TOPIK

Aidil Fitri (1) Air Kolah (9) Akhir Zaman (3) Aktiviti Ilmiah (1) Al-Quran (4) Alam (13) Alam Ghaib (5) Aldil Fitri (1) Allah wujud tanpa bertempat (15) Amal Soleh (3) Anti Hadis (1) Aqidah (17) ASWJ (63) Bab Munakahat (4) Bab Sihir (3) Bab Tauhid (9) Bahasa Melayu (6) Bahaya Syiah (7) Bertabarruk (2) Bid'ah (8) Bidaah Hasanah (7) Bulan Ramadhan (18) Bulan Rejab (1) Bulan Zulhijjah (1) Cintai DIA (1) Cuti-Cuti Malaysia (89) Doa (1) Dosa Besar (1) Ekonomi Islam (5) Fadilat Al-Quran (4) Fiqh (3) Futuhul Ghaib (1) Futuhul Makkiyyah (3) guru (2) Guru Mursyid (6) Guru Tariqat (6) Hadis Dhaif (6) Hadis Maudhu' (1) Hadis Nabi (14) Hakikat (1) Hari Kemudian (1) Hotel Islam (1) Hukum Berkaitan Zikir (9) Ibadat Haji (6) Ibnu Taimiyyah (16) ilmu kebatinan (5) Ilmu Laduni (1) ilmu persilatan (2) Imam Malik (1) Insan Kamil (1) Israk Mikraj (10) Istanbul (17) Isu Halal (2) Isu Kalimah Allah (4) Isu Khilaf (25) Isu Khilafiah (29) Isu Semasa (4) Isu Wahhabi (97) Jalan-Jalan (128) Jihad Ekonomi (34) Jom Makan (16) Karamah (2) kebenaran (5) Kesultanan Melayu (7) Kewangan dan Perbankan Islam (1) Khatamun Nubuwwah (2) Kisah Mualaf (28) Kisah Nabi (2) Koleksi (2) Kosong (2) Kurma (1) Lagu (1) Lailatul Qadar (14) Makam Sultan (5) Makam Sultan/Raja Melayu (7) Makam Wali Allah (43) Makhluk Halus (1) Makrifat (1) Masjid (41) Masjid Lama (24) Masjid Utama (29) Maulidur Rasul (23) Mekah (2) Melayu (14) Merdeka (1) Misteri (10) motivasi (1) Mukasyafah (2) Mutasyabihat (7) Nabi Ibrahim A.S. (1) Nabi Khidir A.S. (14) Nabi Musa A.S. (1) Neraka (1) Nisfu Syaaban (17) nostalgia (1) Nur Muhammad (6) Nuzul Quran (3) Pahlawan Islam (2) Pahlawan Melayu (10) Pelancongan Tanah Tinggi (4) pengumuman (7) Penyakit (1) Perubatan Islam (2) Perubatan tradisional (1) Petua (2) Puasa Ramadhan (18) Puasa Sunat (2) Pulau Besar (18) Putrajaya (3) Rabitah (1) Rahmat Allah (1) Rawatan Islam (1) rekreasi (21) Rezeki (1) RSAW (11) Rumahku Syurgaku (4) Sajak (6) Sedekah (1) Sejarah Melayu (6) Selawat (7) Senibina Islam (8) Sifat 20 (2) Solat (8) Solat Sunat (9) Sumpah (1) Sunnah RSAW (9) Tamadun Islam (8) Tariqat (7) Tasawuf (23) Tawassul (5) Tulisanku (311) Ulamak Islam (7) Ulamak Nusantara (20) Ulamak Tanah Melayu (16) Universiti (3) Usahawan Muslim (9) Usuluddin (1) Wahhabi dan Keganasan (9) Wali Allah (50) Wali Melayu (22) Wali Songo (10) Youtube (1) Zakat (13) Zakat Fitrah (4)

Isnin, 28 Januari 2013

Cherengin Hills Convention & Spa Resort, Janda Baik, Pahang

Assalamu'alaikum,

15 November 2012, kami mengakhiri ekspedisi enam hari lima malam dengan destinasi terakhir di Pulau Besar, Melaka. 16 November 2012, sempat berehat di rumah, basuh baju, kemas rumah dan sebagainya. Tak habis lagi dengan berjalan-jalan, 17 November 2012, hari Sabtu, kami ke Cherengin Hills Convention & Spa Resort, di Janda Baik, Pahang. Hamba ada bengkel di sini dan tanya anak-isteri sama ada mereka nak ikut atau tidak, dan jawapannya, 'mereka nak ikut'.  Hamba dah banyak kali ke Janda Baik dan beberapa kali berkhemah dan bermalam sekitar Pulau Santap, Janda Baik. Ini kali pertama hamba ke Resort ini. Resort ini milik usahawan Melayu, yang keluarganya dikatakan orang Janda Baik juga. Hamba dengar cerita yang tanah resort ini milik ayahnya. Ini merupakan hotel/resort terbesar di Janda Baik dan mungkin satu-satunya bertaraf tiga bintang. Hamba juga dengar yang pemilik usahawan ini hendak membesarkan hotelnya, ini menunjukkan sambutan yang baik dari kalangan masyarakat.  

Waktu ini, durian baru luruh. Hamba tak sempat beli. Kemudiannya (bulan Disember 2012), hamba datang sekali lagi ke resort ini untuk Sanggar Kerja sebuah NGO yang hamba sertai. Waktu tu, durian memang banyak. Memang puas membeli dan puas makan durian sebab harga murah, buah segar, beli dari tuan kebun sendiri.  Sebenarnya ada berpuluh chalet/resort di Janda Baik, Pahang. Mengapa hanya habiskan masa di tepi pantai, cuba-cubalah ke Janda Baik dan nikmati alam semulajadi. Dua kali hamba ke sini, hamba perhatikan banyak juga jabatan kerajaan dan agensi kerajaan menganjurkan kursus/bengkel di sini. Bas Pelancong pun banyak, pagi-pagi keluar, malam-malam, depa balik. 

Hotel/resort merupakan satu fardhu kifayah. Umat Islam di Malaysia masih kekurangan hotel/resort yang berkonsepkan Islam. Sebahagian besar industri ini dikuasai oleh pengusaha bukan Muslim. Ini melonjakkan kegiatan maksiat dan kemungkaran kerana menjadi tempat muda-mudi 'memuaskan nafsu serakah mereka'. Negara memerlukan lebih ramai pengusaha Muslim dalam industri ini. Walaupun hotel ini belum benar-benar 'patuh syariat', kita mesti berusaha menyokongnya dari menghabiskan duit di hotel-hotel milik bukan Islam. Ayuh kita sokong Hotel Islam!!!


Kolam renang untuk anak-anak dan dewasa disediakan

Pakai baju biasa pun tak apa...


Harga pakej seminar/kursus boleh dirundingkan dengan tuan punya resort ini...





Basikal disediakan untuk disewa

Ruang legar menyambut tetamu

Banyak aktiviti disediakan untuk pengunjung seperti ke air terjun dan lain-lain tempat


Lobi

Dengan ketinggian 1200 kaki dari aras laut, resort ini menawarkan pemandangan yang berbeza






Sokonglah usahawan Muslim. Jika anda seorang ketua dan keputusan di tangan anda, mengapa habiskan berpuluh-puluh ribu duit untuk ke hotel/resort milik bukan Muslim??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan