TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 29 Disember 2011

Ikan Bakar di Kampung Nelayan Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang

Assalamu'alaikum,

Pada 17 Disember 2011 yang lalu, hari Sabtu, hamba ke Pulau Pinang, ada 'seminar' sehingga 20 Disember 2011. Memandangkan kami pun dah lama tak makan ikan bakar di Teluk Tempoyak, jadi petangnya, kami ke Kampung Teluk Tempoyak di Batu Maung, Pulau Pinang. Kampung ini merupakan sebuah kampung Melayu dan perkampungan nelayan, jadi  terdapat jeti nelayan di sini. 

Meja ini sudah 'ditempah'. Memandangkan kami sampai awal dan 'jumlah' kami agak ramai, akhirnya kami dapat makan di meja ini. 

Banyak pengusaha di sini, selain ikan bakar 

Pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

Ini pengusaha ikan bakar yang terkenal....Ingat, hari Isnin tutup... 

Hamba rasa harganya jauh lebih murah berbanding ikan bakar di sekitar Lembah Klang... 

Pelbagai jenis minuman disediakan 

 Kalau datang ramai, ambil  jag sahaja lebih berbaloi berbanding ambil gelas

Memandangkan pelancong luar pun makin ramai yang datang, gerai ini turut dibuka


 Hidangan utama di sini adalah ikan bakar... kerana resepinya yang istimewa...

Hamba pun bukanlah selalu makan di luar...sekali-sekala orang kata.... 

Bila cicah ikah bakaq dengan 'kicap' dan 'asam ni'...... 

 Sayur pun ada, walaupun lain taukenya...

Sotong pun ada... 

 Kerang....

 Hidangan dah siap, seorang saudara dan keluargaya belum sampai...

Surau tidak jauh dari sini, jadi kalau nak bersolat tak susah....


 Bilik air pun tak jauh mana

Ikan yang dibakar dibelah dua, dan ditengahnya diletakkan 'sambal'  sebelum dibakar di atas daun pisang


Ada kerja-kerja pembinaan tidak jauh dari kawasan ikan bakar ini... 

 Ini jeti nelayan...pengalaman terbaik hamba dulu-dulu, dah sampai sini, ikan dah habis. Jadi pengusahanya telefon nelayan di laut, kemudian ikan sampai dalam peti lagi, dok melompat-lompat lagi...

 Kelihatan jambatan kedua menghubungi Pulau Pinang sedang dibina ...


 Ni kawasan parkir...taklah besaq mana. kalau malam Sabtu dan malam Ahad, memang penuh dan sesak terutamanya kalau minggu dapat gaji...


Kelazatan  ikan bakar bergantung kepada kesegaran ikannya....resepi dan cara bakar perkara kedua...  

 Memandangan ini perkampungan nelayan, maka kesegaran ikannya tidak menjadi soal...

dah hampir selesai.....Alhamdulillah

Kami sampai ke hotel dalam jam 10 malam. Cerita seterusnya adalah berkaitan mee udang, tunggu!!! 



Khamis, 22 Disember 2011

Secebis Kisah Tentang Sihir

Assalamu'alaikum,

Ketika menonton Semanis Kurma malam ini di TV9 tentang tajuk Bahagia Tanpa Zuriat, ada persoalan tentang kaitan antara saka dan anak, sama ada saka-baka-pusaka-puaka boleh menghalang suami-isteri mendapatkan zuriat keturunan.  Hamba taknak ulas persoalan itu kerana panjang lebar kalau nak ditulis, malah salah seorang guru hamba ada menulis sebuah kitab kecil tentang persoalan saka-baka dan keturunan ini. Insya-Allah, kalau dilapangkan masa lain kali, hamba akan mengulas perkara ini atau memetik cacatan kitab kecil guru hamba ini tentang perkara ini. Hamba tertarik dengan persoalan sihir yang dibangkitkan dan kaitannya dengan zuriat keturunan. Namun hamba taknak bercerita tentang zuriat keturunan tetapi sedikit kisah lalu tentang sihir.

Perkara ini berlaku dah berbelas tahun lamanya, rasanya antara 1998-2000 ketika hamba, isteri dan anak sulung menyewa sebuah rumah di sebuah kampung. Hamba pun baru beberapa tahun bekerja, kewangan belum stabil dan belum mampu membeli sebuah rumah untuk didiami.  Rumah sewa kami ini dibina berkembar dengan sebuah rumah lain, tidaklah besar mana, ada 2 buah bilik tidur, sebuah ruang tamu (untuk makan, solat berjemaah, rehat-rehat), sebuah dapur dan sebuah bilik air. Luasnya dalam 20 kaki X 35 kaki begitu rasanya. Cukuplah kami dengan anak yg masih seorang tinggal. Kalau sanak saudara datang, hamba akan tidur di ruang tamu. Begitulah kisah-kisah awal kehidupan berkeluarga, tidaklah sesenang mana dan tidaklah sesusah mana.

Kami merupakan penyewa pertama  rumah tersebut yang baru siap pada November 1997 dan kami mula menginap pada Disember 1997.  Jiran kami juga merupakan penyewa pertama rumah kembar kami itu dan juga dikurniakan seorang anak yang muda sedikit daripada anak sulung kami.   Alhamdulillah, pada awal-awal  kehidupan berjiran, tiada masalah antara kami dengan keluarga tersebut. Dengan usia yang lebih kurang sama,  dan sama-sama baru memulakan kehidupan berkeluarga, tampaknya lautan kejiranan berjalan dengan tenang.  Apabila anak sulung dah mula membesar, begitu juga dengan anak jiran, biasalah, budak-budak, nak berkawan. Kerap juga anak jiran datang bermain dengan anak hamba sama ada di laman rumah mahupun di dalam rumah. 

Perkara ini berlanjutan untuk beberapa ketika sehinggalah anak itu semakin kurang datang berkunjung kerana hamba difahamkan si ibunya kurang senang dengan kunjungan anaknya ke rumah kami dan bermain dengan anak kami. Hamba pun tak nak fikir jauh-jauh, lebih baik kita berprasangka baik dengan apa saja yang berlaku. Lagipun memang hak ibu-bapanya dalam mengawasi anaknya. Perhubungan hamba dengan si bapa budak ini pun OK, takdak masalah apa-apa. Mereka suami-isteri graduan UPM, orang berpendidikan tinggi. jadi sudah tentu tahu dan faham tentang tanggungjawab berjiran.

Lama kemudian, ada sedikit masalah timbul. Anak jiran ini suka membaling/membuang batu-batu kecil ke dalam rumah sewa hamba.  Tapi, alhamdulillah, kesabaran isteri hamba tidak memanjangkan masalah ini. Lagipun budak-budak, takkan nak dimarah pulak. Jiran wanita inipun suka 'cakap benda hebat2' kuat-kuat, nak beli tanah berhektar-hektarlah dan lain2. Hamba dan isteri biarkan saja, kalau dah memang rezeki mereka, apa kita nak cemburukan. Berprasangka baik dengan cakap kuat2 si jiran wanita, selalu hamba berpesan pada  isteri hamba.  Diringkaskan cerita, suatu masa dan ketika, isteri hamba tidak suka balik ke rumah sewa kami ini.  Kalau keluar ke kedai, balik kampung dan lain-lain, isteri hamba 'terasa meluat dan benci' nak balik rumah. Nak pandang bumbung rumah pun taknak.  Mula-mula hairan juga dengan perubahan tingkahlaku dan kelakuan isteri hamba. Semenjak berkahwin tak pernah macam ni. Orang biasa mungkin fikir si isteri nak ajak pindah rumah, hamba tak fikirkan ke situ pula kerana hamba kenal isteri hamba ini.

Akhirnya, kena minta petunjuk Allah. Takkan nak biarkan si isteri tak suka balik rumah, taknak balik rumah. Atas rahmat Allah, dapat tahu juga angkara siapa. Entah apa yang orang itu marahkan kami, kami pun tak tahu. Entah apa yang orang itu dengkikan kami, kami pun tak tahu. Entah apa yang orang itu cemburukan kami, kami pun tak tahu.  Sebagai mereka yang beramal di jalan tasawuf, kita tidak boleh 'balas balik'. Cuma isteri hamba perasan yang sikap dan tindak-tanduk orang itu dah berbeza berbanding sebelumnya.  Hamba dan isteri pun tak balas apa-apa. Kami cuma mohon pertolongan dan bantuan Allah untuk atasi perkara ini dan 'buat pemantul' untuk rumah kami. Sebelum itu, rumah kena bersihkan dahulu.  Itu saja yang kami lakukan, mengharap pertolongan dan bantuan Allah dan buat perlindungan untuk diri sendiri, isteri dan anak. Tak pula kami selidik siapa bomohnya, di mana tinggalnya, apa jenis sihirnya. Guru hamba yang mulia selalu berpesan jangan ambil tahu hal-hal sebegitu.  Kita mungkin merasakan kita dah OK kalaupun kita tahu, tetapi nasihat guru itu yang lebih utama.

Alhamdulillah, tak lama selepas itu, jiran kami itupun berpindah. Tanpa khabar berita, tahu-tahu rumah mereka dah kosong. Hamba dan isteri tak doakan apa2 pun untuk orang itu, tak mintapun Allah Taala membalas balik perbuatannya itu, cuma mendoakan kami sekeluarga dalam perlindungan Allah. Itulah kehendak Allah, disihirnya isteri hamba agar 'kami sekeluarga' berpindah keluar dari rumah sewa itu, akhirnya mereka yang 'keluar' dari rumah sewa mereka. 

Itulah sedikit kisah tentang sihir untuk tatapan pembaca. Sihir tak mengenal orang berpendidikan tinggi atau tidak, orang kaya ataupun miskin, orang biasa atau orang khusus. Sihir tak mengenal masalah kecil ataupun besar,  pendek atau panjang. Hanya dengan menjadi mukmin yang bertaqwa dan sentiasa mengharap pertolongan dan bantuan Allah mampu menjauhkan kita dari 'kegiatan sihir' dan 'dirosakkan oleh sihir'.  Semoga orang itu bertaubat sebenar-benar taubat atas kerjanya yang mensyirikkan Allah Taala itu dan diberikan rahmat-NYA, dan petunjuk-NYA ke jalan yang lurus.

Wassalam.








  




9 Nasihat Agar Doa Lebih Mudah Makbul


9 Nasihat Agar Doa Lebih Mudah Makbul

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan, kemudian mengatakan, atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Ibadat sunat tampung kekurangan solat fardu


Ibadat sunat tampung kekurangan solat fardu

Oleh Muhammad Abdullah 

KERIUHAN pasar malam dimulai sejak petang lagi mengajak manusia berduyun-duyun melakukan jual beli. Kewujudan pasar malam di pelbagai lokasi sudah menjadi keperluan mustahak bagi penduduk mendapatkan barang keperluan asas juga ruang peniaga kecil tempatan meraih rezeki halal.


Bagaimanapun, apabila pintu senja akan beralih kepada malam, dari suasana cerah bertukar gelap, ada tuntutan yang perlu diberikan perhatian oleh umat Islam. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila kegelapan malam tiba, iaitu waktu petang, tahan anakmu, sesungguhnya syaitan bertebaran pada waktu itu. Apabila malam mula berlalu, maka lepas mereka, tetapi tutup pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah. Sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup, tutup makanan dan minuman serta sebut nama Allah SWT, sekalipun dengan meletakkan sesuatu di atasnya.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Agak malang, bagi yang beranggapan sudah memadai melakukan ibadat fardu sehingga tidak mempedulikan solat sunat lain 
Umat Islam mesti sedar dalam keasyikan keriuhan pasar malam atau di mana saja berada, ada amalan penting perlu dilaksanakan antara ruang Maghrib ke Isyak. Keutamaan menunaikan solat sunat antara Maghrib ke Isyak dijelaskan Hudzaifah dengan katanya yang bermaksud: “Aku solat Maghrib bersama Rasulullah SAW, sesudah beliau berdiri melakukan solat berterusan hinggalah masuk waktu Isyak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Menunaikan solat sunat selepas waktu Maghrib seperti solat sunat awwabin mungkin agak asing bagi sesetengah umat Islam yang dilalaikan dengan urusan dunia. Agak malang, bagi yang beranggapan sudah memadai melakukan ibadat fardu sehingga tidak mempedulikan solat sunat lain.

Antara kelebihan menunaikan solat sunat seperti dijelaskan dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan pertama manusia yang akan diperiksa pada hari akhirat ialah solatnya, berkata Tuhan kepada malaikat pada hal Dia Maha Mengetahui: Periksalah pada solat hamba-Ku sama ada dia menyempurnakannya atau tidak, kalau didapati dia telah menyempurnakan solatnya, maka tuliskanlah dengan sempurna, sebaliknya apabila didapati solat yang dilakukan tidak sempurna maka Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Lihatlah kalau hamba-Ku itu ada melakukan solat sunat? Kalau memang ada solat sunat yang pernah dilakukan maka Allah berfirman lagi, sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian semua amalannya yang lain diterima kerana kesempurnaan solatnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang benar-benar beriman dan yakin dengan balasan serta janji Allah pada hari akhirat sudah pasti menjinakkan hatinya merebahkan dahi tunduk sujud kepada Allah melalui solat fardu dan solat sunat seperti solat sunat dua rakaat sebelum dan sesudah solat fardu, tahajud, hajat, istikharah, taubat, tasbih dan witir. 

Mengikut Ibnu Umar: “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu dua rakaat sebelum Zuhur, dua rakaat sesudah Zuhur, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan dua rakaat sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam kehidupan beragama, dari waktu Maghrib hinggalah Isyak adalah ruang beribadat kepada Allah SWT. Mengkhususkan ruang beribadat bersama ahli keluarga dengan menghidupkan proses menyampaikan ilmu dari ibu bapa kepada anak-anak dan sesama pasangan suami isteri.

Keutamaan menjaga waktu Maghrib perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya menitikberatkan anak pulang sebelum Maghrib dapat menghindarkan mereka dengan fitnah. Anak belasan tahun yang masih perlu bimbingan dan kawalan ibu bapa tidak wajar dibiarkan berkeliaran melepasi waktu Maghrib.

Jika dibiarkan anak masih remaja bebas berkeliaran meskipun sudah melewati Maghrib, akan mendedahkan mereka kepada gejala dan penyakit sosial seperti merempit, meragut, pecah rumah atau penyalahgunaan dadah.

Mendekatkan diri kepada Allah SWT dapat melindungi diri dan ahli keluarga daripada fitnah dan bergelut dengan kemelut sosial. Apabila mendekatkan diri kepada Allah, nescaya perlindungan daripada-Nya mengatasi segala kesulitan dan bencana.

Berzikir tidak terbatas selepas solat Bersama


Persoalan Agama: Berzikir tidak terbatas selepas solatBersama Ustaz Zahazan Mohamed

2011/05/01

KITA sememangnya maklum zikir menjadi sebahagian proses memantapkan diri sebagai seorang Muslim. Persoalannya, apakah yang dinyatakan kitab suci al-Quran mengenai zikir ini.

Ibu Prihatin, Selangor.
FIRMAN Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat ke-35 , maksudnya: “Dan orang lelaki yang menyebut nama Allah SWT banyak-banyak serta orang perempuan yang menyebut nama Allah SWT banyak-banyak, Allah sudah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”
Berdasarkan ayat ini di kalangan ulama, contohnya Mulla 'Ali al-Qari muhaddith menjelaskan bahawa berdasarkan hadis, ibadat yang paling utama dilakukan selepas membaca al-Quran dan mempelajari hadis ialah berzikir.

Hebatnya kedudukan orang yang berzikir ini turut dinyatakan dalam firman Allah SWT menerusi surah al-Baqarah ayat 152 yang bermaksud: “Oleh itu ingatlah kamu kepada-Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang-Ku), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Aku sentiasa bersama hamba-Ku apabila dia mengingati-Ku dan selagi bibirnya menyebut-Ku”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibn Majah.

Dalam sebuah hadis sahih yang lain Nabi saw bersabda yang maksudnya: “Tidaklah berhimpun sesuatu golongan itu untuk mengingati Allah SWT melainkan Allah SWT akan mengelilingi mereka dan rahmat menyelaputi mereka dan ketenangan turun kepada mereka dan disebut-sebut oleh Allah SWT pada setiap yang ada disisi-Nya”. 

Muslim hendaklah menjadikan setiap kesempatan dilalui sebagai zikrullah. Tetapi soalan yang timbul ialah bagaimana boleh berlaku begitu? Al-Imam An-Nawawiy, seorang pakar fiqah bermazhab Syafie yang masyhur memperjelaskan dalam kitab al-Azkar, betapa mudahnya amalan zikir ini untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Beliau berkata, bahawa segala tindak tanduk yang berasaskan kepada keimanan kepada Allah SWT adalah zikir. Jika difahami perkara ini maka bukan saja pertuturanmempunyai nilai zikir, malah tidur, bersembang, ziarah menziarahi juga termasuk dalam zikir .

Penjelasan ini berteraskan kepada hadis dan al-Quran yang menjelaskan perkara berkenaan. Hal ini sekali gus menafikan tanggapan sempit masyarakat bahawa zikir hanya terbatas dalam persekitaran ibadat khusus seperti selepas solat atau pada waktu tertentu.

Al-Imam Al-Ghazali menyebut dalam Al-Ihya’, setiap episod yang dilalui dari pagi hingga malam hendaklah dipastikan menjadi ibadat kepada Allah SWT. Lantaran itu, agenda kehidupan itu mesti bermula dengan hubungan langsung dengan Allah SWT. Alangkah baiknya jika hari itu dimulakan solat tahajud diikuti sunat hajat.

Selesai solat Subuh, Muslim menuju ke tempat kerja dan kerja itu adalah peluang beribadat kepada Allah SWT dengan menepati syarat ditetapkan Islam. Pada waktu pagi, lebih kurang tiga jam selepas matahari terbit, Muslim jangan melepaskan peluang untuk beribadat dengan menunaikan solat duha atau menunaikan keperluan seseorang Muslim yang lain.

Pada hari bekerja pula, waktu ini digunakan untuk bekerja dalam erti kata yang sebenarnya.

Menjelang waktu Zuhur pula, seseorang hamba itu boleh meneruskan pekerjaannya sebaik tamat solat Zuhur. Sekiranya kerja sudah selesai maka dia boleh berehat iaitu tidur untuk membolehkannya Qiamullail. Apabila masuk waktu Asar, tugasnya ialah bersolat seperti biasa kemudian berzikir dan berwirid, seterusnya aktiviti berbentuk kekeluargaan bersama anak dan isteri menerusi aktiviti rekreasi, riadah dan kreativiti.

Waktu antara Maghrib dan Isyak hendaklah diisi dengan sebaiknya, sama ada untuk menghadiri majlis ilmu atau membaca al-Quran atau bertasbih, berzikir dan solat sunat.

Seterusnya selesai solat Isyak, eloklah kiranya diisi dengan program al-Quran seisi keluarga. Antara surah digalakkan untuk dibaca setiap malam adalah surah Al-Waqi’ah.

Sebelum tidur, alangkah baiknya jika dibacakan surah penyelamat dari seksa kubur, iaitu surah al-Mulk. Akhir sekali dikerjakan solat sunat witir sebagai penutup solat pada malam itu

Bisnes Dunia: Kodak tiada niat fail muflis

Salam,
 
Mesej hamba melalui petikan di bawah adalah mudah. Tiada perniagaan yang mampu bertahan selama-lamanya. Jika kita tidak berubah, takut untuk berubah, enggan menerima perubahan, satu hari nanti, perniagaan kita akan ditelan zaman. Begitulah yang terjadi pada Kodak. Gah suatu ketika dahulu, sekarang meniti hari-hari terakhir, sama ada ia berjaya bangun semula atau tinggal sebagai satu sejarah.


Bisnes Dunia: Kodak tiada niat fail muflis

   WARISAN Kodak rentas 13 dekad bidang kamera dan fotografi.


WARISAN Kodak rentas 13 dekad bidang kamera dan fotografi.
Saham ditutup bawah AS$1

WARISANNYA merentasi 13 dekad dan ia bermegah sebagai syarikat Amerika Syarikat (AS) yang banyak memperkenalkan ciptaan pertama di pasaran, tetapi Eastman Kodak, yang lebih sinonim dengan kamera dan fotografi, berkemungkinan kesuntukan pilihan dan waktu.
Kebimbangan terhadap masa depan syarikat itu memuncak Jumaat lalu, selepas ia melantik sebuah firma guaman terkenal dengan kes bankrap, menyebabkan sahamnya jatuh 54 peratus kepada 78 sen sesaham.
Sungguhpun Kodak berkata ia tidak berniat memfailkan muflis, hakikatnya ialah sahamnya ditutup di bawah AS$1, manakala permodalan pasaran mengecut kepada kurang AS$300 juta mencadangkan bahawa pelabur berani mati pun akan hilang keyakinan.

Gambar mula pudar pada September 2003. Jualan filem dijangka terkubur dan Kodak mengurangkan dividen sebanyak 70 peratus, berharap untuk meraih keanjalan ketika ia meningkat perbelanjaan ke atas pencetak dakwat jet dan komersial, peranti imej perubatan dan sistem digital lain. Ia berhenti melabur dalam filem tradisional.

Tahun berikutnya, jutawan Carl Icahn mengakhiri tugasnya yang hanya seketika, tetapi menguntungkan sebagai pemegang saham Kodak, berkata model perniagaan syarikat itu tidak akan berjaya, khususnya sejak ia memerlukan lonjakan sementara sumber pendapatan utama.

Pada Januari 2004, syarikat itu berkata ia akan mengurangkan kos dengan mengurangkan pengeluaran, memberhentikan 15,000 kakitangan untuk tempoh tiga tahun.
Kodak adalah nama ikonik dalam perniagaan AS. Sejarah syarikat itu bermula pada 1881 dengan penubuhan Eastman Dry Plate Company oleh pencipta George Eastman. Menjelang 1885 beliau memperkenalkan filem fotografi telus pertama. Kamera ‘Kodak’ memasuki pasaran pada 1888, dengan slogan, “Anda tekan butang – kami melakukan selebihnya.”

Hampir seabad kemudian – 1981– jualannya mencecah AS$10 bilion. Ia juga adalah peserta awal dalam gerakan kamera digital, dengan Sistem Kamera Digital Profesional pada 1991 yang membolehkan wartawan foto mengambil gambar elektronik dengan kamera dilengkapi pengesan 1.3 megapiksel.

Eksekutif veteran di Hewlett Packard, Antonio Perez, menyertai syarikat itu pada 2003 dan menjadi Ketua Eksekutif dua tahun kemudian. Perez bertanggungjawab dalam peralihan Kodak kepada peranti dan perkhidmatan digital, berharap dapat membantu dalam kemerosotan permintaan terhadap filem.

Tetapi ada yang mengatakan ia sudah terlambat, kerana pengguna sudah selesa dengan kamera digital, yang membolehkan gambar diambil dengan mudah tanpa filem atau perlu mencetaknya.

Hari ini, kebanyakan gambar diambil dengan telefon dan dipertontonkan di Facebook, dan adalah sukar untuk mengingati bila jenama Kodak adalah lebih kuat berbanding laman media sosial. Kebanyakan pengguna iPhone remaja tidak pernah membeli segulung filem seumur hidup mereka! – REUTERS

Hindari sifat tamak, megah miliki harta


Hindari sifat tamak, megah miliki harta

 Oleh Mohd Adid Ab Rahman

2011/10/18

ISLAM tidak menghalang umatnya mencari dan memiliki harta benda yang banyak, malah amat digalakkan demi mencukupi keperluan hidup asalkan halal di sisi agama.

Usaha melengkapi keperluan hidup yang halalsatu kewajiban setiap individu Muslim seperti mana pernah diingatkan oleh Rasulullah yang bermaksud: “Mencari rezeki yang halal adalah wajib sesudah menunaikan yang fardu (seperti solat, puasa, dan lain-lain).” (Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi) 

Pada zaman serba canggih ini masih ada yang enggan bekerja dan lebih suka hidup menganggur serta hanya mengharapkan belas kasihan orang lain. Golongan ini biasanya mencetuskan kekeruhan dalam masyarakat seperti kes penagihan dadah, mencuri dan meragut. Di samping itu terdapat juga manusia yang bekerja namun tidak menitikberatkan sumber rezeki sehingga sanggup menempuh jalan yang jelas diharamkan agama lantaran mementingkan gemerlap kemewahan duniawi. 

Orang seperti ini sebenarnya dihinggapi penyakit hati yang berupa tamak dan paling malang lalai daripada mengingati Allah, pada hal kita sedia maklum Islam telah menetapkan garis panduan yang harus dipatuhi dalam mencari dan mengurus harta benda. Firman Allah SWT: “Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya) dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah Al-Munafiqun, ayat 9)

Tidak dinafikan sesetengah orang memandang harta benda itu sebagai lambang kemewahan dan kemegahan. Pada hal sifat tersebut mampu menjerumuskan kita ke cerun kelalaian (daripada ketaatan kepada Allah) sepanjang hayat. Firman Allah SWT bermaksud: “Bermegah-megahan melalaikan kamu sampai kamu masuk dalam kubur.” (Surah at-Takatsur, ayat 1-2)

Lantaran itu golongan yang tidak berada selalu tersisih daripada masyarakat. Demikianlah sebagaimana yang sering terjadi dalam masyarakat kita.

Anggapan yang salah ini bukan saja perlu diperbetul, tetapi hanya akan mencipta jurang antara orang kaya dengan golongan tidak bernasib baik yang seterusnya mewujudkan perpecahan dan putusnya tali silaturahim. Bukankah persaudaraan dalam Islam itu diajar oleh Nabi Muhammad SAW?

“Seorang Muslim adalah saudara bagi seorang Muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya.

Ketakwaan itu di sini sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang Muslim. Setiap orang Muslim ke atas Muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.”(Hadis Riwayat Muslim)

Seharusnya kekayaan yang dimiliki disalurkan ke jalan yang memberi manfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat mengikut syariat, diiringi dengan keyakinan bahawa sesuatu yang dikeluarkan itu tetap tidak berkurangan bahkan bertambah.

Keinsafan dapat menghindarkan seseorang daripada sifat sombong, tamak dan bakhil. Hal ini selari dengan sabda Rasulullah saw: “Tidak akan dikurangkan harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Skim Tipu Jual Mesin

Assalamu'alaikum,

Malang sekali, orang ramai hari ini masih mudah tertipu dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan setiap bulan.  Tidak ada perniagaan yang mudah, senang dan menjamin keuntungan dengan begitu mudah. Kalau dah ada, sudah ramai orang jadi jutawan, sudah ramai orang keluar dari belenggu kemiskinan. Hamba masih tidak faham, masih ramai orang yang mudah tertipu dengan perkara-perkara begini.  Kuncinya, tiada jalan mudah untuk senang, tiada pelaburan yang menjanjikan keuntungan dengan jalan mudah. Mengapa anda masih tertipu???


Skim tipu jual mesin



Suspek kes penipuan mesin layan diri dibawa masuk ke dalam kereta polis sambil disaksikan oleh sekumpulan mangsa di hadapan sebuah hotel di Petaling Jaya, kelmarin.


KUALA LUMPUR 9 Okt. – Satu skim penipuan perniagaan mesin layan diri (vending machine) yang melibatkan kerugian ratusan juta ringgit berjaya ditumpaskan menerusi penangkapan seorang lelaki di Petaling Jaya dekat sini semalam.

Kegiatan penipuan itu dibongkar hasil maklumat yang diperoleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas kira-kira setahun mengumpul bukti dan maklumat daripada kira-kira 1,600 individu yang menjadi mangsa skim berkenaan.

Dalam serbuan semalam, PPIM dengan kerjasama polis memberkas lelaki yang dipercayai salah seorang dalang utama skim penipuan itu ketika memberi ceramah di sebuah hotel.
Pegawai Kerja PPIM, Mustafa Hamzah berkata, dalam serbuan itu juga 30 mangsa penipuan skim tersebut meminta supaya suspek memulangkan semula wang mereka sehingga berlaku pergaduhan kecil.
“Suspek akhirnya mengaku bahawa beliau bertanggungjawab serta sedang berusaha untuk memulangkan wang yang dituntut mangsa,” dakwanya di sini hari ini.

Mustafa menambah, PPIM kemudiannya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang menghantar anggota untuk menahan suspek bagi siasatan lanjut.

Katanya, mangsa dikatakan ditipu supaya membeli beberapa jenis mesin layan diri Matkiosk (mesin serbaguna), Waterdrop (air) dan ‘kiddie ride’ (alat permainan kanak-kanak).

Menurutnya, modus operandi skim itu adalah dengan menjanjikan keuntungan setiap bulan kepada pelabur yang membeli mesin itu, namun tidak pernah dibayar.

Setiap mesin layan diri itu katanya, dijual dengan harga serendah RM18,000 dengan ada di kalangan pelabur yang membeli beberapa mesin berbeza membabitkan nilai sehingga RM100,000.

Berikutan penangkapan suspek itu juga, Mustafa menyeru orang ramai yang menjadi mangsa kepada penipuan skim perniagaan mesin layan diri itu tampil memberi maklumat kepada pertubuhan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan seorang lelaki ditahan dalam kejadian itu kerana dipercayai terlibat dalam skim penipuan perniagaan

Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun...

sumber : http://berkatayahnda.blogspot.com/2011_09_01_archive.html

Hazdrat Ibnu ‘Abbas r.a.huma berkata bahwa sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda , “Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan.
Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, satu angin akan bertiup dari bawah ‘Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok-pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaran dari yang demikian itu satu bunyian merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian..…..

….. Apabila tiba waktu berbuka puasa pada setiap hari dari bulan Ramadhan, Allah s.w.t. akan membebaskan sejuta (1,000,000) jiwa dari neraka yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka.
Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah s.w.t. akan membebaskan pada hari itu sebanyak mana yang Dia telah bebaskan dari awal bulan sehingga ke akhirnya.

Apabila berlaku Lailatul Qadr, Allah s.w.t. akan memerintahkan Jibrail a.s. supaya turun bersama satu kumpulan malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Dia akan memacak bendera itu di atas Ka’bah. Jibrail a.s. mempunyai seratus sayap. Di antaranya terdapat dua sayap yang tidak dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu dia membuka keduanya pada malam itu sehingga keduanya akan menutup dari timur ke barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s. akan mendorong malaikat-malaikat sehingga mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir. Malaikat-malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. 

Apabila terbit fajar Jibrail a.s. akan menyeru segala malaikat, “Sekarang berangkatlah!” Malaikat-malaikat itu pun akan bertanya, “Wahai Jibrail apakah yang Allah s.w.t. telah lakukan terhadap keperluan-keperluan ornag-orang yang beriman dari ummat Muhammad s.a.w.” Dia akan manjawab, “Allah s.w.t. telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia.” Maka kami pun bertanya, “Siapakah mereka ya Rasulullah?” Baginda bersabda, “lelaki yang berterusan meminum arak, dia yang mendurhakai kedua ibu bapanya, dia yang memutuskan silaturrahim dan musyahin.” Kami telah berkata, “Ya Rasulullah! Siapakah itu musyahin?” Baginda menjawab, “Dia adalah orang yang memutuskan perhubungan keluarga.”

Apabila tiba malam hari raya idil-fitri – malam itu dinamakan (di sisi penduduk langit) Lailatul Jaizah. Pada pagi hari raya itu Allah s.w.t. menghantar para malaikat ke setiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t. kecuali jin dan manusia. Mereka berkata, “Wahai ummmat Muhammad! Keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar.”

Apabila mereka tiba ditempat sembahyang raya, Allah s.w.t. akan berkata kepada para malaikat, “Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya?” Baginda s.a.w. bersabda, “Para malaikat akan berkata, “Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.” Lalu Allah s.w.t. berfirman, “Kerana itu Aku telah menjadikan kamu sebagai saksi. Wahai malaikatKu! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasan kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadhan dan berdirinya mereka (beribadat kepadaKu di dalam Tarawih) ialah keredhaanKu dan keampunanKu.” Allah s.w.t. akan berfirman lagi, “Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah dariKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini di dalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingan duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikanmu. Demi kemuliaanKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadapKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah Aku akan menghinakan kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku juga telah meredhakan kamu.” Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah s.w.t. telah berikan pada ummat ini apabila mereka telah selesai dari puasa di bulan Ramadhan.

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban).

Principles of Success - In the light of Seerah

Muhammad SAW-The Messenger of Allah


It is a well-known fact that the Prophet of Islam (PBUH) was the supremely successful man in the entire human history. But he was not just a hero, as Thomas Carlyle has called him. According to the Qur’an, he was a good example for all mankind. He has shown us the way of achieving supreme success in this world.

By studying the life of the Prophet we can derive those important principles which were followed by the Prophet. In short, the Prophet of Islam was a positive thinker in the full sense of the word. All his activities were result-oriented. He completely refrained from all such steps as may prove counter-productive.


First Principle: To begin from the possible
This principle is well explained in a saying of Aishah. She said: "Whenever the Prophet had to choose between two options, he always opted for the easier choice." (Al-Bukhari)To choose the easiest option means to begin from the possible, and one who begins from the possible will surely reach his goal.

Second Principle: To see advantage in disadvantage
In the early days of Mecca, there were many problems and difficulties. At that time, a guiding verse in the Qur’an was revealed. It said: "With every hardship there is ease, with every hardship there is ease." (94:5-6).This means that if there are some problems, there are also opportunities at the same time. And the way to success is to ignore the problems and avail the opportunities.

Third Principle: To change the place of action
This principle is derived from the Hijrah. Hijrah was not just a migration from Mecca to Medina. It was to find a more suitable place for Islamic work, as history proved later on.

Fourth Principle: To make a friend out of an enemy
The prophet of Islam was repeatedly subjected to practices of antagonism by the unbelievers. At that time the Qur’an enjoined upon him the return of good for evil. And then, as the Qur’an added, "You will see your direst enemy has become your closest friend" (41:34).
It means that a good deed in return of a bad deed has a conquering effect over your enemies. And the life of the Prophet is a historical proof of this principle.


Fifth Principle: To turn minus into plus
After the Battle of Badr, about 70 of the unbelievers were taken as the prisoners of war. They were educated people. The Prophet announced that if any one of them would teach ten Muslim children how to read and write he would be freed. This was the first school in the history of Islam in which all of the students were Muslims, and all of the teachers were from the enemy rank. Here I shall quote a British orientalist who remarked about the Prophet of Islam: He faced adversity with the determination to wring success out of failure.

Sixth Principle: The power of peace is stronger than the power of violence
When Mecca was conquered, all of the Prophet’s direst opponents were brought before him. They were war criminals, in every sense of the word. But the Prophet did not order to kill them. He simply said: "Go, you are free." The result of this kind behavior was miraculous. They immediately accepted Islam.


Seventh Principle: Not to be a dichotomous thinker
In the famous Ghazwa of Muta, Khalid bin Walid decided to withdraw Muslim forces from the battlefield because he discovered that the enemy was unproportionately outnumbered. When they reached Medina, some of the Muslims received them by the word "O Furrar" (O deserters!) The Prophet said "No. They are Kurrar" (men of advancement)."

Those Medinan people were thinking dichotomously, either fighting or retreating. The Prophet said no. There is also a third option, and that is to avoid war and find a time to strengthen yourself. Now history tells us that the Muslims, after three years of preparation, advanced again towards the Roman border and this time they won a resounding victory.

Eighth Principle: To bring the battle in one’s own favorable field
This principle is derived from the Ghazwa of Hudaibiyya. At that time, the unbelievers were determined to engage Muslims in fighting, because obviously they were in an advantageous position. But the Prophet, by accepting their conditions unilaterally, entered into a pact. It was a ten-year peace treaty. Until then, the meeting ground between Muslims and non-Muslims had been on the battlefield. Now the area of conflict became that of ideological debate. Within two years, Islam emerged as victorious because of the simple reason of its ideological superiority.

Ninth Principle: Gradualism instead of radicalism
This principle is well-established by a hadith of Al-Bukhari. Aishah says that the first verses of the Qur’an were related mostly to heaven and hell. And then after a long time when the people’s hearts had softened, the specific commands to desist from adultery and drinking were revealed in the Qur’an.This is a clear proof that for social changes, Islam advocates the evolutionary method, rather than the revolutionary method.

Tenth Principle: To be pragmatic in controversial matters
During the writing of Hudaibiyyah treaty, the Prophet dictated these words: "This is from Muhammad, the Messenger of God." The Qurayshi delegate raised objections over these words. The Prophet promptly changed the word and ordered to write simply Muhammad, son of Abdullah.

These were the principles through which the Prophet of Islam gained that success which has been recognized by historians as the supreme success.
In the end, I would like to repeat those ten principles of success:

1. To begin from the possible
2. To see advantage in disadvantage
3. To change the place of action
4. To make a friend out of an enemy
5. To turn minus into plus
6. The power of peace is stronger than the power of violence
7. Not to be a dichotomous thinker
8. To bring the battle in one’s own favorable field
9. Gradualism instead of radicalism
10. To be pragmatic in controversial matters

Note:Courtesy of OLUWALOSE YOUTH FORUM (the youth wing of Oluwalose Mosque - Aguda)

Sabtu, 10 Disember 2011

Bertemu kembali selepas sebulan menyepi

Assalamu'alaikum para pembaca,

Alhamdulillah, hari ini, 10 Disember 2011, 14 Muharam 1433, selepas lebih sebulan, ringan sedikit kepala hamba, terasa lapang sedikit di dalam dada, berkurang gundah gulana, semakin diuji-NYA kita oleh DIA, maka seharusnya kita semakin dekat dengan DIA, bukan semakin menjauhi-NYA. Yakinlah dengan Kalam-NYA dalam kitab yang mulia, tidak diuji hamba-NYA akan ujian yang tidak mampu ditempuhi kita. Akan hamba sendiri, memang agak besar ujian ini, walaupun pernah menempuhi ujian lain yang lebih besar dari segi hakikatnya, ujian kini memang cukup  besar dan hebat. Itulah Maha Kaya dan Maha Bijaksana Allah Taala yang mengatur ujian-ujian kepada hamba-hamba-NYA.  Banyak benar yang hamba belajar dalam ujian sekarang. Maha Hebat Allah Taala dalam 'membimbing' hamba-NYA agar jangan terus leka dengan dunia, jangan lupa akan amanah-amanah dari-NYA, agar pelayaran sesebuah kapal itu akan menemui destinasinya. Sudah pasti nakhoda itulah tonggaknya kerana pincang nakhoda, maka pincanglah perjalanan kapal tersebut, lambatlah sampai ke tempat yang dituju,  banyaklah pula angin taufan dan ribut datang melanda, yang merencatkan arah tuju kapal tersebut. Walaupun sebenarnya angin taufan dan ribut itu adalah untuk menyedarkan nakhoda akan destinasinya, berhati-hati dalam pelayaran, jangan sampai menempuh lautan api, jangan sampai bertempur dengan garuda, jangan sampai diusik jembalang di lautan, kerana pelayaran menuju destinasi sebenarnya adalah mudah, hanya berada di atas jalan yang lurus, tetap di jalan yang lurus, istiqamah di jalan yang lurus. Walaupun banyak pulau yang indah di kiri dan kanan pelayaran, walaupun banyak harta karun di tengah perjalanan, walaupun banyak tawaran raja di sekitaran agar singgah semalaman, maka niat dan arah tuju harus jelas, agar selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan sempurna.   



Sebulan ini dan sehingga beberapa bulan akan datang merupakan satu tempoh yang amat penting buat hamba dalam berhadapan dengan siri ujian dari-NYA. Dalam ujian-NYA juga, ada siri-siri ujian yang kecil dan ada juga 'peperiksaan akhir' yang besar yang harus ditempuhi dalam satu 'kursus' atau 'pelajaran' atau 'silibus' yang perlu ditempuhi oleh ahli tasawuf dalam berjalan menuju Allah Taala. Sama ada silibus itu berorientasikan peningkatan martabat nafsu, bersandarkan latihan zikrullah, berteraskan penghayatan dan pengamalan tauhid sifat, maka 'kuiz, pop kuiz, ujian pertengahan tahun, peperiksaan akhir, ujian lisan, ujian zahir dan batin, ujian pancaindera'  dan lain-lain jenis ujian, maka ahli tasawuf tidak harus leka akan ujian yang ditempuhi mereka. Contohnya, bagi mereka yang 'bersuluk', ujian Allah bukan di dalam suluk semata2, tetapi juga di luar suluk. Bagaimana melaksanakan mujahadah, muraqabah dan lain2 dapatan di dalam kehidupan 24 jam.  Sememangnya kita tidak tahu, tetapi disisi-NYA, disisi malaikat yang mengawasi kita, ada 'siri-siri ujian' yang disediakan untuk kita. Bukanlah menjadi wali Allah matlamat kita, bukanlah diangkat sebagai kekasih-NYA arah tuju kita, bukanlah kekeramatan yang dicari, bukanlah kehebatan dunia yang dipinta, bukanlah gelaran, kepopularan, sanjungan manusia yang kita kehendaki. Kita hanya mahu menjadi hamba-NYA yang diredhai-NYA. Cukuplah setakat itu matlamat kita, tidak perlu pening-pening kepala dengan macam2 istilah dan haluan, tetapkan dalam hati, kuatkan dalam minda, ikrar pada diri sendiri, kita hanya ingin menjadi hamba-NYA, hanya ingin menjadi hamba-NYA, hanya ingin menjadi hamba-NYA yang diredhai-NYA.

Jadikanlah Saidina Uwaisy al-Qarny r.a.sebagai contoh yang nyata. Tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit. Tidak mahukan sanjungan dunia, hanya mahukan 'perhatian Ilahi'. Tidak perlukan dunia untuk dirinya tetapi 'dunia' memerlukan dirinya untuk terus 'dilimpahi rahmat-NYA'. Jadikanlah sahabat paling rapat kepada Junjungan Nabi SAW, Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. sebagai contoh. Seluruh hartanya dan apa miliknya diserahkannya kepada agama, tidak ada apa yang tinggal pada dirinya, kecuali Allah dan Rasul.



Satu dunia dan isinya ini tiada nilai bagi seorang yang menjadi hamba-NYA yang diredhai-NYA. Kepada mereka yang dalam perjalanan menuju Allah, itulah matlamat kita. Mengapa masih mencari ilmu-ilmu yang tidak membawa kita semakin dekat dengan-NYA? Mengapa masih berhajat pada hikmah-hikmah dalam amalan? Mengapa masih 'berdamping' dengan makluk kita tidak tahu ia membawa kita kepada kesyirikan dan kesesatan yang nyata? Mengapa masih suka dengan amalan-amalan yang 'cepat jadi', 'mujarabnya jelas sekali' sedangkan ia menjauhkan kita dari Ilahi?  Adakah contoh dalam sirah dan sunnah RSAW, habuan dunia seperti wang ringgit boleh ditukarkan dengan 'ilmu yang menjadi', 'amalan yang mujarab', 'kesaktian yang nyata', 'kehebatan yang diakui'? Sedarlah kita, insaflah kita, semua itu menyesatkan kita, tidak langsung membawa kita menjadi hamba-NYA, jauh sekali mendapat keredhaan-NYA.

Tahun baru hijrah baru setengah purnama berlalu. Moga kita terus melipatgandakan amalan-amalan kita, khususnya dalam mendekatkan diri kita dengan Sang Pencipta. Semua yang hamba tulis adalah nasihat pada diri hamba sendiri, lantaran masih banyak maksiat pada diri, masih banyak kejahilan pada diri, masih banyak 'keakuan' pada diri', masih belum menyerahkan 'diri sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi', sedangkan DIA yang bersifat maha mengetahui, sedangkan hamba sendiri  masih ' bersifat nafsu-nafsi', hanya memikirkan diri sendiri.  Moga kita sama-sama berusaha 'menyerahkan sepenuhnya diri kita di dalam takluk-NYA', mencapai hakikat penyerahan yang selalu dilafazkan kekasih-NYA yang Agung, junjungan Nabi SAW tercinta, 'Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan dengan bantuan dari Allah Taala yang Maha Agung'. 



Hakikat penyerahan bukanlah sekadar dilafazkan di mulut, bukan sekadar sedetik penerimaan di dalam hati, tetapi, penyerahan sepenuhnya atas prasangka baik kita dengan Allah A.W.J., sentiasa 24 jam berprasangka baik kita dengan ujian Allah, sama ada baik atau buruk ujian itu untuk kita, maka kita sentiasa berparasangka baik dengan DIA, walau sebesar mana ujian itu, walau seteruk mana kita menghadapi satu-satu ujian itu, kita yakin bahawa semua itu ketentuan DIA, semua itu baik disisi-NYA, baik juga disisi kita pada hakikatnya. Kita menyerahkan sepenuhnya apa yang kita usahakan di dalam kuasa-NYA yang menentukan hasil usaha kita itu, bukan kita yang menentukan hasil kepada sesuatu usaha kita. Kita hanya hamba-NYA, tanggungjawab hamba  adalah buat kerja, ikut perintah 'Tuan' kepada hamba, jangan buat apa yang 'Tuan' larang, buat kerana DIA, lillahi taala. Bukan mengharapkan walau sezarah balasan, bukan berkehendak walau sekecil habuan. Ikhlaskah kita sebagai hamba-NYA kalau masih mengharap sesuatu daripada-NYA? Tidak tahukah DIA apa yang baik untuk kita? Tidak adilkah DIA jika tidak mengganjari apa yang kita kehendaki?

Bukalah dada kita sepenuhnya, sepenuh-penuhnya....Kosongkan dan lapangkan dada kita daripada hajat, kehendak dan habuan dunia, daripada hambatan-hambatan dunia. Kosongkan akal dan minda kita daripada 1001 masalah dunia dan kongkongan-kongkongannya. Duduklah kita pada sisi kita ini hamba-NYA, atau ingin menjadi hamba-NYA.  Setelah lapang dan kosong akal dan dada, maka duduklah pada menerima sepenuhnya apa sahaja yang datang sebagai ketentuan dari-NYA...Sinarilah cahaya zikrullah dari dalam hati ke seluruh jiwa dan raga, ke seluruh anggota dan pancaindera, ke segenap penjuru dalam alam dunia pada diri kita, ke segenap rasa dan rahsia pada diri kita. Kekalkanlah kita dalam sentiasa menyerah diri kita sepenuhnya pada ketentuan-NYA....Moga kita sama-sama berjaya.

Wassalam.



    





Rabu, 9 November 2011

Pengumuman 9 November 2011 / 13 Zulhijjah 1432

Assalamu'alaikum,

Atas sebab tertentu, hamba tidak akan mengemaskini blog ini buat sementara waktu. Insya-Allah, hamba akan mengemaskini blog ini semula apabila hamba telah menyelesaikan suatu perkara. Semoga para pembaca sentiasa berada dalam rahmat Allah taala.

Wassalam.

Rabu, 2 November 2011

Petua Perkahwinan

sumber : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=141918529239595&id=528113294


TIP PERKAHWINAN

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Siapakah Nabi Daniel atau Danial?



Lalu siapa Nabi Daniel ini? Dalam agama Islam, nama Nabi Daniel termasuk jarang terdengar. Hal ini mengingat Nabi Daniel tidak termasuk salah satu dari 25 nabi yang wajib diketahui. Namun demikian, para ahli sejarah mengatakan, beliau adalah seorang Nabi yang pernah hidup dan meninggal di Mesir. Nabi Daniel termasuk di antara keturunan Nabi Daud as.

Imam ats-Tsa’laby sebagaimana dikutip oleh Muhammad bin Iyas Abul Barakat al-Hifny dalam bukunya Bada’iuz Zuhur fi Waqai’ ad-Duhur (hal.192-194) menuturkan, bahwa syahdan dahulu hidup seorang raja Babil yang terkenal jahatnya yang bernama, Bakhtashir. Bakhtashir sendiri termasuk keturunan Yafuts dan Yafuts adalah putra Nabi Nuh as.

Dalam sejarahnya, Bakhtashir seorang raja yang sangat kejam. Tidak ada satupun laki-laki Bani Israil yang hidup melainkan dibunuhnya. Anak-anak dipisahkan dari orang tuanya dan dilatih untuk perang sebagian dipenjara.

Suatu saat Bakhtashir menawan banyak masyarakat, termasuk anak-anak. Di antara yang ditawan itu ada seorang anak-anak bernama Nabi Daniel. Ia ditawan dan dipenjarakan bersama dengan keturunan Nabi Ya’kub dan Nabi Yusuf, as.

Suatu hari Bakhtashir bermimpi dengan mimpi yang sangat mengejutkan dan mengagetkannya. Ia bertanya kepada para dukun dan juru ramal saat itu, akan tetapi semuanya diam, tidak dapat mengartikan mimpinya tadi.

Lalu datanglah seorang laki-laki yang pernah dipenjara bersama Nabi Daniel yang mengabarkan kepada Bakhtashir bahwa di dalam penjara ada seorang pemuda yang pandai menafsirkan mimpi. Dia adalah Nabi Daniel. Di panggilah Nabi Daniel untuk menakbirkan mimpinya itu.

Nabi Daniel dengan sangat jelas mengartikan mimpi Bakhtashir tadi. Bakhtashir pun kagum akan kehebatan Nabi Daniel. Nabi Daniel kemudian dibebaskan dari penjara dan dijadikan konsultan sekaligus guru pribadi Bakhtashir.

Kedekatan antara Bakhtashir dengan Nabi Daniel ini membuat petinggi Majusi geram. Mereka kemudian merencanakan sebuah makar untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lobang besar, kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersamaan dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun, setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lobang tersebut, Bakhtashir mendapatkan Nabi Daniel dalam keadaan sehat tidak kurang sedikitpun.

Ia pun semakin dekat dan sayang kepada Nabi Daniel. Melihat hal itu, orang-orang Majusi kembali menghasut Nabi Daniel dengan hasutan-hasutan yang jauh dari kebenaran. Di antara hasutan ini, dikatakan kepada Bakhtashir bahwa Daniel telah menyebarkan ‘aib yang tidak baik tentang Bakhtashir, yaitu bahwa Raja Bakhashir apabila tidur, selalu buang air kecil di kasur.

Hasutan ini tentu membuat Bakhtashir geram, mengingat ini merupakan cacat dan aib besar untuk seorang raja. Nabi Daniel lalu dipanggil dan diminta tidur bersamanya. Bakhtashir kemudian berkata kepada para pengawal yang bertugas menjaga pintu, bahwa kelak apabila malam tiba ada orang yang keluar kamar untuk pipis, bunuh saja dia, siapapun dia orangnya, sekalipun dia mengaku bernama saya. Para pengawal pun mengiyakannya.
Begitu malam tiba, Nabi Daniel tidak keluar, ia tidak mau buang air kecil pada malam itu. Sampai akhirnya Bakhtashir sendiri yang pertama keluar kamar untuk pipis. Setiba di pintu, para pengawal langsung menangkapnya. Bakhtashir berteriak dan berkata: “jangan bunuh, saya adalah raja kalian, Bakhtashir”.

Namun para pengawal menjawabnya dengan mengatakan: “Dusta, kamu telah berdusta, kamu bukan Bakhtashir raja kami, tapi kamu adalah orang yang mengaku-ngaku sebagai raja kami. Dan siapapun yang keluar malam pertama, maka dia harus dibunuh”. Tanpa panjang kalam, Bakhtashir pun lalu dibunuhnya. Allah menyelamatkan Nabi Daniel dan membinasakan Bakhtashir yang jahat.

Abul Barakat al-Hifny kemudian menuturkan, Nabi Daniel kemudian berangkat menuju kota Iskandariyah, dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan meninggal dan kuburannya pun di sana.

Kuburan Nabi Daniel ini menurut al-Hifny dalam Badai’uz Zuhurnya (hal 194, 195) ditemukan pada masa Khalifah Umar bin Khatab. Saat itu ketika Iskandariyah berhasil dilumpuhkan oleh Amer bin Ash, Amer dan para tentara melihat ada tempat bersembunyi yang dikunci dengan gembok besi. Kemudian mereka membukanya, dan ternyata di dalamnya ada lobang kecil yang ditutup dengan marmer berwarna hijau yang ditutup dengan marmer berwarna hijau lainnya.

Begitu dibuka, ternyata di dalamnya ada jenazah seorang laki-laki dengan kain kafan yang ditenun benang emas, dengan badan yang sangat besar. Kejadian itu dilaporkan kepada Khalifah Umar, dan Umar segera bertanya kepada Ali bin Abi Thalib. Ali kemudian menjawab bahwa jenazah tersebut adalah jenazah Nabi Daniel.

Umar segera memerintahkan Amer bin Ash untuk mengkafani kembali jenazah tadi, dan meminta untuk dikuburkan disebuah tempat yang tidak dapat dijangkau oleh orang-orang. Amer bin Ash lalu membuatkan kuburannya lagi di kota Iskandariyah yang saat ini di atasnya dibangun sebuah mesjid, bernama Masjid Nabi Daniel..,,

Nabi manusia istimewa



Nabi manusia istimewa

MESKIPUN para nabi dari kalangan manusia yang juga makan, minun, menikahi perempuan, berjalan-jalan di pasar-pasar, terdedah kepada gejala-gejala penyakit yang biasa dialami oleh manusia biasa seperti lemah, tua dan juga kematian, tetapi sesungguhnya mereka berbeza dengan pelbagai keistimewaan dan sifat-sifat agung serta mulia. 

Sifat-sifat itu pula merupakan suatu yang amat lazim dan penting bagi mereka. Sifat-sifat mulia tersebut, secara ringkasnya adalah seperti siddiq (jujur), tabligh (menyampaikan), amanah, fathonah (bijaksana), bebas daripada keaiban yang membuatkan manusia lari daripadanya dan ismah (terpelihara daripada melakukan dosa).

Perbincangan tentang sifat-sifat dan keistimewaan penghulu segala rasul, Muhammad SAW adalah untuk membuktikan bahawa walaupun baginda adalah manusia tetapi sekali-kali tidak sama dengan manusia biasa. Kerana kesuntukan ruang, kita hanya akan menyentuhnya dengan ringkas sahaja.

l Rasulullah SAW melihat orang yang di belakangnya seperti melihat orang yang berada di hadapannya.

Diriwayatkan oleh al-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim) daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu dapat melihat Kiblatku di sini? Demi Allah! Rukuk dan sujud kamu tidak sekali-kali terselindung daripada penglihatanku. Sesungguhnya aku melihat kamu dari belakangku.
l Rasulullah SAW melihat dan mendengar apa yang kita tidak dapat lihat dan dengar.

Daripada Abu Zar berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu tidak lihat dan aku mendengar apa yang kamu tidak dengar. Langit merintih dan memang ia mempunyai hak untuk merintih. Tidak ada padanya (langit itu) walau selebar empat jari melainkan ada malaikat meletakkan dahinya sujud kepada Allah. Demi Allah! Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis, kamu tidak akan bersedap-sedap dengan isteri-isteri di atas ranjang dan kamu pasti akan keluar menuju ke jalan-jalan untuk tunduk memohon pertolongan kepada Allah". 

l Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa'ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: "Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali."

l Peluh nabi SAW yang mulia
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, "Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?" Dia menjawab: "Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!" 

l Ketinggian Rasulullah SAW
Diriwayatkan oleh Ibnu Khaithamah di dalam Tarikhnya, Imam Baihaqi dan Ibnu 'Asakir, daripada Aisyah r.ha, beliau berkata:

"Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Baginda SAW kelihatan berperawakan sederhana jika berjalan sendirian. Tiada seseorang yang berjalan bersama Rasulullah SAW (kelihatan) lebih tinggi, melainkan Baginda SAW melebihi ketinggian mereka. 

"Jika ada dua orang lelaki yang tinggi bersamanya, Baginda SAW tetap kelihatan lebih tinggi daripada mereka. Tetapi, jika mereka berpisah darinya, Rasulullah SAW kelihatan berketinggian sederhana." 

l Bayang-bayang Rasulullah SAW
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: "Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan." 

l Terhindar daripada lalat
Al-Qadhi 'Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-'Azafi dalam Maulidnya: "Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda."

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu' dalam al-Khasa'is, dengan lafaz: "Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya."

Beliau menambah: "Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya."

l Darah Rasulullah
Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya'la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: "Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, "Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu."

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?" 

Jawabnya: "Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang." 

Rasulullah SAW bersabda: "Kemungkinan kamu telah meminumnya". Kataku, "Ya!" Rasulullah SAW bersabda: "Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia."

Maka mereka berpendapat kekuatan Abdullah r.a adalah disebabkan dari darah yang diminumnya itu.

l Tidur Rasulullah SAW
Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Sayyidah Aisyah bertanya kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Adakah kamu akan tidur sebelum solat witir? 

Maka jawab Rasulullah SAW: "Wahai Aisyah! Kedua mataku tidur tetapi hatiku tidak tidur".

Kesimpulan yang kita perolehi dalam perbincangan ini, ternyata keistimewaan Nabi Muhammad SAW adalah sangat banyak. 

Tidak dinafikan bahawa sebahagian hadis yang dipetik dalam bab ini diperselisihkan oleh ulama, kerana sebahagian mereka menilai bahawa hadis-hadis mengenainya adalah sahih dan sebahagian ulama yang lain melihat ia tidak sahih. 

Oleh yang demikian, ia termasuk di dalam permasalahan khilafiah. Tetapi jika dinilai secara menyeluruh masih tidak menafikan kesimpulan bahawa Nabi kita dan para nabi adalah manusia-manusia yang istimewa dan bukannya manusia biasa.

Peranan dan Sumbangan Ulama Kedah Silam : Suatu Sorotan





sambungan
Peranan dan Sumbangan Ulama Kedah Silam :
Suatu Sorotan

oleh: Dato' Haji Wan Shamsuddin b. Mohd. Yusof

 Sejak dari awal lagi, melalui 8 buah pusat pentadbiran yang sentiasa berubah-ubah sepanjang 867 tahun di bawah pemerintahan 28 orang sultan, syiar islam terus berkembang dengan meluasnya di Kedah melalui para ulama yang bukan sahaja sebagai pendakwah malah ada diantara mereka bertugas selaku penasihat kepada pemerintah.

Sebagaimana negeri-negeri Melayu lain di nusantara ini, pada peringkat awal kemunculan golongan ulama di Kedah adalah berasal dari luar terutamanya Yaman dan Hejaz di Arab Selatan. Pada abad kesembilan belas ramai diantara mereka yang berasal dari negeri-negeri Melayu lain berhijrah dan tinggal menetap di Kedah. Dari Patani misalnya terdapat ulama Tuan Sheikh Jarum (Tuan Haji Wan Idris bin Wan Jamal) Derga, Tuan Haji Mat Noor Abu Bakar, Langgar, Haji Ismail Che Dol dan Pak Chu Him, Gajah Mati Pendang dan Haji Yaakob Abdul Rahman, Kampung Kemelong, Sik. Ada yang berasal dari Kalimantan dari keturunan ulama besar, Syeikh Muhammad Arshad Al-Banjari seperti Tuan Muhammad Taib Al-Mas'udi Al-Banjari, Titi Gajah dan cucunya Tuan Hussain Kedah, sementara Teuku Badi'ul-Hafiz dan Teuku Arsyad atau Teuku Di Balai (Bale) ulama dari Acheh pula menetap di Yan.

Golongan ulama tempatan rata-ratanya mendapat pendidikan awal di negeri sendiri atau di Kelantan, Terengganu dan Patani sama ada sebelum atau sesudah menuntut di Mekah atau Madinah atau di pusat-pusat pengajian tinggi di India, Pakistan, Iraq dan Mesir. Kemunculan ulama silam sering dikaitkan dengan institusi pengajian dan perkampungan pondok yang diasaskan atau diterokai mereka yang sejarah pertumbuhannya bermula semenjak pertengahan abad ke sembilan belas lagi dan iannya berterusan sehinggalah menjelangnya kemerdekaan negara. Prof. Ishak Mohd. Rejab memberikan sebab-sebab ramainya kelahiran ulama di Kedah yang antara lain menurutnya disebabkan keadaaan penduduknya terdiri daripada para pesawah yang menyumbangkan kepada pendidikan agama di negeri ini dan seterusnya melahirkan cerdik pandai agama daripada anak tempatan. Jadi kesinambungan usia pondok yang diwujudkan oleh para ulama selama beberapa tahun itu terus berkembang subur disebabkan tuan-tuan guru dan murid-muridnya bergantung hidup pada sawah sebagai pesawah atau hidup kerana zakat dan sumbangan dari hasil sawah. (Prof. Ishak M.Rejab, "Peranan Ulama Dalam Masyarakat Di Kedah",1981:hal. 18).

