TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 14 Januari 2013

Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Assalamu'alaikum,

Hamba sengaja buat posting yang berbeza untuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Kenapa dan Mengapa? Fikirkanlah sendiri...

Lihat gambar di bawah, kedudukan dua buah batu nesan Sultan Mahmud dan arah kiblat tidak selari, hamba pun tidak tahu mengapa. Sedangkan ia boleh dibetulkan...Sedangkan kedudukan batu nesan makam-makam lain boleh dikatakan selari dengan arah kiblat... Mungkin ahli sejarah dan orang Kampung Makam boleh huraikannya mengapa jadi begitu...

Banyak kisah tentang Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Guru hamba di hujung benua ada kisah dan cerita yang tersendiri. Tak perlu dan tak boleh hamba ceritakan di sini. Orang Melayu wajib belajar dari sejarah. Sultan dan Raja Melayu sekarang wajib belajar dari sejarah!!! 'Kedaulatan' Sultan dan raja orang Melayu hilang kerana kelakuan dan perbuatan Sultan dan Raja Melayu sendiri serta kaum kerabat mereka....Berubahlah demi Allah dan Rasul.... Selepas ini, kami ke Makam Laksamana Bentan...





 Makam ketujuh dari sana nu...









SUMBER : http://ujid.tripod.com/history/johorlama.html

Ekspedisi Carigali temui Kubur Raja Abad Ke-17


Yayasan Warisan Johor telah menemui kubur raja abad ke-17 Sultan Mahmud yang telah mengilhamkan filem Sultan Mangkat Di Julang (The Sultan Who Was Killed in a Sedan Chair).

Sultan Mahmud dibunuh oleh Laksamana Bentan Megat Seri Rama di kawasan apa yang dikenali sebagai Johor Lama, sekarang Kota Tinggi, pada Ogos 1699. 

Akhbar The Star, 20 Februari 1999 melaporkan, Pengarah Yayasan Zalil Baron berkata kerja carigali yang dilancarkan lewat tahun lalu juga menemui hampir 200 kubur lain kepunyaan raja-raja, putera-putera raja dan pahlawan-pahlawan.

Beliau berkata kubur Sultan Mahmud yang merupakan cucu Sultan Alauddin Riayat Shah II, penubuh Kesultanan Johor, ditemui di Kampung Makam di sini.

"Kebanyakan kubur itu ditemui di sepanjang tebing Sungai Johor, dengan sesetengahnya seperti kubur Sultan mahmud dan Laksamana Bentan, terletak berhampiran dengan bandar.

"Kami juga telah membuat rancangan untuk menjejaki kubur Sultan Abdul Jalil yang memerintah Johor Lama pada 1620, dan kubur Bendahara Tun Habab Abdul Majid dan Tengku Dara Putih," katanya semalam.

Mengikut sejarah, Sultan Mahmud yang dilahirkan pada 1675 dibunuh oleh Megat Seri Rama selepas raja itu memerintahkan pegawai-pegawai istana menghukum bunuh isteri Megat Seri Rama.

Sultan Mahmud yang sedang diusung di atas julang dalam perjalanannya untuk menunaikan solat Jumaat apabila beliau dibunuh.

Megat Seri Rama, seorang pahlawan dari Bentan telah dijadikan pahlawan istana oleh Sultan Mahmud selepas beliau memusnahkan satu kumpulan lanun di laut Johor.

Bagaimanapun, perlantikan itu dikatakan menyakitkan hati ramai pegawai istana dan mereka mengadakan pakatan jahat supaya isteri Megat Seri Rama yang sedang hamil dibunuh selepas isteri Megat Seri Rama memakan seulas nangka yang diambil dari kebun diraja.

Legenda mengatakan bahawa isteri Megat Seri Rama telah memberitahu Sultan Mahmud bahawa anak yang dia sedang kandung yang mahu memakan buah itu, bukannya dia.

Sultan Mahmud menolak penjelasannya dan memerintahkan supaya dia dihukum bunuh.

Bagaimanapun, apabila sultan memerintahkan perut isteri Megat dibelah, beliau terkejut melihat secebisan nangka sedang berada pada mulut bayi di dalam perut itu.

Zalil berkata projek carigali bernilai RM75,000 oleh Yayasan itu juga menemui batu nisan yang dipercayai dibawa dari Acheh.

Beliau berkata sementara kubur Sultan Mahmud dan Megat Seri Rama ditemui berhampiran bandar, kubur yang lain-lain termasuk kubur Sultan Abdul Jalil dan Tengku Dara Putih ditemui di Kampung Panchor.

Beliau berkata Yayasan itu merancang mendokumenkan dalam bentuk foto (photo-document) kubur-kubur itu dalam sebuah buku dengan latar belakang sejarah Kota Tinggi yang pernah menjadi tapak empayar Johor.

Beliau berkata projek carigali yang melibatkan kira-kira 30 pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga meliputi kawasan-kawasan sepanjang Sungai Sayong di hulu Sungai Johor.

Beliau berkata legenda juga memberitahu tentang seorang lelaki bernama Badang yang hidup di Sayong Pinang yang memperoleh kuasa luar biasa selepas memakan muntah hantu.

Yayasan itu menjangkakan menemui artifak-artifak warisan era tertentu yang menghubungkan Johor dengan kerajaan lama Singapura.

"Di samping mencarigali kawasan-kawasan di Kampung Panchor, Perigi Acheh, Pasak, Belading dan Kampung Kelantan, kami juga merancang untuk menggali kawasan-kawasan di sekitar pelabuhan lama di Johor Lama," katanya.



ADAKAH kejadian banjir besar yang berlaku di Kota Tinggi pada Disember dan Januari lalu mempunyai kaitan dengan sumpahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang terhadap Laksamana Bentan? 


Persoalan ini timbul apabila makam Sultan Mahmud Shah II di Kampung Makam, tidak dijejaki air seinci pun, sedangkan bandar Kota Tinggi dan pusara Laksamana Bentan di Kampung Kelantan tenggelam dalam kejadian banjir besar itu. 

Kini punca banjir besar itu terus menjadi tanda tanya. Ada yang mendakwa ia berpunca daripada hujan luar biasa, pembangunan di hulu Sungai Johor yang tidak terancang dan yang terbaru dikaitkan dengan penambakan Pulau Tekong, Singapura. 

Ketika pelbagai pihak menunggu jawapan konkrit punca utama kejadian banjir besar itu, tiba-tiba nama Sultan Mahmud Mangkat Dijulang terus bermain di bibir di kalangan penduduk Kota Tinggi. 

Mereka bertanya sesama sendiri adakah benar Sultan Mahmud Shah II sebelum menghembuskan nafas terakhirnya melafazkan sumpah kepada keturunan Bentan di bumi Kota Tinggi, atau ia hanya cerita mitos orang terdahulu. 

Adakah banjir besar yang melanda Kota Tinggi itu sebagai simbol membersihkan bandar berkenaan daripada segala kekotoran dan kezaliman sultan sebaik saja sumpahan itu berakhir sehingga generasi ketujuh Laksamana Bentan? 

Selepas beberapa ratus tahun kemangkatan baginda, masih ramai yang tidak putus-putus bercerita kisah individu tertentu yang seolah-olah terkena ‘tulah’ akibat sumpahan itu. 

Malah, ada beberapa kisah benar yang tersebar daripada mulut ke mulut mengatakan, ada beberapa individu yang muntah-muntah, pening kepala dan gementar apabila menjejakkan kaki ke bumi Kota Tinggi. 

Bagaimanapun, sama ada benar atau tidak, kejadian itu, paparan cerita lisan yang tidak didokumentasikan itu tidak boleh dinafikan dan tidak boleh juga dipercayai semuanya. 

Mengimbas peristiwa tragis lebih 300 tahun lampau itu, Laksamana Bentan atau nama sebenarnya Megat Sri Rama menikam Sultan Mahmud pada Ogos 1699. Tindakan berani hulubalang Johor berasal dari bumi Bentan, Riau itu diakhiri dengan sumpahan oleh sultan terhadap keturunan Bentan. 

Memetik kisah dipaparkan dalam buku Sejarah Johor, tulisan Buyong Adil, pada muka surat 96 ada menyatakan: “Syahdan maka adalah pada ketika baginda itu di atas julang hendak pergi bersembahyang Jumaat, lalu diparangnya baginda itu lalu mangkat, dan Megat itu pun mati juga kerana dilontar oleh baginda dengan kerisnya." 

Hanya pada perenggan itu saja diceritakan bagaimana peristiwa pembunuhan oleh Megat Sri Rama terhadap Sultan Mahmud dan pada masa sama baginda melontar keris ke arah Laksamana Bentan itu sehingga mengenainya lalu meninggal dunia. Tiada langsung diulas mengenai sumpahan sultan terhadap keturunan Laksamana Bentan. 

Bagaimanapun, pada versi yang lain seperti dipapar dalam buku cerita klasik, sebuah filem Melayu mahu pun cerita lisan, ada sedikit lagi penambahan pada kejadian itu. 

Diceritakan, selepas lontaran keris oleh Sultan Mahmud ke arah Megat Sri Rama, keris itu ada dikatakan singgah ke kakinya, ada juga mengatakan terkena dadanya. Sebelum menghembuskan nafasnya, baginda sultan sempat melafazkan sumpahnya yang lebih kurang berbunyi: 

"Jika benar beta adalah raja Melayu berdaulat, sebagai balasan kepada orang yang menderhaka kepada raja, Beta sumpah selama tujuh keturunan orang Bentan akan muntah darah jika menjejak kakinya di bumi Kota Tinggi." 

Selepas beberapa tahun kemangkatan baginda, dan selepas tamat tempoh baginda memerintah sebagai Sultan Johor ke-10, yang memerintah dari 1685 hingga 1699, tidak ramai yang mengetahui, mengalami mahu pun terkena sumpahan itu hingga ada yang muntah darah. 

Dikatakan, dari 1699 hingga 1990, sumpahan itu sudah berakhir. Tafsiran itu dibuat kerana pada 1990, bandar Kota Tinggi mula membangun dengan pesat. Ia juga dikaitkan dengan tempoh berakhirnya sumpahan Sultan Mahmud. 

Cerita lisan dan andaian itu menyamai seperti apa yang berlaku di bumi Langkawi, yang turut membangun dikatakan selepas tamatnya tempoh sumpahan Mahsuri. 

Menjejak semula kisah individu yang pernah dikaitkan dengan sumpahan Sultan Mahmud itu, dan secara tidak langsung boleh mengaitkan individu itu adalah keturunan Bentan. Berita Minggu, cuba menjejak semula cerita itu, yang tersebar secara lisan terutama daripada penduduk tempatan. 

Anak jati Kampung Makam, Mustafa Abu Bakar, 64, berkata pada 1968, seorang pemuda berusia sekitar 20an berasal dari Muar tiba-tiba muntah apabila tiba di pekarangan makam Sultan Mahmud. 

Beliau berkata, lelaki itu datang dengan rombongan persatuan belianya dengan menaiki sebuah bas seramai 40 orang. Bagaimanapun, hanya beliau seorang saja yang termuntah-muntah dan tidak berani meneruskan langkah menuju ke arah makam. Biarpun begitu muntah lelaki itu tidak disertai darah. 

"Ketika itu saya sebagai penyambut tetamu dan apabila melihatkan kejadian itu. Saya segera membawanya ke tepi sungai untuk menyeberangi Sungai Johor,” katanya. 

Katanya, sebaik berjaya menyeberang Sungai Johor dan tiba di Kampung Tembioh, lelaki itu pulih seperti sedia kala. Lelaki itu kemudian dibawa rakannya pulang ke Muar. 

Warga emas, Mohamed Abdullah, 98, menceritakan pada sekitar tahun 1960-an, ada adik beradik yang datang ke Kota Tinggi dan ingin menetap di sini, tetapi berpindah ke tempat lain. 

Seorang menetap di Mersing dan seorang lagi di Pontian, dua beradik itu adalah Awang Sudin Mohd Taha dan adiknya, Yusof Mohd Taha. Kedua-dua mereka sudah meninggal dunia. 

Beliau berkata, Awang Sudin mengalami muntah darah apabila beliau melepasi jambatan Kota Tinggi di Sungai Johor manakala Yusof, tidak pula muntah darah tetapi mengalami lemah badan, pening dan tidak berani meneruskan tujuan untuk memasuki bandar Kota Tinggi. 

"Saya tidak pasti sama ada kedua beradik itu keturunan Bentan atau tidak. Tetapi, kalau tiada kena mengena dengan keturunan Bentan, mengapa pula dia tiba-tiba muntah darah. Hanya Allah saja yang mengetahui, " katanya. 

Terbaru, seperti diceritakan oleh Mohd Saleh Ahmad, 55, enam tahun lalu, bapa saudaranya, Abdul Rahman Mohamad yang juga seorang pesara berasal dari Kajang, Selangor cuba mempersendakan makam Sultan Mahmud. 

Beliau berkata, ketika menziarah makam Sultan Mahmud di Kampung Makam, apabila melihat nesan Sultan Mahmud yang sudah pecah, beliau lalu berkata secara bersaja sambil membuat jenaka mengatakan cebisan nesan itu berkesan jika diambil untuk digunakan memuja nambor ekor. 

"Oleh kerana celuparnya mulut bapa saudara saya itu, beliau tiba-tiba mengalami pening kepala dan muntah di kawasan luar makam,” katanya. 

Sehubungan itu, Mohd Salleh mengakui Sultan Mahmud bukan sebarangan orang yang boleh dipersenda termasuk apabila menziarahi makamnya. Walaupun bapa saudaranya bukan keturunan Bentan, tetapi kerana mempersenda makam berkenaan, dia turut terkena balasan serta-merta. 



********************************************************************************** 


Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang 

Mengikut kitab hikayat Tufat n' Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan, iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II. 

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada sultan. Wan Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Wan Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Wan Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana. 

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cermelang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh. 

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. 

Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." 

Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba. 





Latar belakang

Sultan Mahmud Shah II keturunan sultan Melaka ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan olehBendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

[sunting]
Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II.

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawa nangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.




Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Bila kita bercerita tentang Kesultanan Johor, salah satu cerita yang masyhur adalah tentang "Sultan Mahmud Mangkat Di Julang". Selalunya kita confused tentang Sultan Mahmud adakah sultan ini Sultan Mahmud, Sultan Melaka yang terakhir tu? atau sultan yang lain?

Menurut fakta sejarah, sultan yang dimaksudkan ialah Sultan Mahmud Shah IIiaitu Sultan Johor yang ke-10 (Raja Mahmud / 1685-1699)Baginda Sultan Mahmud II diputerakan pada tahun 1675 . Baginda merupakan keturunan terakhir Raja Fatimah dan cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530. Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi Sultan Johor ketika berumur 10 tahun oleh itu semua urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan Kerajaan Johor berada di Lota Tinggi sementara Johor Lama dijadikan sebagai istana hinggap.

Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun (tapi dalam cerita Melayu - Laksamana Bentanrasanya Sultan Mahmud digambarkan macam dah berumur aje....) dipercayai ditikam 
dan dibunuh oleh Megat Seri Rama atau lebih dikenali dengan nama Laksamana Bentan pada hari Jumaat, Ogos 1699 dan peristiwa ini disebut sebagai"Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".
Makam Sultan Mahmud II ini terletak di Kampung Makam kira-kira 3 km dari bandar Kota Tinggi. Makam ini dikenali sebagai Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

8 ulasan:

  1. slm bro, bleh tau x ape rahsianye psal sultan mahmud nie?

    BalasPadam
  2. takdo apa rahsianya, cuma ada cerita lagi tentang bagaimana Sultan Mahmud dan Laksamana Bentan dikuburkan...

    BalasPadam
  3. cite sket bro, bleh? nak tau gak psal nie :)

    BalasPadam
  4. Apa maksud guru ada cerita yg tersendiri?cerita la..nak tahu juga.

    BalasPadam
  5. Salam,

    Yang mana hamba tak cerita kiranya dah diklasifikasikan sebagai "OSA", yakni tidak sesuai untuk bacaan awam.

    Wassalam.

    MQAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. eleh cakap jela ko pon x tau cerita yang sebenar..x payah nak classified sangat la..lenkali nak bercerita bia sampai abis A to Z..ntah pape

      Padam
    2. Salam,

      Tuan pernah mendengar kisah2 dari Manusia Sarung / Highlander ttg perkara2 sebegini... Apabila berguru ada adabnya, masuk dalam rumah pun ada adabnya...Menuntut ilmu sampai tahkiq, bukan sampai habis sebab ilmu tak habis...

      Padam
  6. Tak tau lah kenapa tp saya berpendapat "org yg teraniaya sumpahnya maqbul"...begitu juga dgn kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang ni...takut2 ada pihak yg sengaja mereka cipta kisah yg buruk ttg sultan...wallahua'lam...

    BalasPadam