Assalamu'alaikum,
Ini gambar waktu turun....kami di puncak dalam 80-90 minit...
Selepas tiang ni, rasa jantung macam nak luruh...:-)
Pada 3 Disember 2012, kami ke barat daya Langkawi sekali lagi. Hajat dihati nak naik kereta kabel. Hamba, isteri dan dua orang anak pertama dah naik dalam kunjungan sebelum ini. Anak ketiga dan keempat belum naik sebab ini merupakan kunjungan mereka kali pertama ke pulau ini. Apapun, kami belum merasa puncak kedua, sebab dalam kunjungan pertama dahulu, puncak kedua kereta kabel belum siap.
Jam 930 pagi, kami sudah tercacak di sini. Alhamdulillah, belum ramai pelancong yang datang.
Beratur dalam 10-15 minit dah boleh naik...
Satu kereta kabel, maksimum 6 orang.
Ehmmm... dah naik pun.
Nun puncak di hujung sana...
Kalau gayat memang susah nak naik kereta kabel...
Salah satu air terjun yang sempat hamba rakamkan
Semakin menghampiri puncak
Teknologi membolehkan kita menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi dan membolehkan kita mensyukuri nikmat-NYA yang tiada terbilang.
Ini gambar waktu turun....kami di puncak dalam 80-90 minit...
Selepas tiang ni, rasa jantung macam nak luruh...:-)
ehmmm. ada air terjun lain pula...
agaknya ada tak manusia yang pernah sampai ke air terjun ini?
Dah nak sampai....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan