Koleksi karya dalam Bicara Sufi pada Bulan Ramadhan 1430 yang lalu....
Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, Ya ALLAH, ya Tuhanku, ampunilah segala dosa2 dan kesalahan hambamu ini, yg berlalu, kini dan akan datang, yg sengaja dan tidak sengaja, yg zahir, ghaib dan batin, dari setiap tutur kata dan perkataan, natijah dari segala perbuatan, kelakuan dan iktikad, dari setiap kali nafas hambamu ini keluar dan masuk, dari kecil sehingga nafas terakhir, dari bangun tidur sehingga bangun tidur.....
Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, telah ku maafkan segala salah dan silap, telah ku halalkan segala makan-minum, telah ku halalkan segala hutang-piutang, apa yg terambil, terguna, terpakai oleh isteri dan anak-anakku, adik-beradik dan sanak keluarga, yg jauh dan dekat, sahabat, rakan dan ...taulan, yg kenal dan tidak kenal, dari dosa yg kecil sehinggalah yg sebesar-besarnya yg diizinkan ALLAH Taala aku memaafkannya...
Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, aku mendoakan ditunjuki jalan yg lurus, dibukakan hati utk mengenal ALLAH Taala sebenar-benar kenal utk adik-beradikku, saudara-mara, sahabat handai, rakan dan taulan, yg jauh dan dekat, para pembaca dan penyumbang Bicara Sufi, kerana alangkah ruginya hidup dlm dunia ini, alangkah 'sombongnya kita' jika Sang Pencipta kita sendiri tidak kita kenali...
Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, aku mendoakan dianugerahkan Lailatul Qadar kepada adik-beradikku, saudara-mara, sahabat handai, rakan dan taulan, yg jauh dan dekat, di tanah lelulur Malaysia dan di perantauan, ...... sesungguhnya bagi mereka yang beribadat, tidak tidur malam dan menunggu2 Lailatul Qadar dan dianugerahi-NYA Lailatul Qadar sahaja yang tahu akan kebesaran, keagungan, rahmat, nikmat pada malam tersebut...
Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, aku mendoakan agar diberikan petunjuk kepada mereka yang mencari kebenaran untuk menjumpai kebenaran yg hakiki dalam Islam, dikembalikan hati-hati orang Islam yg semakin jauh dr Islam kepada Islam, dilimpahi & diteguhi nur Islam, iman yang teguh dan aqidah yg mantap kepada pejuang-pejuang Islam, dijadikan anak-anak yang lahir selepas 1417 Hijrah sbg pejuang sebenar di jalan ALLAH....
Andaikata ini Ramadhanku yg terakhir, telah redha akan daku segala ketentuan Ilahi terhadapku, telah redha akan daku jika Dia ingin mengambil daku, kerana sesungguhnya Dialah yg maha pengasih, maha penyayang, maha mengetahui segala yg baik dan buruk atas diriku, anak-anak isteriku dan mereka di sekeliling daku...
Aku terkenang-kenang akan rayuan, rintihan, sayuan dalam menggapai cinta Mu, titisan dan linangan air mata yang mengalir penuh kudus dan tulus kerana Mu...
Walau di mana diriku berada, walau di lautan api, walau diikat rapi leh tali berbesi dan bercemeti, walau dibungkus 1001 kain dan renjatan, walau diriku merangkak-rangkak penuh kesusahan, aku tidak pernah putus mengharap dari Mu
Aku tahu Engkau mendengar bicara hatiku, nukilan resah dalamanku, lontaran minda sepintas lalu, golakan perasaan yg tidak menentu, bantulah aku, tolonglah aku, hanya sanya, semata-mata Engkau bagiku, awal dan akhir, zahir dan batin, cukup segalanya bagiku hanya Engkau yang satu
Aku masih ternanti-nanti, kekekalan keberadaan diriMu dan keterusan ketiadaan diriku, tapi ia suatu yg tidak pasti, lantaran usaha dan amalku yg jauh panggang dari bara api...Oh dunia, engkau hanya sementara pada diriku, tetapi engkau sememangnya cantik, menawan, mengiurkan, menghairahkan,...tak hairanlah 99.99 peratus manusia menghabiskan masa untukmu wahai dunia, sedangkan DIA yang kekal abadi tidak dikenali. Kalau kenal pun tidak, apatah kita bisa mahu mencintai-NYA....
Aku ni banyak noda dan dosa, hidup penuh pancaroba, dunia aku suka, hikmah dan silat carian di zaman muda, kenapa juga aku..... itulah kehendak-NYA kata Dia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan