TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (61) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (5) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (13) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (20) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (88) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (22) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (1) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (13) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (10) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (6) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (24) Tawassul (4) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Khamis, 26 Mei 2016

Dalil-Dalil Ulama' Dalam Mengkhususkan Hari-hari/Waktu/Masa Tertentu Untuk Melakukan Amal Ibadah

Apakah Dalil-Dalil Ulama' Dalam Mengkhususkan Hari-hari/Waktu/Masa Tertentu Untuk Melakukan Amal Ibadah ?

Apakah dalil-dalilnya ?

(Dalil 1)

Jawapan oleh Ustaz Idrus Ramli

Berikut ini dalil-dalil bolehnya menetapkan waktu-waktu tertentu untuk melakukan kebaikan dan ibadah.

Dalil pertama, hadis Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبًا وَكَانَ عَبْدُ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَفْعَلُهُ. رواه البخاري

“Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mendatangi Masjid Quba’ setap hari sabtu, dengan berjalan kaki dan berkenderaan.” Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu juga selalu melakukannya.

(HR. al-Bukhari, [1193]).

Hadis di atas menjadi dalil bolehnya menetapkan waktu-waktu tertentu secara rutin untuk melakukan ibadah dan kebaikan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menetapkan hari Sabtu sebagai hari kunjungan beliau ke Masjid Quba’. Beliau tidak menjelaskan bahawa penetapan tersebut, kerana hari Sabtu memiliki keutamaan tertentu dibandingkan dengan hari-hari yang lain. Bererti menetapkan waktu tertentu untuk kebaikan, hukumnya boleh berdasarkan hadis tersebut.

Kerana itu al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqolani rahimahullah berkata:

وفي هذا الحديث على اختلاف طرقه دلالة على جواز تخصيص بعض الأيام ببعض الأعمال الصالحه والمداومه على ذلك وفيه أن النهي عن شد الرحال لغير المساجد الثلاثه ليس على التحريم

“Hadis ini, dengan jalur-jalurnya yang berbeza, mengandungi dalil bolehnya menentukan sebahagian hari, dengan sebahagian amal soleh dan melakukannya secara rutin. Hadis ini juga mengandungi dalil, bahawa larangan berziarah ke selain Masjid yang tiga, bukan larangan yang diharamkan.”

(Al-Hafiz Ibnu Hajar, Fath al-Bari, juz 3 hlm 69)

Sumber : http://www.idrusramli.com/2014/dalil-tradisi-yasinan-dan-tahlilan/

WAHHABI DI SISI PANDANGAN AL-SYAIKH AHMAD IBN MUHAMMAD ZAIN AL-FATONI.

WAHHABI DI SISI PANDANGAN AL-SYAIKH AHMAD IBN MUHAMMAD ZAIN AL-FATONI.

Ketika menceritakan tentang fitnah yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Salim, al-Syaikh Ahmad al-Fatoni (w.1325 H) berkata:

"...[dan] setengah daripadanya ((fitnah to'ifah Wahhabiyyah)) yang melampaui mereka itu sehingga memerintah mereka itu akan dua Tanah Haram yang mulia dan mereka itu.

🔸Satu kaum yang mempunyai mazhab yang jahat dan jalan yang sesat dan i^tiqad yang mudarat

🔸Dan adalah yang me[ng]hantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang meri[ng]tahkan dia [memerintahkan dia] Muhammad anak ^Abdul-Wahhab dan asalnya daripada masyriq daripada Bani Tamim dan adalah permulaan pekerjaannya bahawasanya ia adalah setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu pada negeri Madinah al-Munawwarah ^ala sohibiha afdol al-solat wa al-salam dan adalah bapanya laki-laki yang solih demikian lagi saudaranya

🔸Dan adalah bapanya dan saudaranya dan sekalian guru-gurunya memfirasat mereka itu padanya bahawasanya lagi akan jadi daripadanya menyesat dan zaigh dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantahan-bantahannya daripada beberapa masalah...

🔸Maka mereka ia bagi dirinya akan mazhab yang sesat dan menyalahi ia akan segala imam agama dan menyesat ia akan segala yang jahili

🔸Dan me[ng]kufur ia akan segala mereka yang tiada mengikut mazhabnya daripada mukmin

🔸Dan me[ng]hukum ia dengan syirik mereka yang ziarah akan kubur Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam dan auliya' dan solihin dan yang bertawassul dengan mereka itu dan

🔸Me[ng]haram ia akan berselawat atas Nabi sollallahu ^alaihi wa sallam

🔸Dan beberapa i^tiqad yang lain daripada demikian itu dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah enam ratus tahun hingga kepada masanya itu dan [ia]lah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu..." Intaha.

🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸

📚Rujukan: Kitab Hadiqatul-Azhar war-Rayahin fi Manaqib al-Akhyar wa Akhbaris-Solihin, al-Syaikh Ahmad ibn Muhammad Zain ibn Mustafa al-Fatoni, Persama Press, Pulau Pinang, t. th., hlm 169 - 170.

✒Beliau adalah guru bagi ramai ulama dan mufti di Nusantara seperti Syaikhul-Islam dan Mufti Selangor Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur-Rahman al-Fatoni, Tok Kenali, Tok Selehor, Kiyai Hasyim Asy'ari pengasas Nahdotul-^Ulama' dan lain-lain.

✒Beliau juga penasihat dan rujukan sultan-sultan Melayu seperti Sultan Fatoni, Sultan Kelantan, Sultan Kedah, Sultan Terengganu (Sultan Zainal Abidin III), Sultan Johor, Sultan Riau - Lingga, Sultan Deli, Sultan Langkat, Sultan Pontianak dan Sultan Sambas secara tidak rasmi dan beliau juga penasihat Syarif/ Raja Mekah secara rasmi

Adakah Wahhabi Itu Suatu Misteri Atau Ejekan ?

Adakah Wahhabi Itu Suatu Misteri Atau Ejekan ?

Terdapat individu yang menyatakan bahawa Wahhabi hanyalah merupakan satu mitos atau dongengan. Bahkan menganggap bahawa label 'Wahhabi' adalah satu ejekan kepada golongan berkenaan dan lebih senang sekiranya diletakkan satu label yang lebih menyenangkan bunyinya seperti salafi, muwahhidun dan sebagainya.

Apa yang menjadi persoalan. Jika istilah seperti ini tidak diletakkan kepada golongan 'Wahhabi' setelah diulas oleh para ulamak mengenainya dan juga menyatakan ciri-ciri fahaman ini. Adakah selepas ini istilah-istilah Syiah, Muktazilah, Anti Hadith dan sebagainya perlu dilupuskan juga ?

Walhal, fahaman-fahaman seperti inilah perlu dibezakan dengan fahaman Ahlu Sunnah Wal Jama'ah yang sebenar.

Apatah lagi sekiranya golongan Wahhabi ini jika dibenarkan menggunakan istilah salafi atau salaf untuk menisbahkan diri mereka dengan Salafussoleh. Sedangkan pendekatan/fahaman yang dibawa menyalahi pegangan Salafussoleh dan membawa kekeliruan kepada perjalanan Salafussoleh yang sebenar.

"Wahabi" bukan gelaran ejekan yang dilemparkan oleh mana-mana golongan kepada mana-mana kumpulan, tetapi ianya adalah istilah ilmiah merujuk kepada suatu golongan yang mengikut kerangka umum pemikiran "Muhammad Abdul Wahab" lalu mengaku mengikut "manhaj Salaf" melalui kaca mata Ibn Taimiyyah, Muhammad Abdul Wahab dan beberapa orang lain yang sefahaman dengannya.

Sheikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti menjelaskan tentang “Wahabi”:

“Pada masa kini, mazhab Wahabi yang dinisbahkan kepada empunyanya iaitu Sheikh Muhammad bin Abdil Wahab (1703-1792 M) berkembang di Najd dan seterusnya berkembang di negara-negara dalam Jazirah Arab berdasarkan beberapa faktor yang sangat diketahui tetapi tidak perlu disebutkan dan dijelaskan di sini”.
[As-Salafiyyah: 367]

Menisbahkan sesuatu kelompok kepada mana-mana pelopornya (samada menisbahkan kepada namanya, atau nama ayahnya, atau nama moyangnya dan sebagainya) adalah suatu tradisi ilmiah yang biasa digunakan oleh para ulama'. Para ulama' yang mengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal tetapi melalui nama ayahnya iaitu Hanbali. Begitulah sebagainya.

Golongan yang mengikut "kerangka umum" pemikiran Muhammad Abdul Wahab dikenali sebagai Wahabi sebagai nisbah ilmiah yang diakui dalam tradisi keilmuan Islam. Ianya malah digunakan sendiri oleh orang2 yang terlibat dengan fahaman ini. Dinukilkan satu atau dua perkataan mereka sebagai contoh:

Dalam buku الشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية ada menyebut secara jelas mereka mengaku diri mereka (para pengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab) sebagai Wahhabiyyah. Buku itu ditulis oleh Sheikh Ahmad bin Hajr Abu Thomi. Antara perkataan beliau:

استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية.

Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”.
[m/s: 105]

Lihat tokoh wahabi sendiri mengaku sebagai wahabi...

Begitu juga:

Sheikh Ben Baz (Ulamak Wahhabi yang selalu digunakan sebagai rujukan pengikut Wahhabi) juga berkata:

الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد

Maksudnya: "Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”.
[Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

Dr. Muhammad Ahmad Ismail juga ada mengarang satu buku berjudul "Khawatir Haul Al-Wahhabiyyah dan menggunakan istilah wahabi tanpa merasa dirinya diejek bahkan dia sendiri (yang mengikut fahaman wahabi ini) mengakuinya.

Antara tajuk2 dalam buku ini:-

الوهابية جددت " منهاج النبوة "

Maksudnya: "Al-Wahhabiyyah memperbahrui Manhaj Nabawi".

Boleh dapatkan buku ini secara online:

http://saaid.net/book/10/3279.rar

Jadi, tuduhan bahawa istilah wahabi adalah istilah ejekan oleh golongan yang menolak kumpulan ini adalah tidak tepat bahkan hanyalah suatu dakwaan yang tidak berasas serta menyalahi realiti sebenar. Dalam lapangan ilmiah, istilah wahabi ini bukan sahaja diterima penggunaannya oleh sebahagian besar ahli ilmu bahkan termasuklah dari kalangan pengikut fahaman ini sendiri.

Ulamak-ulamak dari dahulu (yang hidup sezaman dengan Muhammad bin Abdul Wahhab) sehinggalah sekarang ada menulis kitab-kitab yang menolak fahaman Wahhabi yang menumbuhkan pemikiran/tindakan yang ekstrimis terhadap umat Islam.

Antaranya :

1. Fasl al-Khitab fi Radd ‘ala Muhammad ibn Abdil Wahhab oleh Syaikh Sulaiman ibn Abdil Wahhab. Inilah merupakan kitab yang pertama yang menolak fahaman Wahhabi yang ditulis oleh saudara kandung pengasas fahaman Wahhabi.

2. As-Sowa’qul Ilahiyyah fi Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Sulaiman ibn ‘Abdul Wahhab al-Najdi

3. Fitnah al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaluddin ar-Rembawi)

4. Ad-Durarus Saniyah fi al-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan (kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu, maaflah ambo lupa tajuknya)

5. Khulasatul Kalam fi Bayani 'Umara` al-Balad al-Haram karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan

6. Saif al-Jabbar oleh Syaikh Fadhlur Rasul

Al-Aqwal al-Mardiyyah fi al-Radd 'ala al-Wahhabiyyah oleh al-Syaikh al-Faqih 'Atha' al-Kasam al-Dimashqi al-Hanafi

7. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Sholeh al-Kuwaisy al-Tunisi

8. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Abu Hafs Umar al-Mahjub

9. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Muhammad Sholeh al-Zamzami al-Syafie

10. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Abdul Qadir al-Tarabulasi al-Riyahi al-Tunisi

11. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Madinah Zubir di Bashrah - Syaikh Abdul Muhsin al-Asyniqiri al-Hanbali

12. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Mufti Fez - Syaikh al-Makhdum al-Mahdi

13. Ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Qadhi Jamaa’ah di Maghribi - Syaikh Ibn Kiran

14. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikhul Islam Tunisia- Syaikh Ismail al-Tamimi al-Maliki

15. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh Syaikh Ahmad al-Misri al-Ahsa’i

16. Ar-Radd ‘ala Ibni Abdil Wahhab oleh al-‘Allamah Barakat al-Syafie al-Ahmadi al-Makki

17. Ar-Radd ‘ala Muhmmaad ibn Abdil Wahhab karangan Muhammad ibn Sulaiman al-Kurdi asy-Syafie, guru dan syaikh bagi Ibn ‘Abdul Wahhab. Disebut oleh Ibnu Marzuq asy-Syafie:
Syaikhnya ini telah berfirasat bahwa dia akan menjadi orang yang sesat dan meyesatkan seperti mana firasat syaikhnya Muhammad Hayat as-Sindi dan dan ayahnya [ayahnya Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab].

18. At-Taudhih ‘ala Tauhid al-Khallaq fi Jawab Ahli al-Iraq ‘ala Muhammad ibn ‘Abdul Wahhab karangan Syaikh ‘Abdullah Affendi al-Rawi

19. Al-Haqiqah al-Islamiyah fi ar-Raddi ‘ala al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Abdul Ghani ibn Sholeh Hamadah.

20. Ad-Dalil Kafi fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabi oleh Syaikh Misbah ibn Muhamad Syabqalu al-Beiruti

21. Radd Muhtar ‘ala Durr al-Mukhtar oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi al-Dimasyqi

22. Al-Haq al-Mubin fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyin oleh Syaikh Ahmad Sa’id al-Faruqi al-Sirhindi al-Naqsyabandi

23. Al-Haqaiq al-Islamiyah fi Radd ‘ala Maza’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Kitab wa al-Sunnah al-Nabawiyyah oleh Syaikh Malik ibn Syaikh Mahmud.

24. Ar-Rudud ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh al-Muhaddits Sholeh al-Fullani al-Maghribi. Telah berkata Sayyid ‘Alawi ibn Ahmad al-Haddad bahwa kitab yang besar ini mengandungi risalah dan jawapan daripada para ulama’ mazhab yang empat, Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali dalam menolak pendapat/fahaman Muhammad ibn Abdul Wahhab.

25. Ar-Radd ‘ala Muhammad ibn Abdul Wahhab oleh Syaikh Abdullah al-Qudumi al-Hanbali al-Nablusi

26. Risalah fi Musyajarah baina Ahl Makkah wa Ahl Nadj fil ‘Aqidah oleh Syaikh Muhammad ibn Nasir al-Hazimi al-Yamani

27. Sa’adah ad-Darain fi ar-Radd ‘ala Firqatain – al-Wahhabiyyah wa Muqallidah al-Zhahiriyyah oleh Syaikh Ibrahim ibn Utsman ibn Muhammad al-Samhudi al-Manshuri al-Misri

28. Al-Saif al-Batir li ‘Unuq al-Munkir ‘ala al-Akabir oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Haddad.

29. As-Suyuf al-Masyriqiyyah li Qat’ie A’naaq al-Qailin bi Jihah wa al-Jismiyah oleh Syaikh ‘Ali ibn Muhammad al-Maili al-Jamali al-Tunisi al-Maghribi al-Maliki

30. Raudh al-Majal fi al-Radd ‘ala Ahl al-Dholal oleh Syaikh Abdurrahman al-Hindi al-Delhi al-Hanafi

31. Sidq al-Khabar fi Khawarij al-Qarn al-Tsani Asyara fi Itsbathi ‘an al-Wahhabiyyah min al-Khawarij oleh Syaikh al-Syarif ‘Abdullah ibn Hassan Basya ibn Fadhi Basya al-‘Alawi al-Husaini al-Hijazi

32. Al-Minhah al-Wahbiyyah fi Raddi al-Wahhabiyyah oleh Syaikh Daud bin Sulaiman al-Baghdadi an-Naqsyabandi al-Khalidi

33. Al-Haqaaiq al-Islamiyyah fi ar-Raddi ‘ala al-Mazaa’im al-Wahhabiyyah bi Adillah al-Ktab wa as-Sunnah an-Nabawiyyah oleh al-Hajj Malek Bih ibn Asy-Syaikh Mahmud, Mudir Madrasah al-‘Irfan, Kutbali, Mali

34. Misbah al-Anam wa Jala-uz-Zhalam fi Raddi Syubah al-Bid’i an-Najdi Allati Adhalla biha al-‘Awwam oleh al-‘Allamah al-Habib ‘Alwi bin Ahmad bin Hasan bin Quthubul Irsyad al-Habib ‘Abdullah bin ‘alwi al-Haddad.

35. An-Nuqul as-Syar’iyyah fi Raddi ‘alal Wahhabiyyah oleh Hasan ibn ‘Umar ibn Ma’ruf as-Shatti al-Hanbali

36. Nasiha li Ikhwanina Ulama Najd oleh as-Sayyid Yusuf ibn Sayyid Hasyim ar-Rifaie

37. Tahakkum al-Muqallidin bi Mudda`i Tajdid ad-Din karangan Syaikh Muhammad bin 'Abdur Rahman bin 'Afaliq al-Hanbali, seorang ulama yang sezaman dengan Muhammad ibn Abdul Wahhab dan telah mencabar keilmuannya sehingga Ibnu 'Abdul Wahhab membisu seribu bahasa Saiful Jihad li Mudda`i al-Ijtihad karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Abdul Lathif asy-Syafi`i Tarikh al-Wahhabiyyah oleh Ayyub Sabri Pasha (meninggal dunia tahun 1308H/1890M). Beliau adalah merupakan Laksamana Armada Laut di zaman pemerintahan Sultan ‘Abdul Hamid Khan II. Kitab karangan beliau ini menceritakan tentang Wahhabi secara terpeinci. Sebahagian kandungan kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dengan tajuk Faham Wahhabi dan Penyelewengannya. Beliau juga merupakan pengarang kitab Mir’ah al-Haramain Faydul Wahhab fi Bayan Ahl al-Haq wa Man Dhalla 'an ash-Shawab karangan Syaikh 'Abdur Rabbih bin Sulaiman asy-Syafi`i

38. As-Sarim al-Hindi fi 'Unuqin-Najdi karangan Syaikh 'Atha` al-Makki;

39. As-Sarim al-Hindi fi Ibanat Tariqat asy-Syaikh an-Najdi karangan Syaikh 'Abdullah bin 'Isa bin Muhammad as-San`ani

40. Al-Basha`ir li Munkiri at-Tawassul ka Amtsal Muhammad ibn Abdul Wahhab karangan Syaikh Hamd-Allah ad-Dajwi

41. Risalah Irsyadul Jaawiyyin ila Sabilil 'Ulama-il-'Aamiliin karangan Tuan Guru Haji 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin 'Utsman al-Fathoni

42. Sinar Matahari Buat Penyuluh Kesilapan Abu Bakar al-Asy’ari [pelopor fahaman Wahabi di Perlis] karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

43. Tajrid Saif al-Jihad li Mudda’I al-Ijtihad karangan Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Lathif asy-Syafie. Beliau menolak pendapat Muhammad bin ‘Abdul Wahhab ketika hayatnya.

44. Al-Mazhab atau Tiada Haram Bermazhab karangan Syaikh Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Mandili

45. Kitab Senjata Syari'at karangan Ustaz Abu Zahidah bin Haji Sulaiman dan Abu Qani'ah Haji Harun bin Muhammad as-Shamadi al-Kalantani. Kitab ini telah ditaqridz oleh Syaikh 'Abdullah Fahim, Tuan Guru Haji Ahmad bin Tuan Hussin Kedah dan Tuan Guru Haji 'Abdurrahman Merbuk, Kedah.

46. Al-Fajr ash-Shodiq fi al-Radd ‘ala al-Maariq karangan Syaikh Jamil Affendi Shodiqi az-Zuhawi.

47. Al-Ushul al-Arba’ah fi Tardid al-Wahhabiyyah/ Al-‘Aqaid as-Shohihah fi Tardid al-
Wahhabiyyah karangan Muhammad Hasan, Shohib al-Sirhindi al-Mujaddidi.

48. Al-Awraq al-Baghdadiyyah fi al-Jawabat an-Najdiyyah karangan Syaikh Ibrahim ar-Rawi al-Baghdadi.

49. Al-Bara’ah min al-Ikhtilaf fi ar-Radd ‘ala Ahli asy-Syiqaq wa an-Nifaq wa ar-Radd ‘ala Firqah al-Wahhabiyyah al-Dhallah karangan Syaikh Zainul ‘Abidin as-Sudani.

50. Al-Barahin as-Sati’ah karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

51. Risalah fi Ta’yid Madzhab as-Sufiyyah wa ar-Radd ‘ala al-Mu’taridhin ‘Alaihim karangan Syaikh Salamah al-‘Azzami

52. Risalah fi Jawaz at-Tawassul fi ar-Radd ‘ala Muhammad ibn ‘Abdil Wahhab karangan al-‘Allamah Syaikh Mahdi al-Wazaani, Mufti Fez, Maghribi.

53. Risalah fi ar-Radd ‘ala al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Qasim Abi al-Fadhl al-Mahjub al-Maliki

54. Al-Risalah ar-Raddiyyah ‘ala at-Tho’ifah al-Wahhabiyyah karangan Syaikh Muhammad ‘Atholah yang dikenali sebagai Ato ar-Rumi

55. ‘Iqd Nafis fi Radd Syubhat al-Wahhabi al-Ta’is karangan Syaikh Ismail Abi al-Fida` at-Tamimi at-Tunisi. Beliau adalah seorang yang faqih dan ahli sejarah.

56. Al-Madarij as-Saniyyah fi Radd al-Wahhabiyyah karangan Maulana Aamir al-Qadiri, guru di Darul Ulum al-Qadiriyyah, Karachi, Pakistan

57. Dan banyak lagi dari dahulu hinggalah terkini.

Sumber :

1. Penjelasan dari Ustaz Syarqowy di : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8972.20

2. http://al-fanshuri.blogspot.com/2009/11/kitab-kitab-ulama-dalam-menolak-fahaman.html

KEPENTINGAN DISIPLIN TAREKAT TASAWUF

KEPENTINGAN DISIPLIN TAREKAT TASAWUF~
Oleh : Al-Fadhil Tn. Guru Dr. Hj. Jahid B. Hj. Sidek Al-Khalidi Hafizahullahu Ta'ala

Pengaruh tasawuf di abad kedua dan ketiga juga telah menarik perhatian gulungan ulamak lainnya, termasuklah  mutakallimin, mufassirin, muhaddithin dan fuqaha’.

Mereka memahami kedudukan dan kepentingan  tarekat  sebagai asas utama tasawuf sebagaimana yang ditegaskan oleh syeikh Abu Qasim al-Junaydi: “Dhikrullah adalah rukun utama dalam ilmu tasawuf ini, bahkan seseorang tidak akan sampai kepada (hakikat dan makrifat) Allah kecuali ia sentiasa kekal berzikir’’.

Keempat-empat imam, Abu Hanifah (w.150H.), Imam Malik (w.167H.), Imam Syafie (w.204H.) dan Imam Ahmad Ibnu Hambal (w.241H.) bukan hanya turut belajar dan beramal dengan tarekat tasawuf tetapi mereka juga mengakui peranan dan kepentingannya.

Imam Abu Hanifah yang berguru dengan Syeikh Ja’far as-Sodiq (w.148H.) berkata:  “Kalaulah tidak disebabkan dua sunnah, (sunnah yang zahir iaitu fekah dan yang batin iaitu tarekat tasawuf) nescaya binasalah Nu’man”.

Imam Malik juga meninggalkan wasiat penting dengan katanya:  “Sesiapa yang hanya beramal dengan fekah, tanpa bertasawuf ia jadi fasik (berdosa besar), sesiapa yang hanya bertasawuf sahaja tanpa fekah ,ia jadi zindik (terkeluar dari Islam), sesiapa yang mengabungkan kedua-duanya (semasa beramal) sesungguhnya ia sampai kepada hakikat sebenar.”

Apakah maksud wasiat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tersebut? Setelah beramal dengan tarekat tasawuf, kedua-dua tokoh memahami, setiap amalan tidak boleh dipisahkan dari tiga aspek iaitu syariat, tarekat dan hakikat;  jika sesorang mukmin hanya beramal berdasarkan fekah sahaja bermakna ia hanya dapat melakukan aspek syariat sahaja; dua aspek lain, tarekat dan hakikat akan tertinggal dan tidak tercapailah tujuan ibadat.

Solat misalnya, aspek syariatnya ialah menjaga segala syarat dan rukun qauli dan fi’linya dengan sampurna. Aspek tarekat bagi solat ialah kesedaran taqarrub kepada Allah dengan dhikir  mengingati namaNya dan tafakkur terhadap kewujudanNya, sifat-sifat keaggungan dan kesampurnanNya. Aspek hakikat solat ialah roh mushahadah terhadap Allah dengan tadhakkur. (Aspek tarekat dan hakikat ini atau sentiasa berzikir, tafakkur dan tadhakkur boleh kita fahami dalam surah Al ‘Imran, ayat 191).

Imam Syaf’ie juga mengingatkan kita mengenai kepentingan tarekat tasawuf dengan katanya:  “Sesiapa yang mahu berbagai hijab hatinya dibukan oleh Allah, lalu Allah limpahkan ilmu (terus ke dalam hatinya), wajiblah ia melakukan khalwat dan mengawal makan dan menjauhkan diri dari orang-orang yang jahil dan juga ulamak yang mengikutkan nafsu dan yang tidak beradab”.

Wasiat Imam Syaf’ie ini bermaksud, tarekat tasawuf yang diamalkan dalam khalwat akan dapat meningkatkan tauhid ke tingkat hakikat dan makrifat.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah mengingatkan puteranya, Abdullah dan juga kita semua dengan wasiatnya:  “Wahai anakku wajiblah engkau belajar dari orang-orang sufi, kerana mereka boleh membantumu untuk membentuk sifat takut kepada Allah, tawakal dan ...”

Wallahu a'lam.

AMALAN-AMALAN DI KUBUR MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

AMALAN-AMALAN DI KUBUR MENURUT ULAMAK AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

Persoalan :

1. Hukum Ziarah Kubur
2. Ziarah kubur pada hari dan waktu tertentu
3. Membaca al Quran di Kubur
4. Mengusap di Kubur
5. Bertawassul
6. Meletakkan bunga dan menyiram air di kubur

Jawapannya di sini :

https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/859390294126113:0

Persoalan :

1. Hukum membaca Surah Al Fatihah kepada orang yang telah meninggal dunia

Jawapannya di sini :

https://www.facebook.com/SunniMalaysia/photos/a.149616235103526.33239.149551445110005/611468442251634/

Persoalan :

1. Hukum binaan di kuburan

Jawapannya di sini :

Gambar-gambar binaan kubur di ma'la di Mekah , baqi' di Madinah dan hukum binaan di kubur :

1. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/862395130492296

2. https://www.facebook.com/SunniMalaysia/posts/686777904720687

Persoalan :

1. Hukum Mengambil Upah Membaca al Quran

Jawapannya di sini :

https://www.facebook.com/notes/kami-tidak-mahu-fahaman-wahhabi-di-malaysia/hukum-mengambil-upah-membaca-al-quran/348860045179143

Persoalan :

Hukum membaca talqin

Jawapannya di sini :

1. Jawapan Ustaz Abu Muhammad : http://bahrusshofa.blogspot.my/2008/12/talqin-raudhatuth-tholibin.html

2. Status Hadith mengenai talqin :

http://jomfaham.blogspot.my/2010/05/kedudukan-hadits-talqin-setelah-dikubur.html

3. Ulamak di dalam 4 mazhab membolehkan membaca talqin

http://jomfaham.blogspot.my/2008/12/hukum-membaca-talqin-2.html

P/S : Kami dapat whatsapp sedang disebarkan senarai amalan bid'ah di kubur oleh Wahhabi yang katanya diperolehi dari  'ijtihad' MAZA tentang talqin dan juga Rozaimi bertajuk mengajak ummah ke arah 'sunnah'.

Pengikut ajaran ini mengajak uruskan jenazah mengikut cara Nabi ? Mereka lihat dengan mata kepala sendiri ke bagaimana Rasulullah sallalLahu 'alaihi wasallam mengurus jenazah dan bagaimana para sahabat mengurus jenazah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ?

Jika jawapannya tidak. Maka kita memerlukan ulamak yang memahami al Quran, hadith, ijmak dan qiyas untuk istinbath hukum. Serahkan urusan kepada ahlinya.

Sekiranya ada yang mengatakan ulamak tidak maksum. Maka adakah kedua-dua insan berkenaan adalah maksum ?

Kembalilah kepada al Quran dan as sunnah dengan kefahaman yang sahih.

 

ULAMA WAHABI MENSAHIHKAN HADITH KENDURI ARWAH YANG MENUNJUKKAN LAFAZ 'WAKIL ISTERI MAYAT

[ ULAMA WAHABI MENSAHIHKAN HADITH KENDURI ARWAH YANG MENUNJUKKAN LAFAZ 'WAKIL ISTERI MAYAT']

menurut ulama yang menjadi rujukan wahabi sekluruh dunia, iaitu  Albani, mengenai hadith dalam kitab Misykatul Mashobih karangan Muhammad Abdulloh Al Khothib al Tibriziy cetakan Beirut dengan tahqiq : Muhamad Nasrudin Al-Bani, dia menshohihkannya serta menggunakan lafadz yang menunjukkan bahawa wanita tersebut adalah isteri dari lelaki yang meninggal :

مشكاة المصابيح - (ج 3 / ص 292)
 5942 - [ 75 ] ( صحيح ) وعن عاصم بن كليب عن أبيه عن رجل من الأنصار قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي الحافر يقول : " أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه " فلما رجع استقبله داعي امرأته فأجاب ونحن معه وجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا

Ertinya : Kami bersama Rasulullah saw., keluar menuju pemakaman jenazah, sewaktu hendak pulang muncullah isteri mayat mengundang untuk singgah kemudian ia menghidangkan makanan. Rasulullah saw., pun mengambil makanan tersebut dan mencicipinya(menyantapnya), kemudian para sahabat turut mencicipi (menyantapnya) pula”.

Link : http://islamport.com/d/1/alb/1/81/677.html

Dalam hadits ini disebutkan kata daa`i imroatih (داعى امرأته) (pengundang dari isteri mayat) bukan dengan kata داعى امرأة .
Hadits ini menurut ulama wahabi, Al-Bani adalah Shoheh (داعى امرأته)

- Ustaz Dodi ElHasyimi

Kelompok Besar (al-Sawad al-a'zam), Orang Asing (al-Ghuraba') dan Kebenaran

Kelompok Besar (al-Sawad al-a'zam), Orang Asing (al-Ghuraba') dan Kebenaran

[1] Kelompok minoriti tidak semestinya terpuji, betul, dan di jalan yang benar. Jangan ingat hanya kerana Allah SWT banyak menyebut, memuji golongan sedikit, mafhum: "sedikit di kalangan hambaKu yang bersyukur...(QS Saba':13)" ; "berapa banyak kumpulan sedikit mampu mengalahkan kumpulan besar..." (QS Al-Baqarah:249)  atau Nabi SAW memuji, mafhum: "beruntunglah mereka yang asing (al-ghuraba') maka kita pun merasakan golongan "sedikit" itu terpuji lalu ingin menjadi kelompok yang kecil atau minoriti. Kelompok seperti ISIS,  Qadiani, Ayah Pin,  pun semuanya sedikit dan minoriti tetapi mereka semua bathil dan ajaran mereka sesat dan menyesatkan. Ajaran sesat hari ini semuanya minoriti.

[2] Yang ramai atau majoriti juga tidak semestinya betul. Agama Kristian mempunyai 2.2 billion penganut di seluruh dunia manakala ajaran Islam dikatakan sekitar 1.6 billion saja. Bukan bermakna ajaran Kristian itu benar walaupun majoriti.

[3] Lalu bagaimana sikap kita dan cara memahaminya? Maka hendaklah kita melihat konteksnya bila ketikanya kelompok kecil dipuji dan bilakah pula kita disaran bersama golongan majoriti yang berada di atas jalan kebenaran.

[4] Golongan sedikit yang dipuji ialah mereka yang benar-benar beramal dengan ajaran Islam dan hakikat hari ini mereka yang beramal dengan Islam dengan sesungguhnya jauh lebih sedikit berbanding dengan umat Islam yang pada nama saja. Tengok perbandingan  jumlah mereka yang ke masjid dan ke tempat-tempat hiburan sudah cukup untuk mendapat gambaran awal itu. Ini kerana jalan ke Neraka itu disukai nafsu seperti mana hadith dari Anas bin Malik RA  bahwasanya Rasulullah SAW bersabda,

حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ

“Syurga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat.”(HR. Muslim)

[5] Tetapi dalam memilih untuk  beramal dan mengambil hukum hakam, kita diperintahkan untuk mengikut pandangan ramai atau pandangan majoriti. Majoriti siapa? Bukan majoriti orang awam Tom, Dick and Harry (Pak Mat atau Mak Timah), tetapi ahli ilmu, ulama yang benar di kalangan mujtahid yang dipanggil "al-Sawad al-azam". Sebab itu ada istilah "ijma" dan "ittifaq" yang merujuk kepada pandangan ramai atau kesepatan mujtahid dan ulama. Kita ditegah mengikut pandangan ganjil, pelik, berseorangan (isolated) atau disebut "syaz". Ini menunjukkan minoriti tidak semestinya betul dan terpuji sepanjang masa.

[6] Ambil contoh memakan "daging khinzir". Ijma' ulama menghukumkan khinzir haram dimakan mana-mana bahagian sekalipun. Tetapi ada pandangan pelik, ganjil (syaz) yang mengatakan yang haram dimakan hanya "daging" (لحم) khinzir saja kerana kata mereka ayat atau hadis yang melarang menyebut spesifik "daging khinzir", adapun bahagian khinzir yang lain (seperti perut, lemak, tulang babi dll) boleh dimakan. Ini pandangan pelik menyalahi Ijma' dan kita ditegah mengikutinya. Mahukah kita memperjudikan agama kita dengan mengikuti pandangan minoriti sebegini? Ini bukan soal memilih pemimpin politik tetapi memilih fatwa dan hukum hakam untuk beramal di dunia yang kesilapannya akan membawa kesengsaraan berpanjangan di Akhirat kelak. Silap memilih pemimpin politik, 5 tahun sekali boleh ditukar.

[7] Perintah untuk bersama dengan pandangan majoriti ulama ramai (bukan majoriti orang awam) banyak disebutkan dalam al-Qur'an dan al-Hadith. Antaranya Sabda Baginda SAW, mafhumnya:
إنّ أمّتي لا تجتمع على ضلالة فإذا رأيتم الإختلاف فعليكم بالسواد الأعظم
 "Sesungguhnya umat aku  tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti kumpulan terbesar (al-sawadul a'zam). (HR Ibn Majah).

[8] Lalu apa yang harus diajar kepada masyarakat awam? Ajarlah mereka agar bersama dengan pandangan majoriti ulama Ahlul Sunnah wal Jamaah kerana itulah lebih selamat dan hampir mustahil majoriti ulama yang ikhlas itu tersalah atau berpakat dalam kebathilan. Dalam masa yang sama ingatkan mereka kuatkan semangat kerana ketika kita beramal dan berpegang teguh dengan ajaran Islam itu, pasti kita akan terasa terasing, minoriti kerana tidak ramai manusia di sekeliling yang mentaati Allah SWT, melawan hawa nafsu sedangkan ramai yang lebih suka mengikut hawa nafsu mereka.

[9] Kesimpulannya, beramallah dengan apa yang disepakati oleh majoriti ulama (al-sawad al-a'zam) walaupun mungkin akhirnya kita hanya menjadi minoriti (al-ghuraba')  di dunia akhir zaman yang semakin rosak yang majoriti penghuninya tidak lagi berpegang dengan kebenaran, ajaran Islam dan lalai daripada mengingati Allah SWT. Wallahu'alam.

Dr Nik Roskiman

JAMU ORANG MAKAN MASA KENDURI ARWAH AMALAN SAHABAT

JAMU ORANG MAKAN MASA KENDURI ARWAH AMALAN SAHABAT

1) Di dalam Sohih Muslim disebutkan bahawa apabila berlaku kematian ahli keluarga Sayyidatuna Aisyah,beliau akan menyuruh membuat kuah tepung dicampur madu,lalu dituangkan ke bubur dan beliau menyuruh keluarga dan orang2 terdekatnya makan

2) Al-Hafiz IBNU HAJAR AL-ASQALANI menyebutkan di dalam kitabnya Al Matholib al-'Aliyah bi Zawa'id al Masanid ath Thamaniah,5/328;bahawasanya ketika hampir meninggal dunia,Sayyidina Umar al-Khattab berwasiat supaya orang yang datang mengucapkan takziah diberi makan.

Berpeganglah dengan Majoriti Ulama untuk kita selamat!

Berpeganglah dengan Majoriti Ulama untuk kita selamat!

Banyak ajaran sesat yang muncul bila mereka menyisih daripada pandangan majoriti ulama samada dalam akidah, fiqih mahupun tasauf.

Secara jelas Rasulullah SAW bersabda:

إنّ أمّتي لا تجتمع على ضلالة فإذا رأيتم الإختلاف فعليكم بالسواد الأعظم

"Sesungguhnya umat aku (umat Islam) tidak akan berhimpun dalam kesesatan. Jika kamu melihat perselisihan (dalam kalangan mereka), maka hendaklah kamu mengikuti sawadul a'zhom. Sesungguhnya, sesiapa yang terasing, maka dia akan terasing dalam neraka" (Hadith riwayat Abd bin Hamid dan Ibn Majah).

لا تجتمع هذه الأمّة على ضلالة أبداً، وإنّ يد الله مع الجماعة فاتبّعوا السواد الأعظم، فإنّ من شذّ شذّ في النار

Maksudnya: Tidak akan berhimpun umat dalam kesesatan selamanya. Sesungguhnya yadd (bantuan) Allah s.w.t. bersama dengan Jamaah. Maka, ikutilah As-Sawadhu Al-A'zhom. Sesiapa yang terpinggir, maka dia terpinggir dalam dalam neraka. (Hadith riwayat Al-Hakim, Abu Na'im dan melalui jalan Al-Dhiya' Al-Maqdisi daripada Ibn Umar)

Pembawa ajaran sesat biasanya, mereka guna Quran dan hadis seumpama:

بدأ الإسلام غريبا سيعود غريبا فطوبى للغرباء

Bererti: Islam bermula sebagai asing, akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing.

Lantas mereka mempertahankan kesasatan mereka dengan hujah, kalu kita pelik pun tidak apa-apa sebab memang diisyaratkan begitu oleh Rasuilullah SAW. Beginilah aliran pelik-pelik berkembang.

Walhal, ulama mengatakan hadis ini bermaksud, asing kerana kurang orang beramal walaupun pegangan majority sudah benar. Lihatlah perkataan Imam As-Sindi dalam mensyarahkan hadith Al-Ghuraba’ dengan berkata:

بِقِلَّةِ مَنْ يَقُوم بِهِ وَيُعِين عَلَيْهِ وَإِنْ كَانَ أَهْله كَثِيرً

Maksudnya: “((Akan kembali asing)) dengan sedikitnya orang yang mendirikannya (mengamalkannya) dan membantunya walaupun ramai ahlinya (penganut agama Islam).”

Maka, berpeganglah kita dengan majoriti ulama samada dalam akidah, fiqh mahupun tasauf. Mazhab imam-imam mazhab bermula dari zaman Salaf dan sudah dihuni oleh ribuan para mufassirin dan para muhadithin, berbanding golongan yang mencipta mazhab baru atau mazhab rojak diambil di sana sini! Untuk memudahkan ajaran sesat menyelit, rungkaikan keyakinan umat dan kecintaan umat daripada menyintai jalan majoriti ulama!

Allahu al-musta’an.

Penulis : Prof Madya Dr Asmadi Bin Mohamed Naim