulillah, penguatkusaan yang berterusan daripada Jabatan Agama Islam Melaka membolehkan Makam ini 'bersih daripada aktiviti-aktiviti pelik' yang membawa ke arah khurafat dan syirik. Al-Fatihah untuk Tok Janggut.  










Ahad, 10 Mac 2013

Masjid Kariah Kampung Parit Istana, Tanjung Ipoh, NSDK

Assalamu'alaikum,

Sebelum singgah di Tapak Batu Hidup, kami singgah di sebuah Masjid lama, Masjid Kariah Kampung Parit Istana di Tanjung Ipoh, Kuala Pilah NSDK.  Hamba mengambil kesempatan untuk Solat Syukur di Masjid ini. Banyak kali hamba lalu sekitar Kuala Pilah dan nak singgah bersolat di Masjid ini tetapi Masjid ini berkunci. Masjid ini ada kenangan tersendiri untuk isteri hamba dan hamba dikira 'perlu' untuk singgah atas suatu sebab yang khusus. Untuk sampai ke masjid ini, anda perlu ambil jalan lama ke Seri Menanti, maksudnya bukan dari pusat bandar Kuala Pilah, yakni semasa dari Ulu Bendul menuju ke Kuala PIlah, ada simpang kanan ke Seri Menanti, maka ambil simpang ini. Kena tanya orang kampung mana Kampung Parit Istana.  Wassalam.






Jeti Kuah - Pulang ke Tanah Besar

Assalamu'alaikum,

Satu artikel yang tertinggal semasa ke Langkawi Disember 2012 adalah gambar di Jeti Kuah di Langkawi. Banyak kedai yang ada, masih murah berbanding tanah besar tetapi lebih mahal berbanding tempat lain di Langkawi.  Wassalam.






Tapak Megalitik - Batu Hidup di Kuala Pilah

Assalamu'alaikum,

Selepas melawat Istana Lama Seri Menanti, kami pun nak pulang ke BBBangi. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan Tapak Megalitik di bawah seliaan Jabatan Muzium dan Antikuiti. Ini merupakan salah satu tapak megalitik, yakni Batu Hidup di Negeri Sembilan. Kuala Pilah banyak tempat begini, iaitu tapak Batu Hidup. Ia merupakan sebuah kawasan perkuburan lama, tetapi yang menjadi misterinya adalah batu nisan ni perkuburan ini  membesar (sebahagian batu nisan, bukan semua), sebab itu dipanggil batu hidup. Hamba ambil kesempatan untuk turun dari kereta dan mengambil sedikit gambar. Misteri Batu Hidup masih cuba dijelaskan oleh saintis sehingga hari ini tetapi belum ada jawapan konkrit menurut sains.












Pemandangan di kampung memang mempesonakan

Makam Almarhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman di Seri Menanti, Kuala Pilah NSDK

Assalamu'alaikum,

Sebelum ke Istana Lama Seri Menanti, kami singgah bersolat di Masjid Seri Menanti. Tidak jauh dari Masjid adalah kawasan pemakaman Diraja. Selepas bersolat, hamba ziarah sekejap Makam  Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Beliau merupakan Yam Tuan Besar sebelum Tuanku Mukhriz, mantan Canselor UKM. Hamba pernah menerima skrol ijazah sarjana daripada almarhum dalam salah satu Majlis Konvokesyen UKM tahun 1990-an.  Walau apa yang kita buat di dunia ini, sifat pengampun Allah Taala amatlah luas. Semoga kita semua meninggal dunia dalam kesudahan yang baik. Wassalam.







Istana Lama Seri Menanti

Assalamu'alaikum,

Pada 23 Disember 2012, hamba sekeluarga ke Istana lama Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.  Sebenarnya bonda hamba yang datang dari kampung dan tinggal di rumah hamba selama dua minggu berhajat nak ke sini, dan hajat ini sudah lama beliau sampaikan. Jadi, pada 23 Disember, hamba pun membawa bonda hamba, selain anak-isteri juga turut serta. Selepas solat dahulu di Masjid Kuala Pilah, kami ke istana lama ini. Malang sedikit, gambar tidak diizinkan untuk diambil di dalam muzium/Istana lama. Jadinya tak adalah gambar dalam Istana lama Seri Menanti ini. Istana ini tidak menggunakan paku dan setinggi 4 tingkat. Ketika kami sampai, ada pameran barang-barang lama milik Yam Tuan Besar sekarang dipamerkan. 

Sepertimana yang ramai maklum, NSDK menggunakan Adat Perpatih yang sedikit berbeza dengan Adat Temenggung yang diamalkan di negeri Melayu yang lain. Adat ini dibawa dari tanah Minangkabau, Sumatera.  Pertabalan Yam Tuan Besar, institusi Kesultanan NSDK juga berbeza dengan negeri lain. Pernah hamba semasa pergi ke sebuah kenduri kahwin di sebuah kampung kira-kira 8-10 tahun dahulu, tetamu tidak 'diizinkan' menyentuh makanan (makan) selagi Undang Luak belum sampai....Ada tempat khas untuk Undang Luak untuk santapannya...he3... Susah bebenor adat-adat macam ini. Ikut syariat agama sudahlah.  Adat-adat yang pelik-pelik, membentuk banyak hirarki dalam masyarakat harus dibuang. Islam itu mudah. Zaman RSAW, tiada protokol untuk rakyat berjumpa Baginda SAW. Kan mudah kalau begitu. Arwah bapa mertua dan ibu mertua hamba asal orang Negeri Sembilan juga. Tetapi beliau dan isterinya tidak mengamalkan Adat Perpatih. Jadi perkahwinan hamba dengan puteri kesayangannya berjalan dengan mudah dan lancar, 'tak banyak birokrasi'. Kami ambil yang wajib dan sunat sahaja dalam perkahwinan.


























Pintu Gerbang Seri Menanti