Assalamu'alaikum,
Selepas menamatkan ekspedisi ke Selatan Tanah Melayu, hamba agak sibuk dengan urusan kerja. Namun, MAHA 2012 muncul kembali. Kali pertama hamba ke MAHA adalah pada tahun 2008, sewaktu kembali sekejap dari luar negara untuk mengutip data dan maklumat. Sementelah kami di Malaysia, kami mengambil kesempatan ke MAHA 2008. Kemudiannya, kami turut berkunjung ke MAHA 2010. Memang terasa dan terlihat perbezaan acara dan aktiviti yang dianjurkan. Semakin lama, semakin banyak bahan pameran yang menarik. Hamba ke MAHA sebenarnya untuk melihat perkembangan dan kemajuan usahawan Melayu/Islam di tanahair. Sekadar memandang dan membaca laporan tahunan dan maklumat di pelbagai media tidak mencukupi. Perlu bersemuka dan berhadapan dengan usahawan tanahair dan meninjau sendiri perkembangan mereka.
MAHA 2012 diadakan pada waktu cuti sekolah. Nasihat hamba kalau nak lihat seluruh kawasan pameran, kena datang awal pagi, bawa persediaan dan bekalan untuk sehari untuk berada di sini. Macam-macam ada. Kalau tak mahu sesak, jangan datang pada hari Sabtu dan Ahad, sesak teruk, parkir pun susah. Kali ini hamba sekeluarga datang pada hari Rabu, itupun selepas Zohor. Artikel kali ini membawa anda kepada pameran di dalam dewan... Kalau anda belum pernah mengunjungi MAHA, cuba datang MAHA 2014 dan lihat serta rasai sendiri kehebatannya...
Rawatan menggunakan lintah susah berusia beratus tahun di negara Barat.
Satu yang jelas adalah semakin banyak ubat tradisional Melayu dikaji secara makmal dan dikomersilkan oleh usahawan/pengusaha Melayu
Pelbagai ubat resdung di MAHA 2012
Jamu kini tidak seperti dahulu, sudah dibuat dan dikilangkan secara moden
Usahawan Muslim kena pergi jauh, tidak cukup dengan pasaran Malaysia. Perlu teroka pasaran ASEAN, Timur Tengah, selain China dan India...
Anda akan terkejut kerana usahawan Melayu/Muslim sudah menjangkau jauh dalam menghasilkan pelbagai barangan sama ada makanan, perubatan atau produk kesihatan
Khasiat Tunjuk Langit pernah diberitahu oleh PakMat, salah seorang guru hamba
...buah keranji di dalam perahu.... jangan terkejut generasi kini tidak kenal buah keranji
Buah tampoi
Pertandingan hiasan akuarium antara sekolah
Memang besar...Johan!!!
Kalau hamba sekeluarga, sekali masak sebiji saja pun dah cukup...
Buah kelapa dan air kelapa banyak khasiatnya....Bersyukurlah ke atas rahmat dan nikmat Allah yang mana Tanah Melayu ini begitu subur, banyak pokok, bunga, tumbuhan, flora dan fauna yang hidup dan menghasilkan 1001 khasiat dan kegunaan untuk manusia... Tidak pernahkah anda terfikir bagaimana bumi Tanah Melayu ini begitu kaya dengan khazanah alam semulajadinya? Sekarang anggur pun dah boleh hidup di bumi ini....
Kini, mencari mee/keuteow/bihun keluaran Muslim bukan menjadi satu kesukaran lagi
Dahulunya hamba melihat-lihat pengusaha bukan Islam memanfaatkan eko niaga di Malaysia untuk menghasilkan kuih-muih tradisional Melayu dan dijual dalam negara serta dieksport ke luar negara. Mereka memanfaatkan Halal Malaysia sebagai "lesen besar" untuk berjaya di pasaran antarabangsa. Alhamdulillah, bilangan pengusaha Muslim semakin bertambah.
TEKUN telah banyak membantu golongan susah memulakan perniagaan
Peminjam teramai TEKUN datangnya dari negeri Johor, Terengganu, Selangor dan Kedah. Harap-harapnya anda jangan melihat semua perkara dalam perspektif politik!!! Jangan beriman dengan sistem demokrasi!!!
Keluaran Muslim
Apabila melihat logo dan jenama, kaedah pembungkusan dan pelbagai jenis produk yang dihasilkan masa kini, hamba yakin usahawan Melayu/Muslim di Malaysia boleh pergi jauh... Situasi sekarang jauh berbeza dengan 15 tahun dahulu...Tidak mustahil, 15 tahun lagi, produk keluaran usahawan Melayu/Muslim berada di pelbagai negara di seluruh dunia
LKIM membantu dalam produk berkaitan ikan...bab pemasaran yang orang Melayu/Islam lemah selain saluran pengedaran dan peruncitan dikuasai oleh bukan Muslim. Ini sedikit menyukarkan produk Muslim menembusi kedai runcit, kedai 24 jam, pasaraya dan pasaraya besar.
Salah seorang selebriti dengan produk keluaran syarikatnya
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM turut serta...Penubuhan JHEV banyak membantu bekas askar yang banyak berkorban untuk negara... cuma kita kena lebih laju dan pantas....
Pelbagai teknik pertanian didedahkan kepada pengunjung
Jaafar Onn dengan gayanya yang tersendiri
Kalau bab makanan, umat Islam dah ada 1001 jenama... Kita seharusnya mementingkan kualiti untuk terus berdaya saing di pasaran....
Cookies asalnya dari negara Barat...Kreativiti orang Melayu dalam mengubahsuai makanan dari bangsa lain dan negara luar memang diakui. Lihatlah bagaimana orang Melayu mempopularkan laksa, char kuew teow, kari dan sebagainya dengan adunan dan citarasa Melayu
Ada berpuluh dana dan geran dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan untuk membantu anda memulakan dan mengembangkan perniagaan
Antara yang menarik yang hamba temui adalah biskut berasaskan kulit nenas...Tidak Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia...
Malaysia dah memiliki pelbagai jenama kopi tetapi produk baru berasaskan kopi terus memasuki pasaran...
Saji keluaran Felda...Adalah diharapkan Saji bakal menjadi jenama antarabangsa seperti Nestle... Nestle beribupejabatkan di Switzerland dan Swiss tidak punya ladang a.k.a bukan pengeluar oat, gandum, koko dan lain-lain tetapi mereka menghasilkan pelbagai jenis makanan di seluruh dunia. Di sinilah pentingnya modal manusia. Nestle "menggunakan Malaysia" sebagai pusat pengeluaran makanan halal untuk dieksport pelbagai makanan halal ke seluruh dunia. Dalam strategi perniagaan, ini dikatakan straegi SO, menggunakan kekuatan sendiri dengan mengambil peluang-peluang yang wujud di pasaran untuk terus berdaya saing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan