TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 26 Ogos 2013

Koleksi Tulisan Berkaitan Tasawuf dan Hakikat

Assalamu'alaikum Para Pembaca Yang Dikasihi,


Ini hadiah dari hamba sempena hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos 2013 ini. Hamba sertakan beberapa tulisan hamba mengenai tariqat tasawuf dan ilmu hakikat. Boleh pilih untuk tekan sahaja atau salin URL address. Ada rakan dan kawan yang minta hamba kupas dengan lebih mendalam, tetapi tidak hamba lakukan kerana blog ini adalah media awam, semua orang boleh baca. Nabi SAW sendiri yang bersifat menyampaikan, bijaksana dalam  menghurai dan berdakwah kepada masyarakat, bukan semuanya dilonggokkan begitu sahaja.  Kalau nak lebih mendalam, belajarlah dan bergurulah dengan guru mursyid. Memang baik mengikuti kuliah Subuh, Kuliah Maghrib, ceramah agama dan pelbagai aktiviti agama, tetapi kalau kita benar-benar nak berubah dan berjalan di atas jalan Allah, cari guru mursyid dan berguru. Maksudnya ada silibus, peringkat ilmu dan amal yang perlu dibuat sedikit demi sedikit. Bagi mereka yang dah matang, tiada istilah tariqat tasawuf aku lebih baik dan sebagainya.  Semuanya menuju keredhaan Allah swt. Nak berada di depan Baitullah, masuklah melalui mana-mana pintu Masjidil Haram. Ilmu Allah Taala tiada bertepi, jika kita merasakan jalan, ilmu kita lebih baik berbanding orang lain, maka seperti kita menidakkan keluasan ilmu Allah.  Kenapa perlu bermursyid? Kerana kiasnya, Nabi SAW sendiri, malaikat Jibrail sebagai 'gurunya'. Dalil Al-Quran dan Al-Hadis tentang mengapa perlu berguru banyak. Mohonlah petunjuk Allah dengan sebenar2 permohonan agar anda beroleh berguru dengan guru yang diredhai Allah swt.

Apa yang anda cari
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/12/apa-yang-anda-cari.html

Carilah yang kekal abadi, jangan cari sifat baharu
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/08/carilah-yang-kekal-abadi-jangan-cari.html

Terimalah kebenaran
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/terimalah-kebenaran.html

Tolaklah kebatilan
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/tolaklah-kebatilan.html


Beramal dengan ilmu tasawuf adalah untuk menjiwai dan merasai akan roh agama

http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/02/beramal-dengan-ilmu-tasawuf-adalah.html

Tasawuf dan politik
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/04/tasawuf-dan-politik.html

Tasawuf dan antara natijahnya
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/04/tasawuf-dan-antara-natijahnya.html

Sepadukan dan satukan tasawuf, tauhid dan fiqh
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/10/sepadukan-dan-satukan-tasawuf-tauhid.html

Jangan bimbang dan takut bertemu dengan mereka yang kasyaf
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/03/jangan-bimbang-dan-takut-bertemu-dengan.html

Jangan takut dan bimbang bertemu dengan mereka yang kasyaf - 2
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/04/jangan-takut-dan-bimbang-bertemu-dengan.html

Manusia terhijab dengan apa yang dia tahu dan tidak tahu...
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/03/manusia-terhijab-dengan-apa-yang-dia.html

Semakin Kita Berilmu, Semakin Kita Tidak Berilmu
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/07/semakin-kita-berilmu-semakin-kita-tidak.html

Sebenar-benar diri adalah Muhammad
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/03/sebenar-benar-diri-adalah-muhammad.html

Nasihat untuk diri sendiri
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/04/nasihat-untuk-diri-sendiri.html

Jalan Kebatinan atau Jalan Ketuhanan atau ???
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/03/jalan-kebatinan-atau-jalan-ketuhanan.html

Andaikata ini Ramadhan yang terakhir`
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/andaikata-ini-ramadhan-ku-yang-terakhir.html

Mendidik hawa nafsu di Bulan Ramadhan
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/07/mendidik-hawa-nafsu.html

Mencari ulamak sebenar
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/mencari-ulamak-sebenar_07.html

Sesungguhnya aku masih terlalu jauh
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/05/sesungguhnya-aku-masih-terlalu-jauh.html

Seorang guru...
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/seorang-guru.html

Terima kasih guruku
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/10/terima-kasih-guruku.html

Beberapa petua menziarahi guru mursyid
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/09/beberapa-petua-menziarahi-guru-mursyid.html

Semakin hilangnya adab dalam diri manusia
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2013/01/semakin-hilangnya-adab-pada-diri-manusia.html

Sakit itu satu rahmat
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/09/sakit-itu-satu-rahmat.html

Penyakit, Makhluk dan Menghadapinya
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/04/penyakit-makhluk-halus-dan.html

Cantk seorang isteri
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2010/11/cantik-seorang-isteri.html

Apabila...
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/07/apabila.html

Secebis kisah tentang sihir
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/12/secebis-kisah-tentang-sihir.html

Aku lebih rela...
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/09/aku-lebih-rela.html

Meraikan Aidil Fitri dan Syawal
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/09/meraikan-aidil-fitri-dan-syawal.html

Berubahlah kita sedikit demi sedikit sempena Ramadhan ini
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2013/07/berubahlah-kita-sedikit-demi-sedikit.html

Didiklah Nafsu Makan Anak-Anak
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/08/didiklah-nafsu-makan-anak-anak.html

Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/08/kamu-akan-mengikut-jejak-langkah-umat.html

Mengapa merosakkan diri dan ummah dengan politik
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2013/02/mengapa-merosakkan-diri-dan-ummah.html

Nak undi siapa : Pandangan hamba
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2013/05/nak-undi-siapa-pandangan-hamba.html

Seulas bicara tentan rahsia yang semakin nyata
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2012/10/seulas-bicara-tentang-rahsia-yang.html

Tanah ini, Kepulauan ini, Keris di sini...
http://qulamirulhakim.blogspot.com/2011/05/tanah-inikepulauan-inikeris-di-sini.html


Rabu, 14 Ogos 2013

Shahjalal International Airport, Bangladesh (Dhaka International Airport, Bangladesh)

Assalamu'alaikum,

Ini merupakan artikel terakhir tentang kembara ke Bumi Bangladesh. Puas merantau tempat orang, tempat terbaik masih Malaysia sepertimana kata pepatah Melayu, Hujan Emas Negeri Orang, Hujan Batu Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri...Sebenarnya ada sekurang-kurangnya dua tempat lebih baik berbanding Malaysia iaitu Mekah dan Madinah. Tetapi situasi semasa belum memungkinkan kita menetap di kedua-dua tempat tersebut. Kalau anda tanya hamba, sudah tentu hamba inginkan meninggal dunia di salah satu tempat tersebut. Kalau tidakpun, dapat berada di kedua-dua tempat tersebut dalam beberapa peristiwa mendatang, jika diizinkan Allah Taala. Kedua-dua tanah haram ini akan 'mengeluarkan' orang munafik dari tinggal di dalamnya, rujuk Hadis. Realitinya kedua tanah haram ini telah 'dikomersilkan' oleh kerajaan Wahhabi Arab Saudi, maka jadinya Rukun Islam kelima itu dikomersilkan. Sedangkan kedua tanah haram ini tidak perlu dkomersilkan kerana hasil minyak dan gas di Tanah Arab sudah mencukupi untuk memberikan perkhidmatan penginapan dan  lain-lain kemudahan dengan kos yang minimum, kalau pun tidak percuma. Akibatnya kelak, ibadat haji itu benar-benar untuk orang kaya ataupun orang senang. Maka semakin susahlah umat Islam yang tidak mampu menyewa Hotel 4-5 bintang untuk mengerjakan haji atau umrah. 


 Lebih 2 jam kami beratur, nasib baik sampai awal

 Pendakwah ini dari Jemaah Tabligh,,, Beliau menceritakan pengalamannya masuk ke dalam hutan di Papua New Guinea untuk berdakwah dan mengIslamkan orang asli di sana




 Ahli keluarga yang nak hantar ke dalam kena beli 'tiket'... jadinya taklah sesak sangat dalam kawasan ni








 Boarding room




Antara petua hamba kalau nak balik KLIA dari Dhaka ialah pastikan anda buat web check-in sebelum sampai ke Lapangan Terbang kerana kaunter yag disediakan adalah sedikit, lambat dan ramai orang pula tu. Kalau dah buat web check-in, ada kaunter khas untuk tujuan itu.  Satu lagi, jangan datang lambat macam ke KLIA kerana perkhidmatan di Lapangan Terbang ini tidak secekap KLIA. KLIA memang hebat juga kualiti perkhidmatannya, kalau dibandingkan dengan Lapangan Terbang Heathrow di UK, KLIA jauh lebih pantas dan berkualiti sama ada dari segi check-in, web-check-in, perkhidmatan imegresen dan lain-lain. Kita harus mengakui kekuatan kita kalau ianya benar, jangan asyik cari salah saja. Kalau tak betul, maka nyatakan ketidakbetulannya, jadilah manusia yang berada di atas jalan yang lurus, jalan yang benar. Berpeganglah dengan kebenaran, bukan dengan kepolitikan. Sebahagian manusia 'longlai dengan kebenaran' apabila dipengaruhi  kepolitikan. Mereka tidak dapat menegakkan kebenaran, menyatakan kebenaran, mempertahankan kebenaran kerana kepentingan politik.  Itulah realiti umat Islam akhir zaman...Wassalam.

Ke Dhaka dan Sekitar Dhaka

Assalamu'alaikum,

1 Julai 2013, rombongan hamba dan rakan-rakan kembali ke Dhaka. Perjalanannya memakan masa selama kira-kira 12 jam juga.  Perjalanan ini agak meletihkan apatah lagi kami balik naik van sewa yang tidak sebesar bas ekspress...


 Hamba beli buah amra yang dijual oleh kanak-kanak di sebelah kiri...Biasanya orang luar bimbang beli makanan sebegini, takut sakit perut dan lain-lain. Yang pentingnya pada zahirnya adalah bersih. Yang penting pada batinnya adalah apabila nak makan, jangan lupa baca Bismillah... 





 Seperti ada pilihanraya di kawasan ini, jalan dalam ke Dhaka...






 Banyak kilang buat bata merah ada di sini...Tanahnya sesuai untuk buat bata merah

  

 Dah sampai Dhaka


 Kami singgah beli-belah di Aarong, pusat beli-belah bawah Prof. Muhammad Yunus yang terkenal dengan perniagaan sosialnya, juga penerima Anugerah Nobel...Barang orang kampung dan fakir miskin dihantar dan dijual di bandar dan menolong beribu-ribu keluarga susah. Hamba beli barang kulit kerana original dan murah....Dapatlah sedikit buah tangan untuk Bonda di kampung... 


 Promosi Buffet Ramadhan di Dhaka Regency

 Kami menginap di Dhaka Regency, hotel lima bintang di Dhaka. Hotel ini strategik kerana hanya 5-10 mnit dari Lapangan Terang Dhaka. Penginapan kami diuruskan oleh agen yang mengurus rombongan kami







 Malamnya kami menjamu selera di sebuah rumah warga Bangladesh yang menyambung pengajian PhDnya di UKM...Beliau balik Bangladesh sekejap kerana bulan Ramadhan yang hampir tiba dan sambung penulisannya dari sana...

 Apartmen mewah beliau ditutupi oleh segala besi dan jeriji hinggakan tiada ruang untuk badan menyelusup masuk ke dalam kawasan apartmen ini



Perjalanan hamba ke Bangladesh yang 'diperjalankan' oleh Allah Taala memperlihatkan kehidupan masyarakatnya, perbezaan dua darjat kehidupan dan 1001 masalah dunia.... Sudah pasti kembara ini begitu menginsafkan....


Rajshahi dan Kehidupan Manusianya (Rajshahi and People's Life)

Assalamu'alaikum,

Ini merupakan kisah terakhir di Rajshahi. Gambar-gambar ini hamba ambil pada 29 Jun dan 30 Jun 2013. Pada 1 Julai 2013, kami bertolak ke Dhaka.  Hamba tidak mahu bercerita panjang tentang Rajshahi, gambar itu sendirikan menceritakan 1001 perkara dan makna.  Hamba pernah pusing Pulau Jawa 2 kali, tahun 2003 dan 2006. Hamba pernah ke Pontianak, Kalimantan Barat tahun 1993, pernah ke Palembang tahun 2012. Sebelum itu pernah ke Bengkulu sekitar tahun 2004/2005 rasanya. Gaji pensyarah universiti di Rajshahi sekitar USD$200 iaitu sekitar RM600 di Malaysia. Gaji kerani di Malaysia jauh lebih tinggi berbanding gaji tenaga akademik universiti di Rajshahi. Tidak hairanlah warga Bangladesh menunggu peluang untuk berhijrah ke Malaysia, hatta sebagai pekerja pengeluaran kerana dengan gaji RM900 (gaji minimum sekarang), mereka sudah jauh lebih kaya daripada sebahagian besar warga Bangladesh. Satu yang hamba lihat adalah mereka gigih bekerja dari pagi sampai ke malam. Kalau jam 1000 malam, Bandar Rajshahi ini masih hidup dengan pelbagai urusan kehidupan.  Warga di sini melakukan 1001 kerja, agar dapat mencari terus hidup. Kata orang, kalau anda berjaya hidup di Bangladesh dan India, anda akan berjaya hidup di tempat lain...Wallahu'alam.














Kanak-kanak balik sekolah




Mangga - buah-buahan popular di Rajshahi









Salah satu kuarters pensyarah di dalam universiti



Buah nangka merupakan buah kebangsaan bagi Bangladesh

Bukuh digunakan sebagai 'tiang/tangga' untuk membina bangunan





Kasut-kasut dari Burma








Ada juga  bangunan canggih




Mat Bangla ni suka saja hamba klik gambar mereka




Kedai gunting rambut




Stadium



Stesen minyak



Universiti lain di Rajshahi


 Apartmen tempat kami menginap

 Ketika kami ke sebuah kampung, ramai orang kampung datang nak tengok rombongan kami


 Kolam ini digunakan untuk mandi-manda





 Serombong tu sebenarnya kilang buat bata


 Kami solat berjemaah di sebuah surau di sana


 Kawasan  hadapan surau ini sudah berbata dan berkipas, hasil sumbangan seorang Profesor dari Malaysia

 Dahulunya surau tersebut seperti di bahagian belakangnya, hanya berlantaikan pasir dan berbumbungkan atap zink


Surau ini antara yang paling menyentuh hati hamba...Dalam masyarakat mereka, asalkan ada duit, mereka akan tambah baik surau sikit sikit....