TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)
Memaparkan catatan dengan label Mekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mekah. Papar semua catatan

Rabu, 25 Jun 2014

Umrah dan Ibadat Di Tanah Suci Mekah Tahun 2014

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, hamba sempat mengerjakan umrah dan ziarah  kali kelima pada bulan Mei dan Jun yang lepas. Hamba pergi seorang sahaja kerana ada urusan kerja selepas itu. Alhamdulillah, ada Pakej Umrah  yang sanggup bantu, hotel dan tiket kapal terbang hamba uruskan sendiri, cuma visa melalui Syarikat Umrah berdaftar. Pesanan biasa yang utama dan pertama ke Tanah Suci adalah banyak bersabar. Kebetulan hamba 'menumpang' satu pakej untuk perjalanan Jeddah-Mekah, jadi kena tunggu semua ahli rombongan mereka melepasi Imigresen Arab Saudi. Dekat enam jam juga di Imigresen Arab Saudi kerana ada beberapa jemaah yang 'nama mereka tidak naik' dalam sistem Imigresen Arab Saudi. Jemaah umrah tidak boleh bergerak walaupun seorang jemaah 'tersadai'.  Kelembapan Imigresen Arab Saudi tak perlu diperkatakan lagi, sudah 15 tahun ke Arab Saudi, prestasinya macam tu juga. Kalau di Malaysia, pekerja Imigresen Arab Saudi mungkin sudah kena pindah atau dibuang kerja.  Alhamdulillah, semua selesai, walaupun kasihan pada orang tua dan kanak-kanak yang penat menunggu.

Sampai di Mekah (ikut pakej tersebut), hamba ambil teksi ke hotel hamba. Hamba cari hotel pakai www.booking.com atau www.agoda.com sahaja.  Hotel di kawasan Ajyad, itu antara kawasan 'hotel murah' yang masih wujud di sekitar Masjidil Haram. Hotel murah/lama masih perlu lori tangki mengisi air setiap 1-2 hari sekali, biasanya di pagi-pagi hari.  Alhamdulillah, umrah pertama dapat diselesaikan selepas Solat Subuh. Makan di Mekah tidaklah susah. Kebab, roti berisi telur/daging/ayam dan pelbagai jenis nasi ada di pelbagai kedai. Kekadang, selepas solat Subuh atau Zohor, banyak kenderaan berlabuh di tepi jalan mengedarkan roti/air/makanan secara percuma. Itu antara tanda barokah Tanah Mekah ini. 

Memandangkan hamba solo dan benar-bena solo, semua urusan atas sendiri. Waktu hamba mengerjakan haji musim 2004/2005, hamba solo juga, tapi itu ikut pakej umrah, ada kawan-kawan lain, enam orang sebilik. Makanan dan urusan ziarah juga disediakan oleh syarikat umrah. Semasa mengerjakan umrah semasa balik dari United Kingdom ke Malaysia pada tahun 2010, hamba tidak solo tetapi bersama isteri dan anak-anak, cuma hotel dan makan-minum sendiri. Jadi urusan bila solo ini agak mudah.  Hamba sempat mencari Restoran Felda di Mekah dan Alhamdulillah, jumpa. Berdepan dengan Pintu King Abdul Aziz saja, Restoran Felda  merupakan tempat hamba bersarapan pagi jika bercadang ke Masjidil Haram selepasnya, beriktikaf sampai Zohor.  Bolehlah juga melepaskan rindu dengan roti canai, nasi lemak, nasi goreng, rendang daging, teh tarik dan lain-lain masakan Malaysia.

Hamba sempat melihat dan berhadapan dengan Pintu Kaabah apabila ia dibuka pada pagi selepas Subuh 1 Syaaban 1435.  Memang 'lain betul' apabila pintu itu dibuka. Itu yang masuk WhatApp, media sosial dan surat khabar jemaah bertolak-tolak, berasak-asak untuk melihat Pintu Kaabah dibuka. Samalah apabila umat Islam berebut-rebut nak cium Hajaratul Aswad. Ada perkara yang umat Islam tidak faham, kurang faham atau buat-buat tidak faham. Dalam sunat juga ada haramnya.  Apa untungnya buat perkara yang sunat dengan cara yang  makruh atau haram?

Dulu-dulu waktu muda, umrah dan ziarah tahun 2000 (bersama isteri dan anak seorang), tahun 2002 (bersama isteri dan anak dua orang), hampir setiap hari kami mengerjakan umrah. Ada sesekali kami kerjakan umrah dua kali dalam sehari.  Datang buat haji tahun 2004/2005, hamba banyak beriktikaf dalam masjid. Begitu juga Umrah 2010, hamba banyak beriktikaf dalam Masjidil Haram.  Sama dengan tahun 2014, hamba banyak menghabiskan masa beriktikaf dalam Masjidil Haram. Hamba teringat cerita arwah Mursyid apabila beliau bertemu Hj Endut  dalam Masjidil Haram (yang ghaib di Inas, NSDK) sewaktu mengerjakan haji tahun 1986. Hj Endut begitu tekun beriktikaf dalam Masjidil Haram. Masa tidak dihabiskannya dengan sia-sia, bersembang dan sebagainya. Bila dah  umur melebihi 40-an ini, baru kita faham apabila kita semakin mengalaminya. Memang tidak salah bagi jemaah Malaysia yang berlumba-lumba mengerjakan umrah sewaktu di Mekah, cuma golongan Qhawas al Qhawas lebih banyak menghabiskan masa di dalam Masjidil Haram, "banyak kerja". Beberapa tahun dahulu, seorang biras hamba boleh beriktikaf dari Waktu Tahajud sampai Solat Isyak. Kemudian baru balik kejap ke hotel untuk tidur dan datang semula ke Masjidil Haram waktu Tahajud dan iktikaf kembali sampai Isyak. Hamba tak dapatlah buat macam itu, bahagian masing-masing. Yang penting buat yang terbaik, buat apa sahaja kerana DIA.

Hamba pun tidak bercadang ambil banyak gambar di Mekah, semua gambar guna telefon iPhone saja. Selepas beberapa hari dan malam di Tanah Suci, hamba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk ke Istanbul, Turki. Ada dua terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah. Anda perlu tahu syarikat penerbangan mana yang anda naik. Hamba ambil Saudia, jadi tidak sama terminal dengan Malaysia Airlines dan lain-lain penerbangan. Ada beberapa sahaja syarikat antarabangsa yang berkongsi dengan Terminal Saudia. Terminal untuk Saudia meliputi penerbangan domestik dan antarabangsa yang diuruskan oleh Saudia Airlines. Mula-mula pihak hotel kata teksi ke LTA Jeddah 200 Riyal sahaja, bila sampai pemandunya, minta 250 Riyal pula. Berunding punya berunding dapat 230 Riyal. Bagi yang biasa ke Mekah dan Madinah, itu 'dianggap biasa' walaupun itu bukan 'cara Islam'. Alhamdulillah, penerbangan Jeddah-Istanbul berjalan lancar. Wassalam.


Roti canai di DSaji Mekah (Restoran Malaysia)

Malaysian Restaurant - diuruskan oleh DSaji Felda

Ramai pengunjung yang hadir, orang Malaysia dan bukan Malaysia

Pintu King Abdul Aziz bertentangan dengan Restoran Felda

Ada risalah mengedarkan perkhidmatan katering

Mekah telah menjadi 'kota kapitalis'. Mereka yang kaya menginap di hotel mewah dan berdekatan dengan Masjidil Haram. 

Pintu kegemaran hamba untuk ziarah dan ibadat kali ini

Suasana selepas Solat Isyak

Nasi lemak - hamba makan dua kali, tak habis sekali. Sebekas 15 Riyal. Waktu tahun 2010, sebekas nasi masih 10 Riyal.

Roti telur dan teh ais

Kucing - binatang kesayangan RSAW

Ambil jugalah gambar Kaabah menggunakan telefon bimbit sebagai kenangan. Antara yang merosakkan ibadat tawaf orang zaman sekarang adalah 'berselfie' semasa bertawaf... Semasa Saie pun ada yang 'berSelfie'. Apa nak jadi dengan umat Islam sekarang?  

Bayangannya menutupi Kaabah - telah dikatakan RSAW lebih 14 abad yang lalu


Hilton di Kota Mekah - dulunya hotel paling gah di Mekah, sekarang dah jadi biasa2.
Apa maksud Hotel Hilton yang dikuasai oleh Yahudi dan Nasrani terpacak di Kota Mekah? Tanyalah mereka yang arif

Istana Raja yang kosong

Pembinaan Istana Raja di Jabal Qubis...sampai masa apa yang dikatakan oleh RSAW dalam hadis akhir zaman akan berlaku...

Nak ke Restoran Felda, cari Al-Safwa Towers. Pakej umrah kelolaan Tabung Haji Travel & Tours menginap di sini, dalam RM8,000 seorang.

Al-Safwa Towers di kiri Menara Jam terbesar.

Ahad, 2 Mac 2014

Syair Mekah




Syair Makah - Rahsia Akhir Zaman Bismillah hirahman nirahim Bismillah itu mula disebut, rahman dan rahim sifat mengikut, dunia akhirat tiadalah luput, kesenangan ikan di dalam laut. Al Hamdulilah puji yang baik, Rob bil a'lamin sifatnya khalik, solawatkan nabi rasul Allaha yang shodaqo, Muhammad yatim Amin Al Razak. Salam yang daim pula dikata, atas Muhammad junjungan kita, sahabat dan Al Dasarat, hingga dunia yang lata. Ama Baa’du inilah nazam, tiadalah fakir berpanjang kalam, hatta yang sepi menjadi kelam, sebab percintaan siang dan malam. Dengar olehmu suatu cerita, dagang yang yatim empunya kata, dakwat bercampur dengan air mata. Inilah nazam fakir yang gharib, duka percintaan dibawa nasib, diatas dunia bawah langit, menaruh tanggungan yang amat sakit. Jikalau ada khilaf dan sesat, jua janganlah apa dagang diumpat, memegang kalam mecicahkan dakwat, mulut membaca tangan menyurat. Pada suatu malam aku pun fikir, ingatkan untung nasib takdir, diambil dakwat kalam yang kecil, disuratkan nazam umpama syair. Dengar olehmu segala taulan, Makah Madinah aku nazamkan, barang yang mudah aku suratkan, supaya berahi orang beriman. Tiga bulan diracah lebih dan kurang, peliharaan kepada yang menyeberang, jikalau angin dari belakang, sampai ke Jedah teluk yang tenang. Tiba di Jedah tuan sangat, dibawa sampan turun ke darat, orang dari Makah ternanti alat, memuliakan tuan hadaya sahabat. Jikalau ada jamaah Aceh, pulang kepada Sheikh Muhammad Sholeh, Alam yang kabir martabatnya lebih, manusia berkata lidahnya fasih. Orang yang lain di Tanah Melayu lagi, Bugis Makasar Timur Patani, Rawa Bangkahulu Bentan Betawi, sheikhnya masing2 sudah terjali. Dua malam sudah di Jedah, hendak berbongkar pula ke Makah, di sewa nata mana yang mudah, kecil sedikit daripada gajah. Di Jedah itu tuan haram, kita dari sini itulah maqam, pakaian putih bukannya hitam, baju dan serawal kopiah haram. Sama lama di janan sampai ke halar, berhenti di sana turun sebentar, bumi yang rata tanahnya datar, berjalan pula waktu asar. Sebemalam lagi sampai ke Makah, singgah sekejap naik ke rumah, kemudian haluan lingkar Kaabah, syair berjumpa kira telah sudah. Dengar olehmu handai dan taulan, Masara Masjid Al Haram aku khabarkan, tidaklah boleh aku bandingkan, rupanya bukan buatan insan. Masjid Al Haram itu terlalu majid, buatan raja Harun Al Rashyid, di atas dunia di bawah langit, tidaklah dua hanyalah wahid. Hairanlah tuan kita melihat, memandang masjid yang tangkara pangkat, tiangnya batu licin terapat, setengah bersegi setengahnya bulat. Tiang yang bulat rupanya putih, umpama santan kelapa dadih, ukir bersalok tindih bertindih, bumbung tanjak bebuah sirih. (Bersambung)..


Maka aku sambungkan bunyinya seperti ini, supaya kamu mendapat ikhtibar di sekalian hari :)

Setengahnya hitam rupa yang bulat, ukirnya licin bak takat, hairanlah tuan mata melihat. Setengahnya yang bulat rupanya hijau, di timpa panas kilau kilau, bergasing2 bertanjung pulau, pada tengah hari di pandang silau.

Setengah yang bulat rupanya kuning, bak awan mega bergasing2, buatan halus bukan laya hening, mata memandang kepala pening. Setengah bulat rupanya licin, halus berkilat cermin, ketika panas di pandang lain, bagai gelombang ditiup angin. Tiang yang besar aku misalkan, ada umpama batang durian, batu berturap segi selapan, kuning dan hijau merah di sinan. Hairanlah tuan mata memandang, tiangnya banyak sukar membilang, tiga yang bulat mata yang kadang, berbanjar2 silang menyilang.

Atap masjid setengah laya indah, baru berapat bagai ditatah, dipandang jauh disangka patah, umpama payung terkembang sudah. Jikalau tuan baharu datang, melihat atap tuan tercengang, bukan di sangka buatan orang, entah malaikat empunya tukang. Siapa tuan mau bertanya, masjid al haram berapa besarnya, sukarlah aku mengatakannya, kecillah orang pada tepinya. Lebih dan kurang bujur melintang, ada samakan anak sinapang, sebelah sana jika ada orang, menjadi kecil rupa yang kadang.

Dinding masjid batu rubab, sangatlah indah bemata tangkab, tuan melihat menaruh ajab, lingkar bersurat hasamah arab. Setengahnya sama tembaga jadikan dinding, tentang khalwat sama masing2, tempat shofa’ya ibadatnya hening, di dalam dunia tidaklah banding.

Siapa tuan handai dan taulan, banyak khalwat tuan tanyakan, tujuh ratus tamim pada bilangan, tempat ibadat menyembah tuhan. Pintu masjid kalau di bilang, empat puluh genap pintu yang kadang, tempat orang masuk pagi dan petang, pintu yang kecil sukar membilang.

Sekelian pintu ini adalah nama, berlainan2 bukannya salama, bab Al- Islam itu mula pertama, yang ihram di sana masuk bersama2. Bab al Shofa setengah namanya, orang yang ihram di sana keluarnya, menjelang saie dengan tawaduknya, shofa dan marwah maksud hai hatinya. Masjid al haram itu bukan laya indah, dindingnya batu putih dan merah, masjid lingkar kaabah di tengah2, umpama tuan melingkar jannah.

Dengarlah olehmu handai dan taulan, kehebatan Allaha tiadakan kalah boleh aku sepertikan, dalam dunia ini tiada apa teladan. Daun pintunya emas bersadur, merah dan kuning rupa bercampur, di timpa panas cahaya menyembur, mata memandang bagaikan kabur. Setengahnya rupanya putih dan hijau, di timpa panas kilau kilau, mata memandang bagaikan silau, umpama bintang tengah kemarau. Anak kuncinya terlalu indah, putih mahluk cahaya patah, memegang dia kaum nabi shayabah, sampai sekarang tidak berpindah. Hajar al aswad dekat di pintu, rupanya tuan tidak berpasa tentu, dikatakan hitam bukannya batu, intan syurga turun ke situ.



Maka aku sambungkan lagi kisahnya agar kamu berfikir dan mengambil faedah akan barang ini untuk menjadi petunjuk bagi kamu pada akhir zaman nanti :)

Suatu lagi makam Ibrahim, tempat berdiri Nabi yang Karim, masa menurap Kaabata Al Azim, turun di syurga Jannah al Naim. Makam Ibrahim masa sekarang, tempat shafie imam sembahyang, bepancang emas gawang2, jikalau burung patab terbang.Eloknya makam bukan laya indah, pagar tembaga atapnya timah, pancangnya emas bukannya patah, tabirnya setara surat kalimah. Multazamm itu di kanan pintu, tempat makbul doa disitu, siapa meminta2 di tempat itu, tidak tertuluk sudah tertentu.

Di kiri pintu bernama Hitam, sama setentang makam Ibrahim, sembahyang di sana hati yang silam, tempat mustajab solat daa’yama. Suatu lagi bernama hijir tentang saluran pancuran air, tempat Ibrahim dengan Ismail hairan segala melihat ukir.

Dengarkan olehmu aku khabarkan, hijir Ismail aku sifatkan, rupanya bekilau sehari bulan, batunya putih umpama laban. Siapa sembahyang di dalam hijir, dengan tawaduk air mata mengalir, dosa salah habis shoghir dan kabir, umpama budak baharu di lahir. Di kanan hijir pula tempatnya, sembahyang disana besar faedah faedahnya, sabda junjungan atas umatnya. Suatu pihak bernama rakan silam, di kiri hijir yang amat karim, sembahyang di sana khowas dan awam, tempat mustajab sheikh dan malam. Rukun iman suatu pihak, hampir maliki bukannya jarak, pinta2 di sana apa kehendak, tempat mustajab tidak tertulak.

Dengar olehmu segala saudara, besarnya kaabah jikalau di kira, lebih dan kurang sembilan depa, bujur melintang demikian juga. Tinggi kaabah setengah sedang, sebatang betung lebih dan kurang, tidaknya bukannya panjang pertengahan, lazat mata memandang. Di dalam setahun kaabah terbuka, selapan kali sudah berhingga, masuklah tuan mana yang suka, umpama masuk pintu syurga. Hari Ashura bulan Muharam, mula terbuka kaabata Allah Al Adzim, berebut masuk khowas dan awam, tempat mustajab banyak di dalam.

Rabuil Awal dua belas haribulan, segala terbuka pula di sinan, siapa yang jajah masuklah tuan, tidak belarang di tegah jangan. Awal jumaat di bulan Rejab, di sinun terbuka pula sekejab, tuan yang masuk menaruh ajab, melihat tirainya tulisan kasab. Dua puluh tujuh di bulan itu, segala terbuka pula di situ, orang yang masuk sesak di pintu, bapa dan anak tidak bertentu.

Di bulan rejab dua kali terbuka, orang yang masuk tiada berhingga, setengahnya rebah di atas tangga, jatuh berhimpit masuk syurga. Lima belas hari bulan Syaaban, kaabah terbuka pula di sinan, habislah masuk orang beriman, berkat Muhammad habib al rahman. Dua kali terbuka di bulan ramadhan, pertama jumaat di awal bulan, aura aura yang masuk berkawan2, di jumaat yang akhir pula kesalahan.

Lima belas hari bulan Zulkaedah, sanan terbuka pula kaabah, orang yang masuk penuh melimpah, meminta ampun mana yang salah. Di dalam kaabah tuan pun sampai, air mata cucur berderai2, ingatkan mata badan merasai, dosalah banyak sudah terpakai.

Di dalam kaabah tuan pun tiba, hatimu dendam menaruh hiba, tuan sembahyang ganda berganda, harap harapkan rahmat dalam syurga. Di mana bawa lebih tuan sembahyang, tempat berpadat bukannya lapang, diupah turki yang kadang panjang, memeliharakan tuan dalam sembahyang. Jikalau tidak orang upahan, pohon melapang tempat kiri dan kanan, dalam sembahyang rebahlah tuan, jatuh terhimpit keatas kawan. Sudah sembahyang tuan sangat, pinta2lah doa apa yang hajat, ayah dan bonda kaum kerabat, dalam sentosa dunia akhirat.