TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (62) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (129) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (45) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (24) Tawassul (5) Tulisanku (331) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (2) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (52) Wali Melayu (24) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Rabu, 27 Februari 2013

Aseania Resort, Pulau Langkawi

Assalamu'alaikum,

Hamba berkursus/ditempatkan di Aseania Resort. Aseania Resort merupakan hotel milik Aseania Group, sebuah syarikat yang aktif dalam kerja-kerja pembinaan, dikuasai oleh keluarga seorang mantan Menteri di negeri Utara Semenanjung.  Resortnya memang besar, kolamnya dikatakan antara yang terbesar di Malaysia.  Namun perkhidmatannya tidak ada apa yang istimewa. Penyelenggaraan hotel ini 'sedikit teruk'. Kalau tak percaya, baca komen-komen pengunjung hotel ini. Di sebalik gambarnya yang canggih di laman sesawang, banyak sangat yang perlu diperbaiki oleh pengurusan hotel ini. Satu yang jelas, hotel ini belum mencerminkan yang ia dimiliki oleh usahawan/syarikat Muslim. Ini artikel terakhir hamba bercuti dan berkursus di Langkawi. Antara yang menarik selepas kunjungan ke Langkawi adalah hamba sekeluarga ke Taman Negara Pahang sempena cuti Tahun Baru Cina....tunggu!!!












Ada ombak buatan



Kaunter pendaftaran/pertanyaan

Lobi




Pantai Cenang, Pulau Langkawi (Cenang Beach, Langkawi Island)

Assalamu'alaikum,

6 Disember 2012, hari Khamis. Penganjur kursus menyediakan bas ke Kuah untuk para peserta. Jadi waktu petangnya adalah "free and easy". Hamba dan habis membeli sedikit barang sebagai tanda datang ke Langkawi, jadi tak ikut serta dalam rombongan ke Kuah. Jadi kami jalan-jalan di sepanjang Pantai Cenang untuk melihat perubahan yang berlaku. Maklumlah dah 6 tahun lebih kami tak sampai ke sini. 

Besar juga McDonald's... McDonald's Malaysia dimiliki oleh McDonald's dari Amerika Syarikat. Ini berbeza dengan KFC Malaysia yang dimiliki oleh JCorp, syarikat yang dikuasai oleh orang Islam Malaysia.

Hotel baru hampir siap...

Apa tempat ini? Hamba dah tak berminat sangat nak masuk. Bukan ada apa sangat pun...

Berbanding 6 tahun dahulu, semakin banyak restoran Cina di Pantai Cenang

Kompleks Bebas Cukai??? Langkawi adalah Pulau Bebas Cukai. Kalau nak beli barang berjenama, kat Hj Ismail Group pun ada...

Masakan Melayu ala kampung

Underwater World..ni nama tempat tadi.... tidaklah mempersonakan hamba, jadi kami tak masuk...

Ada klinik di sini...

Gerai-gerai menjual pelbagai pakaian banyak.

Chalet untuk pengunjung...Ada laman sesawang di situ kalau nak tempah


Sebahagian dari chalet di sini


Harga tak boleh lawan Pantai Pasir Hitam...Harga di Pantai Pasir Hitam lebih murah, kalau pandai tawar

KFC pun dah ada

Nasi Kandar pun dah ada, dulu tak ada...

Ni Restoran Cina...hamba dimaklumkan tanah disini hanya disewa kepada orang luar, ia masih dimiliki oleh kaum Melayu.

Tu dia, masakan Siam

Motel..ada nombor telefon di situ.






Kedai bakeri pun dah ada dengan konsep yang moden


Pasar mini memang bertambah tetapi didominasi oleh peniaga dari kaum Cina

Refleksologi kaki pun ada. Kerajaan Negeri dibawah PAS kena pantau sama ada terdapat kegiatan yang pelik2 di tempat sebegini. Jangan lepas tangan saja. Ini tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda. Jangan suka mencari salah orang, itu tidak menyelesaikan masalah dan mencerminkan sikap orang yang tidak bertanggungjawab. Orang yang bertanggungjawab menyelesaikan masalah dan menjejak punca masalah dan menutup jejak punca masalah.


Spa dan urut kaki ni milik Melayu rasanya

Restoran masakan India pun dah ada, dulu tak ada


Pantai Cenang dulunya terkenal dengan pasirnya yang halus dan bersih. Selepas tsunami Acheh, banyak kulit kerang 'dibawa' ke Pantai Cenang. Jadinya, pantai ini terbahagi dua. Yang berhampiran laut banyak kulit kerang seperti gambar di atas.

Ini gambar pantai yang masih bersih dan pasirnya masih halus...


Nak lepak-lepak dan dok atas kerusi pun kena sewa...Takpalah, punca pendapatan beberapa pemuda Melayu di sini...dari mereka buat kerja yang tak halal, yang ini halal.

Sewaktu hamba bersembang dengan pemuda yg buat perniagaan sewa kerusi, beliau beritahu Pantai Cenang penuh dengan pelancong luar pada Januari dan Februari...dia kata macam bukan kat Malaysia...kebetulan Januari dan Februari merupakan musim sejuk di negara Eropah dan Amerika Syarikat (Hemisfera Utara). Dia kata Mat Saleh memang datang sebab nak berjemur. Kalau pelancong Arab, mereka nak mencuba pelbagai sukan dan rekreasi air yang ditawarkan, mereka taknak berjemur sebab kat Tanah Arab lebih panas dari Malaysia.

Ni bajet hotel

Pusat Maklumat Pelancongan pun ada

Anda boleh dapatkan pelbagai tiket bas/feri, pakej pelancongan di Pantai Cenang

,
Kalau waktu malam, Pantai Cenang memang "happening"

Dobi pun ada


Hamba terkejut juga sebab Restoran Mexico pun dah ada

Yang ini Restoran Italy

Masakan Thai ada di beberapa buah restoran


Masakan Timur Tengah pun ada...yang hairan tu Sekolah Bahasa Jepun pun ada



Ni Restoran Arab

Ada beberapa perkhidmatan nak bot laju untuk ke beberapa Pulau di dalam Thailand

Yang ni rasanya milik Melayu

Yang ni sajalah Kerajaan Negeri buat. Apa bezanya dengan kerajaan negeri sebelum ini? Cakap memang mudah, tetapi nak buat memang susah. Sebab itu mereka yang nak berpolitik kena mantap iman, kalau tidak, kulit sajalah.



AB Motel - milik Melayu

Yang ini hamba suka sebab Motel sediakan surau


Kereta parkir sebelah bahu jalan bersepah-sepah

Ada lagi yang sedang dibangunkan

Cenang Mall - untuk pelancong luar rasanya...



Pelbagai jenis restoran ada di sepanjang Pantai Cenang, mengalahkan Kuah.

Rumah rehat milik Bank Negara Malaysia