Satu lagi yang tidak kurang pentingnya ialah faktor keamanan dan keselamatan yang lebih terjamin di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan sultan Abdul Halim Shah (1882-1943). Kedua-dua tokoh pemerintah ini adalah perntis kearah pembangunan dan pemodenan Kedah yang merestui pembukaan perkampungan pondok-pondok agama di seluruh negeri. Keamanan dan kestabilan politik setelah kedah bebas dari kekejaman pemerintahan tentera Ligor/Siam (1821-1841) juga mendorong kepada penghijrahan ulama-ulama Patani ke Kedah yang tidak sanggup menderita di bawah pentadbiran Siam seperti yang berlaku kepada keluarga ulama Tuan Haji Ishak Muhammad Hashim, Pulau Pisang (1771-1871) dan Tok Syeikh Jarum, Derga (1849-1911).

Terdapat juga penghijrahan ulama-ulama Kedah ke negeri lain seperti Tuan Haji Shafie Mohd Amin dari Merbok yang muncul sebagai salah seorang ulama besar Terengganu dengan perkampungan pondoknya di Losong (1862-1945). Sementara itu, Haji Shafie atau 'Tok Shafie' dari Telok Bagan pula akhirnya muncul sebagai ahli Sufi Mekah yang terkenal (Muhammad Abu Bakar, Ulama Terengganu, Suatu Sorotan, 1991: hal.33-34).

Mengenai para pelajar yang menuntut di perkampungan pondok di seluruh Kedah pada zaman kegemilangannya di samping mereka yang bermastautin di Kedah, ramai pula yang berasal dari negeri-negeri lain di Malaysia, Indonesia, Selatan Siam dan Kemboja. Berdasarkan buku pendaftaran pelajar yang memasuki pondok Tuan Guru Haji Hussain Haji Salleh (Dato) berhampiran Makam Diraja Langgar, tercatat seramai 182 orang yang menuntut di situ antara tahun 1936-1940.dari jumlah itu terdapat 59 orang anak tempatan Kedah, 24 orang dari Negeri Sembilan, Perak 11, Selangor 7, Pahang 7 Johor 7 dan Melaka 1. Pelajar dari Indonesia pula berjumlah 66 orang.paling ramai dari daerah Jambi iaitu 37 orang, diikuti Kampar 14, Batang Hari 3, Aceh 3, Kota Chanai 3, Alas 2, Rawa 1, Selat Panjang 1, Perigi Raja 1, Sumbawa 1.
Sejarah membuktikan betapa akrabnya hubungan antara pemerintah dan para ulama sejak awal lagi. sultan yang disifatkan sebagai "Zillallahufil-'alam'" atau bayangan Tuhan di dunia ini sering kali memerlukan nasihat dari para ulamanya dalam menangani sesuatu masalah dan urusan-urusan berkaitan dengan pentadbiran negeri. Misalnya pada zaman Sultan Sulaiman Shah (1602-1619) di Kota Siputih, baginda bersetuju dengan nasihat muftinya, Syarif Aznan yang berasal dari Hejaz mengenai cara menghindar serangan dari Aceh. Di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) amalan bermesyuarah itu berterusan.

Muhammad Hassan dalam bukunya menegaskan : "Apakala ada suatu pekerjaan yang besar-besar hendaklah dilaksanakan maka duli baginda bermaufakat dengan Wan Ibrahim dan Wan Ismail dan Syed Abdullah Al-Jafri dan Tuan Haji Muhammad Taib,Mufti dan Tuan Haji Muhammad Salleh,Ulama (Wan Shamsuddin "Sultan dan Ulama Berhubung Akrab", Warta Darul Aman, Januari 1993:hal.9), dan Muhammad Hasan, hal.332).

Ulama silam turut membantu menghasilkan karya-karya yang bersifat keagamaan dan perundangan. Misalnya kitab perundangan terawal, "Hukum Kanun atau Undang-undang Kedah" telah dihasilkan pada zaman Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626-1652) di Kota Naga dan pada zaman Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1662-1688) sewaktu bersemayam di Kota Palas, pada tahun dal, bulan Rabiulawal 1078 Hijrah (1667 Masihi)sebuah lagi kitab perundangan berjudul "Tembera Dato' Seri Paduka Tuan" telah disusun oleh Syeikh Alauddin. Salah sebuah karya Ilmu Tauhid terawal telah dihasilkan di Kota Siputih pada bulan Rabiulawal 1032 Hijrah (Januari 1622) oleh Ahmad Aminuddin Al-Qadhi. Zaman itu juga Kerajaan Aceh telah menghadiahkan kepada Kerajaan Kedah dua buah kitab berjudul "Sirutul-Mustaqim" dan "babun Nikah" karya pujangga dan ulama besar Aceh iatu Syeikh Nuruddin Ali Al-Raniri (hikyat Merung Mahawangsa, Pulau Pinang, 1899:hal 19).

Di bidang penulisan yang mencakupi segala akspek mengenai agama Islam, berkembang subus hingga ke hari ini. Antara ulama silam yang begitu profilik dalam menghasilkan karya termasuklah Tuan Haji Muhammad Al-mas'uid Al-banjari, Titi Gajah (1850-1900),Haji Wan Sulaiman Wan Sidik, Limbong Kapal (1874-1935),Tuan Haji Muhammad Said Muhammad Taib, Yan (1877-1862), Tuan Haji Muhammad Al-Minangkabauwi, Seberang Perak (1874-1961), Tuan Haji Abdullah Muhammad Saad, Setul (1890-1986), Tuan Haji Muhammad Salleh,Pulau Pisang (1894-1945), dan Tuan Haji Muhammad Abas Nisution, Tanjung Pauh (1912-1987).
Ulama silam juga turut berjuang untuk membebaskan Kedah dari belenggu penjajahan tentera Lingur /Siam (1821-1841) dalam mempertahankan kesucian agama Islam. Kemuncak perjuangan itu berlaku dalam tahun 1838-1839 di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad Tunku daud bersama 10 ribu pejuang yang akhirnya Kedah dapat dibebaskan untuk sementara waktu. Turut terlibat dalam peperangan itu ialah Syeikh Abdul Qadir, Mufti Kedah dan saudaranya Syeikh Abdul Samad Al-Falembani (Palembang). Syeikh Abdul Samad gugur syahid di Hadyai, selatan Thailand.

Gerakan rakyat Kedah untuk membebaskan diri dan negara dari penjajahan Inggerish selepas tamatnya Perang Dunia Kedua bermula dengan peristiwa penentengan terhadap Malay Union. Ketika itulah lahirnya Persatuan Ulama Kedah dan Kesatuan Melayu Kedah pimpinan Tuan Haji Hussain Che Dol di samping ulama lain seperti Tuan Syeikh Abdul Halim Usman (Dato'), Tuan Haji Abdul Rahman Haji Abdullah, Merbok (Dato' Murshid DiRaja), Syeikh Salleh Shamsudin, Tuan haji Ismail Haji Said dan lain-lain.

Satu-satunya sudut kehidupan para ulama silam yang sering diperkatakan ialah ada di antara meraka memiliki sifat-sifatluar biasa yang dikaitkan pula dangan unsur kekeramatan. Di Kedah Misalnya, tokoh-tokoh seperti Tuan Haji Hussain Che Dol,Tuan haji Yahya Taha, Kupang dan Tuan Haji Wan Abdul Saman Wan Nik, Pokok Sena dikatakan amat digeruni musuh-musuh Islam terutamanya di waktu kebangkitan dan kemaharajalelaan ahli-ahli Bintang Tiga di Zaman Darurat dahulu (1948-1960).

Sebilangan para ulama silam juga adalah pelopor perancangan luar bandar. Serentak dengan penerokaan perkampungan pondok,mereka juga mengadakan berbagai projek kemudahan masyarakat setempat. Misalnya pembinaan titi atau jambatan oleh ulama Tuan Haji Idris di Kampung Titi Haji Idris dan pembinaan jalan raya terawal dari Pendang ke Sungai Tiang dalam Daerah Pendang oleh ulama Tuan Haji Ahmad Rabat (Rubat), Chegar, Pendang, Kedah (Wan Shamsudin, "Biografi Ulama Kedah Darul Aman, 1996: hal. 11-12)