TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (3) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (4) Anti Hadis (1) Aqidah (15) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (4) Bab Tauhid (7) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (2) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (17) Guru Mursyid (17) Guru Tariqat (17) guruku (15) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (2) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (20) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (27) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Isu Yaqazah (10) Jalan-Jalan (130) Jihad Ekonomi (37) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (7) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (3) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (7) Makam Sultan/Raja Melayu (8) Makam Wali Allah (46) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Martabat Tujuh (4) Masjid (47) Masjid Lama (25) Masjid Utama (34) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Mengenal Diri (9) Merdeka (1) Misteri (11) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (3) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) Peluang Perniagaan (1) pengumuman (7) Penyakit (1) Perjalanan Diri (2) Perubatan Islam (3) Perubatan tradisional (2) Petua (1) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (7) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (8) Tasawuf (26) Tawassul (5) Tulisanku (358) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (22) Ulamak Tanah Melayu (18) Universiti (5) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) wahdatul wujud (5) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (62) Wali Melayu (33) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 28 Januari 2013

MAHA 2012 - Luar Dewan

Assalamu'alaikum,

Sambung dari cerita MAHA 2012 di dalam dewan. Kita ke luar dewan. Setelah masuk-keluar beberapa dewan, kami ke luar dewan pula.

Beberapa jenis permainan turut disediakan kepada pengunjung....ehmmm, MAHA dah nak jadi apa ye??? Jangan jadi konsert sudahlah...jangan lari dari objektif asal!!! 


Fun-Fair pun dah ada??? Sebelum ini hamba tak pernah lihat fun-fair dalam MAHA...Pembaharuan, tetapi adakah ianya baik untuk pengunjung??? 

Hujan, kami dok bawah khemah saja... 

Inovasi pertanian diharuskan dalam Islam asalkan tidak bercanggah dengan hukum-hakam, tidak memudaratkan manusia.... 


Kalau bukan kerana amanah menyampaikan ilmu dan berdakwah 'secara berhikmah', hamba dah jadi petani moden kerana ia sesuai dengan jiwa hamba...:-)

Waktu hamba mula-mula kahwin dengan isteri hamba, 16 tahun dahulu, beliau dan keluarga beliau kurang makan salad dan sayuran segar....Sekarang isteri hamba suka makan salad, tomato dan lain-lain, hasil didikan suaminya...:-)


 Teknologi membolehkan buah-buahan dan sayuran dipercepatkan tumbesarannya, ditingkatkan produktiviti dalam keluasan yang sama, dan lebih berkhasiat...


Pengalaman tinggal di luar negara tiga tahun 9 bulan membolehkan hamba semakin sukakan salad dan rakan-rakan salad... 



Penyakit di Malaysia ni, kita minum madu Malaysialah... penyakit di Yaman/Timur Tengah, minumlah madu di sana...Khasiat madu tak sama antara negara/kawasan... 

 Permainan pinball pun ada... hamba bertambah hairan, mungkin maksud penganjur adalah bersukan sambil  melawat gerai/pameran atau melawat gerai/pameran sambil bersukan??? Mana yang betul?

Kalau nak beli benih pokok-pokok, kat MAHA macam2 ada... 

 Benih Durian D24...

Lihat orkid sepintas lalu...Sempat berjumpa dengan rakan sekolah menengah hamba yang dulunya hobi menanam orkid dan kini dah jadi perniagaannya. Hamba dah kira-kiranya 20 tahun tidak bertemu secara nyata dengan beliau. Industri orkid negara dimonopoli oleh pengusaha bukan Muslim walaupun pegawai Jabatan Pertanian adalah dalam kalangan anak bangsa. Beliau yang merupakan bekas jurutera dan pengurus di sebuah kilang antarabangsa di Bayan Lepas menceritakan bagaimana pengurusan kanan kilang tersebut yang beragama Hindu mendiskriminasi dan menganaktirikan jurutera dan kumpulan pengurusan berbangsa Melayu dan Cina...

Bab diskriminasi kaum di Malaysia bukan isu rasis tetapi fakta. Kajian pensyarah USM di Pulau Pinang membuktikannya secara jelas dan saintifik. Sesiapa bekerja di kilang MNC/Antarabangsa dan kilang tempatan pun tahu. Tak payah heboh-heboh nak kata ia isu rasis. Ia adalah kenyataan. Hamba sendiri pun pernah mengalaminya apabila bekerja di sebuah kilang milik syarikat tempatan di Nilai, NSDK sebelum sambung pengajian dan tukar tempat kerja. Dalam kita tidak boleh berlaku zalim untuk tidak adil/menzalimi orang bukan Islam, kita juga tidak boleh terlalu berprasangka baik dengan mereka bukan Islam. Bacalah dan hayatilah peringatan yang disampaikan Allah Taala dalam Al-Quran tentang agenda bukan Islam terhadap orang Islam.  Jangan ambil hati orang bukan Islam sampai hak-hak kita digadaikan, peluang-peluang untuk orang  Islam digadaikan, jangan ambil hati orang bukan Islam untuk menang pilihanraya sedangkan sesama orang Islam berlainan parti kita anggap sebagai musuh!!! Tidakkah pelik kita mengambil hati orang bukan Islam dan meraikan mereka dalam majlis hari lahir dan sebagainya, tetapi kita mendoakan tidak baik untuk mereka yang sama agama!!!

Bersatulah atas nama Allah dan Rasul, bukan atas nama menang pilihanraya!!! 





 Selepas solat Maghrib, kami ke gerai ini di dalam khemah berbumbung...


Perlu bezakan masakan Islam dengan masakan bukan Islam, bukan bezakan masakan Melayu dengan bukan Melayu... jangan menanggapi masakan Barat/bukan Melayu sebagai masakan bukan Islam, salah tu...macam kita kata makanan orang Cina sebagai masakan bukan Islam sedangkan berjuta-juta penganut Islam Cina di China pun makan benda tu juga...Masakan cara Islam adalah mengikut Al-Quran dan As-Sunnah... dalam kita memperjuangkan agenda Melayu contohnya dalam kerangka kerja kepentingan umat Islam di Malaysia, jangan pula sempitkan agenda Melayu dalam pelbagai perkara..

 

 Teh peria keluaran Melayu/Islam



 1001 minyak wangi yang sesuai untuk beribadat



Champs keluaran syarikat farmaseutikal Muslim... Industri farmaseutikal negara masih dikuasai oleh pelabur asing dan bukan Muslim... kalau terjadi perang atau pemboikotan ke atas negara Islam, memang kita akan kehabisan ubat dalam masa yang singkat... 

 Apabila zaman dah berubah, organisasi seperti Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) harus direkayasa semula, diberi nafas baru...Itu tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani



Orang Melayu/Islam di Malaysia harus berhenti jadi ali-baba...tempel nama, ambil komisen atas angin...Kena berubah dan gambar di atas adalah buktinya... 


90% pemamer di MAHA adalah usahawan Melayu/Muslim dan 90% pengunjung juga kaum Melayu... 


Apabila dah lapar, kami ke gerai makanan yang terletak bawah khemah yang besar ini...Ada lebih 100 gerai yang menjual pelbagai juadah dan masakan Malaysia...Ini satu pembaharuan yang baik, mengelakkan peniaga menjual makanan yang sama dan mempopularkan keunikan dan kepelbagaian masakan Malaysia


Hamba makan mee udang lipan... udangnya geli nak makan, kena pejam mata baru telan...:-) 

Jam 9 malam lebih, kami kembali ke kereta dan pulang ke rumah.. Sempat beli beberapa biji buah durian dan anak pokok. Pengalaman MAHA 2012 memang mengujakan walaupun tak pusing habis kerana hujan dan kekangan masa.  Banyak perubahan dan penambahbaikan berbanding 2010 dan 2008, cuma beberapa perubahan hamba rasakan tidak sesuai. MAHA sepatutnya mengekalkan objektif asalnya, iaitu pameran dan ekspo berkaitan pertanian dan hortikultur, bukannya mengajak pengunjung untuk turut 'berhibur'.  Harap-harap Pak Menteri yang jaga MAHA maklum. Wassalam.

MAHA 2012 - Di Dalam Dewan

Assalamu'alaikum,

Selepas menamatkan ekspedisi ke Selatan Tanah Melayu, hamba agak sibuk dengan urusan kerja. Namun, MAHA 2012 muncul kembali. Kali pertama hamba ke MAHA adalah pada tahun 2008, sewaktu kembali sekejap dari luar negara untuk mengutip data dan maklumat. Sementelah kami di Malaysia, kami mengambil kesempatan ke MAHA 2008. Kemudiannya, kami turut berkunjung ke MAHA 2010. Memang terasa dan terlihat perbezaan acara dan aktiviti yang dianjurkan.  Semakin lama, semakin banyak bahan pameran yang menarik. Hamba ke MAHA sebenarnya untuk melihat perkembangan dan kemajuan usahawan Melayu/Islam di tanahair. Sekadar memandang dan membaca laporan tahunan dan maklumat di pelbagai media tidak mencukupi. Perlu bersemuka dan berhadapan dengan usahawan tanahair dan meninjau sendiri perkembangan mereka.

MAHA 2012 diadakan pada waktu cuti sekolah. Nasihat hamba kalau nak lihat seluruh kawasan pameran, kena datang awal pagi, bawa persediaan dan bekalan untuk sehari  untuk berada di sini. Macam-macam ada. Kalau tak mahu sesak, jangan datang pada hari Sabtu dan Ahad, sesak teruk, parkir pun susah. Kali ini hamba sekeluarga datang pada hari Rabu, itupun selepas Zohor. Artikel kali ini membawa anda kepada pameran di dalam dewan... Kalau anda belum pernah mengunjungi MAHA, cuba datang MAHA 2014 dan lihat serta rasai sendiri kehebatannya...

Rawatan menggunakan lintah susah berusia beratus tahun di negara Barat.



Satu yang jelas adalah semakin banyak ubat tradisional Melayu dikaji secara makmal dan dikomersilkan oleh usahawan/pengusaha Melayu 




Pelbagai ubat resdung di MAHA 2012 

Jamu kini tidak seperti dahulu, sudah dibuat dan dikilangkan secara moden 


Usahawan Muslim kena pergi jauh, tidak cukup dengan pasaran Malaysia. Perlu teroka  pasaran ASEAN, Timur Tengah, selain China dan India...


 Anda akan terkejut kerana usahawan Melayu/Muslim sudah menjangkau jauh dalam menghasilkan pelbagai barangan sama ada makanan, perubatan atau produk kesihatan


Khasiat Tunjuk Langit pernah diberitahu oleh PakMat, salah seorang guru hamba 

...buah keranji di dalam perahu.... jangan terkejut generasi kini tidak kenal buah keranji 

Buah tampoi 

Pertandingan hiasan akuarium antara sekolah 






Memang besar...Johan!!! 

 Kalau hamba sekeluarga, sekali masak sebiji saja pun dah cukup...

Buah kelapa dan air kelapa banyak khasiatnya....Bersyukurlah ke atas rahmat dan nikmat Allah yang mana Tanah Melayu ini begitu subur, banyak pokok, bunga, tumbuhan, flora dan fauna yang hidup dan menghasilkan 1001 khasiat dan kegunaan untuk manusia... Tidak pernahkah anda terfikir bagaimana bumi Tanah Melayu ini begitu kaya dengan khazanah alam semulajadinya? Sekarang anggur pun dah boleh hidup di bumi ini....



 Kini, mencari mee/keuteow/bihun keluaran Muslim bukan menjadi satu kesukaran lagi


Dahulunya hamba melihat-lihat pengusaha bukan Islam memanfaatkan eko niaga di Malaysia untuk menghasilkan kuih-muih tradisional Melayu dan dijual dalam negara serta dieksport ke luar negara. Mereka memanfaatkan Halal Malaysia sebagai "lesen besar" untuk berjaya di pasaran antarabangsa. Alhamdulillah, bilangan pengusaha Muslim semakin bertambah.


TEKUN  telah banyak membantu golongan susah memulakan perniagaan 

Peminjam teramai TEKUN datangnya dari negeri Johor, Terengganu, Selangor dan Kedah. Harap-harapnya anda jangan melihat semua perkara dalam perspektif politik!!! Jangan beriman dengan sistem demokrasi!!!

Keluaran Muslim 

Apabila melihat logo dan jenama, kaedah pembungkusan dan pelbagai jenis produk yang dihasilkan masa kini, hamba yakin usahawan Melayu/Muslim di Malaysia boleh pergi jauh... Situasi sekarang jauh berbeza dengan 15 tahun dahulu...Tidak mustahil, 15 tahun lagi, produk keluaran usahawan Melayu/Muslim berada di pelbagai negara di seluruh dunia 

LKIM membantu dalam produk berkaitan ikan...bab pemasaran yang orang Melayu/Islam lemah selain saluran pengedaran  dan peruncitan dikuasai oleh bukan Muslim. Ini sedikit menyukarkan produk Muslim menembusi kedai runcit, kedai 24 jam, pasaraya dan pasaraya besar. 


 Salah seorang selebriti dengan produk keluaran syarikatnya

 Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM turut serta...Penubuhan JHEV banyak membantu bekas askar yang banyak berkorban untuk negara... cuma kita kena lebih laju dan pantas....

Pelbagai teknik pertanian didedahkan kepada pengunjung

Jaafar Onn dengan gayanya yang tersendiri 

 Kalau bab makanan, umat Islam dah ada 1001 jenama... Kita seharusnya mementingkan kualiti untuk terus berdaya saing di pasaran....


Cookies asalnya dari negara Barat...Kreativiti orang Melayu dalam mengubahsuai makanan dari bangsa lain dan negara luar memang diakui. Lihatlah bagaimana orang Melayu mempopularkan laksa, char kuew teow, kari dan sebagainya dengan adunan dan citarasa Melayu


Ada berpuluh dana dan geran dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan untuk membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan

 Antara yang menarik yang hamba temui adalah biskut berasaskan kulit nenas...Tidak Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia...

Malaysia dah memiliki pelbagai jenama kopi tetapi produk baru berasaskan kopi terus memasuki pasaran... 


Saji keluaran Felda...Adalah diharapkan Saji bakal menjadi jenama antarabangsa seperti Nestle... Nestle beribupejabatkan di Switzerland dan Swiss tidak punya ladang a.k.a bukan pengeluar oat, gandum, koko dan lain-lain  tetapi mereka menghasilkan pelbagai jenis makanan di seluruh dunia. Di sinilah pentingnya modal manusia. Nestle "menggunakan Malaysia" sebagai pusat pengeluaran makanan halal untuk dieksport pelbagai makanan halal ke seluruh dunia. Dalam strategi perniagaan, ini dikatakan straegi SO, menggunakan kekuatan sendiri dengan mengambil peluang-peluang yang wujud di pasaran untuk terus berdaya saing.