Assalamu'alaikum,
3 Disember 2012...Anak sulung hamba teringin nak pergi ke Kota Mahsuri...jadi kami pun ke sana. Dah sampai, dia tak jadi nak masuk pulak, tak berminat pulak. Hamba dah lama tak ke sini. Memang dah besar betul Kota Mahsuri ini. Kalau anda baca sejarah, Mahsuri tidak dimakamkan di sini. Almarhum Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mahu kisah Mahsuri diingati. Jadi beliau arahkan bina satu 'tanda peringatan' agar kisah Mahsuri dipelajari dan dihayati oleh generasi kemudian. Maka dibinalah Makam Mahsuri iaitu Makam Tanda, bukan kubur pun...ini kisah tahun 1960-an. Kemudian selepas Langkawi naik, adalah sebuah perigi dan lain-lain rumah yang dibina di sekitar kawasan makam Mahsuri ini. Memandangkan 'potensi pelancongan' yang ada, maka macam-macam dibina dan dibangunkan di kawasan ini. Hamba beli minyak gamat di sini kerana murah berbanding tempat lain.
Memandangkan Mahsuri tidak dimakamkan di sini, siapa yang ada kat sini? Kalau pelancong luar, siap buang duit dalam perigi dan minta macam-macam lagi. Pelancong Muslim yang tidak tahu sejarah pun ingat Mahsuri dikuburkan di sini. Kisah Mahsuri memang baik untuk dihayati. Bagaimana kecantikan boleh menjadi fitnah dan punca hasad dengki. Bagaimana doa orang yang dizalimi dimakhbulkan Ilahi. Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan